penda hulu an

12
Pengenalan Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran “Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar- pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning). Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan

Upload: sekut-tawar

Post on 08-Feb-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

Page 1: Penda Hulu An

Pengenalan

Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran

“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran

atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada

persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta

melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pengajaran juga

adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti

pembelajaran

Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk

membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya

Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran

berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen

guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional

planning).

Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku

yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku

yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema,

kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan

akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai

kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan

berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila

proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan

rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang

memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

Page 2: Penda Hulu An

Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Setiap kelas di sekolah sudah pasti wujud kepelbagaian budaya. Oleh itu, seseorang guru itu

perlulah bersikap professional di dalam menguruskan kelas. Guru perlulah memberi perhatian

terhadap beberapa perkara semasa pengajaran untuk membentuk suasana pembelajaran yang

kondusif. Guru juga berperanan dalam membentuk hubungan yang sihat di antara pelbagai

kaum dan persefahaman di kalangan murid-murid sekolah.

          Guru yang professional tidak akan mengkelompokkan murid mengikut kaum dan akan

mengajar dengan adil. Menurut Dato’ Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia,

kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen

membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang status sebagai warga

negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana mereka

datang.  Oleh itu, seseorang guru itu hendaklah mengendalikan kelas dengan adil supaya murid

dapat bergaul dan berinteraksi dengan semangat persaingan yang sihat Menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.

         Selain itu, guru juga disarankan supaya mengajar murid tanpa membezakan kelas sosial

murid. Kelas sosial mengambarkan perbezaan cara hidup dan pendapatan di dalam sesuatu

bangsa yang sama. Mungkin terdapat murid yang  terdiri  daripada golongan yang berada dan

ada yang terdiri daripada golongan yang miskin. Guru perlu memberi layanan yang sama rata

kepada mereka. Setiap murid tidak kira miskin atau kaya mempunyai hak untuk mendapat

pendidikan sama seperti orang lain.

Kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas ini memerlukan guru untuk bijak dalam

merancang aktiviti perjalanan kelasnya. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Antara aspek yang

perlu diberi perhatian seperti objektif pembelajaran, keadaan bilik darjah dan tahap kecerdasan

murid.

         Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan,

nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu mestilah diselitkan dengan nilai-nilai

murni dan unsur-unsur perpaduan. Murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam

setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses

pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan

agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar

belakang sosial dan kecerdasan individu(A. Aziz Deraman 2005)

Page 3: Penda Hulu An

         Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang rasmi iaitu Bahasa Melayu dan bebas

daripada sebarang dialek. Hal ini kerana bahasa yang standard membolehkan semua murid

memahami apa yang dituturkan oleh guru. Secara tidak langsung, mereka dapat berinteraksi

dengan guru dan mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

         Selain itu, topik-topik yang dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-

isu sensitif. Guru perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap kepercayaan dan nilai

perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah. Pelbagai

kaedah dan strategi pengajaran boleh diaplikasikan oleh guru agar masalah perbezaan

kecerdasan ini dapat diatasi beransur-ansur.

Bahan pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan

bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan

berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar

kepada para pelajar. ” Mengguna bahan bantu mengajar (BBM) dapat membantu menerangkan

sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu

mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio,

komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip

atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud, praktikal,

selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep

abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.

Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar

murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990);

“ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran “. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu

menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar (BBM).

Dalam pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran, Guru yang bersedia dengan maklumat

dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya

tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan

mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi .

Page 4: Penda Hulu An

Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet,

maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and

brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk

sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan mencukupi mampu

mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran

dengan lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak

input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .

http://elwafasran.blogspot.com/2012/05/konsep-kepelbagaian-pelajar.html

Pengurusan Bilik Darjah

Bilik darjah adalah tempat yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran

yang mana murid-murid banyak menghabiskan masa menuntut ilmu di sini. Pengurusan bilik

darjah antara perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat

meningkatkan motivasi murid untuk terus berjaya dalam pelajaran. Pengurusan bilik darjah juga

adalah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan

komunikasi dan interaksi guru dan murid. Menurut Lemlech (1988), mengatakan bahawa

pengurusan bilik darjah ini sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan

kurikulum penyelenggraan prosedur dan sumber pengajaran. Selain itu, beliau menekankan

kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan kebekersanan,

pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah

tingkah laku murid.Manakala Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah

mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah

berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.

Pengurusan bilik darjah ini perlu dikuasai dan diuruskan dengan baik oleh seorang guru.

