pencapaian dasar ekonomi baru daripada tahun 1970 hingga 1991 getfgfdjjd

7
Pencapaian dasar ekonomi baru daripada tahun 1970 hingga 1990 Pendahuluan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomidiMalaysiayang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Dasar ini telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk; mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Salah satu sebab utama Dasar Ekonomi Baru(DEB) diperkenalkan ialah akibat berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. DEB merupakan kesinambungan daripada dasar kerajaan terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) yang dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Dasar ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia antara kaum-kaum, antara wilayah-wilayah dan antara kawasan di wilayah yang sama. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

Upload: bubok

Post on 25-Apr-2017

217 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

Pencapaian dasar ekonomi baru daripada tahun 1970 hingga 1990

Pendahuluan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program

sosioekonomidiMalaysiayang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh perdana menteri

pada masa itu, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat utama dasar ini

diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan

perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Dasar ini telah

digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk; mengurangkan dan

akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah

peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk

memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan

seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Salah satu sebab utama Dasar Ekonomi Baru(DEB) diperkenalkan ialah akibat

berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman

yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. DEB merupakan

kesinambungan daripada dasar kerajaan terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Pertama

(RMK1) yang dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Dasar ini adalah satu dasar

yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua

(1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di

Malaysia antara kaum-kaum, antara wilayah-wilayah dan antara kawasan di wilayah

yang sama.

Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan

berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan

dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami

pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang

yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

Page 2: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

Pencapaian Dasar Ekonomi Baru

Pencapaian DEB haruslah dilihat melahat daripada matlamat utama dasar ini

iaitu mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum dan menyusun semula

masyarakat di Malaysia.

Mengurangkan jurang perbazaan ekonomi.

Dasar yang dijalankan oleh penjajahan british telah menyebabkan perbezaan

ekonomi yang ketara diatara kaum. British menjalankan dasar ini atas sebab yang

mungkin iaitu mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa

risiko penentangan terhadap mereka dan mengekalkan penduduk peribumi di

kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang melayu bagi memastikan

bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas serta membawa masuk

pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti

pertanian.

Banyak yang telah dilakukan bagi mencapai matlamat ini:

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang

menganggur.

2. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

3. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

4. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan

bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

5. Memodenkan kehidupan di luar bandar.

6. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

7. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di

Malaysia.

Page 3: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

8. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Usaha-usaha yang dijalankan ini telah berjaya mengurangkan perbezaan

ekonomi. Pada tahun 1990, keseluruhan kadar kemiskinan di Malaysia telah menurun

sebanyak 25 peratus. Selain itu, milikan saham bagi golongan bumiputra dalam syarikat

telah meningkat walaupon tidak mencapai sasaran sebanyak 30 peratus. Pencapaian

yang lain adalah pendaftaran perniagaan baru daripada golongan bumiputra meningkat.

Hal ini membuktikan DEB telah berjaya mengurangkan perbezaan ekonomi antara

kaum.

Pembukaan peluang perkerjaan kepada golongan yang meganggur telah

mengurangkan kadar kemiskinan. Peluang pekerjaan yang dibuka dapat dilihat melalui

pembukaan agensi-agensi seperti FELDA.

FELDA ataupun Lembaga persekutuan tanah persekutuan yang ditubuhkan

adalah contoh terbaik tindakan kerajaan bagi mengurangkan perbezaan ekonomi dan

mengurangkan kemiskinan. Peneroka felda ini akan dipilih daripada golongan melayu

termiskin di luar bandar dan mereka perlu melepasi beberapa kretiria. Mereka akan

diberi tanah seluas 10 ekar untuk mengerjakan ladang sama ada getah ataupun kelapa

sawit. Walau bagaimanapun, peneroka dilarang daripada menjual tanahtanpa

kebenaran pihak FELDA tau kerajaan persekutuan. Sehingga tahun 2000, FELDA

telah berjaya mengusahakan tanah seluas 9000 kilomiter persegi dan kebanyakannya

ladan kelapa sawit. FELDA juga telah membuka peluang kepada peneroka untuk

mempelbagaikan kegiatan ekonomi seperti berniaga. Golongan yang terpilih menjadi

peneroka ini tidak lagi menjadi golongan miskin tetapi telah menjadi golongan yang

produktif dan inovatif dalam membangunkan negara.

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran

kerajaan di dalam RMK2:

Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi

yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka.

Page 4: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan memaju industri perikanan

dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan

memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah.

Dalam bidang perindustrian. Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan telah

meningkatkan penglibatan orang melayu di dalam bidang ini. Agensi-agensi terbabit

termasuklah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA) dan Majlis Amanah

Rakyat(MARA). Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 seperti

Perbadanan Nasional(PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

(PKEN) dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA).

Dalam bidang pertanian, pelbagai usaha-usaha dibawah rancangan lima tahun

telah dijalankan. Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan pada tahun 1974 yang

bertujuan mengurangkan import sumber makanan negara dengan menggalakkan

petani-petani menanam pelbagai jenis sayuran. Melalui rancangan ini, petani-petani

akan diberi subsidi dan bantuan seperti baja, benihdan racun serangga. Racangan ini

juga membantu meningkatkan hasil petani-petani luar bandar. Sebagai contoh, kajian

terhadap tanaman padi pagi peningkatkan hasil dengan membolehkan padi dituai dua

kali setahun.

Penumpuan terhadap bidang pertanian telah ditingkatkan semasa Rancangan

Malaysia Keempat. Antara projek yang dijalalan semasa rancangan lima tahun ini

adalah:

Pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman ekspot seperti kelapa sawit, getah dan

koko oleh agensi-agensi seperti FELDA dan RISDA serta kerajaan-kerajaan negeri.

Rancangan mini estet tanaman getah yang dikelolakan oleh RISDA di Kg Parit

Seraya dan Kg Parit Selangor di Johor.

Page 5: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

Pembangunan kampung tradisional oleh FELCRA di Kg Kok, Kedah, Teratak Batu,

Kelantan, dan Ulu Berang, Terengganu.

Tanaman kontan projek tembakau di Alor Ketitir, Terengganu, dan Kandis, Kelantan

serta projek tanaman sayur-sayuran di bawah skim Penanaman Berkelompok.

Tanaman kelompok padi oleh LPP di Tanjung Karang, Selangor, dan syarikat-

syarikat kerjasama di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.

Perluasan program penyelidikan, pinjaman dan pemasaran.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah

mengendalikan rancangan pemulihan tanah di Sarawak.

Selain itu, matlamat mengurangkan jurang ekonomi antara kaum turut dapat

dilihat dengan dari pelbagai langkah. Antaranya ialah Dasar Pensyarikatan Malaysia,

Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia. Dasar-dasar ini bertujuan

membuka peluang kepada rakyat ataupun golongan swasta membantu memajukan

negara.

Pembasmian kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara

kaum menunjukkan bahawa matlamat DEB tercapai walaupun dikatakan tidak tercapai

sepenuhnya.

Pencapai Dalam Menyusun Semula Masyarakat.

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering

dikatakan akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah British. Kesan daripada dasar

ini tidak wujud interaksi antara kaum di negara kita pada masa itu. Penduduk melayu

diletakkan di kawasan pedalaman bagi mengerjakan sector pertanian, penduduk cina

pula diletakkan di kawasan lombong dan bandar bagi mengerjakan sektor

perlombongan dan perniagaan. Manakala penduduk india pula diletakkan di kawasan

ladang dan estet bagi mengerjakan ladang. Dasar ini juga telah mewujudkan pelbagai

perbezaan antara kaum.

Banyak strategi yang dilakukan untuk mencapai matlamat ini:

Page 6: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

1. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui

proses memodenkan kawasan luarbandar.

2. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang

terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan

ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh

mencerminkan bilangan kaum.

3. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam

pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

4. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan

orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki

30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti

MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

5. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan

wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Usaha yang dijalankan untuk mencapai matlamat dalam penyusunan semula

masyarakat ini adalah seperti FELDA. Agensi ini telah membuka dan meningkatkan

pengeluaran kawasan luar bandar dan telah mengurangkan kadar kemiskinan. Dalam

usaha meningkatkan pengeluaran kawasan luar bandar, Bank Pertanian Malaysia telah

ditubuhkan bagi membantu memberi peinjaman kepada petani-petani. Selain itu

terdapat beberapa skim iaitu Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar

Malaysia.

Pada akhir penghujung tempoh dasar ini, pemilikan saham kaum melayu telah

meningkat sebanyak 20.3 peratus pada tahun 1990. Namun, angka ini masih rendah

berbanding dengan sasaran 30% yang ingin dicapai.

Dalam usaha mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga, kerajaan

telah membuka banyak peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Bidang perindustrian

sebagai contoh; kerajaan telah meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975(Akta

156).

Page 7: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Daripada Tahun 1970 Hingga 1991 Getfgfdjjd

Kerajaan turut membuka bandar-bandar baru yang mana berpotensi untuk

dimajukan. Strategi ini dapat membuka peluang perkerjaan yang baru sekali gus

mengurangkan kadar pengangguran dan menyusun semula masyarat.

Pencapaian Pencapaian Lain

Antara pencapaian-pencapaian lain adalah:

1. Projek Kereta Nasional.

2. Dasar Pertanian Negara.

3. Dasar Kependudukan.

4. Dasar Perindustrian Berat.

5. Sektor Perlancongan

6. Membawa Masuk Pelabur Asing.

7. Dasar Pensyarikatan Dan Penswastaan

Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun pencapaian Dasar Ekonomi Baru tidak dapat dilihat

secara kasar dan tidak mencapai matlamat dalam tempohnya. Tetapi, kesan daripada

dasar ini telah dapat dirasai ketika ini. Negara kita kini berada dalam keadaan yang

aman dan damai. Selain itu keadaan ketidak seimbangan yang berlaku pada masa

dahulu juga turut berkurang. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersyukur kerana

kita tinggal dalam negara yang aman ini dan kita harus berusaha untuk mengekalkan

keamanan dan perpaduan yang kita rasai sekarang.