pendaftaran peperiksaan upsr 2016 -...

16
1 PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 1. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN) 2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN) 3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

Upload: duongnguyet

Post on 07-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

1

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

UPSR 2016

1. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN)

2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

Page 2: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

2

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN)

1. Setiausaha Peperiksaan dengan kerjasama daripada Guru

Kelas mengumpulkan dokumen murid Tahun 6

1.1 Salinan MyKid / MyKad / Kad Pengenalan / salinan kad

pengenalan sementara / salinan cabutan kad pengenalan.

Catatan:

1.2. Salinan Surat Beranak

1.3. Salinan Permit Belajar tahunan semasa yang dikeluarkan

oleh Sektor Pengurusan Sekolah.

1.4. Dokumen Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Kad OKU / Laporan Doktor /Laporan Perubatan

1.5. Surat permohonan /pengakuan ibu bapa memerlukan

kemudahan CBK atau tidak

Page 3: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

3

2. Taklimat Pendaftaran UPSR - Guru Kelas, Guru

Mata Pelajaran dan Calon UPSR

2.1 Murid melengkapkan borang permohonan pendaftaran UPSR /

PT3 secara manual.

Catatan:

2.2. Murid melengkapkan borang dengan bantuan Guru Kelas dan Guru

Mata Pelajaran bagi memastikan maklumat murid betul dan mata

pelajaran yang di pilih betul.

2.3. Murid membawa pulang untuk mendapatkan tandatangan dari

ibubapa/penjaga bagi mengesahkan segala maklumat yang diisi

dalam borang pendaftaran adalah tepat dan betul.

2.4 Sekiranya terdapat pembetulan, ibubapa / penjaga akan memotong

maklumat yang salah dan menulis maklumat baru dengan

menggunakan pen warna merah.

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEBELUM PENDAFTARAN)

2.5 Murid menyerahkan semula kepada Setiausaha Peperiksaan melalui

Guru Kelas bagi tujuan merekodkan dalam Aplikasi Pendaftaran

Page 4: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

4

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

UPSR 2016

2. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

Page 5: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

5

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

1. Setiausaha Peperiksaan memasukkan maklumat dalam

Online Aplikasi UPSR 2016.

1.1. Pendaftaran Calon, SuP hanya mengesahkan data murid dalam aplikasi

pendaftaran yang telah sedia ada maklumat diri murid berpandukan

borang pendaftaran manual yang telah disahkan oleh ibubapa / penjaga.

SuP boleh membetulkan maklumat tersebut sekiranya maklumat dalam

aplikasi tidak tepat.

Catatan:

1.2. Pendaftaran Mata Pelajaran / Ikut Aliran SK / SJKC / SJKT SuP

mendaftarkan mata pelajaran yang dikehendaki oleh murid ke dalam

aplikasi

1.3. Pendaftaran CBK dan kemudahan yang diperlukan, SuP akan

mendaftarkan calon CBK dengan menandakan jenis kecacatan serta

keperluan untuk menduduki peperiksaan

Page 6: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

6

1.4. Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan,

peralatan serta perisian khas dalam peperiksaan. Segala keperluan

calon berkenaan disediakan oleh sekolah berdasarkan permohonan

calon dengan persetujuan guru besar/pengetua/ibubapa/penjaga.

Catatan:

1.5. Kategori calon berkeperluan khas adalah seperti berikut:

Calon Terencat Akal/Sindrom Down

Calon Buta

Calon Pelbagai Kecacatan/Ketidakupayaan Lain

Calon Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/

Attention Deficit Disorder (ADD)/ Autisme/ Learning Disabilities (LD)

Calon Bisu

Calon Pekak

Calon Rabun

Calon Spastik/Cerebral Palsy

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

Page 7: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

7

4.8. Calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada

pihak sekolah. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap

sebagai calon biasa.

Catatan:

4.9. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan

borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89 berserta

dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad Orang Kurang

Upaya (OKU) kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Borang boleh

diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman web

Lembaga Peperiksaan.

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

4.10. Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahan

keperluan khas calon dan menghantar satu (1) salinan surat

pengesahan berserta dokumen sokongan kepada Pengarah

Peperiksaan.

4.11. Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keperluan

khas kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

Page 8: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

8

Catatan:

4.12. Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah menyediakan bilik dan

peralatan khas bagi calon-calon berkeperluan khas seperti yang

diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan.

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

4.13. Pihak sekolah atau JPN hendaklah mencetak Kenyataan Kemasukan

Peperiksaan (KKP) sebelum tarikh tutup pendaftaran untuk disemak

dan dibuat pembetulan oleh calon.

4.14. Sekiranya ada pembetulan, pihak sekolah atau JPN hendaklah

mengemas kini maklumat pendaftaran calon.

4.15. KKP hendaklah diserahkan kepada calon untuk tujuan semakan.

KKP yang betul hendaklah disahkan oleh calon dan ibubapa/penjaga.

4.16. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat dalam KKP.

