pendermaan organ dari segi islam

18
ORGAN MANUSIA DEFINISI ORGAN 1. Kamus Dewan Edisi Baru Organ merupakan alat dalam ubuh manusiam binatang dan tumbuh- tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting 2. Kamus Harrap’s Organ ialah bahagian badan yang mempunyai fungsi yang penting 3. Kamus al-Mu’jam al-Wasat Organ ialah bahagian jasad manusia seperti tangan , kaki dan juga telinga

Upload: azil14

Post on 25-Jun-2015

2.828 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Organ

TRANSCRIPT

Page 1: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

ORGAN MANUSIA

DEFINISI ORGAN

1. Kamus Dewan Edisi Baru

Organ merupakan alat dalam ubuh manusiam binatang dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting

2. Kamus Harrap’s

Organ ialah bahagian badan yang mempunyai fungsi yang penting

3. Kamus al-Mu’jam al-Wasat

Organ ialah bahagian jasad manusia seperti tangan , kaki dan juga telinga

4. Kamus Lisan al-Arab

Organ sebagai satu daripada organ biri-biri dan lain-lain.

Page 2: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

PENDERMAAN ORGAN

DEFINISI PENDERMAAN ORGAN

Kamus Lisan al-Arab

Derma membawa maksud pemberian tanpa pemintaan terlebih dahulu atau pemberian sesuatu kepada seseorang yang tudak wajib diberi oleh pemberi.

Konteks Di Malaysia

‘Proses mendermakan organ tubuh badan untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.’

PEMINDAHAN ORGAN

Page 3: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

DEFINISI PEMINDAHAN ORGAN

al- Bar

pemindahan organ ialah pengalihan organ dari penderma (donors) kepada penerima (recipient) untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.

Konteks Di Malaysia

Pemindahan organ ialah sebagai menganti organ yang gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seseorang penderma.

Rawatan pemindahan ini bertujuan untuk menyelamatkan pesakit yang hanya boleh disembukan dengan rawatan pemindahan tersebut sahaja.

PENDERMA DAN PENERIMA ORGAN

Page 4: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

Gambar 1.0 – Organ utama di badan kita iaitu jantung

DEFINISI PENDERMA ORGAN

‘sebagai individu atau binatang yang diambil daripadanya organ-organ yang berkaitan’

Selalunya organ yang diambil daripada penderma yang masih hidup ialah satu buah pinggang , sebahagian kecil hati ,darah ,sum-sum tulang dan kulit.Bagi penderma kadaverik pula ,semua jenis organ dan tisu yang boleh digunakan untuk merawat penyakit tertentu.

DEFINISI PENERIMA ORGAN

Badan manusia yang menerima organ

Selalunya penerima organ mestilah mencukupi syarat-syarat penerima seperti kedudukan umur , jenis penyakit , tahap keperluan kepada organ , kumpulan darah dan lain-lain.

Page 5: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

JENIS-JENIS PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN

Pendermaan dan pemindahan organ dapat dibahagikan kepada beberapa jenis :

1. PEMINDAHAN ORGAN SENDIRI (AUTOGRAFT)

Dalam pemindahan ini , organ diambil daripada suatu tempat pada badan pesakit .

Kemudian , ditanam pada tempat yang sakit pada badan nya juga.Ini banyak berlaku kepada pemindahan tisu seperti kulit yang melibatkan kes-kes kebakaran.

Pakar-pakar bedah mengambil kulit paha mangsa misalnya untuk menampalnya pada bahagian yang terbakar.

2. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN SEJENIS

Pemindahan ini hanya melibatkan organ-organ daripada seseorang kepada saudar kembarnya (identical twins) dan pendermaan serta pemindahan organ daripada manusia.

3. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN DARIPADA SAUDARA KEMBAR SENDIRI (ISOGRAFT)

Dalam pemindahan ini , hanya melibatkan saudar kembar sendiri yang dinamakan isograft dan melibatkan 2 jenis :

A. Kembar seiras iaitu kembar yang muncul dari satu telur yang subur , kemudian berpisah menjadi dua sel yang berasingan . Setiap satu menghasilkan embrio.Kembar ini mempunyai persamaan dari aspek genetik.

