pencaran dan percambahan

28
Pencaran dan Percambahan Sub Topik [ klik ] Pengenalan [ klik ] Pencaran [ klik ] Agen Pencaran [ klik ] Struktur Biji Benih [ klik ] Percambahan Biji Benih [ klik ] Jenis Percambahan Pengenalan Bagi memastikan kemandirian spesies tumbuhan tersebut, anak pokok yang tumbuh perlulah jauh daripada induknya untuk mengurangkan persaingan terhadap air, garam mineral, cahaya dan ruang. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya biji benih yang dihasilkan dibawa jauh daripada induknya dan jatuh ke tempat yang sesuai. Pencaran Pencaran ialah satu cara untuk membawa biji benih yang dihasilkan jauh daripada induknya. Beberapa jenih tumbuhan boleh memencarkan sendiri biji benih tersebut melalui mekanisme letupan manakala tumbuhan-tumbuhan lain memerlukan agen luar untuk membawa biji benih tersebut jauh daripada induknya. Agen ini dinamakan agen pencaran. Agen Pencaran Agen pencaran ialah: a) Angin b) Air c) Haiwan

Upload: biltah-nong

Post on 30-Jun-2015

4.576 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pencaran dan Percambahan Sub Topik [ klik ] Pengenalan [ klik ] Pencaran [ klik ] Agen Pencaran [ klik ] Struktur Biji Benih [ klik ] Percambahan Biji Benih [ klik ] Jenis Percambahan Pengenalan Bagi memastikan kemandirian spesies tumbuhan tersebut, anak pokok yang tumbuh perlulah jauh daripada induknya untuk mengurangkan persaingan terhadap air, garam mineral, cahaya dan ruang. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya biji benih yang dihasilkan dibawa jauh daripada induknya dan jatuh ke tempat yang sesuai. Pencaran Pencaran ialah satu cara untuk membawa biji benih yang dihasilkan jauh daripada induknya. Beberapa jenih tumbuhan boleh memencarkan sendiri biji benih tersebut melalui mekanisme letupan manakala tumbuhantumbuhan lain memerlukan agen luar untuk membawa biji benih tersebut jauh daripada induknya. Agen ini dinamakan agen pencaran. Agen Pencaran Agen pencaran ialah: a) Angin b) Air c) Haiwan

Cara Air

Contoh Ciri-Ciri Khas Buah/ Biji Benih Tumbuhan Kelapa Teratai Meranti Angsana Kapas Lalang Keruing Kemboja Climatis Dandelion Durian Tomato Kacang Bendi Mangga Rambutan Epal Kemuncup Semalu Pulut-Pulut 1. Kulit buah kalis air supaya biji benih tidak rosak 2. Buah mempunyai rongga udara supaya boleh terapung 1. Ringan - mudah ditiup angin 2. Bersayap - boleh diterbangkan 3. Berbulu - boleh diterbangkan

Angin

Haiwan

1. Warna yang cerah - menarik perhatian 2. Bau yang wangi - menarik perhatian 3. Rasa yang sedap - menarik perhatian 4. Biji diselaputi lendir - mudah ditelan 5. Testa yang keras - tidak mudah dicernakan 6. Biji yang besar - tidak mudah ditelan 7. Cangkuk dan duri - melekat pada badan atau kaki haiwan

Mekanisme Letupan

Getah Kulit buah kering dan keras bila masak. Buah akan pecah akibat Keembung tegangan pada kulitnya. Oleh itu, biji benih akan dilontarkan jauh Semarak daripada induknya Api Kacang Pea

Bunga keembung atau balsam jarang ditemui masa kini.. di kediaman saya pun hanya tinggal sepokok sahaja..padahal pokok ini paling mudah membiak.Buahnya yang matang akan meletup dan menebarkan biji benih di sekitarnya. Sesetengah tempat memanggil nama pokok ini sebagai Pacar Air. Ia mempunyai khasiat bagi merawat keretakan tulang dengan menempelkan daun segar pada bahagian yang retak itu. Bunga nya yang segar dihancurkan dan ditampal pada kulit untuk merawat penyakit bisul. itulah serba sedikit mengenai bunga Balsam ini.

