pendahuluan · pdf file 2020. 5. 5. · lockdown adalah pendapatan negara dari...

Click here to load reader

Post on 13-Sep-2020

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 1

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Pendahuluan

    Dunia telah berubah secara mendadak dalam masa hanya tiga bulan sejak Januari

    2020. Bencana yang jarang berlaku, pandemik koronavirus (COVID-19), telah

    mengakibatkan sejumlah besar nyawa manusia hilang secara tragis di peringkat

    global. Ketika kebanyakan negara menerapkan kaedah kuarantin dan mempraktiskan

    penjarakan sosial yang diperlukan untuk memutuskan rantaian COVID-19, dunia telah

    dimasukkan ke dalam suatu tempoh yang dinamakan sebagai Penyekatan Besar-

    besaran (The Great Lockdown). Pembantutan dalam kebanyakan aktiviti manusia

    dalam skala yang besar dan laju seperti hari ini tidak pernah dialami dalam sejarah

    peradaban manusia. Krisis Great Lockdown yang melanda dunia pada ketika ini

    merupakan krisis yang buruk dan memberikan kesan berantai pada sektor kesihatan,

    ekonomi, sosial dan politik.

    Terdapat tiga faktor utama berlakunya penyebaran COVID-19 secara cepat dan

    meluas sehingga dunia perlu melakukan Great Lockdown bagi mengatasinya.

    Pertama, faktor globalisasi yang diamalkan oleh hampir keseluruhan negara di dunia

    yang menyebabkan berlakunya kontak dan hubungan secara terus sesama manusia

    pada setiap hari. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), COVID-19 lebih cepat

    dan mudah tersebar antara sesama manusia yang berada dalam jarak satu meter.

    Faktor kedua adalah tahap pembiakan virus COVID-19 yang lebih cepat. Menurut

    WHO, bilangan pembiakan dan jangkitan sekunder yang dihasilkan dari satu individu

    yang dijangkiti oleh COVID-19 adalah sehingga 2.5 kali lebih tinggi daripada virus

    influenza. Tambahan pula, Covid-19 sama seperti SARS, MERS, AIDS, dan Ebola,

    adalah penyakit zoonosis, iaitu suatu penyakit yang mempunyai virus melonjak dari

    spesies lain kepada manusia.

    Faktor ketiga adalah kesukaran dalam mengenalpasti jangkitan COVID-19 dan

    simptom-simptomnya. Jangkitan COVID-19 boleh berlaku tanpa gejala dan simptom

    awal yang ditunjukkan oleh pembawa virus dan memerlukan sehingga 5 hingga 14

    hari untuk disahkan sebagai bebas jangkitan. WHO menganggarkan bahawa 80%

    jangkitan COVID-19 adalah ringan atau tidak simptomatik, 15% adalah jangkitan teruk

    yang memerlukan oksigen dan 5% adalah jangkitan kritikal yang memerlukan

    pengudaraan.

    Kemelesetan Ekonomi Global

    Jika dibandingkan dengan krisis Kewangan Global yang berlaku pada tahun 2008,

    krisis pada kali ini memberikan kesan ekonomi yang lebih teruk pada peringkat

    nasional dan global. Menurut unjuran yang dilakukan oleh pihak Tabung Kewangan

    Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2020 dijangka meleset

    kepada negatif 3.0%. Angka ini adalah penurunan sebanyak 6.3% berbanding unjuran

  • The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 2

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    yang dibuat pada Januari 2020, iaitu sebanyak 3.3%. Ironinya, ia menjadikan Great

    Lockdown sebagai kemelesetan ekonomi terburuk sejak Great Depression pada tahun

    1930.

    Rajah 1: Perbandingan Kejatuhan KDNK Global (IMF, 2020)

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membandingkan krisis Great Lockdown

    dengan beberapa krisis kesihatan yang berlaku sebelum ini. Pada tahun 2003, ketika

    wabak SARS melanda, kerugian global dianggarkan berjumlah RM 217.1 Billion (US$

    50 Billion) manakala pada tahun 2015 ketika merebaknya virus MERS, kerugian global

    berjumlah RM 21.71 Billion (US$ 5 Billion). Namun, pada kali ini, UN menganggarkan

    kerugian di peringkat global berjumlah RM 8.684 Trillion (US$ 2 Trillion).

    Walaubagaimanapun, jumlah tersebut lebih kecil jika dibandingkan dengan anggaran

    kerugian global yang dibuat oleh Wall Street iaitu sebanyak RM 21.71 Trillion (US$ 5

    Trillion). Jumlah ini sama seperti yang dijangkakan oleh Ketua Ahli Ekonomi Citigroup

    Incorporation, Catherine Mann. Selain itu, ahli Ekonomi JP Morgan pula

    menjangkakan kemelesetan ekonomi sebanyak RM 23.88 Trillion (US$ 5.5 Trillion).

