penawaran pakej mata pelajaran tingkatan 4

10
PENAWARAN PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2006 ( 7 KELAS-PURATA 37 ORANG SATU KELAS, PERINGKAT NEGERI : 39 ORANG) A. PAKEJ EKAPENGKHUSUSAN ( 3 KELAS) Pakej 1 ( Kelas Sains Tulen ) / Aliran Sains & Teknologi Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian 1. B. Melayu 1. Matematik Tambahan sains, sains gunaan, perubatan, pergigian, kejuruteraan, teknologi maklumat, sains matematik, teknologi polimer, kimia industri, sains makanan, sains komputer, pendidikan, arkitektur, teknologi tekstil, mikrobiologi, farmasi, ukur bahan, perakaunan. 2. B. Inggeris 2. Fizik 3. P. Islam / P. Moral 3. Kimia 4. Sejarah 4. Biologi 5. Matematik 5. EST 6. PJK 10 mata pelajaran tidak termasuk PJK Pakej 2 ( Kelas Kemanusiaan Tulen I ) / Aliran Sains Sosial Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian 1. B. Melayu 1. PSV sejarah, geografi, sains sosial, perundangan, 2. B. Inggeris 2. Geografi

Upload: nik-imah

Post on 21-Jan-2016

189 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pakej tingkatan 4 sekolah menengah

TRANSCRIPT

Page 1: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

PENAWARAN PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4

TAHUN 2006 ( 7 KELAS-PURATA 37 ORANG SATU KELAS, PERINGKAT NEGERI : 39 ORANG)

 

 

                                                                      A.  PAKEJ EKAPENGKHUSUSAN ( 3 KELAS)

 

Pakej 1 ( Kelas Sains Tulen ) / Aliran Sains & TeknologiMata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian1. B. Melayu 1. Matematik Tambahan sains, sains gunaan, perubatan,

pergigian, kejuruteraan,

teknologi maklumat, sains matematik, teknologi polimer, kimia

industri, sains makanan, sains komputer, pendidikan,

arkitektur, teknologi tekstil, mikrobiologi, farmasi, ukur bahan, perakaunan.

2. B. Inggeris 2. Fizik3. P. Islam / P. Moral 3. Kimia4. Sejarah 4. Biologi5. Matematik 5. EST6. PJK  

10 mata pelajaran tidak termasuk PJK

 

 

Pakej 2 ( Kelas Kemanusiaan Tulen I ) / Aliran Sains SosialMata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian1. B. Melayu 1. PSV sejarah, geografi, sains sosial,

perundangan, bahasa dan

kesusasteraan Melayu /Inggeris, pendidikan, muzik

 

2. B. Inggeris 2. Geografi3. P. Islam / P. Moral  4. Sejarah  5. Matematik  6. Sains  7. PJK  

8 mata pelajaran tidak termasuk PJK

 

 

Page 2: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

Pakej 3 ( Kelas Kemanusiaan Tulen II ) / Aliran Sains SosialMata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian1. B. Melayu 1. PSV sejarah, geografi, sains sosial,

perundangan, bahasa dan

kesusasteraan Melayu /Inggeris, pendidikan, muzik

 

2. B. Inggeris 2. Tasawwur Islam3. P. Islam / P. Moral  4. Sejarah  5. Matematik  6. Sains  7. PJK  

8 mata pelajaran tidak termasuk PJK

 

 

 

                                                                          B.   PAKEJ DWIPENGKHUSUSAN ( 4 KELAS)

 

Pakej 4 ( Kelas Teknologi dan Sastera Ikhtisas ) / Aliran Sains & TeknologiMata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian1. B. Melayu 1. Matematik Tambahan perakaunan, pendidikan, ekonomi,

perdagangan, perbankan, sukan

 

2. B. Inggeris 2. Prinsip Akaun3. P. Islam / P. Moral 3. Sains Sukan4. Sejarah  5. Matematik  6. Sains  7. PJK  

9 mata pelajaran tidak termasuk PJK

 

Pakej 5 ( Kelas Sastera Ikhtisas dan Teknologi ) / Aliran Sains & TeknologiMata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian1. B. Melayu 1. Ekonomi Asas pendidikan, ekonomi, perdagangan,

reka cipta

 

2. B. Inggeris 2. Perdagangan3. P. Islam / P. Moral 3. Reka Cipta4. Sejarah  5. Matematik  6. Sains  7. PJK  

9 mata pelajaran tidak termasuk PJK

 

Pakej 6 ( Kelas Tek. Maklumat dan Sastera Ikhtisas) / Aliran Sains & Teknologi

Page 3: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian1. B. Melayu 1. Ekonomi Asas pendidikan, ekonomi, perdagangan,

teknologi maklumat

 

2. B. Inggeris 2. Perdagangan3. P. Islam / P. Moral 3. Teknologi Maklumat4. Sejarah  5. Matematik  6. Sains  7. PJK  

9 mata pelajaran tidak termasuk PJK

 

Pakej 7 ( Kelas Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas) / Aliran Sains SosialMata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif Kaitan dengan Bidang Pengajian

1. B. Melayu 1. PSV geografi, pendidikan, muzik, perakaunan, ekonomi,

kesusasteraan , perdagangan, perbankan

 

2. B. Inggeris 2. Perdagangan3. P. Islam / P. Moral 3. Sastera4. Sejarah  5. Matematik  6. Sains  7. PJK  

9 mata pelajaran tidak termasuk PJK

   

             Untuk merealisasikan Wawasan 2020 maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan pecahan pelajar

kepada 60% pelajar sains dan teknologi serta 40% pelajar sains sosial. Oleh itu, berdasarkan panduan kementerian

maka kelas-kelas telah dikategorikan seperti berikut:-

 

Kelas Sains dan Teknologi

        Kelas Sains Tulen

        Kelas Sastera Ikhtisas dan Teknologi I

        Kelas Sastera Ikhtisas dan Teknologi II

        Kelas Sastera Ikhtisas dan Teknologi Maklumat

 

Kelas Sains Sosial

Page 4: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

        Kelas Kemanusiaan Tulen I

        Kelas Kemanusiaan Tulen II

        Kelas Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan

 

 

Memilih aliran sains dengan penuh kesedaran

Posted on November 21, 2012 by rajakamil

Download Panduan Lengkap Temuduga

Isi borang di bawah :

Your Privacy is SAFE

Oleh Zin Mahmud

Insentif yang diberikan kepada ibu bapa pelajar-pelajar sains sememangnya wajar dihargai. Tetapi bagi memilih aliran sains, seseorang pelajar hendaklah melakukannya dengan penuh kesedaran dan bukannya semata-mata kerana dorongan kewangan.

Begitu juga, janganlah memilih aliran sains kerana kedudukannya yang dipandang tinggi. Atau kerana desakan ibu bapa dan masyarakat.

Sememangnya negara dan masyarakat memerlukan lebih ramai lulusan aliran sains kerana banyak bidang masih memerlukan sumber manusia aliran ini.

Tetapi akhirnya yang akan menanggung dan menjalani kehidupan sebagai lulusan aliran sains adalah setiap individu pelajar berkenaan. Tidak semua daripada mereka berakhir dengan kejayaan. Banyak pelajar sains yang patah di tengah jalan, ketika mana kemungkinan mereka boleh lebih berjaya dalam hidup jika memilih aliran sastera.

Hakikatnya aliran sains sememangnya sukar berbanding dengan sastera. Fizik, kimia dan matematik tambahan adalah mata-mata pelajaran yang sukar, walaupun ia boleh dikuasai.

Sememangnya ada pelajar yang mempunyai bakat dalam sains. Mereka yang cerdik dalam bidang ini tidak bermasalah dalam kerjayanya.

Nama Email

Page 5: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

Mereka perlu belajar dalam tahap yang sewajarnya, dan akhirnya berjaya dalam SPM dengan cemerlang. Selalunya mereka mudah memasuki sekolah berasrama penuh, kemudian ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka akan pulang dengan keputusan cemerlang. Maka antara mereka dengan mudah akan menjadi doktor, jurutera dan ahli-ahli sains. Pelajar-pelajar cemerlang seperti ini tidak menghadapi masalah.

Golongan yang bermasalah adalah pelajar yang jenis sederhana. Mereka boleh menguasai bidang sains tetapi usaha mereka mesti berlipat-lipat ganda berbanding pelajar cemerlang.

Pelajar-pelajar sederhana aliran sains adalah golongan yang cemerlang juga. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang sebenarnya kurang minat terhadap sains, dan cenderong kepada sastera. Andai kata mereka memasuki aliran sastera, besar kemungkinan mereka boleh mencapai kecemerlangan. Tetapi oleh kerana mereka memasuki aliran sains, maka jatuhlah mereka ke tahap sederhana.

Walaupun peluang pekerjaan bagi aliran sains adalah besar tetapi realitinya banyak daripada mereka menghadapi dilema setelah memperoleh ijazah.

Dua bidang kerjaya utama bagi pelajar aliran sains adalah perubatan dan kejuruteraan. Selain itu terdapat juga jenis-jenis pekerjaan lain yang berkaitan.

Tetapi apabila mereka tidak berminat dalam bidang pekerjaan berkaitan, atau pekerjaan yang ada terlalu khusus dan tidak menarik maka akhirnya mereka terpaksa bekerja dalam bidang yang sebenarnya tidak perlu lulus dalam aliran sains. Maka, segala susah payah belajar dalam aliran sains menjadi sia-sia.

Banyak siswazah mengharapkan pekerjaan dengan kerajaan. Maka tidak kurang pula lulusan aliran sains yang berakhir menjadi guru sains.

Tetapi ada waktunya berlaku lambakan guru sains di banyak tempat. Hinggakan sukar bagi guru sains untuk meminta pindah sekolah.

Sementara guru bidang lain pula yang berkurangan. Maka berlakulah guru lulusan sains terpaksa mengajar mata pelajaran lain seperti bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Maka segala tungkus lumus mereka belajar sains dahulu menjadi sia-sia.

Dalam pada itu, lihatlah pula keadaan masyarakat. Walaupun doktor, jurutera , pakar komputer dan ahli sains diperlukan tetapi hakikatnya mereka yang mendapat kedudukan tinggi, berkuasa dan berpengaruh bukan datangnya daripada lulusan aliran sains.

Walaupun terdapat doktor dan jurutera yang menjadi ahli politik, tetapi kebanyakan daripada mereka datangnya dari kalangan aliran sastera iaitu peguam.

Begitu juga dalam bidang keusahawanan dan korporat, kebanyakan daripada mereka datangnya daripada aliran sastera, atau disebut aliran ikhtisas, iaitu mereka yang belajar dalam bidang pengurusan, perniagaan dan perakaunan.

Dalam pentadbiran kerajaan pula, kebanyakan yang menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah dari kalangan lulusan aliran sastera, sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, sains politik, kesusasteraan, sejarah dan seumpamanya.

Page 6: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

Malah lulusan aliran sains yang cemerlang masa menjadi pelajar akan mendapati bahawa apabila mereka bekerja kelak, ketua mereka adalah dari kalangan lulusan aliran sastera.

Dalam masyarakat pula yang memperoleh penghormatan lebih tinggi adalah kalangan ustaz, ulama dan lulusan bidang agama, yang merupakan sebahagian daripada aliran sastera. Orang ramai lebih mempercayai ulama daripada ahli sains dalam banyak perkara kehidupan.

Malah dalam perubatan pun, sebilangan besar masyarakat lebih mempercayai ustaz dan usahawan perubatan alternatif berbanding doktor yang merupakan lulusan aliran sains.

Sememangnya kini adalah kebangkitan wanita dalam pelbagai bidang termasuklah aliran sains. Tetapi wanita-wanita bidang hiburan seperti penyanyi, pelakon dan pengacara tentu jauh lebih glamor.

Inilah realitinya walaupun masyarakat memerlukan lulusan aliran sains untuk berfungsi dalam zaman teknologi moden ini.

- UTUSAN

IPT: Bidang Sastera/Sains, Satu Dilemma atau Pilihan?

Perkembangan dunia pendidikan tinggi di Malaysia amat memberangsangkan, dengan pertumbuhan pesat pada sektor IPT swasta serta peningkatan taraf dan kualiti IPT awam. Namun, seringkali menjadi satu persoalan dan dilemma bagi pelajar sama ada ingin meneruskan pengajian di dalam bidang sains atau sastera. Untuk entri kali ini, saya ingin memberikan pandangan mengenai pilihan bidang di IPT.

Bidang Sains

Bidang sains merupakan satu pilihan yang popular malahan menjadi pilihan utama kebanyakan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, suka untuk saya ingatkan bahawa bidang sains terbahagi kepada dua, yakni Sains Tulen dan Sains Gunaan. Sains tulen merupakan satu cabang yang menawarkan pengajian di dalam bidang sains secara teoritikal, di samping menjalankan kajian dalam bidang yang di ceburi. Kebiasaannya, bidang sains tulen memberikan peluang untuk mendalami dengan lebih terperinci sesuatu cabang pengajian sains, khas untuk

Page 7: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

memahami secara intelektual mengenai sesuatu perkara. Contoh bidang sains tulen ialah seperti Sains Biologi serta cabang-cabangnya (Ekologi, Zoologi, Biologi Marin, Biologi Persekitaran, dsb.), Sains Fizik dan cabang-cabangnya (Astronomi, Geologi, Fizik Tulen dsb.) serta Sains Kimia dan cabang-cabangnya. (Kimia Tulen, Kimia Sumber dsb.) Sains Gunaan pula merupakan satu cabang yang menawarkan pengajian dalam bidang sains secara amali, yang mana pengajian sains di jalankan secara pengaplikasian. Contoh bidang sains gunaan adalah seperti Sains Kesihatan, Sains Kejuruteraan, Sains Aktuari, Sains Pendidikan dsb. Juga, pilihan yang popular yang sering menjadi buruan para pelajar ialah bidang sains gunaan kerana pasaran pekerjaan yang luas.

Bidang Sastera

Juga sama seperti bidang sains, bidang sastera juga merangkumi Sastera Tulen dan Sastera Gunaan, yang mana sastera tulen menekankan pembelajaran teori-teori intelektual dan sastera gunaan menekankan pengaplikasian ilmu sastera. Contoh bidang Sastera tulen ialah pengajian bahasa, pengajian falsafah, kesenian, ekonomi, politik dsb. Di sebelah sastera gunaan pula menawarkan pengajian seperti Senimatografi, Komunikasi Massa, Pentadbiran Awam dsb. Juga, faktor keluasan pasaran pekerjaan membuatkan ramai pelajar memilih bidang sastera gunaan.

Bidang Sastera/Sains? Yang mana lebih baik? 

Perspektif masyarakat kita yang memandang rendah kepada bidang sastera membuatkan ramai yang memilih untuk menceburi bidang sains. Namun sebenarnya, dari pandangan saya, kedua-dua bidang ini mempunyai kelebihan masing-masing, bahkan saya boleh mengatakan kedua-dua bidang ini saling berkait rapat serta memerlukan antara satu sama lain. Contoh, sebuah syarikat rekacipta automobil perlulah mempunyai seorang pereka cipta yang mempunyai segenap kelulusan dalam bidang reka cipta (design), dan juga memerlukan seorang jurutera untuk mencadangkan apakah material yang sesuai untuk menrealisasikan rekaan perekacipta terbabit. Jadi, saya berpendapat, kedua-dua bidang sains dan sastera mempunyai kelebihan masing-masing dalam pasaran pekerjaan, terpulang kepada pelajar untuk memilih bidang apa yang di gemari dan di minati. Rata-rata pelajar memilih untuk menceburi sesetengah bidang kerana ingin mengejar dunia pekerjaan, tanpa menilai apakah yang akan mereka capai sepanjang masa pengajian.

Keikhlasan dalam belajar

Memang tidak di nafikan, hampir kesemua penuntut di IPT menginginkan pekerjaan sebaik bergraduat. Namun, jarang sekali kita mempunyai seorang mahasiswa yang menuntut di IPT kerana cintakan ilmu. Maka, ini yang menghasilkan suasana kampus yang lembab, di samping penjanaan mahasiswa yang tidak berkualiti. Ini turut menyumbang kepada peningkatan membanggakan siswazah menganggur di negara kita.

Saya suka untuk memetik kata-kata seorang rakan saya di Facebook, di mana beliau mengatakan begini:

“Belajar biar ikhlas kerana cintakan ilmu, dapat pointer atau pekerjaan yang baik adalah satu bonus!”

Page 8: Penawaran Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4

Saya sememangnya bersetuju dengan pendapat itu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, kita di wajibkan untuk menuntut ilmu. Pekerjaan merupakan suatu bonus kepada hasil keikhlasan serta kecintaan kita kepada ilmu.

Maka, apa pun bidang yang anda ceburi, pastikan anda memberikan sepenuh komitmen dan perhatian di dalam bidang yang anda pelajari, barulah boleh menghasilkan seorang siswazah dan pemikir yang unggul.