Bunga keembung/ Pacar Air ( Balsam)

TERATAI Lotus Nymphaea Weed Identification Dandelion

Common Name: Dandelion Scientific Name: Taraxacum officinale Weed Type: Broadleaf Life Cycle: Winter perennial

Imperata cylindricaWritten by admin Thursday, 27 August 2009 14:49

Scientific name : Imperata cylindrica Family: Gramineae Common name : Cogongrass Local name : Lalang

Famili: Euphorbiaceae Nama Melayu: Pokok Getah Nama Lain: Siphonia brasiliensis, Para Rubber Tree, Caoutchouc.

PeneranganTumbuhan sepanjang tahun ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 60-130 kaki. Batangnya mempunyai susu getah. Daunnya tersusun secara 3 serangkai dan berwarna hijau. Bunganya berwarna putih tanpa kelopak.

KelebihanTumbuhan ini merupakan tonggak perindustrian getah di Malaysia

POKOK SEMARAK API

(Semarak Api ditanam di tepi jalanraya) Semarak Api atau kadang-kadang disebut sebagai Flame of The Forest sebenarnya adalah sejenis pokok hutan yang berasal dari Madagascar dan tersebar ke serata dunia khasnya di kawasan berhawa panas. Ia disebut sebagai Delonix Regia dalam terma saintifik dan biasanya menjadi mercu tanda sesebuah taman kerana keunikan warna bunganya.

Di Malaysia pokok ini tumbuh meliar di hutan-hutan dan sekarang telah menjadi pilihan untuk ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tumbuhan hiasan. Pokok semarak api adalah jenis pokok besar yang boleh mencapai ketinggian berpuluh-puluh kaki dengan batang dari kayu keras dan berdaun kecil.

(Bunga Semarak Api dari dekat) Keunikan pokok ini adalah bunganya yang merah bercampur oren dan kelihatan sangat terang dan jelas di antara pokok-pokok yang lain. Sesetengah pokok ini bunganya terlalu banyak hingga melindungi daunnya yang kecil. Bunganya yang kemerahan inilah yang mencantikkan pemandangan setempat.

Ia boleh dibiakkan dengan semaian biji benih yang boleh didapati dari buahnya seperti kekacang yang panjang dan lebar. Di dalam kekacang inlah terdapat biji-biji yang boleh disemai dan dibiakkan.

Pokok pulut-pulut

Nama Botani : Urena lobata Famili : Malvaceace Pengenalan Pulut-pulut merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di tepi-tepi jalan, kawasan terbiar dan sekitar kawasan kampung. Pokok jenis sub-shrub ini hanya berketinggian tidak melebihi 2 meter. Ia dipanggil pulut-pulut kerana buahnya Buahnya mempunyai bulu yang keras akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian jika tersentuh. Pokok ini membiak melalui biji benih dan penyebaran dilakukan dengan cara ini. Bunga pulut-pulut berwarna merah jambu dan mempunyai lima kelopak.ya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat apabila matang. Kegunaan Semua bahagian pokok ini iaitu akar, batang, daun, bunga dan buahnya digunakan dalam perubatan tradisional. Ia boleh digunakan untuk merawat radang sendi, disenteri, sakit perut, malaria, demam, cirit-birit, batuk, penyakit-penyakit kulit, pengeluaran darah berlebihan, penyakit dada dan kesukaran ketika bersalin. Tumbuhan ini juga dilaporkan boleh digunakan sebagai penawar racun jika dimakan bersama bunga raya. Kulit pada batang tumbuhan pulut-pulut berserat dan boleh menggantikan rami (jut) dalam industri pembuatan tali dan guni. Pokok ini ditanam secara komersial di Brazil untuk tujuan tersebut.

