penceritaan

2
EDT 5390 General Teaching Methodology Tugasan Penceritaan (10%) Nama : Marshitah bt Abdul Mutalib (G0911866) Bab : Keunggulan Perjuangan Tokoh Islam: Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Sirah; Tingkatan 1) Tajuk : Orang yang Paling Berani Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani?" Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin." Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani." "Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?" Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya." Kaitan dengan Isi - Beriman kepada Rasulullah S.A.W dalam konteks ketaatan kepadanya. - Keunggulan keimanan dan perjuangan tokoh Islam di zaman Rasulullah S.A.W dalam membantu menegakkan syiar Islam. - Sifat keberanian yang perlu ada dalam diri setiap Muslim untuk membantu menegakkan syiar Islam. Penggunaan dalam Pengajaran Penceritaan ini boleh digunakan di permulaan pembelajaran iaitu sebagai satu set induksi sebelum menerangkan tentang topik tokoh pejuang Islam iaitu Saidina Abu Bakar untuk memberi gambaran umum tentang keperibadian dan pengorbanan Saidina Abu Bakar yang banyak membantu junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Upload: mashimushi

Post on 14-Jul-2015

764 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penceritaan

EDT 5390

General Teaching Methodology

Tugasan Penceritaan (10%)

Nama : Marshitah bt Abdul Mutalib (G0911866)

Bab : Keunggulan Perjuangan Tokoh Islam: Saidina Abu Bakar as-Siddiq

(Sirah; Tingkatan 1)

Tajuk : Orang yang Paling Berani

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu

hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum

Muslimin, siapakah orang yang paling berani?" Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau

sendiri, hai Amirul Mukminin." Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar.

Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani

menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik? Di saat

itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di

hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang

paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah,

datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah

kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani

mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil

berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali

berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar?" Semua

jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih

baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang

beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

Kaitan dengan Isi

- Beriman kepada Rasulullah S.A.W dalam konteks ketaatan kepadanya.

- Keunggulan keimanan dan perjuangan tokoh Islam di zaman Rasulullah S.A.W dalam membantu

menegakkan syiar Islam.

- Sifat keberanian yang perlu ada dalam diri setiap Muslim untuk membantu menegakkan syiar Islam.

Penggunaan dalam Pengajaran

Penceritaan ini boleh digunakan di permulaan pembelajaran iaitu sebagai satu set induksi sebelum

menerangkan tentang topik tokoh pejuang Islam iaitu Saidina Abu Bakar untuk memberi gambaran

umum tentang keperibadian dan pengorbanan Saidina Abu Bakar yang banyak membantu junjungan

besar Rasulullah S.A.W.

Page 2: Penceritaan

Bab : Cara-cara khusyu’ dalam solat (Ibadah; Tingkatan 1)

Cerita 2 : Rahsia Khusyuk dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya.

Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang

yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang

khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya:

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata: "Apabila masuk waktu

solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim

berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan

menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di

hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku,

dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siraatul Mustaqim' dan aku

menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir

dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud

dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana

membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Kaitan dengan Isi

- Cara untuk khusyuk dalam solat.

- Berusaha untuk memperbaiki diri di dalam ibadah.

- Khusyuk dalam solat bermula dari proses mengambil wudhu’ lagi.

Penggunaan dalam Pengajaran

Penceritaan ini boleh digunakan di pertengahan pembelajaran iaitu selepas menerangkan tentang konsep

dan definisi solat secara umum untuk menerangkan cara untuk khusyuk di dalam solat.