pencarian mh370 diteruskan jika ada bukti kukuh terkini/pencarian mh370 diteruskan jika... ·...

1

Click here to load reader

Upload: trinhkhue

Post on 23-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencarian MH370 diteruskan jika ada bukti kukuh Terkini/Pencarian MH370 diteruskan jika... · Melalui laporan akhir tentang kegagalan pencarian pesawat tersebut, Biro Keselamatan

Pencarian MH370 diteruskan jika ada bukti kukuh

BENTONG 5 Okt. – Malaysia akan mempertimbangkan tawaran daripada beberapa syarikat yang mempunyai kepakaran dalam operasi pencarian untuk meneruskan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kehilangannya masih menjadi misteri selepas gagal menemukan sebarang bukti sehingga kini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, walau bagaimanapun, operasi berkenaan hanya akan diteruskan selepas mendapat bukti yang kukuh daripada mana-mana pihak. “Pasukan mencari pun tidak dapat memberi kata putus dari segi tempat sebenarnya kapal terbang atau bangkai kapal terbang itu. Jadi, kita tidak ada pilihan dan pada masa ini kita tidak dapat meneruskan pencarian. “Kita telah mendapat tawaran daripada beberapa syarikat untuk meneruskan misi pencarian tetapi belum membuat apa-apa keputusan kerana menunggu sekiranya terdapat bukti yang mempunyai kredibiliti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Santai Ria Felda Lurah Bilut di Dewan Felda Lurah Bilut di sini, malam tadi. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Pihak Berkuasa Australia memohon maaf kerana gagal menemukan pesawat MH370 malah menegaskan misteri kehilangan pesawat berkenaan yang tiada penghujung itu tidak boleh diterima. Melalui laporan akhir tentang kegagalan pencarian pesawat tersebut, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memaklumkan punca kehilangan pesawat itu tidak boleh dibuktikan sehingga pesawat di temukan Australia yang mengetuai pencarian pesawat itu di Lautan Hindi menamatkan pencarian bernilai AS$160 juta (RM677 juta) pada Januari lalu selepas gagal menemukan sebarang kesan Tiong Lai memberitahu, pihaknya akan menganalisis sebaik mungkin semua data yang ada untuk membuat keputusan sama ada meneruskan operasi penca¬rian atau sebaliknya. Apa yang pasti, kata beliau, misi pencarian hanya akan diteruskan apabila pihaknya mendapat bukti yang berkredibiliti tentang pesawat berkenaan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA | M/S: 3 | 6 OKTOBER 2017