penaklukan iskandar zulkarnain

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    1/10

    FALSAFAH DAN LOGIKAL

    MELAYU ( JXEA 1104 )

    KARYA KLASIK

    NAMA : MOHD MUSLIM BIN DAUD

    NO.MATRIK: JEA 080047

    KURSUS : FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU(JXEA 1104)

    TAJUK : KUPASAN FALSAFAH PENAKLUKAN

    ISKANDAR ZUL-KARNAIN

    SESI : 2008/2009

    SEMESTER : 1

    NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD

    TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU(APM)

    UNIVERSITI MALAYA.(UM)

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    2/10

    PENAKLUKAN ISKANDAR ZUL-KARNAIN

    Alam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu,kata yang empunya ceritera, bahawa Raja iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya,

    Maka duniah nama negerinya, zul-karnain gelarannya; sekali persetua baginda berjalan

    hendak melihat matahari terbit maka baginda sampai pada suatu biat, negeri Hindi. Makaada seorang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu

    dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang,

    maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghimpunkan segala rakyatdan raja-raja yang takluk kepadanya .Setelah sudah kampung semuanya, maka

    dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar ; maka setelah bertemulah

    segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalamHikayat itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda

    dengan hidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruhlah Raja Iskandar membawa iman,maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi islam, dalam agama Nabi Ibrahim

    Khalilu Ilah alaihi s-salam. Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindiseperti pakaian dirinya; maka dititahkan oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya .

    Maka adapun akan Raja Kida Hindi itu ada beranak seorang perempuan, terlalubaik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya masa itu, cahaya mukanya gilang-

    gemilang seperti cahaya matahari, dan amat bijaksananya dan sempurna budinya; Puteri

    Syahrul-Bariyaah namanya. Maka Raja Kida Hindi pun memanggil Perdana Menteripada tempat yang sunyi, maka titah Raja Kida Hindi kepada Perdana Menteri, Ketahui

    olehmu, bahawa aku memanggil engkau ini, aku hendak bertanyakan bicara kepadamu;

    bahawa anakku yang tiada taranya seorang pun anak raja- raja pada zaman ini, itulahhendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar; apa nasihatmu akan daku? Makasembah Perdana Menteri, Sahaja sebenarnyalah pekerjaan yang seperti titah tuan hamba

    itu. Maka sabda Raja Kida Hindi pada Perana Menteri Insya-Allah Taala, esok hari

    pergilah tuan hamba kepada Nabi Khidir, katakanlah oleh tuan hamba segala perihal ini.

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    3/10

    Falsafah menurut kamus dewan edisi keempat ( 2005:406 ) bermaksud pengetahuan

    tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tinggi dan menjadi dasar ilmu- ilmu yang

    lain. Perkataan falsafah yang sebenar berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba

    dan telah digunakan buat kali pertama oleh seorang ahli fikir Yunani dalam abad ke-6

    S.M iaitu Pythogoras ( 570-504 S.M ). Menurut kajian yang di buat didapati bahawa

    perkataan falsafah mengandungi dua falsafah iaitu philo yang bermaksud cinta dan

    sophai yang bermaksud kebijaksanaan. Setelah itu muncul pula ahli falsafah Yunani

    yang bernama Plato ( 428-347 S.M ). Beliau merupakan orang pertama yang dapat

    menjelaskan takrifan falsafah dengan lebih khusus, falsafah meneliti hakikat yang

    mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu apakah yang

    sebenarnya menjadi asas dan intipati membentuk sesuatu benda perkara itu apakah

    asasnya, apakah esinsi dan apakah zatnya adalah takrifan yang digunakan oleh plato.

    Banyak lagi takrifan falsafah yang digunakan tokoh selepas Plato. Mengikut Hasbullah

    Bukry (1964-56) membahagikan tiga sudut pandangan, iaitu sudut bahasa, pengertian

    praktis dan sudut perbezaannya. Kesimpulan falsafah ialah falsafah sebagai mengasah,

    menajam, menghalusi akal budi pekerti yang mengangkat martabat islam hampir kepada

    tuhan. Saya telah memilih dan telah disertakan maksud hikayat, iaitu merupakan salah

    satu bidang kesusasteraan melayu silam. Cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan

    menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Kebiasaannya cerita

    hikayat adalah warisan daripada penceritaan lisan serta mengekalkan format penceritaan

    lisan pembaca akan membaca untuk didengari oleh pendengar. Salah satu hikayat ialah

    hikayat Iskandar Zul-karnain akan dikupas falsafah yang terkandung di dalam hikayat.

