pencemaran alam sekitar

44
Senarai Kandungan Bil. Kandungan Mukasurat 1. Penghargaan 1 2. Pendahuluan 2 3. Objektif Kajian 3 4. Kawasan Kajian 4 5. Kaedah Kajian 7 6. Dapatan Kajian 8 7. Rumusan 13 8. Lampiran 14 9. Rujukan 16

Upload: shahirul-nizam

Post on 05-Jul-2015

164 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran Alam Sekitar

Senarai Kandungan

Bil. Kandungan Mukasurat

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kawasan Kajian 4

5. Kaedah Kajian 7

6. Dapatan Kajian 8

7. Rumusan 13

8. Lampiran 14

9. Rujukan 16

Page 2: Pencemaran Alam Sekitar

Penghargaan

Page 3: Pencemaran Alam Sekitar

Saya Nur Hidayah bt Abdul Karim, pelajar Tingkatan 3 An-Nur mengambil kesempatan ini

mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya

membuat Kajian Geografi Tempatan (KGT).

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan upcapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, yang

telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Abdul

Khalil telah meluangkan masanya memberikan tunjuk ajar dan membimbang dengan begitu dedikasi.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya. Meraka telah memberi maklumat yang amat berguna

kepada saya. Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya

membuat kajian ini.

Akhir sekali, ucapkan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang menolong

saya. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-

lamanya.

Page 4: Pencemaran Alam Sekitar

Pendahuluan

Page 5: Pencemaran Alam Sekitar

Saya memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Perindustrian Gong Babak” kerana Gong

Badak terletak berdekatan dengan tempat kediaman saya.

Saya telah memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada aspek Pencemaran Alam

Sekitar yang terdapat di Gong Badak. Saya juga mengkaji pencemaran yang berlaku di sekeliling Gong

Badak.

Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang empat minggu. Walaupun samasa

membuat kajian ini, kami menghadapi pelbagai jenis masalah, tetapi akhirnya semua masalah telah

diatasi. Saya berasa sungguh puas hati kerana dapat menyempurnakan kajian ini.

Akhirnya, saya berharap kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakan-

rakan saya.

Page 6: Pencemaran Alam Sekitar

Objektif Kajian

Page 7: Pencemaran Alam Sekitar

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

a) Mengenal pasti jenis pencemaran di kawasan kajian.

b) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.

c) Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah ini.

d) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan Gong Badak.

Page 8: Pencemaran Alam Sekitar

Kawasan Kajian

Page 9: Pencemaran Alam Sekitar

Dalam kajian ini, saya telah memilih Gong Badak, Terengganu sebagai kawasan kajian untuk mengkaji

pencemaran yang berlaku di tempat tersebut.

Gong Badak terletak di kawasan utara daerah Kuala Terengganu. Peta lakar 1.1 menunjukkan

Peta Daerah Negeri Terengganu dan peta lakar 1.2 ialah menunjukkan kedudukan Gong Badak di

Kuala Terengganu. Kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah pamah yang kurang daripada 100

meter dari aras laut.

Jarak kawasan kajian dari sekolah saya ialah kira-kira 4 kilometer dan mengambil masa selama

15 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini sedang pesat membangun. Banyak taman perumahan

yang sedang dibina seperti IVORY Time Square. Di samping itu, bangunan kerajaan Jabatan Kerja

Raya (JKR), Balai Polis Gong Badak, dan beberapa buah sekolah juga terletak di kawasan ini.

Page 10: Pencemaran Alam Sekitar

Peta Lakar 1.1: Peta Daerah Negeri Pulau Pinang

Page 11: Pencemaran Alam Sekitar

Peta Lakar 1.2: Kawasan Georgetown

Page 12: Pencemaran Alam Sekitar

Kaedah Kajian

Page 13: Pencemaran Alam Sekitar

Saya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Geografi Tempatan. Antara kaedah-

kaedah yang digunakan ialah:

a) Rujukan :Saya telah membuat rujukan daripada palbagai sumber, contohnya buku

teks, buku latihan, surat khabar dan internet.

b) Temu bual :Saya telah menemu bual 10 orang penduduk untuk mengumpulkan

maklumat tentang pencemaran di Georgetown.

