pencemaran alam sekitar spm

Upload: angie-kong-su-mei

Post on 14-Apr-2018

376 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Pencemaran Alam Sekitar SPM

    1/2

    Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

    Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini

    ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik

    dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-

    wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka

    merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.

    Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa

    toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila

    membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan

    kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan

    alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.

    Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak

    swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci

    kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada

    kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan bolehmenyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan

    Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga

    merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara

    dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas

    yang berbahaya.

    Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka.

    Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di

    bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya

    membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

    Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca

    terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih

    peka terhadap pembangunan yang dijalankan .

    Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh

    semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air,

    udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah

    pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk

    generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

    Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa tapak bumi ini telah menjadi

    mangsa dalam arus permodenan ini. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada

    suatu hari nanti. Maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur.

    Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga.

    Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak

    sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan

    peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.

  • 7/30/2019 Pencemaran Alam Sekitar SPM

    2/2

    Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan

    besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah

    termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar.

    Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar

    secara langsung dapat diberi kepada para pelajar.

    Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah yang dapat mengatasi

    masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula

    iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar

    semula. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak

    kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu

    pencemaran alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.

    Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan segera dan usaha

    ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab

    kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara.

    Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan

    utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan

    lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar

    memberi kesan buruk.

    Kesan negatif pencemaran:

    Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Barli, kapas,

    gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan

    kentang juga mengalami kerosakan. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi

    sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.

    Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan haiwan akan

    kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka . Bahan-bahan tercemar seperti

    sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas.

    Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara

    dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.

    Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada

    manusia dan juga hidupan lain.

    Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid . Asid itu akan turun bersama-sama

    dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan

    air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke

    dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

    Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan adalah kesan pemanasan global yang

    disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan

    global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi

    panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

    Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Pihak

    terbabit wajib memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.