pencemaran alam sekitar di taman jintan

9
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN JINTAN, PASIR MAS, KELANTAN.

Upload: nurul-fazwani-solehah

Post on 02-Jul-2015

172 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DI TAMAN JINTAN, PASIR

MAS, KELANTAN.

PENGHARGAAN

Page 2: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat

ilahi kerana telah memberikan saya kesihatan tubuh badan dan

kecergasan minda untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tak lupa

juga kepada ibu bapa saya, Foizi bin Mat Jusoh dan Naterah binti

Ibrahim kerana telah mendoakan dan memberi sokongan yang

padu kepada saya.

Ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Georgrafi,

YM. Tn. Subario bin Mat Jusoh kerana telah memberi tunjuk ajar

dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tanpa tunjuk ajar dan penerangan daripada beliau, saya mungkin

tidak dapat memahami matapelajaran ini dengan baik.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada adik-

beradik saya kerana telah membantu saya untuk menyiapkan

folio ini. Terutama sekali kepada kakak saya, Nurul Fazwani binti

Foizi kerana telah mengajar saya untuk menggunakan teknologi

ICT dalam proses penyiapan tugasan ini. Beliau telah mengajar

saya cara untuk menggunakan “Microsoft Words” secara effektif.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak

memberikan kerjasama dalam proses pengumpulan maklumat

dan kajian yang dijalankan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Kami saling bertukar-tukar maklumat bagi menanmbahkan

infomasi untuk kajian ini. Sekian, terima kasih.

KANDUNGAN

Page 3: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

Bil

.

Tajuk Muka

Surat

1. Penghargaan

2. Pendahuluan

3. Objektif kajian

4. Kawasan kajian

5. Kaedah kajian

6. Dapatan kajian

7. Rumusan

8. Lampiran

9. Rujukan

PENDAHULUAN

Sebagai kawasan kajian, saya telah memilih

perumahan Taman Jintan, Pasir Mas, Kelantan untuk

Page 4: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

mengkaji tentang pencemaran alam sekitar. Hal ini

kerana, kawasan tersebut mengalami banyak jenis

pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran udara,

pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.

Di samping itu, jumlah penduduk yang padat yang

boleh menyumbang kepada pencemaran alam

menjadikan kawasan itu sesuai untuk saya menjalankan

kajian. Selain itu, jarak kawasan ini berdekatan dengan

rumah saya. Hal ini dapat memudahkan saya untuk

menjalankan kajian serta menjimatkan kos dan masa.

Tempoh untuk saya membuat pemerhatian di

kawasan kajian adalah selama 3 hari. Untuk mencari

maklumat pula saya mengambil masa selama 4 hari.

Dan masa untuk saya menyiapkan tugasan ini selama 4

minggu.

Objektif

kajian

Page 5: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya boleh mengenal

pasti:

1. Konsep pencemaran alam sekitar.

2. Jenis-jenis pencemaran alam sekitar.

3. Punca-punca pencemaran alam sekitar.

4. Kesan pencemaran alam sekitar.

5. Langkah-langkah mengurangkan kesan

pencemaran alam sekitar

6. Penerapan nilai-nilai murni dan unsure

patriotism dalam dapatan kajian.

KAEDAH KAJIAN

kaedah kajian saya ialah:

Page 6: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

a)Pemerhatian di kawasan kajian – melalui

pemerhatian, saya dapat mengenal pasti keadaan

di kawasan tersebut.

b)Rujukan – melalui rujukan di internet saya dapat

mengenal pasti peta negeri Kelantan dan peta

daerah Pasir Mas. Melalui rujukan pada bahan

bacaan juga saya memperoleh banyak maklumat

untuk menyiapkan tugasan ini.

c) Temu bual dengan 5 orang penduduk di kawasan

kajian. Tujuannya untuk memperoleh banyak

maklumat tentang punca-punca dan kesan-kesan

pencemaran alam sekitar serta langkah-langkah

pengurangan kesan pencemaran alam sekitar untuk

mengatasi masalah tersebut.

KAWASAN KAJIAN

Perumahan taman jintan termasuk dalam jajahan pasir

masdan keluasannya lebih kurang 8 km. Ia juga merupakan

sempadan antara pasir mas dan tanah merah. Perumahan ini

terletak kira-kira 50 km dari kota bharu, 17 km dari pusat

Bandar pasir mas dan 15 km dari tanah merah.

Page 7: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

Perumahan ini bertanah pamah dan sedikit beralun kerana

terdapatnya tanaman getah yang ditanam oleh segelintir

penduduk. Kawasan ini semakin maju dan mempunyai

kepelbagaian kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh para

penduduk.

Perumahan ini juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti

kaum melayu, cina, siam dan lain-lain. Para penduduk saling

bekerjasama jika terdapat aktiviti bermasyarakat seperti

aktiviti bergotong-royong. Mereka bagaikan ‘aur dengan

tebing’.

KONSEP PENCEMARAN

ALAM SEKITARHasil daripada maklumat yang diambil, konsep

pencemaran alam sekitar ialah

Page 8: PENCEMARAN ALAM SEKITAR  DI TAMAN JINTAN

JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN

JINTAN

Jenis-jenis pencemaran yang berlaku ialah:

1.Pencemaran udara –