Page 14: Pencemaran Alam Sekitar

Dapatan Kajian

Page 15: Pencemaran Alam Sekitar

Selepas membuat kajian, kami mendapati kawasan Georgetown menghadapi masalah pencemaran air,

pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang sangat serius.

Definisi Isu

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu

perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan

alam sekeliling dengan sampah sarap. Definisi Literal

Faktor faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran.

-Pembangunan tidak terancang.

-Kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

-Sikap penduduk dan lain-lain.

Pencemaran Air

Sistem Sungai Utama

Di Negeri Pulau Pinang terdapat 5 buah Lembagan Sungai Utama seperti dalam Jadual 1.1. Air sungai

digunakan untuk pelbagai tujuan seperti saliran, bekalan air untuk kegunaan domestik, pembekalan air

untuk industri, akuakultur dan pengangkutan air (navigation).

Di sepanjang rezab sungai terdapat juga aktiviti pertanian, pembinaan bangunan dan

penempatan setinggan dan taman rekreasi dan riadah. Penggunaan air sungai dan rezab sungai tanpa

kawalan bagi pertanian, penempatan setinggan, pengambilan pasir sungai, pembinaan jeti dan struktur

melintasi sungai telah menyebabkan gangguan terhadap kestabilan saluran sungai dan sistem sungai

amnya, serta menyekat perlaksanan kerja – kerja penyelenggaraan denga efektif.

Page 16: Pencemaran Alam Sekitar

Jadual 1.1: Lembagan dan Cabangan Sungai Utama Di Negeri Pulau Pinang

Lembagan

Sungai

Cabangan Sungai Utama

Sungai Pinang Sg. Air Terjun, Sg. Air Puteh, Sg. Air Itam, Sg. Jelutong dan Sg. Dondang

Sungai Perai Sg. Air Melintas, Sg. Kubang Semang, Sg. Jarak, Sg. Keladi, Sg. Kereh,

Sg. Kulim, Sg. Perai, Sg. Seluang dan Sg. Seluang Bawah

Sungai Juru Sg. Ara, Sg. Juru, Sg. Kilang Ubi, Sg. Pasir dan Sg. Rambai

Sungai Jejawi Sg. Cempedak, Sg. Jawi dan Sg. Junjong

Sungai Kerian Sg. Udangm Sg. Setar dan Sg. Kechil

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran, 2002

Kualiti Air Sungai

Penilaian corak tahap kualiti air sungai berdasarkan indeks kualiti air (IKA) mendapati Lembagan

Sungai Pinang berada pada status tercemar (rujuk Jadual 1.2). Pencemaran sungai didapati berpunca

daripada peningkatan Keperluan Oksigen Biologikal (BOD) (rujuk Jadual 1.3), Ammonikal Nitrogen

(An) (rujuk Jadual 1.4), dan Pepejal Teranpai (SS) (rujuk Jadual 1.5)

Page 17: Pencemaran Alam Sekitar

Jadual 1.2: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA)

Lembangan

Sungai

Tahun Status

1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

Sungai

Pinang

24 36 30 28 42 39 41 41 46 37 52 45 Tercemar

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005

Nota: Bersih = > 80 Sederhana Bersih = 60 – 80 Tercemar = < 60

Antara tahun 1990 hingga 2001, Lembagan Sungai Pinang menunjukkan kemerosotan kualiti air

berdasarkan kepada bacaan BOD (rujuk Jadual 1.3). Keadaan ini berlaku disebabkan bertambahnya

kandungan buangan organik daripada industri berasaskan pertanian dan penternakan serta industri

pembuatan bersifat organik yang lain dialirkan terus ke sungai.

