pindaan-pindaan yang disarankan kepada · pdf fileperundangan mengenai pendermaan organ ......

Download PINDAAN-PINDAAN YANG DISARANKAN KEPADA  · PDF filePERUNDANGAN MENGENAI PENDERMAAN ORGAN ... Daripada kes-kes baru yang ... (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) atau MTERA, dan

If you can't read please download the document

Upload: dinhxuyen

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • PINDAAN-PINDAAN YANG DISARANKAN KEPADA AKTA

    PEMINDAHAN ORGAN MANUSIA KERTAS KONSULTASI AWAM

    KEMENTERIAN KESIHATAN

    PENGENALAN

    1. Pada 26 Julai 2007, selepas mengkaji semula kedudukan agama mengenai keizinan yang diandaikan (presumed consent), pendermaan organ dan beban penyakit ginjal yang ditanggung oleh pesakit-pesakit Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) telah mengeluarkan satu Fatwa bahawa orang-orang Islam boleh disertakan dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA). Kementerian Kesihatan (MOH) mengalu-alukan Fatwa ini yang membenarkan orang-orang Islam dimasukkan dalam HOTA. Perkembangan ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada orang Islam yang mengalami kegagalan organ untuk mendapatkan organ-organ yang didermakan. MOH telah mendapatkan pandangan dan nasihat MUIS dan bersedia untuk meminda HOTA untuk memasukkan orang Islam dalam HOTA. Dalam usaha ini, MOH ingin mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pindaan-pindaan yang disarankan ini. PERUNDANGAN MENGENAI PENDERMAAN ORGAN 2. HOTA membenarkan pengambilan ginjal, hati, jantung dan kornea daripada orang yang sudah meninggal dunia untuk tujuan pemindahan organ, melainkan seseorang yang telah meninggal dunia itu telah mendaftarkan bantahannya semasa beliau hidup. Akta ini melibatkan semua Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang bukan beragama Islam yang berumur antara 21 dan 60 tahun. Orang Islam yang ingin mengikrarkan organ mereka untuk didermakan boleh melakukannya di bawah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) (MTERA) 1972. 3. MTERA adalah satu sistem opt-in (memberi pilihan untuk disertakan dalam Akta) yang membenarkan individu-individu mengikrarkan tubuh, organ atau tisu mereka untuk digunakan selepas mereka meninggal dunia bagi tujuan rawatan, pendidikan atau penyelidikan. Anggota keluarga kepada orang yang sudah meninggal dunia juga boleh memilih untuk mendermakan tubuh, organ atau tisu

  • orang yang telah meninggal dunia itu jika beliau belum mengikrarkan organ-organnya untuk didermakan di bawah MTERA sewaktu beliau hidup. SITUASI PEMINDAHAN ORGAN DI SINGAPURA 4. Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA) telah digubal pada tahun 1987. Dari tahun 1987 hingga pertengahan 2004, 222 pesakit yang mengalami kegagalan ginjal, atau secara purata 13 pesakit setahun, telah menerima ginjal daripada pemindahan ginjal orang yang sudah meninggal dunia di bawah HOTA. Sebelum HOTA diperkenalkan, pemindahan ginjal daripada orang yang sudah meninggal dunia berjumlah secara purata 5 setahun. Pada pertengahan 2004, HOTA telah dipinda bagi membenarkan juga pengambilan hati, jantung dan kornea untuk pemindahan, dan untuk meliputi semua sebab kematian. Sejak itu hingga akhir Jun 2007, 148 pesakit ginjal telah menerima ginjal daripada pemindahan ginjal orang yang sudah meninggal dunia di bawah HOTA yang dipinda secara purata 49 pesakit setahun. Selain itu, 285 pesakit telah menerima 17 hati, 14 jantung dan 254 kornea daripada pemindahan organ-organ orang yang sudah meninggal dunia. 5. Walaupun terdapat tren yang menggalakkan dari segi bilangan pemindahan organ, masih terdapat kekurangan organ, terutamanya ginjal. Di akhir bulan Jun 2007, terdapat 555 orang dalam senarai menunggu ginjal, 16 orang dalam senarai menunggu hati, 22 orang dalam senarai menunggu kornea dan seorang dalam senarai menunggu jantung. Pada 2006, 22 pesakit yang mengalami kegagalan organ telah meninggal dunia ketika dalam senarai menunggu pemindahan organ. Dengan masalah kekurangan organ untuk pemindahan yang berterusan, terdapat keperluan untuk meningkatkan bilangan organ daripada orang yang telah meninggal dunia. 6. Pemindahan organ adalah pilihan terbaik bagi rawatan pesakit yang mengalami kegagalan organ. Bagi pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan hati atau jantung, pemindahan organ adalah satu-satunya prosedur untuk menyelamatkan nyawa. Bagi pesakit yang mengalami kegagalan ginjal, ia menawarkan peluang yang lebih baik untuk hidup dan mereka tidak perlu kerap dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Data menyeluruh pesakit yang dapat terus hidup yang diperolehi daripada Laporan Pendaftaran Penyakit Ginjal Kebangsaan 1997-2006 menunjukkan bahawa pesakit pemindahan ginjal di Singapura mempunyai peluang 80 peratus untuk hidup selama lima tahun selepas rawatan, berbanding dengan 60 peratus bagi mereka yang telah mula menjalani dialisis. Pesakit yang menjalani pemindahan organ juga menikmati daya laku kerja dan mutu hidup secara keseluruhan yang lebih baik. Sesetengah pesakit wanita yang menjalani pemindahan organ juga telah hamil dengan selamat.

