pendahuluan.docx

Click here to load reader

Upload: munirah-talib

Post on 23-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Linguistik adalah suatu sains yang mengkaji bahasa. Ia mengandungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisa satu-satu bahasa itu. Teori-teori dan teknik menganalisa bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dari pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Dengan menggunakan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik itu seseorang ahi bahasa, menurut kepercayaan mereka, dapat menghuraikan serta menganalisa satu-satu bahasa secara objektif tanpa dipengaruhi oleh sebarang prasangka atau sentimen. Seorang ahli bahasa adalah seorang pemerhati yang berkemahiran menghuraikan dan menganalisa bahasa secara objektif dan tidak hanya sebagai seorang participant sahaja. Ia mungkin tidak boleh menuturkan bahasa yang dikajinya tetapi berkemungkinan menganalisa bahagian-bahagian bahasa seperti kelainan-kelainan untuk pertuturan, bentuk-bentuk deskriptifnya sama ada perkembangan sejarah yang dilalui oleh perkataan-perkataan dan sebagainya. Sekali pun aspek yang dikaji itu mungkin berbeza, pengkajian yang dilaksanakan tetap bersifat objektif dan empirikal sepanjang masa

1.1 PengenalanIlmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang luas sekali. Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai sudut. Dengan berdasarkan aspek-aspek tertentu yang ditinjau dalam pengkajian bahasa itu, maka ilmu linguistik dapat berdiri sebagai salah satu daripada disiplin-disiplin yang berikut.

1.1.1 LinguistikAm dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagailinguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori ilmu linguistik secara umum. Di antara perkara-perkara yang dikendalikan dalam bidang ini adalah penubuhan konsep-konsep yang meliputi soal-soal mendefinisikan aspek-aspek dan daerah kajiannya secara umum, soal-soal menentukan sifat-sifat umum yang ada pada semua Bahasa secara universal, soal-soal menentukan cara-cara dan kaedah-kaedah tertentu yang boleh digunakan dalam penghuraian Bahasa secara deskriptif dan sebagainya.

Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Linguistik gunaan juga merupakan bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

1.1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa sertaasal usul atau etimologisesuatu bahasa.Tujuan linguistik histori adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini

Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang mengadakan perbandingan antara Bahasa-bahasa yang sekeluarga. Tujuan kajiannya tidak lain untuk melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan di antara bahasa yang sekeluarga iaitu Bahasa-bahasa turunan daripada satu Bahasa induk yang mungkin sudah tidak digunakan lagi. Perbandingan yang dilakukan mungkin di antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa-bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik perbandingan memperlihatkan hubungan erat dengan linguistik huraian. Ini adalah kerana huraian yang lengkap diperlukan terlebih dahulu tentang aspek-aspek tertentu bahasa-bahasa yang dibandingkan itu sebelum kerja membandingkan itu dilakukan. Akan tetapi sekiranya seorang ahli bahasa melakukan kerja-kerja perbandingan itu maka penghuraian di antara bahasa-bahasa yang dibandingkan itu hendaklah diperolehi secara deskriptif sebelum kerja membandingkan di antara bahasa-bahasa yang berkontras itu dilakukan.

1.1.3 Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang ilmu linguistik yang berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Antara cabang-cabangnya ialah sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik yang merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalammasyarakat. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan mengkaji mengenai aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antarabahasa dengan masyarakat..

Linguistik Antropologikal pula ialah cabang linguistik kontekstual yang mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. Manakala Antropologi Linguistik pula ialah satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

2.0 Tokoh Linguistik 2.1Biodata Ferdinand de Saussure2.1.1Aliran PemikiranFerdinand de Saussure (1857-1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Modentelah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajukCouse de Linguistique Generalepada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.

2.2.2SumbanganTatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden. Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran pemikiran Ferdinandberkembang dengan pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Sementara itu, di Malaysia oula hasilan Asmah Hj. Omar (1993).Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka juga dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistikAsmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat IjazahKedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.2.3.3Kepentingan TeoriFokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah bahasa ialah pertuturan bukan tulisan, bahasa ialah satu sistem, sistem bahasa ialah arbitari dan bahasa adalah untuk perhubungan. Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis), (Fries, 1957). Secara khususnya ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatuunsurtatabahasa, tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat, menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik dan kajian dibuat secara objektif dan saintifik denganbukti yang tepat dan betul

3.0. KEBERKESANAN STILISTIK DALAM PROSA MODEN (CERPEN)

Menurut Abdullah Hassan (1990) stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Ia memberi fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya bahasa yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Stilistik dari sudut sastera pula ialah kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Oleh itu, karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) menyatakan stilistikmeneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

Stilistik dibahagikan kepada dua ciri utama iaitu kelainan dari aspek bentuk gaya bahasa iaitu pengulangan, penyirnaan (sinkof), perbandingan (imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile), pertautan dan pertentangan (hiperbola, inversi dan paradoks, aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan sinkof), serta peribahasa, sindiran dan gaya retorik, dan ciri yang kedua ialah pemakaian bahasa (fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik).

Beberapa unsur-unsur stilistik yang terdapat di dalam cerpen yang bertajuk Aku Pulang ialah