Jadual 1.3: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Keperluan Oksigen Biologikal

Lembangan

Sungai

Tahun Status

1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

Sungai

Pinang

15 23 16 31 36 39 39 43 45 29 63 43 Tercemar

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005

Nota: Bersih = > 90 Sederhana Bersih = 80 – 90 Tercemar = < 80

Page 18: Pencemaran Alam Sekitar

Parameter Ammonikal Nitrogen (An) dikenalpasti untuk menilai tahap pencemaran yang berpunca dari

buangan air sisa kumbahan terutamanya domestik yang tidak dirawat dengan sempurna. Secara am,

kesemua lembagan sungai di Negeri Pulau Pinang berada pada status tercemar (rujuk Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Ammonoikal Nitrogen (An)

Lembangan

Sungai

Tahun Status

1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

Sungai

Pinang

- 0.1 3 40 21 12 7 6 20 8 37 10 Tercemar

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005

Nota: Bersih = > 91 Sederhana Bersih = 71 – 91 Tercemar = < 71

Kandungan pepejal terampai adalah untuk menilai tahap kelodakan dan hakisan tanah yang berpunca

daripada aktiviti pembangunan/pertanian yang melibatkan kerja-kerja tanah. Hasil analisis

menunjukkan peringkat ke arah tahap yang bersih seperti Sungai Pinang (rujuk Jadual 1.5).

Jadual 1.5: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan Indeks Pepejal Terampai (SS)

Lembangan

Sungai

Tahun Status

1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

Sungai

Pinang

15 50 42 34 71 58 72 72 71 54 71 82 Sederhana

Bersih

Sumber: Jambatan Pengairan dan Saliran, 2005

Page 19: Pencemaran Alam Sekitar

Nota: Bersih = > 75 Sederhana Bersih = 70 – 75 Tercemar = < 70

Di dalam Rancangan Malatsua Kelapan peruntukkan telah diperolehi sebanyak RM30 juta untuk

perbaiki kualiti air Sungai Pinang bagi mencapai tahap kualiti air Kelas II. Di bawah projek sambungan

ke RMKe-9, tambahan sebanyak RM20 juta telah dipohon oleh JPS Pulau Pinang untuk meneruskan

pelaksanaan projek ini.

Pencemaran Udara

Kualiti Udara

Pada umumnya kualiti udara di Negeri Pulau Pinang sejak lima tahun kebelakangan didapati merosot

berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Terdapat tiga stesen pengawasan kualiti udara automatik

(CAQM) iaitu di bahagian Pulau. Pada keseluruhan status kualiti udara masih berada pada tahap

sederhana sihat (rujuk Jadual 1.6).

Jadual 1.6: Perbandingan Status Kualiti Udara (IPU) Tahun 1998-2001

Stesen Pengawasan Tahun

1997 1998 1999 2000 2001

Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia - 28 28 32 38

Sumber: Jambatan Alam Sekitar, 2002

Nota: Baik (0 – 50) Sederhana (51 – 100) Tidak Sihat (101 – 200)

Sangat Tidak Sihat (201- 300) Berbahaya ( > 300)

Kemusnahan alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi akan

membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Antaranya ialah (rujuk Jadual 1.7):

Page 20: Pencemaran Alam Sekitar

Jadual 1.7: Pelbagai penyakit yang akan dijangkiti

Pencemar Kesan

Nitrogen oksida daripada asap kilang -Bara paru-paru

-Sakit mata

Keracunan plumbum dalam asap kilang dan asap kereta -Sakit jantung

-Mengurangkan kecerdasan otak

-Sakit buah pinggang

Karbon monoksida daripada asap kenderaan -Sakit Kepala

Sulfur dioksida daripada pembakaran arang batu -Masalah pernafasan

Air yang kotor dan beracun -Penyakit kulit seperti gatal dan kudis

-Barah kulit

Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran yang kita

menghadapi. Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran-pencemaran ialah:

-Jangan membuang sampah ke dalam sungai / laut

Jika kita membuang sampah sarap ke dalam sungai / laut, sungai/ laut akan menjadi kotor dan

hidupan laut akan mati jika air sungai / laut adalah kotor.

-Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor

Asap dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas karbon dioksida dan

gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi. Ini menyebabkan suhu di bumi semakin

meningkat.

Page 21: Pencemaran Alam Sekitar

-Menjalankan kempen kesedaran

Melalui kempen kesedaran, penduduk-penduduk akan mengetahui penyebaban pencemaran air,

pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

Bilangan penggunaan kenderaan darat di Malaysia mengalami proses peningkatan setiap tahun.

Keadaan seperti ini adalah menunjukkan tahap pembangunan bagi negara Malaysia sentiasa mengalami

proses pengembangan.

Berdasarkan kepada graf di atas, angka statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan

Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 1987, jumlah kenderaan bermotor di

Malaysia ialah 3.6 juta meningkat sehingga 6.8 juta pada tahun 1995 dan terus meningkat sehingga

10.5 juta pada tahun 2000 dan pada tahun 2004 menjadi 13.7 juta. Peningkatan kenderaan itu adalah

bagi ketagori kenderaan persendirian. Diikuti kenderaan perdagangan (lori dan trailer) dan kenderaan

Page 22: Pencemaran Alam Sekitar

lain-lain (Kenderaan rasmi kerajaan / badan berkanun / Syarikat Swasta) Pertambahan kenderaan ini

menunjukkan bahawa alam sekitar menjadi lebih parah dengan pencemaran bunyi dan pencemaran

udara daripada asap kenderaan. Daripada statistik itu juga kita boleh lihat, kebanyakkan kenderaan

yang digunakan di Malaysia adalah menggunakan enjin petrol dan enjin diesel banyak digunakan oleh

kenderaan perdagangan. Bilangan kenderaan setiap tahun adalah meningkat dan tidak pernah

mengalami penurunan.

Proses peningkatan ini boleh berlaku adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut

Khairani Alladin@Jalaudin, Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi memiliki kenderaan

persendirian iaitu sebuah kenderaan persendirian bagi setiap 5 orang. Oleh itu, keadaan ini

mengambarkan bahawa pemilikan kenderaan persendirian ini adalah menjadi perkara utama di

Malaysia. Selain itu, kita juga boleh lihat kepada sistem rangkaian jalan raya yang semakin

berkembang dan keadaan memberi kemudahan kebolehsampaian antara sesuatu telmat. Ekoran

daripada itu, keadaan ini juga menggalakkan orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri supaya

dapat memudahkan perjalanan mereka dan selesa dengan sistem jalan raya yang sempurna.

Selain itu, kebanyakkan penduduk di negara ini terutamanya di bandar-bandar besar seperti

Kuala Lumpur kurang berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam. Berdasarkan daripada

kajian yang dilakukan oleh Khairani Alladin@Jalaudin mendapati terdapat hanya 40 peratus sahaja

penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan awam berbanding dengan orang Jepun dan Singapura

60-80 peratus pada tahun 1983. Walapun kajian ini adalah telah dilakukan dalam satu tempoh yang

lama, namun begitu faktor ini sememangnya menyumbang kepada peningkat jumlah pemilik

kenderaan.

Page 23: Pencemaran Alam Sekitar

Peningkatan jumlah kenderaan boleh berlaku berdasarkan kepada Dasar Automatif Negara

(DAN). Berdasarkan kepada DAN ini ia akan mengalakkan pengeluar-pengeluar kereta untuk melabur

di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara ini menpunyai banyak pilihan kenderaan

dan mampu untuk memilikinya. Di samping itu, pemilikan sesebuah kenderaan ini menlambangkan

kemewahkan atau status kehidupan seseorang itu. Ini bermaka, sekiranya seseorang itu memiliki

kenderaan sendiri dianggap lebih berjaya dalam hidup. Sekiranya dilihat daripada kemampuan,

kebanyakkan penduduk di Malaysia ini mempunyai pekerjaan dan berkemampuan dari segi

ekonominya untuk memiliki kenderaan.