Nama Tempatan:Pulut-pulut Nama Saintifik:Urena Lobata L. Nama Lain:Pepulut,caesar weed,pulutan,aramina,hibiscus burr,jute africain(french),dadangsi apaka,hibiscus burr, aramina, caesarweed, pink Chinese burr, urena burr, bur mallow Famili:Malvaceae Lokasi dijumpai:Belukar dan semak samun Asal:

keterangan:Tumbuhan dikot ini merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh liar di tepi-tepi jalan atau kawasan belukar dan semak kecil.Ia dipanggil pulut-pulut kerana ciri buahna yang akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian manusia yang tersentuh padanya. Ini ialah salah satu cara penyebaran pembiakan tumbuhan ini. Bunga pepulut berwarna merah jambu dan mempunyai lima kelopak dengan satu stigma ditengahnya.Seimbas lalu bunganya seolah-olah berbentuk bunga raya.Bunganya kecil dengan garis rentas berukuran lebih kurang 1.5-3 cm.Ia dikategorikan sebagai tumbuhan renek (sub-shrub) dan bukan tumbuhan semusim.Ia boleh mencapai ketinggian hingga 1-2 m. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat apabila matang. Buahnya mempunyai bulu yang keras dan boleh melekat pada bulu haiwan dan pakaian.Ia mudah membiak melalui biji benih.

kegunaan:

Walaupun tumbuhan ini dianggap sebagai semak samun dan belukar di Malaysia dan Negaranegara asia, di Brazil ia ditanam di ladang untuk mendapatkan fibernya, yang terhasil dari batangnya. Di Brazil fiber yang terhasil dari batang pepulut dikenali sebagai aramina atau dikenali sebaga congo jute di afrika.Jut ini banyak digunakan sebagai contohnya dijadikan tali dan guni. Dalam perubatan tradisional , daunnya digunakan sebagai penawar untuk sakit perut. Akarnya pula digunakan untuk merawat rheumatik dan lumbago.

Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih. Cara terbaik bagi menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.

AngsanaBy Nureza Ahmad written on 2004-03-11 National Library Board Singapore Comments on article: InfopediaTalk Angsana trees (Pterocarpus indicus), introduced into Singapore in the early 19th century, belong to the family Leguminosae (Papilonaceae). A common wayside tree that can grow well within a short period of time and with a wide-spreading crown that provides shade, it was only extensively and systematically planted in Singapore in the late 19th century and the 20th century. Origin and distribution Angsana trees are native to the southern part of the east coast of Peninsular Malaysia and was noted growing in Malacca as early as 1778. It is widely distributed in Southeast Asia and is popular worldwide, planted in countries such as Africa, India, Sri Lanka, Taiwan and Okinawa, Hawaii and Central America. In its natural habitat, it grows on flat coastal plains behind mangrove swamps, or along inland rivers in forests where the dry season is not pronounced. In Singapore, it is widely distributed along major roads because of the Garden City campaigns of the lat 1960s and early 1970s. Even before this, its shade inspired the colonial government to plant the tree along the Peninsular. Description The Angsana is a large deciduous tree of up to 30 to 40 m tall and 2 m in diameter. It has a dense, wide spreading, dome-shaped crown with drooping lower branches. The trunk is buttressed and the bark is smooth and grey-brown, becoming scaly and fissured with age. When cut or slashed, dark red resin oozes out. The wood varies in colour from light yellow to golden brown to reddish brown, and has a camphor or cedar scent. The leaves are simple pinnate compound, with 7 to 9 leaflets alternately arranged and ending in a terminal leaflet. They range in size from 20 to 50 cm long with each leaflet approximately 5 to 12 cm long and 4 to 8 cm wide. The leaflet is broadly elliptical, with a pointed tip and is rounded at the base. Flowers are small (about 1.5 cm), yellow, faintly fragrant reminiscent of orange blossoms. They grow in large bunches 15 to 30 cm long. Upon blooming following the right triggers, they last for only one day. Subsequently, the yellow flowers carpet the ground where it falls. Fruits are disc-like flattened pods, measuring 4 to 5 cm wide with a swollen centre containing one to several seeds. The fruits do not split open when matured. They turn brownish, pulpy and very few of them germinate. Flowering in Angsana is related to temperature variations and rainfall. In habitats where there is a marked dry season, the Angsana flowers twice a year. Leaf shedding followed by flowering occur conspicuously after a period of dry weather. However, Angsanas in Singapore do not flower twice a year as a distinct dry period is uncommon. They do not flower at all, unless there is an exceptional hot and dry period, for example, in 1982 and 1983.

