pendekatan karangan bergambar

15
Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis 1.0 PENDAHULUAN Penulisan juga satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai. Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989). Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman formal atau tidak formal. Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan. Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita, jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa. Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula membahagikan penulisan kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih mudah difahami,penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis. 1. Penulisan Lisan:

Upload: zalina-bt-din-zalina

Post on 22-Jul-2015

163 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan karangan bergambar

Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis

1.0 PENDAHULUAN

Penulisan juga satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea

oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang

disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada

pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik

penulisan yang sesuai.

Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu

kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks

penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989;

Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur &

Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa

seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi

pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson &

Grant 1989).

Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan

sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan

berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan

pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman

formal atau tidak formal.

Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu

berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman

tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan.

Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita,

jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa.

Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula membahagikan penulisan

kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih

mudah difahami,penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis.

1. Penulisan Lisan:

Page 2: Pendekatan karangan bergambar

Aktiviti latihan bercakap untuk menulis dengan menggunakan bahasa yang diajar

turut dipraktikkan dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001:281) antara teknik-

teknik pengajaran yang boleh dijalankan dalam kelas ialah:

Bersoal jawab perkara-perkara yang dialami pelajar dalam kehidupan hariannya.

Menceritakan semula cerita yang pernah didengar daripada ibu bapa,guru, orang lain, buku,

majalah atau bahan bacaan lain. Teknik ini mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan

pengalaman mereka tanpa batasan.

Membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri

Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran yang disediakan.

2. Penulisan Biasa

Penulisan ini adalah kesinambungan daripada penulisan lisan (Pg. Mahmud Pg.

Damit,1997).Penulisan ini dilakukan setelah pelajar menjalani latihan praktikal dalam bahasa

lisan.Penulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan terkawal dan penulisan

bebas.

i. Penulisan Terkawal

Menurut Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,2001:283), dalam penulisan terkawal

segala isi dan penulisan dikawal oleh guru.Guru mengawasi susunan dan bahasa dalam penulisan

ini untuk mengurangkan berlakunya kesilapan. Penulisan terkawal dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal.

ii .Penulisan Bebas

Pengajaran dan penulisan jenis ini hanya dapat dilakukan setelah pelajar boleh menguasai bahasa

dengan baik. Guru lebih banyak bertindak sebagai pembimbing dan memberikan

perhatian kepada kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam perbendaharaan kata, isi dan

pembinaan ayat berdasarkan tajuk penulisan yang diberi. Bahan bantu mengajar banyak

membantu guru dalam aktiviti pengajaran mereka. Ini membolehkan pelajar membina

struktur ayat yang gramatis dan menghasilkan penulisan wacana tatabahasa yang berkualiti.

2.0 SOALAN TUGASAN

Page 3: Pendekatan karangan bergambar

Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat

memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana

sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi

memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada

satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah,

kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikandengan tajuk penulisan yang

hendak diajar.

Berdasarkan kenyataan di atas berikan pandangan anda dengan berpandukan soalan berikut :

2.1 Kaitkan Pandangan Tersebut Dengan Dua Pendekatan Pengajaran Penulisan

Yang Dikemukakan oleh Raimes

Menurut Abdullah Hassan (1987:412) , pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip

atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu

pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa

itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu.

Terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan menengah. Pertama

penulisan wacana berformat. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu.

Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh

menjejaskan konsep wacana ( Sulaiman Masri,1998 ). Kedua penulisan wacana tidak berformat.

Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan yang

bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format ( Kamarudin Hj.Husin, 1988 ).

Dalam pengajaran penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun pendekatan

yang paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan topik

penulisan yang hendak diajar.

Raimes ( dalam Jurian Long, dan rakan-rakan,1990-214 ) berpendapat bahawa terdapat

beberapa pendekatan pengajaran penulisan. Antaranya ialah :

A. Pendekatan Terkawal;

B. Pendekatan Bebas;

C. Pendekatan Pola – Perengganan;

Page 4: Pendekatan karangan bergambar

D. Pendekatan Tatabahasa Sintaksis-organisasi;

E. Pendekatan Komunikatif; dan

F. Pendekatan Proses.

Dua pendekatan yang saya pilih untuk pengajaran penulisan ialah

1. Pendekatan Terkawal

2. Pendekatan Pola-Perenggan

2.1.1 Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang dirancang secara berurutan supaya murid-

murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki

menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang

ditetapkan.Pendekatan ini mula digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman

pendekatan audio-lingual.Menerusi pendekatan ini, semasa pengajaran penulisan murid-murid

dipandu atau dikawal supaya pelajar tidak membuat kesilapan. Pendekatan terkawal juga

merupakan latihan penulisan yang isi kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan

murid berdasarkan arahan yang ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh

guru lebih banyak, tetapi kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau

bagaimanapun , mereka mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan

menggunakan struktur ayat mereka sendiri.

