pendahuluan.docx

9
Pendahuluan Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia dan tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal, sosial atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau sikap bagaimana seseorang individu itu menanganinya. Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi- bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi pendidikan. Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah semulajadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi masalah-masalah

Upload: hafizoh-hassan

Post on 24-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan.docx

PendahuluanDi zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia

dan tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal,

sosial atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau

sikap bagaimana seseorang individu itu menanganinya.

Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria

dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di

kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu

dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi-bidang.

Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud

dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan

sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan

untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. 

Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau

sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya

pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang dianggap

sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi pendidikan. Justeru,

simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah semulajadi

kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu

tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi

masalah-masalah guru di samping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap

pendidikan. 

Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan.

Pelbagai dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan ledakan

pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Ini menyebabkan

bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan membebankan. Ini kerana guru

merupakan “amanah” yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada anak

didiknya. Sama ada rela atau tidak, mereka dituntut untuk menyesuaikan diri dengan

sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari

Page 2: Pendahuluan.docx

semasa ke semasa. Situasi ini secara umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa

berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar dan semakin kompleks.

Pendapat ini disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan

selain daripada  mengajar dan berdepan dengan  pelbagai karenah  pelajarnya, seseorang

guru  juga dituntut  untuk melaksanakan pelbagai  tugasan lain yang menjadi rutin

pekerjaan  mereka  seperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar,

menyediakan soalan ujian dan peperiksaan dan lain-lain lagi.

Adakalanya, tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga

menjalankan tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru

mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion

perguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan

Zubaidah Aman, 1998).

Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat dan mereka meletakkan

harapan yang tinggi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mendidik

anak bangsa. Dalam usaha ini, mereka terdedah kepada pelbagai cabaran, risiko dan

kerumitan. Oleh itu stres yang dialami  oleh guru  merupakan  satu isu  yang patut diberi

perhatian  yang wajar kerana pengelakan (burnout) mereka dalam memberi sumbangan 

kepada  proses pendidikan  akan meninggalkan kesan  negatif  terhadap  pembangunan

akademik  dan kesejahteraan diri generasi muda secara amnya. (Tang dan Yeung, 1999)

Pernyataan Masalah

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan

peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah

pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru

memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan

Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987), jumlah

Page 3: Pendahuluan.docx

kajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia menunjukkan

keseriusan masalah ini. Gold dan Roth (1993) berpendapat salah satu punca yang

menyebabkan guru mengalami tekanan adalah disebabkan oleh perubahan dalam sesuatu

dasar. Pada tahun 2003, guru dikejutkan dengan dasar kerajaan Malaysia yang telah

memperkenalkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan

Matematik (PPSMI). Ini memberi impak yang besar kepada guru pada masa itu kerana

mereka perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun dasar tersebut akan digantikan  dengan dasar baru yang dikenali

sebagai dasar memartabatkan Bahasa Melayu  dan memperkasakan Bahasa Inggeris

(MBMMBI).

Fenomena ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa mengubah corak

pengajaran mereka daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga

dituntut untuk mempersiapkan diri bagi melaksanakan dasar ini mulai tahun depan. Keadaan

ini akan mengundang stres apatah lagi mereka belum bersedia untuk menghadapi

perubahan yang drastik ini.

Memandangkan isu stres kerja boleh mengancam tahap profesionalisme guru-guru, maka

pengkaji ingin mengambil kesempatan ini dengan membuat kajian yang lebih lanjut

mengenai masalah ini dan juga faktor-faktor penyebab yang boleh mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran guru.

Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan tekanan

kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia

kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan bertindak

luar kawalan tanpa disedari. Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru

yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah

memberi tekanan yang berat kepada guru.

Definisi

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap

manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa

Page 4: Pendahuluan.docx

dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas

seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana

untuk mengatasinya.

Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas

permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai

kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap

dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke

atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya

keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan

mendatangkan kesan yang positif. 

Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Stringere’ yang bermaksud ketat atau tegang

(Cox, 2000). Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis dalam menjalankan kajian

tentang stres ini.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), stres merupakan satu

penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat

pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010). Kajian  yang  dilakukan oleh Institute Of

Stress di New York, mendapati pada tahun 2002 terdapat 90% daripada lelaki dewasa 

mengalami stres yang kuat sekurang-kurangnya  dua kali seminggu, manakala 25% lagi

mengalami stres setiap hari.

Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan  emosi yang kompleks dan satu reaksi 

fisiologi dan psikologi  yang berlaku  pada seseorang  apabila ia bertindak balas  kepada

faktor-faktor luaran  di persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan, hubungan 

dengan subordinat dan tekanan kerja.

Menurut   Cox  dan  Brockley (1984), stress merupakan  satu  persepsi  yang  wujud  dari

satu  perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan kebolehan

untuk melakukan arahan tersebut  dengan jayanya. Schafer (1992) pula mentafsirkan stres

sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan

terhadap dirinya. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan mindanya dengan

menangani permintaan itu, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif.

Page 5: Pendahuluan.docx

Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi

negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka. (Kyriacau

& Sutcliffe, 1978). Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan

budaya pendididikan akan mengalami stres. Kebanyakkan guru pada masa kini terpaksa

melakukan kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu mengajar, menghadiri kursus

sepanjang minggu dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap tugasan dan ini sedikit

sebanyak telah menganggu emosi dan minda mereka. Stres kerja pada tahap yang tinggi

akan membawa kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering mengelakkan diri dan

mengabaikan kerja.  

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang dialami

oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti ketegangan,

kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek

pekerjaan sebagai seorang guru.

Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti kemarahan

dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi perubahan fisiologi

seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan perembesan hormon

tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan terhadap aspek tugas

perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas, keyakinan diri dan

kerasionalan tindakan.

Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan analisis

data yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di United

Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan situasi tekanan yang

dihadapi dan bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut. 

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru yang

mengalami tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja dalam kalangan guru yang tidak

mengalami tekanan guru’. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang

dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan

guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah untuk

meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar pelajar yang

Page 6: Pendahuluan.docx

kurang kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi dalam kalangan guru

semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki

karakter atau personaliti yang baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung

tidak dikenali dan kepuasan kerja yang rendah. 

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan penyakit

sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan jurnal yang

ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja

yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan

kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga secara tindakan fizikal

atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru yang tidak melepaskan

geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang

berlebihan. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan  potensi berlakunya masalah salah

guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman

yang boleh mengakibatkan penderaan. 

Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan motivasi

pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan sama ada

positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami masalah

tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan, kerisauan atau

kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan yang mungkin

berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.