Kemboja MerahScientific name: Plumeria rubra Family: Apocynaceae Locality: Kolej Burhanudin helmi UKM Bangi

Flowers of Plumeria rubra, a mass-flowering tropical tree, share many traits with hawkmoth-pollinated flowers, and Plumeria pollen was recovered from the tongues of 17 hawkmoth species in Costa Rica. Rates of visitation and fruit set were exceptionally low compared with other hawkmoth flowers sympatric with Plumeria, apparently because Plumeria flowers produce no nectar reward. Hawkmoths in a flight cage quickly learned to avoid nectarless Plumeria flowers, but readily fed from these flowers after artificial nectar was added. Although no specific model for Plumeria was found in Costa Rica, the presentation of generalized odor and visual cues that mimic typical hawkmoth flowers may facilitate deceitful pollination of Plumeria.

Bunga kemboja (bahasa Inggeris: frangipani atau plumeria) selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang ditanam di halamanhalaman rumah. Saiz pokok ini besar. Warna bunga putih kekuning-kuningan dan saiznya kirakira 8 cm. Bhg yg digunakan - Bunga,getah,kulit, batang,daun Bunga&kulit- bengak badan(Kulit pokok yang telah ditumbuk halus kemudian direbus tunggu hingga suam dan rendam tempat yg bengkak) getah&daun- Bisul(layurkan daun muda tekapkan pada bisul)(sapukan getah pokok sekeliling bisul)

PMR > Sains

Bahan Arkib 2002

Pembiakan dan Pertumbuhan : Pencaran dan Agen Pencaran Buah / Biji Benih

NOTA RINGKASPencaran Dan Agen Pencaran 1. Pencaran ialah proses penyebaran buah dan biji benih ke tempat pertumbuhan yang baru oleh agen-agen pencaran.

2.

Pencaran mengelakkan kesesakan tumbuhan dan persaingan antara induk dengan anak-anaknya untuk mendapatkan bekalan keperluan hidup seperti air, cahaya dan garam mineral.

Jawapan & Ulasan 1. Jawapan D Penerangan Pencaran ialah proses penyebaran buah atau bijih benih dari tumbuhan induk ke tempat-tempat lain. Pencaran adalah berkaitan dengan kemandirian spesies tumbuhan.

2. Jawapan B

Penerangan Buah nipah dipencarkan oleh air.

3. Jawapan B

Penerangan Buah kelapa mempunyai kulit yang kalis air. Ini menghalang air daripada masuk ke dalam buah tersebut.

4. Jawapan D

Penerangan Daripada maklumat yang diberikan, buah yang dimaksudkan dipencarkan oleh angin. Antara pilihan jawapan yang diberikan, semua buah dipencarkan oleh angin kecuali buah getah. Buah getah dipencarkan oleh mekanisme letupan.

5. Jawapan B

Penerangan Daripada rajah yang diberikan, P ialah haiwan. Salah satu ciri buah yang dipencarkan oleh haiwan ialah buah tersebut mempunyai bahagian yang boleh dimakan.

NOTA1. Proses penyebaran buah dan biji benih tumbuhan ke tempat pertumbuhan yang baru disebut pencaran.

2. Penyebaran biji benih ini dibantu oleh agen-agen pencaran.

3.Pencaran mengelakkan kesesakan tumbuhan dan persaingan antara induk dengan anak-anaknya untuk mendapatkan bekalan keperluan hidup seperti air, cahaya dan garam mineral.

TIP1. Apabila pelajar mempelajari tajuk ini, cara yang mudah untuk mengingat fakta-fakta yang berkaitan ialah dengan membuat carta aliran bagi agen pencaran seperti berikut;

2. Bagi setiap agen pencaran senaraikan ciri-ciri buah/biji benih

yang dipencarkan oleh agen pencaran itu.

