pencemaran sungai

Upload: wbf8264

Post on 05-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

alam sekitar

TRANSCRIPT

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 3203

PENDIDIKAN LUAR

TUGASAN :

SEMESTER JANUARI 2010NAMA

: MOHD HAZLEY B. YAAKOB

NO. MATRIK

: 670223065147002NAMA TUTOR

: EN. MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI

Soalan 1

1. Pendahuluan Alam semulajadi merupakan sumber yang amat bernilai serta penting dalam ekosistem bumi untuk terus memberi manfaat kepada semua hidupan di muka bumi. Keprihatinan manusia dalam memulihara anugerah tuhan ini sepatutnya menjadi keutamaan. Segala bentuk perubahan sama ada baik atau buruk yang terjadi kepada alam sekitar akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada manusia dan hidupan lain. Kefahaman dan kesedaran yang wujud tentang alam sekitar akan membantu mengawal serta mengekalkan kualiti alam sekitar agar ia dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Gambar Sungai Muar atau Sungai Temuar di dalam kawasan Juasseh dalam daerah Kuala Pilah..

(Sumber: Google maps)Lokasi Kajian

Berdasrkan peta di atas, lokasi kajian yang dipilih bagi kajian ini melibatkan sebatang sungai iaitu Sungai Muar atau Sungai Temuar. Ianya sangat penting kerana sungai ini juga mengalir ke empangan Bangkung dan merupakan sumber air bagi kawasan setempat.Flora dan FaunaFlora dan Fauna Yang terdapat di dalam sungai dan sekitar kawasan sungai:-FloraFauna

Pokok Buluh

Ikan sungai

Tumbuhan menjalar di bawah pokok Udang sungai

Pokok-pokok rumpai seperti serlapat tunggul yang menjalar dan terapung di atas air

Katak

Tumbuhan renek contoh, pokok kapal terbang

Pepatung

Gambar di atas menunjukkan beberapa hidupan flora dan fauna yang terdapat di sekitar kawasan dan dalam Sungai Muar.Soalan 2

Setiap benda hidup akan mengitar semula tenaga matahari. Proses aliran tenaga ini berlaku melalui rantaian makanan. Rantaian makanan bermula dari tumbuh-tumbuhan hijau yang juga merupakan pengeluar kerana ia mampu membina gula daripada karbon dioksida dan air melalui proses fotosintesis. Haiwan herbivor pula akan memakan tumbuh-tumbuhan manakala haiwan karnivor akan memakan haiwan lain. Apabila haiwan-haiwan ini mati, ia akan mengalami proses pereputan di mana bakteria dan mikroorganisma akan mengembalikan nutrien kepada alam sekitar untuk diguna semula oleh tumbuh-tumbuhan sebagai bahan nutrien. Jaringan makanan yang terdiri daripada gabungan beberapa rantaian makanan dikenali sebagai siratan makanan. Gabungan ini berlaku kerana organisma-organisma di dalam rantai makanan saling berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain.Rantaian Makanan

Rumpai (Pengeluar)

Manusia (Sekunder)

Ikan (Primer)

Berdasarkan rantaian makanan di atas dapat dilihat dengan jelas bahawa:-

1. Rumpai bertindak sebagai pengeluar makanan di mana rumpai pula mendapat makanan melalui fotosintesis dari matahari.

2. Apabila Rumpai hidup subur dan menjalar ke dalam air maka secara tidak langsung, lumut-lumut, serangga-serangga serta ikan akan makan rumpai tersebut. Maka secara tidak langsung ikan akan bertindak sebagai pengguna primer.

3. Manusia adalah pengguna sekunder di mana manusia akan menagkap ikan untuk dijadikan makanan kerana ikan merupakan sumber protien yang sangat penting kepada manusia.Ekosistem SungaiEkosistem merupakan suatu persekitaran di mana berbagai binatang, besar atau kecil, termasuk organisma mikro, tumbuhan, tanah tanih dan manusia saling berinteraksi.

Kita mempunyai berbagai ekosistem di mana setiap ekosistem ini dihuni oleh berbagai haiwan dan tumbuhan di dalam persekitaran yang berlainan.

Sungai merupakan tanah lembab yang boleh diertikan sebagai suatu kawasan marsh, fern, berair secara semulajadi , kekal dan dengan air yang mengalir (bergerak).

Ekosistem tanah lembab yang sentiasa ditenggelami air ini merupakan satu ekosistem yang sangat istemewa. Dalam ekosistem ini lantai hutan ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati, ini membuat permukaan tanah di kawasan ini lembut dan berlumpur. Namun pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai hutan. Selain

burung, ekosistem ini juga merangkumi haiwan lain seperti berbagai jenis ikan, udang, siput, mikro-organisma dan sebagainya.

Rajah 1 : Pelbagai jenis habitat tanah lembabSungai Muar boleh diklasifikasikan sebagai bentuk tadahan air yang bergerak. Secara amnya, rupa bentuk Sungai Muar di kawasan hulu adalah kecil, runcing dan airnya laju berbanding dengan sungai di kawasan hilir di mana ianya lebih luas dan lebih perlahan pengalirannya.

Sungai Muar juga boleh diklasifikasikan sebagai sungai tanah rendah yang perlahan. Sungai jenis ini biasa dijumpai dikawasan tanah rendah yang rata di mana tahap ketinggian air dipengaruhi oleh hujan. Di dalam ekosistem yang tidak diganggu, dibawah kanopi hutan, sungai Muar ini mempunyai kepelbagaian hidupan yang tinggi. Soalan 3Ancaman Sungai MuarTerdapat beberapa faktor yang boleh mengancam sungai Muar antaranya:-

i. Menjadi Kawasan Pembuangan sampah.