Pembetulan perlu dibuat oleh SuP. KKP baru perlu dicetak semula

untuk diberi kepada calon bagi tujuan pengesahan ibubapa / penjaga

calon.

Page 9: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

9

Catatan:

4.17. KKP yang telah disahkan oleh ibubapa/penjaga calon hendaklah

dikumpul semula oleh SUP sebagai tujuan simpanan dan rujukan

semasa peperiksaan nanti

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SEMASA PROSES PENDAFTARAN)

4.18 SuP perlu mencetak rumusan Pendaftaran Calon di mana Guru

Besar/Pengetua bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan

dokumen maklumat pendaftaran calon adalah betul dan tepat dengan

menandatangani dokumen berkenaan.

4.19 JPN bertanggungjawab mencetak dan memberi kepada calon

persendirian untuk menyemak dan mengesahkan dokumen maklumat

pendaftaran (KKP) adalah betul dan tepat dengan menandatangani

dokumen berkenaan.

4.20 Calon Persendirian perlu menyimpan sendiri KKP sebagai bukti

pendaftaran untuk ditunjukkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan

pada hari peperiksaan selain dari dokumen pengenalan diri.

Page 10: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

10

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

UPSR 2016

3. TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

(SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

Page 11: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

11

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

1.1 Permohonan pembetulan maklumat calon dan maklumat mata

pelajaran hendaklah dengan menggunakan Borang Pembetulan

Maklumat Calon (BPMC) yang boleh diperoleh daripada JPN atau

dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.

1.2 Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan sebarang permohonan

pembetulan maklumat selepas 15 Mei tahun peperiksaan

2.1 Murid sekolah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon

persendirian.

1 PEMBETULAN MAKLUMAT

2 PERTUKARAN STATUS CALON

2.2 Calon persendirian dibenarkan membuat permohonan menukar

status kepada calon sekolah setelah tarikh tutup pendaftaran

dengan syarat calon diterima belajar di sekolah berkenaan.

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada

Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pendidikan Negeri.

Page 12: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

12

3 PEMBATALAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

3.1. Murid yang belum mendaftar peperiksaan dibenarkan

membuat permohonan untuk menangguhkan peperiksaan.

3.2. Calon yang telah mendaftar dibenarkan membuat permohonan

pembatalan pendaftaran peperiksaan dan bukannya

menangguhkan peperiksaan.

3.3. Pembatalan pendaftaran peperiksaan hanya akan diluluskan

oleh Pengarah Peperiksaan bagi kes-kes berikut:

3.3.1. Kematian,

3.3.2. Sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan.

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

3.4. Calon/Ibubapa/Penjaga hendaklah membuat permohonan rasmi

penangguhan/pembatalan peperiksaan berserta dokumen

sokongan kepada Pengarah Pelajaran Negeri melalui pihak

sekolah.

Page 13: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

13

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

3.5. Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan sebelum

Pengarah Peperiksaan meluluskan permohonan pembatalan

pendaftaran peperiksaan secara rasmi.

3.6. Calon hendaklah mendaftar semula bagi menduduki

peperiksaan pada tahun berikutnya.

3.7. Yuran pendaftaran bagi semua peperiksaan yang

dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan tidak akan

dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh

Pengarah Peperiksaan.

Page 14: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

14

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

4. PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN

4.1. Calon Sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah

pusat peperiksaan melalui Guru Besar sekolah

asal masing-masing. Permohonan hendaklah disertakan

bersama dengan dokumen Kelulusan Pertukaran Sekolah.

4.2. Calon Persendirian perlu mengemukakan permohonan

pindah pusat peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri

di tempat calon mendaftar.

4.3. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah

memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang

didaftar.

4.4. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah

melengkapkan Borang Perpindahan Calon dalam enam (6)

salinan yang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun

daripada laman web Lembaga Peperiksaan.

Page 15: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

15

4.5. Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan TIDAK dikenakan

bayaran

4.6. Guru Besar sekolah pusat asal calon hendaklah menandatangani

Bahagian A borang tersebut dan menghantar lima (5) salinan

kepada Guru Besar/Pengetua sekolah baru calon berkenaan.

Guru Besar sekolah baru calon hendaklah melengkapkan

Bahagian B dan menghantar empat (4) salinan ke JPN.

TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SELEPAS PROSES PENDAFTARAN)

4.7. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah sampai

kepada Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN pada atau

sebelum 15 Mei tahun peperiksaan. Permohonan yang diterima

mulai 16 Mei akan dianggap sebagai calon menumpang dan

mesti menggunakan angka giliran asal.

4.8. Angka giliran calon yang sudah berpindah tidak boleh diberi

kepada calon lain.

Page 16: PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR 2016 - …spp.jpnns.gov.my/downloads/upsr_2016_pendaftaran_upsr_2015_tug… · 1 pendaftaran peperiksaan upsr 2016 1. tugas setiausaha peperiksaan (sebelum

16

TAMAT