ifolio.ukm.my · web viewaktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan...

9
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PENSYARAH : Dr. KHAIRUL AZMAN BIN AZIZ LAPORAN AKTIVITI 2 : KITAR SEMULA AHLI LUMPULAN : AZLIANA BINTI NAWAWI A 143318 AISHAFIKA BINTI ISMAIL A 143324 NUR IZZYAN ATHIRAH BINTI MOHAMMAD NAZRI A 143340 FATIN FARHANA BINTI AB GHAFAR A 143375

Upload: dangxuyen

Post on 02-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SEMESTER 1 SESI 2014/2015UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENSYARAH :

Dr. KHAIRUL AZMAN BIN AZIZ

LAPORAN AKTIVITI 2 :

KITAR SEMULA

AHLI LUMPULAN :

AZLIANA BINTI NAWAWI A 143318

AISHAFIKA BINTI ISMAIL A 143324

NUR IZZYAN ATHIRAH BINTI MOHAMMAD NAZRI A 143340

FATIN FARHANA BINTI AB GHAFAR A 143375

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

1.0 Aktiviti Kedua : Kitar Semula

1.1 Pengenalan

Menurut Akta Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672),kitar

semula bererti memungut dan menghasilkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan

keluaran.Konsep ‘3R’ yang merujuk kepada Reduce(kurangkan),Reuse(Guna

Semula),dan Recycle(Kitar semula) merupakan amalan yang perlu diterapkan agar kita

dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di muka bumi ini.Oleh itu,aktiviti

kitar semula ini adalah bertujuan untuk menyemai sikap keprihatinan dan tanggungjawab

dalam diri setiap pelajar agar kebersihan alam sekitar terpelihara di samping menjamin

pengudaraan yang segar.

Bahan-bahan yang boleh dikitar semula termasuklah plastik,kaca,kertas dan

aluminium.Kami telah menggunakan botol plastik dan polisterine sebagai bahan buangan

untuk dikitar semula.

1.2 Lokasi Aktiviti Kitar Semula.

Lokasi : Pusat Kitar Semula,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lokasi yang dipilih bagi menjalankan aktiviti ini adalah sekitar Pusat Kitar

Semula yang terletak berhampiran dengan Dewan Canselor Tun Abdul Razak

(DECTAR).Pusat Kitar Semula ini terletak di tempat yang strategik yang memudahkan

orang ramai untuk mengitar semula bahan buangan mereka.Terdapat pejabat Pusat Kitar

Semula berhampiran dengannya di mana setiap orang boleh mendapatkan khidmat

pekerja di situ dalam membantu urusan kitar semula bahan buangan.Tempat ini menjadi

lokasi dalam menjalankan aktivit kitar semula bahan buangan kerana ia menyediakan

kemudahan yang lengkap yang membolehkan kami menjalankan aktivit ini dengan

mudah dan cepat.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

1.2.1 Pusat Kitar Semula,UKM

2.0 Pembahagian Bahan Buangan Kitar Semula

2.1 Gambar pengagihan bahan buangan kitar semula

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

2.2 Mengitar semula bahan buangan

3.0

Kepentingan Aktiviti Kitar Semula

Kitar semula merupakan suatu aktiviti yang perlu diamalkan oleh semua lapisan

masyarakat demi menjamin kesejahteraan alam sekitar di muka bumi ini.Dengan jumlah

pembuangan sampah yang semakin meningkat ini,kebersihan dan kecantikan alam sekitar akan

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

terjejas serba sedikit jika tiada pihak yang bertanggungjawab untuk beritndak pantas demi

memelihara alam sekitar ini.Justeru,aktiviti mengitar semula bahan buangan yang telah kami

jalankan merupakan satu inisiatif dalam membantu persekitaran alam sekitar agar lebih bersih

dan indah dipandang.

Aktiviti kitar semula dapat membantu dalam mengurangkan keperluan terhadap bahan

mentah.Misalnya seperti penghasilan kertas yang menggunakan pokok atau kayu balak yang

ditebang sebagai bahan mentah bagi mengeluarkan kertas.Sumber asli seperti kayu balak yang

ditebang akan menyebabkan pemusnahan hutan seterusnya mengakibatkan pemanasan global

dan kemusnahan habitat.Hal ini akan menjejaskan sistem pengudaraaan alam sekitar yang segar

dan menyebabkan berlaku bencana alam sekitar yang tidak dijangka.

Selain itu,kitar semula dapat mengurangkan penggunaan sumber di mana kita boleh

menggunakan sumber yang sedia ada.Ia dapat membantu dalam mengurangkan pembelian bahan

baru seterusnya memupuk sikap berjimat-cermat dalam menjalankan kehidupan seharian.Bahan

kitar semula dapat dijadikan sebagai asas untuk menceriakan kawasan persekitaran dengan

mengguna pakai bahan-bahan tersebut untuk menghias dan mencantikkan sesuatu kawasan

persekitaran.

Aktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu

mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran air dan

pencemaran udara.Justeru,dapat disimpulkan bahawa betapa pentingnya amalan mengitar semula

bahan buangan demi kesejahteraan alam sekitar di muka bumi ini.

4.0 Cadangan Dalam Menyemai Kesedaran Dalam Kalangan Masyarakat

Pada masa kini,ramai yang sibuk mengejar cita-cita sehingga lupa tanggungjawab

terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.Dek terlalu sibuk,pelbagai inisiatif diambil

dalam usaha menjimatkan masa terutamanya dari segi pemilihan makanan.Kini,tertalu banyak

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

makanan segera yang menggunakan bahan-bahan yang boleh mencemarkan alam

sekitar.Disebabkan itu,bahan buangan kian meningkat hari kehari.Justeru,terdapat beberapa

inisiatif yang boleh diambil dalam usaha meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan

komuniti.Antaranya ialah :

i. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan kitar semula dan kesannya

terhdapa diri,masyarakat, dan negara.

ii. Mengadakan program alam sekitar merangkumi aktiviti-aktiviti mengitar semula bahan

buangan yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat.

iii. Menyemai sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri

bermula dari kanak-kanak lagi.

iv. Menggalakkan aktiviti mengumpul bahan kitar semula di pasaraya atau tempat tumpuan

orang ramai.

v. Mewujudlkan pusat kitar semula di setiap kawasan perumahan.

RUJUKAN

1. 2013. Kitar Semula. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Mjpspn.kpkpt.gov.my/index.php/page/view/243 [9 Januari 2014].

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewAktiviti tersebut juga mampu menjamin kesejahteraan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.Misalnya pencemaran

2. 3R-Amalan3R. Sekolah Menengah Han Chiang. hchs.edu.my/green/Amalan%203R.html [9

Januari 2014]

3. Kepentingan Kitar Semula. Universiti Sains Malaysia.

Healthycampus.usm.my/index.php/activities/pembudayaan-persekitaran/148-kepentingan-

kitar-semula [9 Januari 2014].

4. Naqhiyah. Kepentingan Kitar Semula. www.scribd.com/mobile/doc/30853937?width=980

[9 Januari 2014].