B. Kembar tidak seiras iaitu kembar yang muncul daripada persenyawaan dua atau lebih telur dalam satu waktu.

Pemindahan organ yang melibatkan ke dua jenis saudara kembar ini tidak memerlukan kepada ubat penahan serangan antibodi immunosupression , kerana badan penerima tidak menolak organ yang diterimanya , bahkan menganggap organ baru itu sebagai sebahagian daripadanya. Ia merupakan pemindahan organ yang terbaik. Penerima juga menikmati daya hidup yang lebih lama dan juga kurang terdedah kepada risiko . Ia juga merupakan pemindahan yang paling berjaya.

Page 6: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

5. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN YANG BERLAINAN (AUTOGRAFT)

Pendermaan dan pemindahan jenis ini adalah paling banyak dipraktikkan.

Penderma organ kadang-kadang daripada kalangan orang yang masuh hidup dan juga kalangan orang yang terlah meninggal dunia.

Pedermaan jenis ini boleh menyebabkan penolakan ke atas organ yang ditanam pada badan penerima.

Oleh itu , penerima perlukan ubat penahan serangan antibodi , immunosupression sepanjang hayanya.

6. PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN ASING (XENOGRAFT)

Ia hanya melibatkan organ dari jenis makhluk yang berbeza .

Contohnya , pemindahan organ anjing kepada kucing atau organ kera kepada manusia.

Kadang-kadang , tulang-tulang binatang juga digunakan untuk membelat tulang manusia yang patah.

Walau bagaimanapun , penggunaan organ binatang hanya disentuh secara umum sahaja , sebaliknya perbicaraan tentang pendermaan dan pemindahan organ manusi kepada manusia disentuh secara mendalam.

Page 7: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

DAYA TAHAN ORGAN

Organ manusia mempunyai daya tahan yang tersendiri. Daya tahan ini akan bertambah apabila ia disimpan di dalam bilik dan bekas yang sejuk dan juga peti khas.Antara satu organ dengan satu organ yang lain mempunyai daya tahan yang berbeza- beza setelah dimasukkan ke dalam bilik.

Daya tahan organ-organ ini dapat kita lihat di dalam jadual di bawah jadual 2.3.Tisu-tisu badan manusia seperti kulit , tulang , kornea dan lain-lain juga mempunyai daya tahan yang lebih lama berbanding organ.

   

Jadual 2.3 – Daya Tahan Organ

Page 8: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

Pernyataan di atas menunjukkan daya tahan sesetengah organ atau tisu berbeza ikut keadaan

1. Melihat kepada jadual 2.3 dan pernyataan di atas , didapati organ yang paling lama bertahan ialah buah pinggang .

Page 9: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

KEDUDUKAN ORGAN DAN HUKUM MENGAMBIL MANFAAT DARIPADANYA

Organ-organ yang berada pada tubuh badan manusia adalah suci , walaupun melibatkan organ orang-orang yang bukan Islam , kerana kenajisan orang –orang yang bukan Islam hanyalah daripada sudut iktikad yang menjadi pegangan sahaja.

Firman Allah (s.w.t.)

Maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis”

Menurut jumhur ulama , ayat ini membuktikan badan orang-orang mustrik tidak najis , kerana Allah (s.w.t.) telah menhalalkan kepada orang-orang Islam memakan makanan yang dihidangkan oleh ahli kitab.Sekiranya badan mereka najis , sudah pasti Allah tidak akan menghalalkan kepada orang-orang yang berimam , tidak memakan makanan mereka , sedangkan soal makan adalah soal yang penting dalam kehidupan orang Islam.

Page 10: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

Pada pandangan syarak mengambil manfaat daripada organ-organ badan manusia baik yang hidup atau yang sudah meninggal bagi merawat manusia lain , apabila mencukupi syarat-syarat darurat dan tiada kaitan dengan kontrak pemindahan yang dikira kontrak harta kerana keadaan darurat tidak terikat dengan keadaan- keadaan biasa.

Selain itu , mengambil manfaat daripada organ manusia dalam keadaan ini bagi merawat manusia lain tidak bertentangan dengan kemuliaan dan tidak menceroboh kehormatannya.Maka, apabila syarak mengharuskan memakan benda-benda haram dalam keadaan darurat , bererti ia juga mengharuskan berubat dengannya , dalam situasi yang sama darurat berubat dengan benda –benda yang haram adalah sama dengan darurat kepada keperluan memakan benda-benda yang haram , apabila tiada benda lain yang halal untuk dimakan.