  • Beban Kegagalan Ginjal dalam masyarakat Islam 7. Perangkaan yang didapati pada tahun 2006 menunjukkan bahawa beban penyakit ini di kalangan orang Melayu, yang kebanyakannya beragama Islam, adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum-kaum lain. Daripada kes-kes baru yang mengalami kegagalan ginjal pada peringkat akhir, 22 peratus adalah orang Melayu walaupun mereka membentuk hanya 14 peratus daripada jumlah penduduk1 Singapura. 8. Pada tahun 2006, orang Melayu membentuk 21 peratus daripada jumlah pesakit yang berada di senarai menunggu ginjal. Bagaimanapun, pada tahun yang sama, pesakit Melayu hanya membentuk 16 peratus sahaja daripada jumlah pesakit yang menjalani pemindahan organ. 9. Pada 2006, punca utama kegagalan ginjal di Singapura ialah nefropati diabetik (penyakit ginjal yang teruk akibat penyakit kencing manis) yang membentuk 58.9 peratus kes baru kegagalan ginjal peringkat akhir. Laporan Tinjauan Kesihatan Kebangsaan 2004 menganggarkan bahawa 11 peratus orang Melayu menderita penyakit kencing manis berbanding 7 peratus orang Cina dan 15 peratus orang India. PENDERMAAN ORGAN DALAM MASYARAKAT ISLAM 10. Sejak 1987, hanya 16,000 orang Islam telah berikrar untuk menderma organ mereka di bawah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) atau MTERA. Pada 2006, hanya 87 pengikrar telah dicatatkan. Orang Islam yang menderma organ mereka membentuk 10 daripada 418 penderma organ (2.4%) dari 1988 hingga Jun 2007.

    SKIM PERUNTUKAN ORGAN DI BAWAH HOTA MASA KINI 11. Pesakit dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ di bawah HOTA tergolong dalam tiga kumpulan. Kumpulan 1 terdiri daripada mereka yang tidak membantah organ mereka dikeluarkan di bawah HOTA, serta orang Islam yang mengikrarkan organ mereka di bawah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) atau MTERA dalam masa 6 bulan bermula dari 1 Julai 2004, sebelum mereka berusia 21 tahun atau ketika mereka memasuki usia 21 tahun, atau dalam masa 6 bulan selepas mereka mendapat kerakyatan Singapura atau taraf penduduk tetap (tempoh yang ditetapkan). Kumpulan 2 terdiri daripada pembantah HOTA atau warga dan penduduk tetap bukan Islam Singapura yang memilih untuk tidak disertakan dalam HOTA dan orang Islam yang tidak mengikrarkan organ mereka di

    1 Penduduk ertinya ialah semua Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap.

  • Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3

    Warga / Penduduk Tetap

    bukan Islam Singapura yang

    tidak membantah HOTA dan

    Warga / Penduduk Tetap

    Islam Singapura yang

    menjadi pengikrar organ

    Warga / Penduduk Tetap

    bukan Islam Singapura yang

    membantah HOTA

    dan

    Warga / Penduduk Tetap

    Islam Singapura yang

    bukan pengikrar organ

    Warga Asing

    2 tahun

    MENARIK

    BANTAHAN/

    PENGIKRAR

    MTERA

    bawah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) atau MTERA, dan Kumpulan 3 terdiri daripada warga asing (lihat Jadual 1). Jadual 1. Peruntukan organ HOTA

    12. Pesakit dalam Kumpulan 1 diberi keutamaan paling atas dalam senarai menunggu untuk menerima organ yang dikeluarkan daripada orang yang sudah meninggal dunia di bawah HOTA. Jika tiada penerima yang sesuai dalam Kumpulan 1, organ daripada orang yang sudah meninggal dunia itu boleh ditawarkan kepada pesakit dalam Kumpulan 2. Sekiranya tiada penerima yang sesuai langsung dalam Kumpulan 2, barulah organ itu dikeluarkan daripada orang yang sudah meninggal yang telah menderma di bawah HOTA untuk dipindahkan kepada pesakit warga asing dalam Kumpulan 3. 13. Seorang pembantah HOTA yang telah menarik balik bantahannya diletakkan dalam Kumpulan 1 selepas ia menamatkan tempoh dua tahun bermula dari tarikh ia menarik bantahannya. Jika seorang Islam tidak mengikrar ginjalnya dalam tempoh yang ditetapkan, ia akan diletakkan dalam Kumpulan 1 hanya selepas ia menamatkan tempoh dua tahun bermula dari tarikh ia lewat mengikrarkan ginjalnya di bawah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) atau MTERA. Tujuan menetapkan jangka masa dua tahun ini ialah untuk tidak menggalakkan pembantah HOTA dan orang Islam yang tidak mengikrarkan ginjalnya daripada mengubah taraf mereka untuk menjadi pengikrar hanya selepas mereka mengalami kegagalan organ.

  • SKOP PINDAAN YANG DICADANGKAN KEPADA HOTA 14. Rang undang-undang ini bertujuan meminda HOTA dengan menyertakan perubahan-perubahan berikut: (a) Untuk menyertakan warga dan penduduk tetap Islam Singapura di bawah Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA), kecuali mereka memilih untuk tidak disertakan dalam HOTA (opt out); dan (b) Untuk menyertakan kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam HOTA. Penyertaan orang Islam 15. Kementerian Kesihatan (MOH) menyarankan untuk meminda HOTA untuk menyertakan orang Islam, apabila mereka meninggal dunia, dalam Akta ini. Mereka haruslah warga dan penduduk tetap Singapura yang berumur antara 21 dan 60 tahun, berfikiran waras, dan tidak membuat bantahan agar mereka tidak disertakan dalam HOTA. Penyertaan orang Islam di bawah HOTA dijangka menyediakan sehingga lima penderma organ setahun (yang dapat menghasilkan sehingga 10 ginjal, 10 kornea, 5 h