pencemaran udara

2
:~>Maksud/Pengenalan Pencemaran Udara :~ Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia atau bahan biologi yang boleh menyebabakan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. :~ Pencemaran udara adalah bahan di udara yang boleh member kesan buruk kepada manusia dan ekosistem. Pencemaran boleh berlaku secara semulajadi atau dengan buatan manusia. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida. :>Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya. Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. 2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah.

Upload: christina-wheeler

Post on 18-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

:~>Maksud/Pengenalan Pencemaran Udara

:~ Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia atau bahan biologi yang boleh menyebabakan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

:~ Pencemaran udara adalah bahan di udara yang boleh member kesan buruk kepada manusia dan ekosistem. Pencemaran boleh berlaku secara semulajadi atau dengan buatan manusia.

Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.

:>Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah.

:>Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!