Dalam pendekatan terkawal, guru merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara

berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan

dan ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian.

Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga

penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki membuat latihan berdasarkan gambar serta

mematuhi arahan-arahan yang diberikan. Guru perlu memastikan penggunaan bahan pengajaran

pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid.

Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan

pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan

sebagainya.

Page 5: Pendekatan karangan bergambar

Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam pendekatan ini ialah:

Menyusun perkataan atau frasa

Melengkapkan ayat atau mengisi tempat kosong

Menyusun ayat

Menukar dialog kepada karangan

Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga

membentuk sebuah karangan yang lengkap.

Menysun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk

membentuk sebuah karangan lengkap berstruktur.bersturuktur…

Dalam aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat, bentuk kawalan yang

dilakukan oleh guru adalah seperti berikut :

a. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan, contohnya penyambung dan

frasa. Kadang-kadang guru memastikan perkataan-perkataan atau frasa yang perlu digunakan.

b. Guru memberi senarai frasa atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk,murid-murid

perlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu. Frasa atau perkataan disediakan oleh

guru,bertujuan mengurangkan kesilapan dalam penulisan.

c. Guru memberikan satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian

kepada murid-murid, kemudian menyuruh murid-murid mengambarkan keseluruhan

pengalaman.

Contoh :

1. Kalau saya seorang angkasawn ………….

2. Surat yang di tanganku jatuh, dan dengan tidak disedari air mata membasahi pipiku……………..

3. ………………. rupa-rupanya saya bermimpi

d. Guru membincang rangka karangan bersama-sama murid. Murid menulis karangan berdasarkan

rangka karangan tadi.

Page 6: Pendekatan karangan bergambar

Semasa membuat latihan penulisan murid-murid tidak memikirkan tentang kandungan

,struktur atau gaya bahasa. Mereka mengikut arahan yang diberikan oleh guru .Antara teknik-

teknik yang boleh digunakan ialah

Karangan terkawal

Karangan berpandu

Teknik soal jawab

Teknik gabung ayat

Kaedah, teknik, alat bantu mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh guru berbeza bagi

setiap kali pengajaran dijalankan. Ianya bergantung kepada subjek, tajuk , alam persekitaran

dan kebolehan murid itu sendiri.Contohnya untuk menulis karangan antara gambar tunggal dan

gambar bersiri teknik antara keduanya adalah berbeza.

2.1.2 Pendekatan Pola- Perengganan

Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam

penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin

disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan

perenggan baru. Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan:

a. Tentukan ayat-ayatnya berkait.

b. Ada kesatuan dan pertautan isi.

c. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi berkait sahaja dipilih.

d. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana.

Contoh penanda:

Selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, oleh yang demikian ,namun begitu

,seterusnya dan selanjutnya.

Page 7: Pendekatan karangan bergambar

Pendekatan pola-perenggan ini memberi keutamaan kepada ciri-ciri pembentukan

perenggan yang baik dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan

untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Oleh itu pelajar

dapat membentuk perenggan yang baik dan penyampaian isinya mengikut urutan.Pendekatan ini

juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.

Antara latihan yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah ;

1. Latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas.

2. Latihan menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru supaya membentuk sebuah karangan yang

kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling melengkapi bagi membentuk

satu kesatuan.

Contoh :

Murid-murid dikehendaki menyusun ayat-ayat berikut supaya membentuk satu

perenggan memerihalkan ‘Wau Bulan’.

a. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada

bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila

diterbangkan.

b. Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya

didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.

c. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda,

mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda.

d. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang

biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.

e. Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

3. Latihan ini membolehkan murid-murid mengenalpasti isi-isi penting dan isi bantu dalam

seseuatu perenggan.

4. Latihan untuk memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan.

Page 8: Pendekatan karangan bergambar

Soalan 2

Pilih satu tajuk penulisan yang sesuai dan rangkakan satu model pengajaran berdasarkan

kaedah bergambar dan carta. Penggunaan alat bantu mengajar atau audio visual yang

sesuai perlu disertakan sebagai lampiran.

3.0 KAEDAH BERGAMBAR DAN CARTA

Kaedah pengajaran merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan

berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif

pembelajaran dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain kaedah pengajaran ialah cara

mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah- langkah penyampaian yang tersusun.