    Namun begitu, IMF meletakkan anggaran kerugian global yang paling tinggi setakat

    ini iaitu sebanyak RM 39.078 Trillion (US$ 9 Trillion). Hal demikian kerana kebanyakan

    negara yang bergantung pada sektor pelancongan, perhotelan, dan hiburan dalam

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengalami gangguan yang sangat besar

    berikutan krisis Great Lockdown ini. Anggaran kerugian ini boleh diringkaskan seperti

    di dalam Jadual 1 di bawah:

    AGENSI ANGGARAN KERUGIAN

    RM Trillion US$ Trillion

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 8.684 2.0

    Wall Street 21.71 5.0

    Citigroup Incorporation 21.71 5.0

    JP Morgan 23.88 5.5

    Tabung Kewangan Dunia (IMF) 39.078 9.0

    Jadual 1: Anggaran Kerugian Global Tahun 2020

  • The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 3

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    Kesan Great Lockdown kepada Ekonomi Malaysia 2020

    Hasil tinjauan pusingan pertama yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

    (DOSM) yang bertujuan untuk melihat kesan COVID-19 ke atas ekonomi dan individu,

    memberikan suatu dapatan yang membimbangkan. Dari sudut pendapatan, sebanyak

    52.6% mengatakan mereka paling terjejas manakala 6.2% mengakui mereka sedikit

    terjejas dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula

    pada 18 Mac 2020 yang lalu. Dari perspektif pekerjaan pula, pekerja yang paling ramai

    terjejas adalah dari sektor pertanian dengan peratusan sebanyak 21.9%, diikuti oleh

    sektor perkhidmatan (15.0%) dan sektor industri (6.7%).

    Selain itu, Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka

    dan sangat bergantung dengan rantaian global. Jumlah eksport dan import Malaysia

    sehingga Jun 2019 masing-masing bernilai RM 76.2 Billion dan RM 65.9 Billion,

    bersamaan dengan 7.0% dari KDNK negara.

    Bagi tahun 2020, Bank Dunia mengunjurkan KDNK Malaysia akan mengalami

    pengucupan antara 0.1% sehingga 4.6% akibat krisis Great Lockdown. Impak negatif

    pada ekonomi Malaysia berpunca daripada kemeruduman ke atas pelaburan

    langsung asing (FDI), komoditi dan pelancongan, serta kejutan permintaan dan

    pengeluaran domestik akibat PKP. Sejak wabak COVID-19 bermula pada akhir tahun

    2019, berlakunya aliran keluar terbesar dari pasaran dengan rekod sebanyak RM

    360.4 Billion (US$ 83 Bilion), manakala FDI global diunjurkan susut sebanyak 30

    hingga 40 peratus tahun ini.

    Pada 24 Mac 2020, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengeluarkan

    suatu dapatan kajian yang menunjukkan anggaran KDNK Malaysia bagi tahun 2020

    akan menguncup dari 4.0% kepada negatif 2.9%. Bukan itu sahaja, bahkan MIER juga

    menganggarkan sebanyak 2.4 juta pekerja akan hilang pekerjaan yang mana 67%

    dalam kalangan mereka adalah kategori pekerja tidak mahir. Jangkaan ini bertepatan

    dengan anggaran awal Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) yang menunjukkan

    peningkatan pengangguran dan kekurangan pekerjaan yang ketara ketika krisis

    melanda.

    Di peringkat global, sebanyak 25 juta pekerjaan yang melibatkan seramai 2.7 billion

    pekerja terjejas akibat krisis ini. Secara statisitiknya, empat sektor yang paling terjejas

    di peringkat global adalah sektor makanan dan penginapan (144 juta pekerja), sektor

    runcit dan borong (482 juta), sektor perkhidmatan dan pentadbiran perniagaan (157

    juta) dan sektor pembuatan (463 juta).

    Tambahan pula, Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan KDNK

    Malaysia untuk tahun 2020 adalah pada kadar negatif 2.0% sehingga 0.5%. Hal ini

  • The Great Lockdown : Unjuran Baharu Ekonomi Malaysia | 4

    Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

    disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertamanya, kehilangan pengeluaran yang banyak

    akibat wabak COVID-19. Kedua, pelaksanaan PKP yang berlarutan selama empat

    fasa dan berkemungkinan akan dilanjutkan lagi. Lanjutan fasa PKP bergantung

    kepada keadaan dan bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia. Faktor ketiga adalah

    gangguan bekalan komoditi di dalam dan luar negara.

    Selain itu, satu daripada tiga agensi penarafan terkemuka dunia, Fitch Ratings,

    mengunjurkan pengucupan KDNK Malaysia bagi tahun 2020 berkadar pada negatif

    0.1%. Hal ini demikian kerana sektor yang paling terkesan dengan krisis Great

    Lockdown adalah pendapatan negara dari sumber eksport komoditi, perkilangan dan

    barangan perantaraan dan sektor pelancongan dan penerbangan. Unjuran agensi

    tersebut pada kadar inflasi Malaysia pula berpurata sekitar 0.3%, disebabkan oleh

    harga minyak yang rendah dan aktiviti ekonomi yang lemah.

    Walau bagaimanapun, Ernst & Young Global Limited (EY) yang merupakan sebuah

    firma perkhidmatan profesional multinasional yang beribu pejabat di London,

    memberikan unjuran bahawa kejatuhan pertumbuhan KDNK dan kenaikan

    pengangguran di Malaysia tidaklah seteruk yang berlaku di peringkat global. Unjuran

    kadar KDNK Malaysia bagi tahun 2020 adalah sebanyak 1.6% manakala anggaran