penda hulu an

1
PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini telah menjadi tonggak kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu untuk membentuk dirinya menjadi insan yang berilmu dalam setiap bidang yang diceburi. Maka dengan sebab itu, pihak kerajaan telah merencanakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan rakyat menerima serta mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, budaya dan etnik. Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya ia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sekolah yang mempunyai guru yang berkemahiran, berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah laku mereka. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan menjadikan pendidikan sebagai wadah utama dalam mencapai kehidupan yang baik dan seimbang. Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem pendidikan, masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan pendedahan mengenai pendidikan. Hal ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada para guru khususnya untuk memastikan golongan yang tercicir dalam arus pendidikan ini mendapat kesamaan dan peluang yang adil serta berkesan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk sama-sama meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf dengan kemajuan yang telah dicapai di negara ini. Negara yang mundur adalah disebabkan rendahnya pendidikan yang diterima namun, negara yang berkembang pesat adalah bergantung kepada kemajuan pendidikan yang dikecapi secara berterusan.

Upload: reygnna-meiy-dy-k

Post on 09-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendahuluan

TRANSCRIPT

Page 1: Penda Hulu An

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang

bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini telah menjadi

tonggak kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu untuk membentuk dirinya

menjadi insan yang berilmu dalam setiap bidang yang diceburi. Maka dengan sebab itu,

pihak kerajaan telah merencanakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan

rakyat menerima serta mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan

agama, bangsa, budaya dan etnik.

Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana

tanpanya ia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sekolah yang mempunyai guru

yang berkemahiran, berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa dapat

melahirkan pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek

tingkah laku mereka. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk membentuk

pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan

menjadikan pendidikan sebagai wadah utama dalam mencapai kehidupan yang baik

dan seimbang.

Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem

pendidikan, masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan pendedahan

mengenai pendidikan. Hal ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada para guru

khususnya untuk memastikan golongan yang tercicir dalam arus pendidikan ini

mendapat kesamaan dan peluang yang adil serta berkesan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk sama-

sama meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf dengan kemajuan

yang telah dicapai di negara ini. Negara yang mundur adalah disebabkan rendahnya

pendidikan yang diterima namun, negara yang berkembang pesat adalah bergantung

kepada kemajuan pendidikan yang dikecapi secara berterusan.