3.Adalah penting untuk pelajar mengetahui ciri-ciri buah/biji benih juga contoh-contoh buah/biji benih yang biasa di sekeliling kita.

Pokok kekabu sering terdapat di kampung berdekatan rumah kerana tumbuhan ini amat berguna. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia, terutamanya bagi penduduk luar bandar. Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. Nama botani pokok kekabu ialah ceiba pentandra dan mempunyai ketinggian ketinggian 30m di Malaysia tetapi dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia. Di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakan Bombax. Keluarga kekabu ialah Bombacaceae. Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun, iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yang nyata. Di Semenanjung Malaysia, pokok kekabu paling banyak terdapat di negeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu banyak ditanam di India, Myanmar, China, Indochina dan Asia Tenggara. Pada masa penjajahan Belanda, pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon. Banir pokok kekabu adalah besar kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat, dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkattingkat. Ada kala diameter banirnya berukuran dari satu hingga dua meter. Manakala kulitnya merekah-rekah dan sesetengahnya jenis berduri. Bunganya berukuran 4cm lebar, bewarna putih kekuningan, mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit, bunga yang berbau susu ini disukai oleh kelawar dan keluang pada waktu malam. Buah kekabu ialah sejenis buah pepisang. Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih, tergantung seperti timun pada hujung ranting. Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah

menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian. Buahnya akan mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak. Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak. Daunnya luruh tidak tentu masa. Ada masanya daunnya luruh serentak. Kadang-kadang satu bahagian panjang. Setiap kuntum bunganya ada salut bunga yang pecah lima. Rangginnya berwarna putih dan berbulu di sebelah luar. Bulu-bulu ini adalah lebih kurang satu sentimeter panjang. Ia berbunga apabila daunnya telah habis gugur. Bunganya kecil berwarna putih merah jambu dan ia berjambak-jambak lebih kurang 20 sentimeter 20 sentimeter, kulitnya berwarna coklat dan tajam hujung pangkal. Dalamnya terdapat kekabu putih atau kekuningan dan biji-biji hitam yang hampir serupa dengan biji kapas. Kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses mengasingkannya daripada biji dan empulur. Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam dan bantal. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya. Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Durian (Thurian) Scientific name: Durio zibethinus L. Season: May to August

Beginning in May and extending through August, the distinctive, smell of Durian fills the air in Thai markets To Thais, the stink is a welcome odor. They regard durian as the king of fruits, well worth the high price it commands. Some visitors, are offended by the smell and never try the creamy golden flesh hidden within the spiny exterior missing one of the great pleasures of fruit eating. Thai durians are noted for their subtle flavor and smooth texture. Three of the most popular varieties of the several dozen to choose from are: the cha ni, the kan yao, and, most prized of all, the mon thong.

Pendebungaan

Pengenalan Tumbuhan juga menjalankan pembiakan. Terdapat dua jenis pembiakan yang dilakukan oleh tumbuhan iaitu: a) Pembiakan Aseks b) Pembiakan Seks Pembiakan aseks pada tumbuhan telah dibincangkan dalam topik pertama. [ klik ]. Terdapat 2 jenis pembiakan aseks sahaja yang dilakukan oleh tumbuhan iaitu: a) Pembentukan spora b) Pembiakan vegetatif Pembiakan aseks ini biasanya dilakukan oleh tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis, lumut, cendawan, mukor. Sesetengah tumbuhan berbunga boleh juga membiak secara aseks khususnya melalui pembiakan vegetatif. Contohnya bunga raya, rumput dan orkid. SEMUA TUMBUHAN TIDAK BERBUNGA MEMBIAK SECARA ASEKS. BUKAN SEMUA TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK SECARA SEKS PEMBIAKAN SEKS DALAM TUMBUHAN DILAKUKAN OLEH TUMBUHAN BERBUNGA SAHAJA Pembiakan seks pada tumbuhan dilakukan oleh tumbuhan yang mempunyai bunga. Terdapat dua jenis bunga iaitu: a) Bunga uniseks b) Bunga biseks Fungsi utama bunga ialah menghasilkan biji benih atau buah yang megandungi biji benih. Bunga merupakan pucuk yang diubahsuai menjadi organ pembiakan.

