pencegahan dadah.doc

4

Upload: latasha-matthews

Post on 16-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Laporan Program Pencegahan & Kesedaran DadahSJKT Ladang Kampar 31900 Kampar, Perak

Program Pencegahan & Kesedaran Dadah telah dijalankan di sekolah ini pada 18 April 2011 pada pukul 1.30petang. Program ini dijalankan sempena Minggu Anti Dadah yang dijalankan secara peringkat sekolah. Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah sepenuhnya di bawah bidang 3K iaitu Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan.

Majlis dimulakan seperti yang dirancang selepas ketibaan penceramah, En. Archunan, Guru Besar S.J.K (T) Mambang Diawan. Ucapan alu-aluan diberikan oleh En. Satheesh selaku setiausaha program ini.

Program ini disertai oleh sebilangan pelajar dari tahun 4,5 dan 6. En. Archunan selaku penceramah telah mengkategorikan tajuk beliau kepada tiga bahagian, iaitu Kesedaran Dadah, Jenis-jenis Dadah dan Pencegahan Dadah.

Semasa sesi ceramah sedang berjalan, beliau telah mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar-pelajar berhubung dengan program ini. Murid-murid telah menjawab segala soalan yang dikemukakan dengan lancar dan bersemangat.

Murid-murid telah diajar dan diberi pendedahan berkaitan pentingnya mengetahui keburukkan Dadah dan pencegahan diri daripada dadah pada setiap masa.

Program ini telah tamat pada pukul 3.30 petang dan diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Guru Besar sekolah serta pemberian cenderahati kepada penceramah, En. Archunan. Majlis selepas itu disajikan dengan minuman ringan kepada murid-murid dan para guru yang turut serta.

20 April 2011Disediakan oleh,

( N.SATHEESH )Setiausaha 3K SJKT Ladang KamparSEPINTAS LALU

PROGRAM PENCEGAHAN & KESEDARAN DADAH