pendahuluan.docx

16
1 1.0 PENDAHULUAN Penulisan Sejarah sangat penting untuk bakal guru Sejarah supaya mereka dapat memahami dan menghayati penulisan bahan sejarah di Malaysia berasaskan dokumen-dokumen yang sedia ada, temubual dan bahan-bahan lain. Ini semua penting dalam memupuk ciri-ciri sejarah dalam jiwa bakal guru sejarah 1 . Penulisan Sejarah kali ini memerlukan guru pelatih untuk menulis satu penulisan ilmiah berkenaan dengan tokoh tempatan yang banyak memberi sumbangan kepada Negara, Negeri dan masyarakat sekeliling. Di Malaysia ini sendiri mempunyai ramai tokoh-tokoh yang cukup terkenal sejak dari zaman penjajahan hingga ke zaman kemerdekaan untuk dipilih dalam penulisan ilmiah ini. Namun begitu, insan yang amat hebat dan cukup terkenal di persada dunia dari tahun 1981 hingga ke tahun 2003, insan yang telah menaikkan nama negara yang kecil ini hingga menjadi sebuah negara yang setaraf dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan Thailand 2 pada ketika itu. Insan tersebut adalah Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. Penulisan ini memfokuskan kepada latarbelakang dan sumbangan yang telah Tun Dr Mahathir Mohamad dari aspek politik selama 22 tahun sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia serta kesan-kesan positif sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. Selain itu, penulisan ini juga menyenaraikan beberapa peristiwa- peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia. Disamping itu, penulisan ini juga ingin memberi pendedahan kepada bakal 1 Hamdan Aziz et.al, Metodologi Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd., 2014, hlm 1 2 S. Hashim Ahmad, Sentuhan Emas Dr. Mahathir, Selangor: Innopack Marketing, 1997, hlm 3

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 17-Nov-2015

5 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dr mahathir

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUANPenulisan Sejarah sangat penting untuk bakal guru Sejarah supaya mereka dapat memahami dan menghayati penulisan bahan sejarah di Malaysia berasaskan dokumen-dokumen yang sedia ada, temubual dan bahan-bahan lain. Ini semua penting dalam memupuk ciri-ciri sejarah dalam jiwa bakal guru sejarah[footnoteRef:0]. [0: Hamdan Aziz et.al, Metodologi Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd., 2014, hlm 1]

Penulisan Sejarah kali ini memerlukan guru pelatih untuk menulis satu penulisan ilmiah berkenaan dengan tokoh tempatan yang banyak memberi sumbangan kepada Negara, Negeri dan masyarakat sekeliling. Di Malaysia ini sendiri mempunyai ramai tokoh-tokoh yang cukup terkenal sejak dari zaman penjajahan hingga ke zaman kemerdekaan untuk dipilih dalam penulisan ilmiah ini. Namun begitu, insan yang amat hebat dan cukup terkenal di persada dunia dari tahun 1981 hingga ke tahun 2003, insan yang telah menaikkan nama negara yang kecil ini hingga menjadi sebuah negara yang setaraf dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan Thailand[footnoteRef:1] pada ketika itu. Insan tersebut adalah Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. [1: S. Hashim Ahmad, Sentuhan Emas Dr. Mahathir, Selangor: Innopack Marketing, 1997, hlm 3]

Penulisan ini memfokuskan kepada latarbelakang dan sumbangan yang telah Tun Dr Mahathir Mohamad dari aspek politik selama 22 tahun sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia serta kesan-kesan positif sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. Selain itu, penulisan ini juga menyenaraikan beberapa peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia. Disamping itu, penulisan ini juga ingin memberi pendedahan kepada bakal penyelidik sejarah diluar sana dan penyelidik sejarah pada masa akan datang untuk mudah membuat rujukan dalam mengenal dengan lebih mendalam mengenai tokoh negara Malaysia ini yang diberi gelaran Bapa Pemodenan[footnoteRef:2] [2: Ibid, hlm 3]

2.0 OBJEKTIF KAJIANKajian ini merupakan salah satu pendedahan kepada bakal guru sejarah dalam merangka satu penulisan ilmiah mengenai bahan-bahan bersejarah demi memupuk semangat patriotik dalam jiwa bakal guru sejarah. Disamping itu, penulisan sejarah ini juga mampu memberi pendedahan kepada bakal guru sejarah untuk mengenal gaya penulisan sejarah[footnoteRef:3] yang sebenar. Malahan dengan penulisan ini maka para pembaca dapat melihat keberkesanan dalam berpolitik yang telah di terajui oleh Tun Dr Mahathit Mohamad yang juga sebagai ejen perubahan dalam pentadbiran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020[footnoteRef:4]. [3: Hamdan Aziz et.al, op. cit, hlm 75] [4: Harun Derauh dan Shafie Nor, Mahathir Cita-Cita dan Pencapaian, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., hlm 5]

Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada latarbelakang Tun Dr. Mahathir Mohamad semenjak beliau dilahirkan hingga beliau menceburi bidang politik. Disamping itu, sumber yang telah digunakan antaranya ialah temubual bersama dengan orang berautoriti bagi mengukuhkan lagi penulisan ilmiah ini.Disamping itu, kajian juga menumpukan kepada sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat selama 22 tahun yang berjaya membawa nama negara ke persada dunia malahan seiring dengan negara-negara asia yang maju ketika itu. Kajian ini juga cuba menganalisis pendekatan berani Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubah tanggapan masyarakat Melayu terhadap sains,ekonomi, matematik,teknologi, aeroangkasa dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sememangnya membantu orang-orang Melayu bersifat terbuka dan berusaha gigih untuk lebih maju dan berdaya saing dan seterusnya mendekatkan jurang pencapaian dalam bidang akademik, sukan, politik dan ekonomi di antara orang-orang Melayu dan bukan Bumiputera.