Berdasarkan kepada beberapa penemuan tempat pembuangan sampah di tepi tebing sungai Muar, kemungkinan besar sungai ini mungkin diancam dengan sampah sarap yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya ianya tidak dikawal dengan baik ianya akan memudaratkan sungai tersebut dengan pelbagai jenis sampah seterusnya menjejaskan kualiti air sungai tersebut dan akhirnya akan menyebabkan hidupan di dalam sungai tersebut terancam atau pupus.

ii. Ancaman Penebangan Pokok.

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa pokok berperanan sebagai tadahan hujan. Tiadanya pokok akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan menyebabkan air sungai tercemar. Di dapati di sekitar kawasan sungai berlaku sedikit aktiviti penebangan pokok untuk tujuan pertanian. Sekiranya banyak kawasan pertanian contohnya penanaman sayur dibuka maka dengan secara tidak langsung banyak pokok-pokok ditebang. Ini akan mengancam sungai tersebut kerana sungai tersebuta akan dipenuhi dengan keladak-keladak tanah.

iii. Ancaman Aktiviti Pertanian.

Pembukaan kawasan-kawasan pertanian berhampiran dengan sungai juga boleh mengancam sungai. Ini kerana bahan kimia yang digunakan untuk tanaman akan mengalir masuk ke dalam sungai contohnya tanaman padi. Tanaman padi biasanya memerlukan air yang banyak. Untuk memastikan tiadanya makhluk perosak menyerang tanaman maka petani akan menggunakan racun serangga untuk memastikan tanaman hidup subur. Apabila hujan, tanaman yang disembur dengan racun tersebut akan mengalir ke sungai. Ini akan mengancam hidupan yang terdapat di dalam sungai tersebut.

iv. Aktiviti menangkap ikan.Aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan bom ikan akan menyebabkan bukan sahaja ikan yang akan mati tetapi juga segala hidupan-hidupan lain turut akan mati contohnya udang dan sebagainya. Sekiranya aktiviti ini tidak dikawal maka kemungkinan besar akan menyebabkan berlakunya kepupusan pada hidupan yang terdapat di dalam sungai tersebut.

Langkah-langkah mengatasi ancaman

i. Mewartakan rizab sungai.Langkah yang paling awal yang boleh diambil adalah memohon kepada pihak berkuasa untuk mewartakan sungai Muar sebagai rizab sungai kerana kepentingannya sebagai sumber air kepada masyarakat setempat. Sungai ini juga merupakan sungai yang menjadi punca air untuk Empangan Bangkung. Ini menunjukkan bahawa sungai ini sangat penting untuk dilindungi.ii. Menyediakan Sistem PerparitanParit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik ke sungai. Ini amat penting supaya tiada bahan-bahan tercemar yang akan memasuki sungai.iii. Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.iv. Memelihara HutanKegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.v. Mengawal Aktiviti ManusiaBanjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.vi. Rancangan Pengurusan Tadahan Rancangan Pengurusan Tadahan akan dibangunkan dengan kerjasama pihak berkuasa awam mengikut keutamaan, kawasan geografi dan jadual waktu yang ditetapkan oleh Majlis Sumber Air, bertujuan :- Pembangunan dan penggunaan sumber air yang teratur dan terancang.

Mengekalkan atau meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber air.

Mengekalkan dan meningkatkan keadaan tadahan dan persekitaran akuatik. vii. Kawasan Pemeliharaan Air

Kawasan Pemeliharaan Air ialah kawasan di mana aktiviti-aktiviti perlu dikawal, dihadkan atau diubahsuai, bagi menghalang pencemaran atau penurunan kualiti air permukaan atau air akuifer yang telah dikenalpasti bahawa perlindungan adalah dikehendaki. Pihak berkuasa boleh mengarahkan pemunya atau penduduk tanah untuk:- mengambil langkah-langkah atau membina kerja-kerja untuk memperlahankan, mengurangkan atau mencegah air daripada mengalir keluar dari tanah berkenaan ke dalam suatu badan air.

menanam jenis-jenis tumbuhan yang tertentu

menempatkan semula struktur-struktur

mengusahakan suatu aktiviti, termasuk aktiviti pertanian, dalam suatu cara yang tertentu

mengambil langkah-langkah lain untuk mencegah penurunan kualiti sumber viii. Hukuman dari segi undang-undang

Hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan mencemar sungai. Sebagai contoh di Sabah, mereka yang didapati bersalah mencemarkan sungai maka denda berikut akan dikenakan iaitu:- - denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, kepada denda selanjutnya lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan individu yang sengaja mencemarkan sungai akan takut untuk menajalankan aktiviti mereka.akPenutup

Sungai Muar atau Sungai Temuar merupakan kawasan sumber air yang sangat baik dari segi kualiti airnya. Berdasarkan kepada penemuan flora dan fauna yang terdapat di sekitar kawasan sungai, di dapati kawasan sungai ini masih tidak tercemar. Namun begitu beberapa aktiviti pertanian dan pembuangan sampah di sekitar kawasan sungai sekiranya tidak dikawal akhirnya akan menyebabkan sungai ini tercemar dan seterusnya akan mencemarkan dan memusnahkan habitat yang terdapat di sini.m

Oleh itu, langkah-langkah mengawal aktiviti-aktiviti yang boleh mencemarkan sungai Muar perlu dikawal agar kualiti air sungai sentiasa berada dalam keadaan baik dan ianya selamat untuk digunakan oleh manusia.n Sumber Air 1998 Fasal 34 & 38)RUJUKAN

http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungaihttp://tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=BM&b=JUL&m=4&r=m&i=NOTAwww.sabah.gov.my/jhl/edu/Tanah%20lembab/Bahagian%203.pdfwww.pkukmweb.ukm.my/~mjas/v7_n1/24-LimSunHoo157.pdf