    1

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    4/10

    Saya ingin mengupas falsafah yang terkandung dalam hikayat sulalatus salatin atau

    sejarah melayu mempunyai banyak cerita sejarah melayu dan terkandung banyak falsafah

    dalam setiap petikan yang dikemukakan oleh penulis. Antara falsafah yang terkandung

    dalam hikayat penaklukan Iskandar Zul-karnain ialah falsafah mengenai politik. Politik

    yang dimaksudkan ialah kuasa mutlak atau boleh diistilahkan pemerintahan Autokrasi

    yang dimiliki oleh pemerintah. Falsafah politik atau kuasa ditonjolkan oleh Iskandar Zul-

    karnain ialah kuasa politik yang dimiliki untuk menjalankan pemerintahan dan

    pentadbiran dalam Negara, dan meluaskan pengaruh serta meluaskan tanah jajahan ke

    pelusuk dunia. Iskandar Zul-karnain digambarkan mempunyai tanah jajahan yang luas

    dan berusaha melalui kuasa yang ada untuk menambah kuasa politik ke negeri yang lain.

    Falsafah utama ini mendorong untuk melangkah lebih jauh. Falsafah semangat

    perjuangan dalam diri Iskandar Zul-karnain menimbulkan perasaan untuk beliau berusaha

    menjadi lebih berkuasa. Usaha menawan negeri Kida Hindi melalui semangat jihad

    untuk meluaskan pengaruh agama islam. Contohnya beliau telah mengislamkan Raja

    negeri Hindi. Semangat jihad akan menggerakan hati dan fikiran untuk bertindak

    melakukan sesuatu berasaskan matlamat yang ingin dicapai. Semangat jihad seringkali

    dikaitkan dengan pejuangan islam untuk menegakkan syiar Islam. Falsafah ini akan

    mempengaruhi semangat pemimpin dan pengikutnya untuk berjuang mencapai

    matlamat. Kerajaan Iskandar Zul-karnain yang kukuh menyebabkan beliau bersemangat

    untuk berjihad menegakan islam bersama-sama rakyat jelata. Tokoh falsafah islam juga

    menggalakkan penyebaran islam ke seluruh dunia untuk menjamin kemakmuran dan

    keamanan alam.

    2

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    5/10

    Falsafah ilmu pengetahuan merupakan salah satu pecahan daripada falsafah. Ilmu

    pengetahuan yang bermanfaat berasaskan kebenaran yang umum dan asas mendorong

    untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Dalam aliran falsafah pragmatisme,aliran ini

    dikaitkan dengan Peirce (1839-1914),William James(1842-1910) dan John Dewey(1859-

    1952) yang berpendapat bahawa kegunaan, kelebihan dan manfaat yang praktikal

    sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan dan perbuatan itu yang menentukan nilai dan

    kebenaran dan kebaikan. Sesuatu praktikal dan membawa hasil yang bermanfaat itulah

    yang mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi. Epistemologi bermakna kajian tentang

    ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh iskandar Zul-karnain digunakan

    untuk meluas kerajaan. Disamping itu beliau bijaksana mengunakan akal fikiran secara

    rasional dan praktikal dengan bertindak mengislamkan pemimpin utama negeri hindi.

    Pemimpin mesti bijaksana dalam mengatur langkah bagi menjamin keutuhan dan

    keagungan kerajaan. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang harus dimanfaat

    untuk kebaikkan sejagat. Seseorang itu tidak seharusnya membatas ilmu melalui

    pemikiran bersasakan logikal sahaja dan ditambah dengan akal yang rasional. Dalam

    islam perkara yang membataskan akal adalah batasan hukum hakam yang mengikat akal.

    Aliran Rasionalisme menyatakan bahawa segala ilmu pengetahuan tentang alam

    diperolehi melalui operasi akal dan bukannya melalui pengalaman semata-mata dan

    bukan juga melalui rasa atau hati kalbu. Selain itu, falsafah dalam hikayat Iskandar Zul-

    karnain ialah kepercayaan. Hikayat ini menunjukan kepercayaan agama islam iaitu

    kepercayaan kepada nabi Ibrahim.

    3

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    6/10

    Kepercayaan terhadap pemimpin, iaitu rakyat menyerah tugas dan hak untuk memerintah

    dan mentadbir kerajaan. Dalam islam seorang pemimpin tersebut boleh diikuti arahan

    dan perintahnya selagi tidak bercanggah dengan akidah dan syariah islam. Pemimpin

    yang tidak bertanggungjawab dan gagal menunaikan amanah tidak layak menjadi

    khalifah. Iskandar Zul-karnain adalah contoh pemimpin islam yang disegani. Matlamat

    beliau supaya islam tersebar meluas ke seluruh dunia.