Firman Allah (s.w.t.) :

Maksudnya :

“ Sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas pada kadar benda yang dimakan itu , ia tidaklah berdosa.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani”

Keharusan mengambil manfaat daripada organ manusia ini walau bagaimanapun terikat dengan kadar yang diperlukan sahaja dan bukannya mengikut selera pihak yang mengambilnya sesuai dengan kaedah fiqh :

Maksudnya :

“ Darurat itu ditentukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja”

Page 11: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

HAK MILIK MANUSIA KE ATAS ORGAN-ORGANNYA

Allah (s.w.t.) mencipta sesuatu yang ada di muka bumi ini untuk member kemudahan kepada kehidupan manusia.

FirmanNya:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kemudahan kamu“

Ayat ini menunjukkan Allah (s.w.t.) telah memudahkan kepada manusia segala apa yang ada di bumi untuk keperluan hidup mereka , termasuklah organ-organ yang ada pada tubuh badan mereka sendiri. Sesuatu yang ada di muka bumi ini adalah milik manusia bila dipandang daripada sudut penciptaannya , bertujuan untuk memudahkan kehdupan manusia walaupun bukan bersifat mutlak.Permilikan mansia terhadap organnya adalah pemilikan manfaat.Pemiliknya yang sebenarnya ialah Allah , kerana itu ia tidak boleh menggunakannya tanpa sebarang maslahah untuk kepentingan sendiri.

Page 12: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

SYARAT- SYARAT HENDAK JADI PENDERMA ORGAN

Syarat-syarat ini merangkumi :

1. Penderma hendaklah berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ia tidak menghadapi masalah tekanan darah dan bukan pembawa penyakit yang melibatkan organ-organ dalaman seperti hepatitis B , batuk kering , AIDS , dan lain-lain.

2. Umur penderma mesti kurang 60 tahun.

3. Penderma tidak dihinggapi penyakit kanser dan penyakit berbahay yang lain di peringkat awal.

4. Penderma tidak menghadapi masalah buah pinggang dan system kencingnya dalam keadaan baik.Dengan perkataan lain buah pinggang penderma tidak mengalami jangkitan (pieconafritis) , batu karang (nefrolitiasis) , kegagalan buah pinggang untuk berfungsi ,tiada radangan pada saluran yang mengalir air kencing daripada pundi kencing (uretris) dan tidak menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus).

5. Penderma tidak mengandung (Perempuan)

6. Penderma mempunyai darah yang sama atau sesuai dengan pesakit serta bersih dari jangkitan penyakit anemia.

7. Tisu-tisu penderma hendaklah sesuai dengan tisu-tisu penerima. Jika tidak sesuai , pemindahan organ tidak dapat di jalankan.

8. Tidak terdapat bahan-bahan antibody yang beracun (cytotoxi antibodies) yang menyerang sel-sel limpa.

Diambil dari Dato’ Zaki Morad Zaher , Jabatan Nefrologi , HKL

Page 13: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

SYARAT- SYARAT PENERIMA ORGAN

1. Penerima bersetuju menerima rawatan pemindahan organ.

2. Penerima bersetuju menjalani ke semua pemeriksaan kedoktoran yang berkaitan dengan jasadnya.Persetujuan ini hendaklah dilakukan secara bertulis.Selain itu , persetujuan penerima hendaklah disaksikan oleh dua orang saksi atau lebih.

3. Penerima telah mendapatkan keterangan yang jelas tentang segala yang berkaitan dengan prosiding pemindahan organ , sejauh mana kejayaan dan kemungkinan kemudaratan akan timbul supaya penerima berpuas hati.

4. Tisu-tisu dan jenis darah penerima sama dengan tisu dan jenis besar kepada penerima.

5. Penerima tidak menghadapi sebarang penyakit berbahaya selain daripada organ yang hendaklah dibedahkan sewaktu proses pemindahan dilakukan.

6. Penerima mempunyai genetik dan saiz yang sama dengan penderma.

Diambil dari Dato’ Zaki Morad Zaher , Jabatan Nefrologi , HKL

Page 14: Pendermaan Organ Dari Segi Islam

SYARAT-SYARAT ORGAN

Organ-organ yang boleh membina semula

Organ-organ yang menjadi punca pergantungan hidup seseorang

Page 15: Pendermaan Organ Dari Segi Islam