Struktur Bunga

Secara umumnya, sekuntum bunga mengandungi 4 bahagian: a) Sepal b) Ranggi c) Stamen d) Pistil Bunga disokong oleh satu tangkai dinamakan pedisel. Hujung pedisel membengkak membentuk pudung. Fungsi Struktur Bunga Bahagian Pedisel Pudung Penerangan Tangkai bunga Bahagian bengkak di hujung pedisel Salut bunga berwarna hijau dan terletak di bawah ranggi Biasanya merupakan bahagian paling besar pada bunga dan berwarna cerah atau berwarna-warni Organ pembiakan jantan tumbuhan. Terdiri daripada a) Anter b) Filamen Pundi yang mengandungi Menghasilkan butir butir debunga dan terletak debunga (mengandungi Fungsi Menyokong bunga Menyangga 4 struktur utama bunga iaitu Sepal, Ranggi, Stamen dan Pistil Melindungi pusaran bunga ketika peringkat kudup Menarik perhatian haiwan khususnya serangga dan melindungi kudup bunga (bagi sesetengah bunga)

Sepal

Ranggi (Petal)

Stamen

Anter

dihujung filamen Filamen

gamet jantan tumbuhan)

Tangkai halus dan Menghasilkan butir panjang yang memegang debunga (gamet jantan anter tumbuhan) Organ pembiakan betina Terdiri daripada a) Stigma b) Stil c) Ovari Bahagian atas pistil yang Membolehkan butir melekit dan berbulu debunga melekat padanya Salur panjang yang memegang stigma Bahagian membengkak pada pangkal stil Menyokong stigma pada kedudukan terbaik untuk menerima butir debunga Menghasilkan ovul (mengandungi gamet betina tumbuhan) dan melindunginya

Pistil

Stigma Stil

Ovari Nektar (madu bunga) Bau

Mempunyai madu sebagai makanan kepada Tidak mempunyai madu serangga Mempunyai bau sama ada wangi atau busuk Tidak mempunyai bau

Jenis Bunga Terdapat dua jenis bunga iaitu: a) Bunga Uniseks b) Bunga Biseks Bunga uniseks ialah bunga yang mengandungi hanya satu organ pembiakan sahaja sama ada organ pembiakan jantan atau organ pembiakan betina. Contohnya ialah pokok betik, jagung dan kelapa sawit. Bunga biseks ialah bunga yang mengandungi kedua-dua organ pembiakan iaitu organ pembiakan jantan dan organ pembiakan betina. Contohnya ialah bunga padi, semarak api dan durian Pendebungaan dan Persenyawaan Pendebungaan ialah proses pemindahan butir-butir debunga yang matang dari anter ke stigma Persenyawaan ialah percantuman di antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot.

Pendebungaan dan Persenyawaan Dalam Bunga [ Klik Untuk Gambar ] Anter mengandungi gamet jantan. Apabila anter telah matang, ia akan pecah dan membebaskan butir debunga. Agen pendebungaan akan membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma. Apabila butir debunga jatuh ke atas stigma (di bawa oleh agen pendebungaan), butir debunga akan menghasilkan tiub debunga. Tiub debunga memanjang melalui stil menuju ke arah ovul. Gamet jantan akan menuruni tiub debunga ini untuk bertemu dengan gamet betina di dalam ovul. Tiub debunga akan tumbuh memanjang dan menembusi dinding ovari untuk masuk ke dalam ovul bagi membolehkan persenyawaan berlaku. Ovul yang disenyawakan akan berkembang membentuk biji benih. Ovari pula akan berkembang membentuk buah. Sepal, ranggih, stamen, stigma dan stil akan layu dan gugur. Agen Pendebungaan Agen pendebungaan ialah agen yang membantu memindahkan butir-butir debunga dari anter ke stigma. Agen pendebungaan ialah: a) Air b) Angin c) Haiwan (Serangga dan bukan serangga) Air Bunga yang didebungakan oleh air mempunyai ciri-ciri berikut: a) Bunga boleh terapung/terampai dalam air b) Bunga yang banyak, kecil, ringan dan mampu menahan tindakan air Angin Bunga yang didebungakan oleh angin mempunyai ciri-ciri berikut: a) Saiz bunga kecil b) Warna bunga putih atau pudar c) Butir debunga mudah dibawa angin dan stigma bunga betina bersifat melekit Haiwan a) Bunganya boleh menarik perhatian haiwan b) Mempunyai nektar (madu) sebagai makanan haiwan c) Butir debunga mudah melekat pada badan atau kaki haiwan

