pencemaran alam sekitar

30
SUBJEK : SAINS ALAM SEKITAR (BBR 26503) “PENCEMARAN ALAM SEKITAR” DISEDIAKAN OLEH: Disediakan Oleh: ROSDI BIN RAMLI (DB100316) SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321) SAADAH BT MASRANI (DB100013) NORAZURA BT MOHD. JOHAR (DB100309) SALWA BT BACHOK (DB100020) (SAINS / SEKSYEN 1) UNTUK PERHATIAN: PM DR. ZAWAWI B. DAUD

Upload: rosdi-ramli

Post on 26-May-2015

52.000 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Menerangkan mengenai Maksud Pencemaran, Jenis pencemaran, Punca pencemaran, Kesan pencemaran terhadap manusia, organisma & Alam & Konsep 3R (Kitar Semula)

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran alam sekitar

SUBJEK : SAINS ALAM SEKITAR(BBR 26503)

“PENCEMARAN ALAM SEKITAR”

DISEDIAKAN OLEH: Disediakan Oleh:

ROSDI BIN RAMLI (DB100316)SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN

(DB100321)SAADAH BT MASRANI (DB100013)

NORAZURA BT MOHD. JOHAR (DB100309) SALWA BT BACHOK (DB100020)

(SAINS / SEKSYEN 1)

UNTUK PERHATIAN: PM DR. ZAWAWI B. DAUD

Page 2: Pencemaran alam sekitar

Apa itu pencemaran….???Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) -

pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling

dengan sampah sarap .

Page 3: Pencemaran alam sekitar

Jenis-jenis pencemaran….???Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis

iaitu :

1. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku

dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

2. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh

manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

Pencemaran AirContohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

Pencemaran TanahContohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal

Page 4: Pencemaran alam sekitar

Punca-punca pencemaran alam semulajadi

Aktiviti Perindustrian & PembangunanPerkembangan ekonomi Malaysia banyak

bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat ini telah menyebabkan penambahan kepada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri ini akan menghasilkan bahan cemar yang berbeza.

Page 5: Pencemaran alam sekitar

Jenis-jenis Industri yang membunuh alam..

Industri KimiaIndustri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur dan ini akan mengakibatkan pencemaran kepada air dan udara

Page 6: Pencemaran alam sekitar

Jenis-jenis Industri yang membunuh alam..

Industri Perkilangan & PembuatanKilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.

Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang ini juga adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik (beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.

Page 7: Pencemaran alam sekitar

Jenis-jenis Industri yang membunuh alam..

Industri Pertanian

Penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan

alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk

ke rantai makanan dan memusnahkan rantai makanan

tersebut.

Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang

seterusnya akan di makan oleh manusia.

Page 8: Pencemaran alam sekitar

Tahniah…!!!! Kita menyumbang kepada

kemusnahan alam sekitar……Penggunaan CFCKloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.

Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan lain-lain sebagai bahan rejan (propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.

Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

Page 9: Pencemaran alam sekitar

Tahniah…!!!! Kita menyumbang kepada

kemusnahan alam sekitar……Tanpa kita sedari AKTIVITI HARIAN kita telah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar.

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk.

Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Page 10: Pencemaran alam sekitar

Contoh Bahan-Bahan

CFC

Page 11: Pencemaran alam sekitar

Pencemaran Air

Page 12: Pencemaran alam sekitar

Punca-punca Pencemaran

airPerkilangan

Membuang bahan buangan bertoksik

KITAMembuang bahan buangan domestik ke dalam sungai

PertanianHujan yang turun membawa bahan kimia racun serangga

ke dalam sungai

PerlombonganKerja cari gali menyebabkan

tumpahan minyak

Makmal & HospitalMembuang bahan ujian dan radioaktif ke dalam sungai

Page 13: Pencemaran alam sekitar

Pencemaran Udara

Page 14: Pencemaran alam sekitar

Punca-punca Pencemaran

Udara

Pembakaran TerbukaPelepasan partikel jelaga yang

terlalu banyak.

Aktiviti HarianPenggunaan peti sejuk _

Pembebasan CFC

Kenderaan BermotorPembebasan Karbon

Monoksida dan CFC ke udara

Aktiviti perindustrian dan perkilangan

Penjanaan Kuasa

Page 15: Pencemaran alam sekitar

Pencemaran Tanah

Page 16: Pencemaran alam sekitar

Punca-punca Pencemaran

Tanah

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang

seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

Pembuangan sampah merata-rata

Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan

Page 17: Pencemaran alam sekitar
Page 18: Pencemaran alam sekitar

Kesan-kesan Pencemaran!!!Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul .

Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

Page 19: Pencemaran alam sekitar

Kesan-kesan Pencemaran !!!!Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut .

Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .

Page 20: Pencemaran alam sekitar

Kesan-kesan pencemaran!!!!!Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda .

Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

Page 21: Pencemaran alam sekitar

Mengatasi masalah pencemaran melalui pelestarian alam

Pelestarian alam adalah satu usaha melindungi

alam sekitar dari kemusnahan.

Page 22: Pencemaran alam sekitar

Cara-cara Pelestarian Alam

Kurikulum

Konsep 3R

KerajaanPengguna Alam

Sekitar

Sekolah LestariPenguatkuasaanUndang-Undang

Page 23: Pencemaran alam sekitar

SEKOLAH LESTARIDefinisi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalamaspek pengurusan , kurikulum, kokurikolum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah: "pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar".

Page 24: Pencemaran alam sekitar

SEKOLAH LESTARI

Page 25: Pencemaran alam sekitar

Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian

atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula

Page 26: Pencemaran alam sekitar

     

Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT

  Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA

  Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

  Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.

Page 27: Pencemaran alam sekitar

KertasSurat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred kertas)

Plastik Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula

Page 28: Pencemaran alam sekitar

Kertas kadbod keras Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja.

Kaca Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.

Pakaian Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Page 29: Pencemaran alam sekitar

Kertas

Kaca Logam

Plastik

Page 30: Pencemaran alam sekitar

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita.

Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.