pendekatan pengalaman bahasa lea

3
 Raynold Freddy Nur Shawalia Fitri Azi Nurul Farahhanis PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA) Pengalaman bahasa merupakan satu pendekatan untuk mengajar membaca berdasarkan aktiviti dan cerita yang dibangunkan daripada pengalaman peribadi pelajar. Secara ringkasnya, pendekatan ini adalah yang pertama dibangunkan untuk penutur. Menurut Jones & Nessel (1985); pengalaman adalah satu kaedah yang berfungsi dengan baik dengan pengajaran bacaan berasaskan kandungan iaitu bacaan berasaskan bidang tertentu. Pada pandangan Vacca pula, pendekatan ini sering dikaitkan dengan teknik imlak cerita. Terdapat beberapa matlamat apabila melaksanakan pendekatan pengalaman bahasa ini iaitu untuk merangsang bahasa lisan seberapa banyak yang boleh, tetapi tidak memfokuskan untuk membetulkan tatabahasa. Selain itu, hasil pengalaman bahasa ialah menulis dan membaca. Pendekatan ini juga menggalakkan pelajar untuk bercakap mengenai pengalaman mereka. Untuk melaksanakan pendekatan pengalaman bahasa ini hanya memerlukan beberapa langkah yang mudah. Pertama, guru perlu merangsang perbincangan contohnya mengenai ‘kapal’. Kemudian perbincangan tersebut perlu dijana agar ia bercambah atau berkembang. Contohnya mengenai perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, dan bau. Ketiga, kesemua idea- idea atau pemiki ran pelajar akan direkodkan (diimlakkan). Kemudian, perbincangan akan merujuk semula kepada pemikiran para pelajar dan dibaca bersama   sama. Seterusnya, bahan   bahan lain yang berkaitan dengan topik ‘kapal’ tadi aka n dibaca.  Akhirnya, pengukuhan pembelajaran akan dilaksanakan dengan menulis, mendengar, dan meneliti. Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan pengalaman bahasa (LEA) ini.  Antara kekuatannya, kemajuan anak  anak berdasarkan individu pada kadar kendiri dapat dilihat serta melibatkan integrasi semua kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain itu, pendekatan ini juga amat menjimatkan. Namun kelemahannya dapat dilihat apabila guru banyak menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan pendekatan ini untuk melakukan kerja  kerja

Upload: farahhanis1991

Post on 18-Oct-2015

1.114 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Raynold FreddyNur Shawalia Fitri AziNurul FarahhanisPENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA) Pengalaman bahasa merupakan satu pendekatan untuk mengajar membaca berdasarkan aktiviti dan cerita yang dibangunkan daripada pengalaman peribadi pelajar. Secara ringkasnya, pendekatan ini adalah yang pertama dibangunkan untuk penutur. Menurut Jones & Nessel (1985); pengalaman adalah satu kaedah yang berfungsi dengan baik dengan pengajaran bacaan berasaskan kandungan iaitu bacaan berasaskan bidang tertentu. Pada pandangan Vacca pula, pendekatan ini sering dikaitkan dengan teknik imlak cerita. Terdapat beberapa matlamat apabila melaksanakan pendekatan pengalaman bahasa ini iaitu untuk merangsang bahasa lisan seberapa banyak yang boleh, tetapi tidak memfokuskan untuk membetulkan tatabahasa. Selain itu, hasil pengalaman bahasa ialah menulis dan membaca. Pendekatan ini juga menggalakkan pelajar untuk bercakap mengenai pengalaman mereka. Untuk melaksanakan pendekatan pengalaman bahasa ini hanya memerlukan beberapa langkah yang mudah. Pertama, guru perlu merangsang perbincangan contohnya mengenai kapal. Kemudian perbincangan tersebut perlu dijana agar ia bercambah atau berkembang. Contohnya mengenai perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, dan bau. Ketiga, kesemua idea- idea atau pemikiran pelajar akan direkodkan (diimlakkan). Kemudian, perbincangan akan merujuk semula kepada pemikiran para pelajar dan dibaca bersama sama. Seterusnya, bahan bahan lain yang berkaitan dengan topik kapal tadi akan dibaca. Akhirnya, pengukuhan pembelajaran akan dilaksanakan dengan menulis, mendengar, dan meneliti. Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan pengalaman bahasa (LEA) ini. Antara kekuatannya, kemajuan anakanak berdasarkan individu pada kadar kendiri dapat dilihat serta melibatkan integrasi semua kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain itu, pendekatan ini juga amat menjimatkan. Namun kelemahannya dapat dilihat apabila guru banyak menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan pendekatan ini untuk melakukan kerjakerja merancang pengajaran, mengambil imlak, merancang program individu dan mengawas prestasi pelajar.Langkah-langkah dalam pengajaran mengarang mengaplikasikan kaedah LEA adalah : (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Contohnya, guru boleh mengadakan lawatan ke pusat sains Negara.(b) Tajuk karangan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menulis dan mendapatkan idea.(d) Perbincangan mengenai isi-isi yang terdapat dalam tajuk karangan perlu dijalankan sebelum aktiviti menulis.

Contoh aktiviti penulisan yang melibatkan kaedah LEA adalah :Tajuk aktiviti : lawatan dan membuat laporanGuru membawa murid-murid melawat ke tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat pelancongan, badan-badan tertentu. Sebelum memulakan lawatan itu, guru memberitahu para pelajar bahawa mereka dikehendaki memerhati dan membuat catatan tentang lawatan itu. Selepas tamatnya lawatan, mereka dikehendaki membuat satu laporan mengenai lawatan tersebut.Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menambahkan pengalaman para pelajar, bahkan dapat menimbulkan minat dan juga melatih murid membuat karangan jenis laporan. Selain daripada penulisan laporan guru juga dapat mengadakan aktiviti lanjutan di dalam kelas seperti menulis karangan tentang lawatan dan menulis karangan cerita tentang pengalaman semasa lawatan.