Hal ini kerana, ia mempengaruhi peningkatan motivasi murid dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Dari sini juga, jika ruangan dan suasana bilik darjah sentiasa positif ia akan

mempengaruhi tingkah laku murid untuk menjadi lebih ke arah positif juga. Selain dari itu,

pengurusan bilik darjah juga melatih murid untuk lebih bijak dalam hal pengurusan dan

mewujudkan hubungan mesra antara guru dan murid.Menurut Anderson (1989), mengatakan

pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan

penglibatan murid yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran,

meminimumkan tingkah laku murid yang menganggu tugas guru dan murid lain dan

Page 5: Penda Hulu An

penggunaan masa yang efisein. Secara amnya pengurusan bilik darjah ini mempengaruhi cara

menyusun tempat duduk murid dan peralatan dalam bilik darjah, mengurus pergerakkan murid

di dalam bilik darjah, mengawal disiplin murid supaya pengajaran dan pembelajaran lancar, dan

penyediaan bilik darjah yang selesa dapat mewujudkan hubungan dua hala yang positif antara

murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana bilik darjah yang konduksif

mempengaruhi cara perwatakan murid dan cara penerimaan ilmu oleh murid sama ada mereka

mampu menerima dengan baik atau tidak. Suasana bilik darjah yang positif juga membuatkan

murid berasa selamat dan tenang selain mewujudkan kawalan disiplin yang kukuh yang mana

guru memainkan peranan yang tinggi di dalam bilik darjah.

Sebagai contoh, Guru A ingin menyampaikan ilmu secara demonstrasi dan

pembentangan antara kumpulan, penyusunan peralatan dalam bilik darjah memainkan peranan

penting yang mana hendaklah dilakukan dan membolehkan murid menumpukan kepada

kawasan yang berfokus serta berdekatan dengan peralatan bantu mengajar. Susunan dalam

bentuk ladam atau ‘U’ adalah amat bersesuaian kerana ia memfokuskan proses pembelajaran

dan pengajaran yang mana setiap murid memberikan perhatian terhadap suatu kawasan yang

tertumpu. Jika Guru A ingin melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil atau perbincangan dalam

kumpulan, tempat duduk murid perlulah diubah semula dalam keadaan berkelompok supaya

keadaan selesa dan senyap ini dapat diwujudkan semasa perbincangan dijalankan. Ini

membolehkan pelajar berkongsi maklumat sesama ahli dengan lebih dekat lagi tanpa

mengganggu ahli kumpulan lain.

Sebagai contoh yang lain, Guru A seorang guru yang tegas ketika melaksanakan P&P

semasa di dalam bilik darjah. Kelas menjadi selesa, tenang dan sunyi sepi semasa beliau

mengajar dan murid memberikan penumpuan sepenuhnya semasa beliau mengajar.Guru A

tidak suka apabila ada murid yang menyoal dan bertanya kepadanya ketika mana beliau

sedang mengajar di dalam kelas. Ini menunjukkan Guru A adalah seorang yang autokratik

dalam pengurusan bilik darjahnya yang mana tiada seorang dari murid-murid yang berani

melawan dan memberontak ketika beliau melaksanakan P&P beliau.

PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

Page 6: Penda Hulu An

Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang

strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk

memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat

merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan

susulan

Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”, beliau

telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta memberikan

maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay (1985) pula

berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan menganalisis data

bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh

guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:

• Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan

pemulihan

• Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru

memperbaiki pengajaran selanjutnya

• Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk

dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai

pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula strategi

pengajaran dan membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan

melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif .

Penaksiran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif

untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama penaksiran adalah untuk membuat

pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat

penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses pengajaran

dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan, kuiz,

peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak, rekod anekdot, skala

Page 7: Penda Hulu An

kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat penaksiran yang tepat dalam

proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk menaksir

pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru. Apabila guru memberikan

ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya bukan sahaja sedang menaksir pencapaian

pelajarnya tetapi juga menilai keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.

Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan penaksiran.

Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru perlu memastikan

murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan.

Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-

elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan berkesan

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini

adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi

pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap

pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru dan murid.

Kesimpulan

Page 8: Penda Hulu An

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan mutu

pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada

sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang

mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan

pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk

hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada

pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah

dua bentuk yang saling berkaitan.

Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas

pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja

dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah

memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan

pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.

Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh

berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.

Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan

pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan

interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran,

meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan

tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti

perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus

dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus

pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan

yang sama rata perlu diambil kira.

http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html