3.0 LATARBELAKANG TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan dengan seorang anak lelaki di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Pada masa itu, mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai 1981. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik[footnoteRef:5]. [5: Mahadi (Meninggal dunia 12 dec 2000), Murad (Meninggal dunia), Mustaffa (Meninggal dunia), Mashahor (Meninggal dunia 30 Sept 2002), Rafeah (Meninggal dunia 01 sept 2009) dan Habsah (Meninggal dunia 06 dec 2006)]

Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak[footnoteRef:6]. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid[footnoteRef:7]. Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. [6: Malay School Seberang Perak Alor Setar, Kedah Darul Aman tahun 1930] [7: Tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945]

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali[footnoteRef:8] yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicine berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Dr. Mahathir melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata[footnoteRef:9] sebagai penyeri hidup mereka. [8: Kini merupakan isteri beliau iaitu Tun Dr. Siti Hasmah] [9: Empat orang lelaki dan tiga orang perempuan. iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukriz, Maizura dan Mazhar]

Dari segi kerjaya beliau, Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu"[footnoteRef:10] yang diterbitkan dalam tahun 1970. [10: Abu Hassan Adam, Malaysia Pimpinan Mahathir, Petaling Jaya: International Book Service, 1984, hlm 66]

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh BritishCarpenters Society.

4.0 SUMBANGAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

4.1 Kerjaya politik Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union[footnoteRef:11]. Apabila UMNO[footnoteRef:12] ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik. [11: Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946] [12: United Malays National Organization]

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya[footnoteRef:13]. [13: Harun Derauh dan Shafie Nor, op. cit, hlm 17 ]

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untukmembolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir[footnoteRef:14] masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak[footnoteRef:15]. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik [14: Faizal Yusup (ed.), Bicara Tentang Mahathir, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd., 2004, hlm 41. Wawancara politik Sharif Shaary bersama Kassim Ahmad Saya sanjung Tun Razak, kerana kesungguhan dan keihklasannya. Saya sanjung Dr. Mahathir kerana keberaniaanya] [15: Beliau telah menang salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975]

Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

4.2 Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner. Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia. Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional[footnoteRef:16]. [16: Abu Hassan Adam, Malaysia Pimpinan Mahathir, Petaling Jaya: International Book Service, 1984, hlm 39]

Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa[footnoteRef:17]. [17: Harun Derauh dan Shafie Nor op.cit, hlm 115]

Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia' yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembangunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB[footnoteRef:18]. [18: Harun Derauh dan Shafie Nor, op.cit, hlm 142]

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional Proton Saga. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van Rusa dan motosikal Kriss dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju[footnoteRef:19]. [19: Ibid, hlm 147]

Selain itu, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1[footnoteRef:20]. Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart[footnoteRef:21]. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996. Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara-selatan dan timur-barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur. [20: Menjadikan Malaysia salah satu destinasi GrandPrix Dunia] [21: Pada tahun 1997 hingga 1999]

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM2 bilion. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Dalam tahun yang sama, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bilion. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruang lingkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia Dalam tahun yang sama, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikanhebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF)[footnoteRef:22]. Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. [22: S. Hashim Ahmad, Sentuhan emas Dr. Mahathir, Selangor: Juzart, 1997, hlm passim]

4.3 Akhir Karier Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamatkan penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau. Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton. Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan. Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

5.0 RUMUSAN

Wawasan adalah satu gambaran masa depan yang mungkin dan berterusan yang ingin dibentuk. Wawasan 2020 terkandung dalam ucapan dasar Perdana Menteri di majlis pelancaran penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Dalam kertas kerjanya yang bertajuk Malaysia Melangkah ke Hadapan, beliau mengemukakan beberapa pandangan tentang arah pembangunan negara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian. Kemajuan ini pula bukannya ditiru dari negara-negara maju sekarang tetapi kemajuan menurut acuan negara sendiri. Suatu Wawasan yang dikongsi bersama sememangnya merupakan pra-syarat kritikal bagi kejayaan membina negara. Wawasan memberikan panduan kepada hala tuju yang diperlukan oleh sebuah negara untuk bergerak[footnoteRef:23]. [23: Faizal Yusup op.cit, hlm 256]

Namun begitu, ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad berbentuk autokratik walaupun negara ketika itu mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi. Walaupunbegitu, pemerintahan bercorak autokratik itu amat perlu bagi negara seperti Malaysia ini yang ketika itu masih baharu dalam pentadbiran sendiri disamping mempunyai rakyatnya yang berbilang-bilang kaum demi mengekalkan perpaduan, kemajuan dan membantu rakyat melayu yang ketika itu mempunyai pendidikan dan ekonomi yang lemah berbanding dengan kaum lain. Oleh itu, kesan positif daripada pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad negara dan rakyat mencapai tahap pembangunan dan kemajuan yang mengagumkan dunia. Cita-cita Dr. Mahathir untuk mendaulat dan memartabatkan bangsanya di arena antarabangsa telah berjaya. Ia adalah hasil hentakan minda oleh Dr. Mahathir sehingga pemikirannya telah meresap jauh ke minda rakyat. Hasilnya tercetus budaya kerja yang kuat dan budaya usaha yang gigih untuk meningkatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

1