Perkembangan kepada peningkatan penggunaan kenderaan itu juga turut dipengaruhi oleh

proses pertamban penduduk. Negara Malaysia mengalami proses pertambahan penduduk. Keadaan ini

boleh dilihat bermula daripada selepas merdeka jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang

pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990. Pertambahan penduduk ini adalah

dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti seperti peningkatan dalam kadar kelahiran dan penrunan

terhadap kadar kematian. Keadaan ini, menurut Khairani Alladin@Jalaudin (1993),dalam kajiannya

menunjukkan kadar pertambahan kenderaan bagi tempoh 10 tahun (1976-1985) adalah sebanyak

196.8% dan nilai ini adalah lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk pada tempoh tahun

yang sama dengan nilai sebanyak 46.3%. Daripada ini, dapat disimpulkan bahawa semakin ramai

penduduk sesuatu kawasan itu, semakin ramai bilangan pengguna kenderaan. Peningkatan jumlah

kenderaan kaitan dengan pembebasan gas-gas bertoksid yang boleh mencemarkan udara.

Page 24: Pencemaran Alam Sekitar

Rumusan

Page 25: Pencemaran Alam Sekitar

Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di

Georgetown. Kegiatan penduduk-penduduk di Georgetown bukan hanya membawa kesan positif

seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan, dan menyediakan banyak kemudahan tetapi juga

membawa kesan negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah pembangunan

yang pesat dan kebanyakkan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-masalah yang muncul daripada

pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Langkah-langkah penyelesaian

masalah ialah dengan mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor. Di sini, saya berharap penduduk-

penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti

pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan pada masa yang akan datang.

Jika penduduk-penduduk tempatan sihat setiap hari, negara kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.

Page 26: Pencemaran Alam Sekitar

Lampiran

Page 27: Pencemaran Alam Sekitar

Borang Temu Bual

1. Nama:

2. Jenis pekerjaan:

3. Masalah-masalah yang dihadapi sebagai penduduk

a)

b)

4. Cadangan-cadangan penyelesaian masalah:

a)

b)

Page 28: Pencemaran Alam Sekitar

Borang Soal Selidik

Borang Soal Selidik

Makluman kepada responden:

Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala

maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja.

Adalah diharapkan pata pesponden dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang

Page 29: Pencemaran Alam Sekitar

dekemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Tema Kajian: Pencemaran Alam Sekitar

Arahan: Tandakan () pada ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

1.Jantina

Lelaki Perempuan

2.Kaum

Melayu Cina India Lain-lain

3.Umur

18-29 Tahun 30-55 Tahun 55 Ke Atas

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENCEMARAN-PENCEMARAN TERHADAP PENDUDUK-

PENDUDUK TEMPATAN

Sampah Sarap

Pencemaran Air

Kesan Lain-lain: (Sila Nyatakan)..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Page 30: Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran Udara

Kesan Rumah Hijau

Hujan Asid

Perubahan Pandang Darat

Terima kasih atas kerjasama anda.

Page 31: Pencemaran Alam Sekitar

Bahan Sumber

Pencemaran Air Pencemaran Air

Page 32: Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran Udara Pencemaran Udara

Pencemaran Bunyi Pencemaran Bunyi

Page 33: Pencemaran Alam Sekitar

Rujukan

-Surat Khabar

1. The star, 12 Mei 2008, muka surat B12.

2. Guang Wah Yit Poh, 25 January 2008, muka surat B6.

-Orang Sumber

1. Lena Gnoi, 20 tahun, 25-A Jalan Siam, 10400 Pulau Pinang.

2. Ng Lay Tin, 40 tahun, 21, Jalan Hijau 1, 11600 Pulau Pinang.

Page 34: Pencemaran Alam Sekitar

-Buku

1. Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yeong, 2002. Geografi Tingkatan 1. Media

Network Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

-Internet

http://spgis.mpsp.gov.my/laporan_pemeriksaan/html/alamsekitar.html

http://www.google.com

http://www.gov.com.my

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran