penasihat siif (seoul international invention fair) jkees dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat...

7
Edisi Disember : Bil. 8 Kandungan... Pertandingan Siswasat Peringkat Kebangsaan 2 PEKA 2008 3 Anugerah JMN kepada Prof. Burhanuddin 3 Kursus anjuran JKEES : Bengkel e-Portfolio 4 Pertandingan Maxis Mo- bile Challenge Contest 5 AICT 2008 6 Anugerah Pengurusan Makmal 2008 7 Lawatan Teknikal Ke UTP 6 Lawatan Teknikak Ke Tenaga Nasional Berhad 6 RCSSST 2008 7 Sidang Editor Penasihat Prof Dr. Aini Hussain Ketua Editor Cik Seri Mastura Mustaza Editor Pn. Farizah Ansarudin Cik Aida Baharuddin Editor Bersekutu Pn. Wan Mimi Diyana Wan Zaki En. Mohd Faisal Ibrahim En. Muhd Fauzi Aminuddin Shaazi Shaarani Pn. Siti Salasiah Mokri BULETIN ULETIN ULETIN National University of Malaysia UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Edisi Disember : Bil. 8 31 Disember 2008 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan ELektrik, ELektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-8921 6322 ; Faks : 603-8921 6146 ; Email : [email protected] Laman Sesawang : www.eng.ukm.my/~jkees peserta juga diberi pen- erangan mengenai ke- pentingan Harta Intelek. SIIF 2008 ini juga bertindak sebagai tempat yang sesuai untuk mendapatkan konsultasi berkenaan pengkomersialan pro- duk serta isu harta in- telek untuk hasil rekaan baru. S eoul International Invention Fair atau SIIF 2008 telah dilangsungkan den- gan jayanya pada 11 hingga 15 Disember 2008 yang lalu. Pameran ini telah diadakan di Pa- cific Hall, COEX, Seoul, Korea. Penganjur bagi SIIF 2008 ini ialah Ko- rean Invention Promotion Association (KIPA) den- gan di sokong penuh oleh kementerian ke- menterian dan persatuan persatuan di Korea. Pameran ini juga meru- pakan hasil kerjasama bersama World Intellec- tual Property Organiza- tion (WIPO) dan Interna- tional Federation of In- ventor’s Association (IFIA). Matlamat utama bagi SIIF 2008 ini ialah sebagai satu platform bagi para pereka dan pencipta seluruh dunia untuk mempromosikan hasil ciptaan masing masing. Di samping itu, para SIIF (Seoul International Invention Fair) 2008 Kejayaan JKEES dalan SIIF 2008 : i) Pingat Emas menerusi projek: Multimedia Angklung - A Virtual Malay Musical Instrument oleh Prof. Dr. Salina Abdul Samad, Dr. Hafizah Hus- sain, Prof. Dr. Aini Hussain, Prof. Dr. Che Husna Azhari dan Mohd Ridzuwary Mohamad Zainal. ii) Pingat Perak menerusi projek: RFID and Biometrics for Secure Access Con- trol System oleh Prof. Dr. Salina Abdul Samad, Dr. Hafizah Hussain, Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis, , Khairul Anuar Ishak, dan Maizura Mohd Sani.

Upload: trantu

Post on 13-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 1

Edisi Disember : Bil. 8

Kandungan... Pertandingan Siswasat Peringkat Kebangsaan

2

PEKA 2008 3

Anugerah JMN kepada Prof. Burhanuddin

3

Kursus anjuran JKEES : Bengkel e-Portfolio

4

Pertandingan Maxis Mo-bile Challenge Contest

5

AICT 2008 6

Anugerah Pengurusan Makmal 2008

7

Lawatan Teknikal Ke UTP

6

Lawatan Teknikak Ke Tenaga Nasional Berhad

6

RCSSST 2008 7

Sidang Editor

Penasihat Prof Dr. Aini Hussain Ketua Editor Cik Seri Mastura Mustaza Editor Pn. Farizah Ansarudin Cik Aida Baharuddin Editor Bersekutu Pn. Wan Mimi Diyana Wan Zaki En. Mohd Faisal Ibrahim En. Muhd Fauzi Aminuddin Shaazi Shaarani Pn. Siti Salasiah Mokri

BBBULETINULETINULETIN National University of Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Edisi Disember : Bil. 8 31 Disember 2008

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan ELektrik, ELektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-8921 6322 ; Faks : 603-8921 6146 ; Email : [email protected]

Laman Sesawang : www.eng.ukm.my/~jkees

peserta juga diberi pen-erangan mengenai ke-pentingan Harta Intelek. SIIF 2008 ini juga bertindak sebagai tempat yang sesuai untuk mendapatkan konsultasi berkenaan pengkomersialan pro-duk serta isu harta in-telek untuk hasil rekaan baru.

S eoul International Invention Fair atau SIIF 2008

telah dilangsungkan den-gan jayanya pada 11 hingga 15 Disember 2008 yang lalu. Pameran ini telah diadakan di Pa-cific Hall, COEX, Seoul, Korea.

Penganjur bagi SIIF 2008 ini ialah Ko-rean Invention Promotion Association (KIPA) den-gan di sokong penuh oleh kementerian ke-menterian dan persatuan persatuan di Korea. Pameran ini juga meru-pakan hasil kerjasama bersama World Intellec-tual Property Organiza-tion (WIPO) dan Interna-

tional Federation of In-ventor’s Association (IFIA).

M a t l a m a t utama bagi SIIF 2008 ini ialah sebagai satu platform bagi para pereka dan pencipta seluruh dunia untuk mempromosikan hasil ciptaan masing masing. Di samping itu, para

SIIF (Seoul International Invention Fair) 2008

Kejayaan JKEES dalan SIIF 2008 : i) Pingat Emas menerusi projek: Multimedia Angklung - A Virtual Malay Musical

Instrument oleh Prof. Dr. Salina Abdul Samad, Dr. Hafizah Hus-sain, Prof. Dr. Aini Hussain, Prof. Dr. Che Husna Azhari dan Mohd Ridzuwary Mohamad Zainal.

ii) Pingat Perak menerusi projek: RFID and Biometrics for Secure Access Con-

trol System oleh Prof. Dr. Salina Abdul Samad, Dr. Hafizah Hussain, Prof. Dr. Burhanuddin Yeop Majlis, , Khairul Anuar Ishak, dan Maizura Mohd Sani.

Page 2: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 2

Edisi Disember : Bil. 8

K ecemerlangan pelajar-pelajar Fakulti

Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), UKM dalam beberapa siri pertandingan peringkat kebangsaan sebelum ini diteruskan lagi dengan kejayaan luar biasa di dalam Pertandingan SiswaSat Kebangsaan 2008. Pada 18 Disember yang lalu, pasukan UKMSat II yang mewakili UKM dalam pertandingan ini telah dinobatkan sebagai juara buat julung kalinya setelah gagal dalam percubaan pertama tahun lepas. Dengan kemenangan ini, UKM telah berjaya membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai bernilai RM5000. Selain itu, UKM juga telah berjaya menggondol hadiah bagi kategori ‘Misi Terbaik’ dengan membawa pulang wang tunai RM500. Kejayaan ini juga telah melayakkan pasukan UKMSat II untuk

mewakili Malaysia ke pertandingan Satelit peringkat antarabangsa pada tahun hadapan yang bakal diadakan sama ada di Texas, USA ataupun Madrid, Sepanyol.

Di dalam pertandingan yang diadakan sejak bulan Ogos 2008 ini, pasukan UKMSat II telah berjaya mengalahkan 9 buah pasukan IPTA dan IPTS dari seluruh pelusuk negara. Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi masing-masing oleh pasukan daripada Univesiti Industri Selangor (UniSel) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Y.B Tuan Haji Fadillah Yusof . Pertandingan ini dikendalikan oleh Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai platfom bagi mengetengahkan inovasi para pelajar untuk memperoleh pengalaman membina projek satelit. Pertandingan ini memerlukan para pelajar untuk merekacipta model satelit bersaiz nano sebesar tin soda 350ml yang dapat melakukan fungsi-fungsi asas sebuah satelit sebenar. Ia dijalankan secara berperingkat di mana pada peringkat pertama, pelajar-pelajar perlu menghantar kertas cadangan untuk dinilai oleh panel hakim. Setelah berjaya melepasi peringkat ini, pelajar-pelajar dikehendaki pula menghantar dokumen rekabentuk awal satelit (PDR – preliminary design review) dan perlu mempertahankan idea mereka di dalam sesi penilaian rekabentuk (CDR – critical design review). Seterusnya pada peringkat akhir, sebelum satelit mereka dapat

UKM Juara Pertandingan SiswaSat Kebangsaan 2008

Peserta Pertandingan Siswasat Kebangsaan 2008 bergambar bersama replika cek yang di-menangi.

diterbangkan, pelajar-pelajar dimestikan untuk membentangkan persediaan penerbangan (FRR – flight readiness review) yang telah dilakukan mereka kepada panel hakim. Selepas penerbangan satelit pula, pelajar-pelajar diminta untuk membuat analisis data yang telah dikumpulkan semasa penerbangan dan membentangkan analisis akhir mereka untuk dinilai oleh panel hakim. Walaupun format pertandingan agak mencabar dan persaingan sengit dirasakan daripada pasukan-pasukan lain terutamanya penyandang kejuaraan, UniSSat II dari Unisel, ianya tidak menjadi penghalang kepada pasukan UKMSat II untuk memberikan yang terbaik dalam setiap peringkat yang dilalui.

Secara keseluruhannya, kejayaan UKMSat II ini menjadi titik tolak kepada penerokaan bidang teknologi angkasa oleh pelajar-pelajar FKAB dan memberi semangat awal kepada mereka untuk terus mengekalkan kejayaan cemerlang ini pada pertandingan akan datang. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UKM mempunyai kemampuan tinggi dalam mengaplikasikan pengetahuan mereka yang dipelajari di dalam kelas ke dalam bentuk permasalahan dunia sebenar. Selain itu, pertandingan ini juga telah berjaya memupuk semangat kerja berpasukan setiap pelajar yang terlibat dalam menghasilkan sesuatu kerja

Artikel ini disumbangkan oleh En. Mohd Faisal Ibrahim

Page 3: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 3

Edisi Disember : Bil. 8

S eminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA)

diadakan untuk kali kedua pada tahun ini sebagai kesinambungan kepada PeKA 2007, telah diada-kan pada 26 hingga 28 Disember 2008, bertem-pat di Bukit Merah Lake-town Resot, Perak. Berte-makan “Penambahbaikan Kualiti Dalam Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina ”, seminar yang ber-langsung selama 3 hari ini telah membincangkan mengenai isu-isu pendidi-kan kejuruteraan yang merangkumi topik-topik berikut: • Penerapan Kemahi-ran Insaniah • Pengajaran dan Pem-belajaran Berkesan • Pengukuran dan Penilaian Penambahbaikan Berterusan PeKA 2008 adalah anju-ran bersama Kumpulan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan

Alam Bina dan Kumpulan Pembentukan Identiti Na-sional dan Pedagogi, Fa-kulti Pendidikan UKM. Sebanyak 49 kertas kerja yang telah dibentangkan dalam dua sesi selari, berbanding 30 kertas kerja pada tahun 2007. Objektif utama seminar ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mampu meningkatkan tahap ilmu pengetahuan secara efektif.

Seminar kali ini telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antara-bangsa, UKM. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Pembaikan Berterusan Dalam Program Kejurut-eraan dan Alam Bina” dalam ucaptama khas-nya. Pihak jawatankuasa juga telah menjemput Prof. Datin Dr. Siti Raha-yah Ariffin, Dekan Fakulti Pendidikan UKM dan Ir. Prof. Madya Megat Johari Megat Mohd. Nor, Penga-

rah Unit Akreditasi Keju-ruteraan (EAC), Lembaga Kejuruteraan Malaysia sebagai ucaptama bagi seminar ini. Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Fakulti Pendidikan: Antara Tra-disi Dan Inovasi” mana-kala Ir. Prof. Madya Megat Johari telah mem-bentangkan kertas kerja yang membincangkan tentang akreditasi pro-gram kejuruteraan di Ma-laysia.

Peserta seminar juga ber-peluang untuk beriadah bersama ahli fakulti dan keluarga selain daripada membentang dan mem-bincangkan masalah dan pelan tindakan bagi men-ingkatkan prestasi sistem pendidikan.

Syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa pengajur kerana telah Berjaya menganjurkan seminar ini.

Laporan Seminar :

PEKA 2008

Cik Seri Mastura semasa pembentangan PEKA 08

Dr. Mohd Syuhaimi semasa pembentangan PEKA 08

P ada 16 Disember 2008 istiadat pen-gurniaan Darjah

Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan telah diadakan di Balai Rong Seri Istana Negara. Prof. Burhanuddin Yeop Majlis telah dikurniakan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) atau dalam Bahasa Ing-

geris "Companion of the Order of the Defender of the Realm". Darjah terse-but telah dianugerah pada Jun 2008,

tetapi istiadatnya dilaku-kan secara beringkat se-hingga akhir tahun ini. J.M.N. yang diu-judkan pada 1958 meru-pakan Darjah Yang Mulia

Pengurniaan Darjah Kebesaran JMN:

Tahniah Prof. Burhanuddin Yeop Majlis Pangkuan Negara Pangkat Ketiga, tetapi tidak mem-punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat pertama Tun. Atas: Prof. Burhanuddin

bersama anugerah .

Kiri; Prof. Burhanuddin bersama isteri

Page 4: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 4

Edisi Disember : Bil. 8

Kursus anjuran JKEES :

Bengkel e-Portfolio JKEES tersebut. Diikuti dengan panduan-panduan umum dalam penggunaan templat seperti cara-cara untuk muat turun fail, tukar kata laluan, isi data pelajar, padam item yang tidak diperlukan, isi maklumat kemahiran kompetensi, isi markah pelajar, periksa formua jumlah, isi maklumat agihan markah dan laras taburan gred. Juga, PM Dr Shahrir telah memberi pengetahuan kepada ahli-ahli akademik mengenai penunjuk dan jenis-jenis input yang terdapat dalam templat tersebut.

Antara tips penggunaan penting yang dikongsi oleh Dr Shahrir adalah cara penambahan baris untuk penambahan/

pengurangan pelajar, di mana ahli akademik dinasihatkan supaya menambah/mengurangkan baris terlebih dahulu baris tersebut sebelum ditambah/dihapus di dalam hamparan `Keseluruhan’ untuk mengelakkan sebarang kesilapan formula. Kod-kod bagi Hasil Program dan Domain Kompetensi yang digunakan di dalam templat juga telah diselitkan di dalam nota yang diagihkan kepada ahli akademik JKEES bagi memberi pemahaman mendalam semasa menggunakan templat pengredan tersebut.

P ada 31 October yang lalu, JKEES telah

menganjurkan bengkel e-portfolio bagi memberi pengetahuan asas mengenai kepentingan dan penggunaan e-portfolio di dalam sistem penilaian pembelajaran dan pengajaran di samping menerima maklum balas dan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna yang pernah menggunakan sistem ini. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pengguna sistem ini di sebalik formula-formula yang digunakkan

dalam templat e-portfolio ini.

Bengkel yang dijalankan selama 2 jam ini disampaikan oleh Prof Madya Dr Shahrir Abdullah bertujuan untuk memberi pendedahan secara umum mengenai cara penggunaan templat pengredan Excel di kalangan ahli akademik JKEES. Templat pengredan Excel ini boleh dicapai dari laman web http://media.eng.ukm.my/jurutera/gred atau http://202.185.38.8/jurutera/gred . Di awal seminar, beliau memperkenalkan senarai hamparan (sheet) yang terdapat di dalam templat Artikel ini disumbangkan oleh

Pn. Wan Mimi Diyana Wan Zaki

Ketua Jabatan KEES memberi cenderahati kepada Prof Madya

Dr. Shahrir Abdullah

Perbincangan di kalangan peserta bengkel

Para peserta bengkel sedang tekun mendengar taklimat

Page 5: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 5

Edisi Disember : Bil. 8

P asukan UKM telah berjaya menggon-dol 2 hadiah bagi

kategori terbaik dalam pertandingan Maxis Mo-bile Content Challenge 2008 (MCC). Pada majlis penyampaian hadiah di Hotel Istana pada 10 Dis-ember 2008 yang lalu, UKM yang diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) memperoleh hadiah bagi kategori “Best Mobile Info Base” dan “Best Mobile Com-merce”, masing-masing diperolehi melalui pasu-kan Borderless dan pasu-kan v1tix.

Pertandingan ini yang bermula sejak bulan Julai 2008 memberi pe-luang kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan un-tuk membangunkan kand-ungan bagi telefon mudah

alih. Pertandingan kali ini mencatatkan jumlah pen-yertaan terbanyak den-gan 185 pasukan dari-pada 37 buah IPT telah mengambil bahagian. Pada peringkat saringan, setiap pasukan dinilai berdasarkan kertas kerja mereka berkenaan kand-ungan yang akan diban-gunkan. Daripada 7 pasu-kan yang dihantar oleh UKM, 3 daripadanya telah berjaya mengisi slot 12 pasukan terpilih di pering-kat akhir. Di peringkat akhir, pelajar-pelajar telah diberi masa selama 2 bu-lan untuk membangunkan prototaip kandungan un-tuk dibentangkan kepada panel hakim pada 30 Ok-tober 2008. Setiap pasu-kan juga dibimbing oleh mentor yang terdiri dari syarikat-syarikat industri kandungan telefon mudah alih.

Pertandingan Maxis Mobile Content Challenge 2008

Pertandingan ini dijayakan dengan usa-hasama Maxis Corpora-tion Berhad (Maxis), Ke-menterian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Suruhanjaya Komuni-kasi dan Multimedia (SKMM). Sebagai pe-menang kategori terbaik, setiap pasukan me-menangi hadiah seban-yak RM10,000. Walau bagaimanapun, hadiah keseluruhan bagi kandun-gan terbaik dimenangi oleh Kolej Bandar Utama (KBU). Kesemua hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Menteri KTAK, Y.B Dato’ Shaziman Abu Mansor. Ianya juga meru-pakan kejayaan berganda bagi UKM yang meru-pakan satu-satunya IPT yang memenangi lebih dari satu hadiah di per-tandingan MCC tersebut. Terdapat dua lagi hadiah kategori terbaik yang

masing-masing di-menangi oleh USM dan UTM.

Kemenangan ini merupakan satu kejayaan besar bagi FKAB kerana pertandingan ini lebih menjurus kepada bidang teknologi maklumat dan sains komputer. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UKM mempunyai kemampuan tinggi dalam mengaplika-sikan disiplin lain yang bukan dari bidang yang diceburi mereka. Selain itu, pertandingan ini juga telah berjaya memupuk semangat keusahawanan para pelajar dalam menceburi bidang kand-ungan yang masih di per-ingkat awal di negara kita.

Para peserta MCC 08 bergambar bersama sama replika cek yang dimenangi

Artikel ini disumbangkan oleh En. Muhd Fauzi Aminuddin dan

En Mohd. Faisal Ibrahim

Page 6: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 6

Edisi Disember : Bil. 8

P ada 23 Oktober 2008, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik

dan Sistem telah mengada-kan satu lawatan teknikal ke Pencawang Masuk Utama KL Selatan, TNB. Lawatan ini telah dihadiri oleh para pelajar Tahun 3 serta diir-ingi oleh Puan Siti Salasiah Mokri dan En. Asraf Mo-hamed Moubark. Tujuan utama sesi lawatan teknikal ini di ada-kan adalah untuk mend-edahkan para pelajar den-gan suasana sebenar dalam bidang kejuruteraan kuasa. Pihak rombongan telah disambut oleh Encik

Shairul Wizmar Wahab, jurutera pencawang dan Encik Salvaniagan selaku juruteknik. Sebelum lawa-tan tapak dijalankan, para pelajar telah diberi pener-angan tentang teori penghantaran kuasa elek-trik dan operasi sistem kawalan yang berkaitan di PMU. Seterusnya, mereka dibawa melawat bilik kawalan utama untuk melihat keseluruhan op-erasi sistem, peralatan yang digunakan dan aspek keselamatan yang patut dipatuhi, disamping berkongsi maklumat dan pengalaman dengan jurut-

LAWATAN TEKNIKAL KE PENCAWANG MASUK UTAMA (PMU KL South), TNB, TAMAN YARL, KUALA LUMPUR

Laporan Lawatan Teknikal:

Kakitangan Sokongan Ke UTP

Pada 28 November 2008 yang lalu, kakitangan sok-ongan JKEES telah men-gadakan lawatan teknikal ke Universiti Tinggi Petro-nas. Lawatan ini disertai oleh hampir kesemua kaki-tangan sokongan dan be-berapa kakitangan akademik iaitu En. Hilmi Sanusi, Dr. Bahiyah dan Puan Nur Azreen.

Selain mend-edahkan kakitangan tekni-kal berkenaan teknologi dan peralatan terdapat di sana, lawatan ini juga bertujuan mengumpul data bagi kum-pulan KIK JKEES. Per-jalanan yang mengambil masa kira kira 2 jam ini dimulai dengan sesi pener-angan ringkas mengenai UTP. Secara ringkasnya, UTP telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 setelah

PETRONAS di jemput oleh kerajaan untuk menubuhkan sebuah uni-versiti. Luas kampus UTP adalah kira kira 400 hektar dan terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Rid-zuan.

Setelah itu, pe-serta lawatan telah dibawa melawat makmal dengan diketuai oleh En Azhar selaku ketua makmal di UTP. Hampir kesemua

makmal elektrik dan elek-tronik di lawat dan peserta lawatan ternyata kagum dengan segala kemuda-han yang terdapat di sana. Setiap makmal sangat menitikberatkan aspek keselamatan. Ini terbukti dengan kewujudan prose-dur keselamatan terdapat di setiap makmal. Sesi lawatan berakhir dengan makan tengahari kira kira jam 12.30 tengah hari.

Atas: kiri , En. Hilmi menerima cenderahati dari pihak UTP , kanan, salah satu makmal di UTP.

P ada 8 hingga 13 Jun 2008 yang lalu telah berlangsung AICT

atau Advanced International Conference on Telecommu-nications untuk kali ke-4 di Athens, Greece. Pihak Jabatan telah mengambil langkah proaktif dengan menghantar be-berapa wakil Jabatan bagi menyertai konferens ini. Wakil-wakil Jabatan yang terdiri dari Dr. Mohd Syuhaimi Ab. Rahman, Mohd Faisal Ibrahim, dan Ashrani Aizuddin Abdul Rani ternyata beraksi ce-merlang setelah berjaya

merangkul Anugerah Ker-tas Kerja Terbaik melalui Kertas Kerja bertajuk: Thermal Noise Effect in FTTH Communication Systems. AICT 2008 meli-puti pelbgai topik teknologi komunikasi masa kini dari perkara asas teknologi komunikasi sehinggalah ke sistem komunikasi yang besar dan rangkaian ko-munikasi. Tahniah diucap-kan kepada Dr Syuhimi dan wakil Jabatan yang lain di atas pencapaian ini.

AICT’08

Page 7: Penasihat SIIF (Seoul International Invention Fair) JKEES Dec 2008.pdf · punyai gelaran, pangkat kedua Tan Sri dan pangkat ... tukar kata laluan, isi data pelajar, ... dalam nota

• Buletin JKEES, Bil. 8 (Disember 2008) - 7

Edisi Disember : Bil. 8

Syabas dan Tahniah : Anugerah Pengurusan Makmal 2008

C ik Ainun Jariah Mohamad yang telah memenangi Anu-gerah Pengurusan Makmal Individu

S audara Mohd Jeffri Kamaruddin dan Noraidi Tawel yang telah me-menangi Anugerah Pengurusan

Makmal Kumpulan

P ada 30 November hingga 2 Disember 2008 yang lalu,

telah berlangsung 24th Regional Conference on Solid State Science and Technology 2008 atau RCSSST 2008. Dr. Huda Abdul-lah, Prof Sahbudin Shaari, Dr. Dee Chang Fu telah berjaya memenangi poster terbaik bagi projek berta-juk: Influence on Sn dopants in Structural, Mor-phology and Optical Prop-erties of ZnO Thin Films’. Pertandingan ini telah berlangsung pada di

24th Regional Conference on Solid State Science and Technology

Tiara Beach Resort, Port Dickson dan merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM dan Malaysia Solid State Science & Technology Society (MASS). Konferens ini me-rupakan konferens yang dijalanlan pada setiap ta-hun dan matlamatnya adalah untuk bertindak sebagai satu platform un-tuk perbincangan keadaan pepejal dari semua aspek. Tahniah diucap-kan kepada semua.

Prof Sahbudin Shaari

Dr. Huda Abdullah