Perbandingan Ciri Bunga Yang Didebunga Oleh Angin dan Serangga Ciri Bunga Ranggi Oleh Serangga Berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga Besar untuk menarik perhatian dan memudahkan serangga hinggap di atasnya Pendek dan keras bagi memudahkan butir debunga melekat pada kaki atau badan serangga Oleh Angin Berwarna putih atau pudar

Saiz bunga

Kecil

Filamen

Panjang dan lembut bagi memudahkan butir debunga ditiup angin

Anter Kedudukan Stamen

Kecil dan melekat dengan kuat pada filamen supaya Besar yang bersendi tidak gugur apabila disentuh oleh serangga Di dalam bunga Menjulur keluar dari bunga

Stigma

Pendek dan melekit bagi memudahkan butir Panjang, besar dan debunga pada badan berbulu serangga melekat pada stigma Pendek supaya stigma berada di dalam bunga Di dalam bunga Bersaiz besar, kasar, melekit dan bilangannya sedikit kerana pendebungaan oleh serangga mudah berlaku Panjang untuk menjulurkan stigma keluar dari bunga Di luar bunga Bersaiz kecil, ringan, mempunyai pundi-pundi udara dan bilangannya banyak supaya mudah diterbangkan oleh angin

Stil Kedudukan stil dan stigma Butir debunga

Jenis Pendebungaan Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu: a) Pendebungaan Sendiri b) Pendebungaan Kacuk

Pendebungaan sendiri ialah pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga yang sama. Pendebungaan kacuk ialah pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dalam bunga dari jenis yang sama pada induk yang sama atau induk yang berlainan. Pendebungaan kacuk lebih baik berbanding pendebungaan sendiri kerana: a. Menghasilkan buah yang lebih bermutu sama ada dari segi saiz, rasa atau kelebatannya b. Menghasilkan biji benih yang bermutu iaitu cepat mencapai tempoh matang c. Pokok yang dihasilkan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi Contoh hasil pendebungaan kacuk ialah: a. Jagung Masmadu - lebih manis dan lebih besar dari induknya b. Padi MR103, MR 106 - berbuah lebih lebat c. Tenera - kacukan kelapa sawit Dura dan Pesifera - hasilkan minyak yang banyak dan lebih bermutu

NOTA

Pendebungaan1. 2. 3. Pendebungaan ialah satu proses pemindahan debunga daripada anter ke stigma. Pendebungaan boleh berlaku dibantu oleh agen-agen pendebungaan seperti angin, haiwan dan air. Pendebungaan boleh berlaku dengan dua cara iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk.

Agen Pendebungaan1. 2. Agen pendebungaan tumbuhan ialah angin, serangga dan air. Perbandingan antara agen pendebungaan angin dengan serangga:

Struktur 1. Tangkai 2. Saiz bunga 3. Petal 4. Nektar 5. Bau 6. Stamen 7. Debunga 8. Stigma 9. Stil

Agen Angin Panjang Kecil Berwarna putih/pudar Tidak menghasilkan nektar Tidak berbau Filamen panjang dan anter besar Bilangan banyak, kecil dan ringan Panjang, berbulu dan terdedah Panjang

Agen Serangga Pendek Besar Berwarna terang Menghasilkan nektar Berbau harum Filamen pendek dan anter kecil Bilangan sedikit, besar dan melekit Pendek dan melekit Pendek