Penggunaan kaedah bergambar dan carta bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah

berdasarkan gambar yang dilihat dan dipamerkan.Gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan

bantu mengajar dan perisitiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan untuk

murid-murid menyiapkan sebuah penulisan. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan menerusi teknik

penyampaian yang menggunakan slaid.

Teknik slaid dapat menarik minat murid kerana menyeronokkan,ditambah lagi dengan

iringan muzik yang bersesuaian.Contoh tayangan slaid tentang majlis perkahwinan,iringan irama

muzik ialah muzik ialah “selamat pengantin baru”.Namun teknik memerlukan peralatan tertentu

seperti komputer , LCD dan speaker.

Beberapa langkah menggunakan kaedah bergambar dalam menyampaikan pengajaran,

antaranya :

1. Gambar yang digunakan mestilah sesuai dan menarik sebagai ABM dan mengikut umur atau

tahap murid.

2. Guru mengarahkan murid-murid meneliti gambar yang dipamerkan dan meminta murid-murid

memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan tentang gambar .

3. Pelajar diminta mencatat isi-isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang

dilihat.

Page 9: Pendekatan karangan bergambar

4. Aktiviti sumbangsaran dijalankan, iaitu murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat

dan idea secara lisan, dan guru mencatat pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-

ayat yang dikemukakan oleh murid-murid.

5. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang isi-isi yang dikemukakan dan

membuat rumusan dan penyusunan isi-isi penting.

6. Pelajar menulis berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

Teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah

cartaberdasarkan proses-proses penghasilan bahan atau produk.Teknik ini bersistematik

mengikut kronologi peristiwa.Teknik ini hampir sama dengan teknik gambar bersiri. Peringkat-

peringkatnya boleh ditunjukkan menggunakan penanda “ anak panah’’.

3.1 Rancangan Pelajaran Harian.

Penulisan : Keperihalan

Tarikh : 01 Mac 2010

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Kelas : 5 Bestari

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Penulisan- Keperihalan

Page 10: Pendekatan karangan bergambar

Topik : Adat Perkahwinan Melayu

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

i. Murid dapat menyoal dengan menggunakan pelbagai kata tanya untuk mendapatkan

Maklumat.

ii. Pelajar dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting tentang tajuk

karangan tersebut.

iii. Pelajar dapat menulis suatu karangan yang baik bertajuk “ Adat Perkahwinan Melayu

Di Malaysia” dalam buku latihan penulisan.

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama:

6.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1

i). Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan :

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila

Aras 1

i) Mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk

mendapatkan penjelasan lanjut.

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau

antara perenggan bagi sesebuah karangan.

Aras 1

ii) Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Page 11: Pendekatan karangan bergambar

Kemahiran Bahasa : Mendengar , bertutur , membaca dan menulis.

Sistem Bahasa : Kosa kata : merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan

persandingan

Pengisian Kurikulum :

Ilmu : Budaya, Pendidikan Islam

Penerapan Nilai : Kerjasama, Sopan-santun , Hormat-menghormati

Tatabahasa : Penanda Wacana dan Kata Tanya

Kemahiran Berfikir : Menjana idea dan menyenarai

Kajian Masa Depan : 1) Pengumpulan maklumat – Proses Kilasan Persekitaran

2) Ramalan dan Analisis – Roda Masa Hidup

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kemahiran Berfikir

ii. Teknologi maklumat dan Komunikasi

iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar.

Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik,Intrapersonal, Kecerdasan Muzik,

Kecerdasan Imaginasi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah lihat suasana majlis perkahwinan

Bahan Bantu Mengajar : a. Kaset dan radio

b. Gambar-gambar aktiviti/ slaid

c. Lirik Lagu

d. Lembaran Pengurusan Grafik

e. Lembaran Kerja

f. Sambungan Internet

Page 12: Pendekatan karangan bergambar

LANGKAH /

MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN CATATAN

Set Induksi 5 minit

Lirik lagu “ Selamat Pengantin Baru” nyanyian

Saloma

Lihat lampiran 1

1. Guru memperdengarkan lagu dari komputer.

2. Guru meminta murid menyatakan

suasana yang berkaitan dengan lagu tersebut.

3. Guru mengaitkan lagu ini dengan tajuk pelajaran.

KBT : Budaya Melayu

KP : Muzik BBB :

Komputer riba, LCD

Langkah 1

( 10 minit )

Tayangan slaid adat

perkahwinan di Malaysia.

Adat akad nikah

Adat bersanding

Adat berinai

Peralatan

perkahwinan-hantaran,bunga telur

,bilik pengantin.

Adat merisik

Lihat Lampiran 2.

1. Guru menayangkan slaid power

point berkaitan dengan adat perkahwinan orang Melayu.

2. Murid-murid membaca perkataan

yang terdapat di atas slaid. 3. Guru dan murid-murid berbincang

tentang adat-adat perkahwinan orang Melayu berdasar slaid tadi.

Ilmu : Budaya KBT : Kemahiran belajar cara

belajar. KP:

Verbal-Linguistik Nilai : bekerjasama

BBB: Gambar adat

perkahwinan/slaid, Komputer riba, LCD

Langkah 2

( 20 minit )

Petikan teks Lihat lampiran 3

Aktiviti Kumpulan.

Kumpulan 1: Adat akad nikah. Kumpulan 2 :

Adat bersanding Kumpulan 3 :

Adat meminang dan bertunang. Kumpulan 4:

Adat merisik Kumpulan 5:

Peralatan dan hantaran semasa majlis perkahwinan.

Lihat Lampiran : 2

1. Guru meminta murid mengelik pautan yang telah disedia.

2. Murid diminta meneliti petikan

mengikut kumpulan masing-masing. 3. Murid diminta berbincang mengikut

kumpulan dan menyatakan isi-isi

penting secara lisan. 4. Murid-murid disarankan agar

menggunakan kata tanya sebagai satu kaedah untuk mendapatkan isi-isi penting.

5. Murid-murid akan menyoal antara satu sama lain dengan ahli

kumpulan.

KBT: Kemahiran belajar cara belajar.

KBT: TMK

KP: Verbal-linguistik Nilai : tekun,

kerjasama.

BBB: Petikan, Slaid/gambar,

Komputer riba ,

Page 13: Pendekatan karangan bergambar

Tatabahasa: Kata Tanya

Apakah?

Siapakah?

Bilakah?

Bagaimanakah?

Soalan : 1. Siapakah yang

melakukan majlis akad

nikah? 2. Dimanakah majlis

akad nikah di jalankan?

3. Apakah tujuan adat

merisik dilakukan? 4. Sebelum majlis

perkahwinan dijalankan,apakah persiapan yang

dijalankan? 5. Bagaimanakah

sambutan majlis perkahwinan dijalankan?

sambungan internet.

Langkah 3

( 15 minit )

Mencatat isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik

yang disediakan.

Lihat lampiran : 4

1. Guru mengedarkan borang

pengurusan grafik kepada murid.

2. Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan dan mencatat isi-isi penting di dalam borang

pengurusan grafik yang diberikan. 3. Wakil kumpulan membentangkan

hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas.

4. Guru menyemak isi-isi penting

yang dikemukakan oleh murid

KBT : KB-menjana idea

dan menghubung kait.

Nilai : kerjasama BBB:

Carta aliran

Penutup

(10 minit )

Tajuk Penulisan

“Adat Perkahwinan

Melayu di Malaysia”. Pena

1. Berdasarkan maklumat yang

diperolehi dalam perbincangan, murid—murid diminta menyiapkan

sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi.

2. Guru merumuskan pengajaran dan

menghargai penglibatan murid.

BBB:

Lirik lagu, Komputer riba,

LCD KP: Muzik

Page 14: Pendekatan karangan bergambar

3. Guru memperdengarkan lagu “Selamat Pengantin Baru”

4.0 RUMUSAN

Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua

bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan

masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran

menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu

membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis

perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan

bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran

seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan

teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.

Kadangkala, para pelajar kurang berupaya untuk membina lingkaran penulisan secara

terangkum antara perkataan yang dipilih dengan ayat yang dihasilkan. Masalah ini disebabkan

oleh kecetekan dari segi pengetahuan perbendaharaan kata yang konstruktif dan tepat, dan

Page 15: Pendekatan karangan bergambar

kurangnya penegasan dari segi susun galur binaan wacana supaya kelihatan utuh dan sepadu

sejajar dengan perkaitan semantik yang sepatutnya mendasari bentuk penulisan masing-masing.

Ketidakupayaan ini akan menyebabkan persembahan idea dan maklumat seolah-olah kelihatan

terencat. Oleh kerana itu, mutu persembahan dalam penulisan seolah-olah tidak berkembang

dengan nyata mengikut lunas-lunas transisi dari aspek perkaitan semantik.

Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran

menulis. Beberapa kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan

kemahiran menulis. Antaranya,

a. Latihan imlak ,di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan

betul ayat atau perenggan yang dipilih.

b. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat

yang betul tatabahasanya.

c. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan

yang tersusun dan logik.

d. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar

atau satu gambar bersiri.

e Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk

pelbagai tujuan.

f. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.

g. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah,

dan sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi.

h. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.

i. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik

termasuk teknik membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.