    Di samping itu, falsafah yang dapat dikupas adalah budi pekerti, budi bicara dan

    kegigihan untuk mencapai matlamat sesuatu perkara. Budi merupakan akal

    kebijaksanaan, pekerti, akhlak, tingkah laku, watak, bicara dan daya upaya. Budi

    melambangkan jati diri seseorang dan masyarakat tersebut. Sesuatu tindakan atau

    perbuatan perlu berdasarkan budi pekerti, budi bicara, budi bahasa dan tolak ansur dalam

    membuat sesuatu keputusan. Budi yang luhur dan kudus akan menarik manusia untuk

    betindak secara rasional dan mencapai manfaat yang sewajarnya. Anjakan paradigma

    pemikiran boleh mengubah keputusan kepada baik menjadi lebih baik. Contohnya, atas

    budi bicara Iskandar Zul-karnain telah mengislamkan Raja Hindi. Sekiranya keputusan

    yang dilaksanakan tidak berasaskan budi akan merugikan semua pihak. Budi yang

    cantik, baik, halus akan membentuk personaliti dan komuniti yang sempurna. Pada

    pendapat saya budi bukan merupakan pandangan fizikal atau seseorang tetapi perlu

    melihat aspek dalaman, rohani, akhlak, jasmani dan lain-lain. Tamadun tidak akan

    sempurna sekiranya, individu,bangsa dan masyarakat tanpa budi pekerti, budi bicara,

    budi bahasa, budi akal dalam diri seseorang. Dalam hikayat ini, Puteri Syahrul Sariyah

    digambarkan orang yang sempurna budinya.

    4

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    7/10

    Antara sintesis daripada hasil kupasan falsafah ini ialah kuasa politik yang

    dipegang oleh seseorang pemimpin boleh mempengaruhi semangat perjuangan jihad

    rakyat untuk menakluk dan meluaskan jajahan takluk. Pemimpin yang berkuasa boleh

    mengerakan kemajuan politik, ekonomi, dan sosial sesebuah kerajaan. Seterusnya

    pemimpin yang berkuasa juga memiliki ilmu pengetahuan untuk menegakkan politik

    melalui penyebaran ilmu. Ilmu yang dimiliki membolehkan islam disebarkan secara

    berhemah. Pemimpin politik juga diberi kuasa dan kepercayaan untuk mentadbir negara.

    Rakyat menaruh harapan kepada pemimpin supaya kuasa yang ada digunakan

    sewajarnya. Pemimpin yang beragama islam menjadi harapan untuk mengukuhkan

    akidah dan syariah islam. Salah satu pelengkap kepada pemimpin yang berkuasa adalah

    memiliki budi pekerti, budi bicara, akal budi, budi bahasa dan sebagainya akan

    menguatkan kerajaan yang diperintah. Hal ini demikian kerana budi yang mulia dalam

    diri pemimpin menggambarkan sahsiah, personali, peribadi dan akhlak sebenar pemimpin

    yang berkuasa. Sifat pemimpin yang baik dan lemah lembut akan mempengaruhi cara

    pentadbiran. Tamadun juga menekan aspek pencapai budi dalam ketamadunan.Ketiggian

    budi akan mengangkat martabat insan hampir kepada tuhan. Kuasa politik

    mempengaruhi semangat pejuangan dan kepercayaan rakyat. Ilmu pengetahuan dan budi

    pula menggerakkan kuasa politik dalam Negara. Pada hakikat yang sebenar pemimpin

    haruslah mempunyai cirri-ciri pemimpin yang berwibawa, berkaliber, professional,

    akauntabiliti, dan sebagainya untuk menjadi pemimpin yang dihormati.

    5

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    8/10

    Penilaian yang dapat dibuat dalam falsafah ini ialah politik serta kuasa yang ada pada

    pemimpin islam berwibawa dan berkepimpinan boleh menyelamatkan islam. Namun

    perlu diberi perhatian bahawa kuasa yang dimiliki mempunyai kelebihan dan kelemahan.

    Antara kelebihan memiliki kuasa ialah boleh mempengaruhi sesuatu hal dan boleh

    menarik orang lain untuk bersama-sama dalam perjuangan. Pemimpin juga akan

    dihormati dan disanjung oleh masyarakat sekiranya beliau mengunakan kuasa bagi

    kebaikan. Kelebihan kuasa politik juga dapat menguatkan kerajaan apabila berkuasa

    sepenuhnya dan sekaligus dapat mempertahankan islam. Kelemahan sistem politik akan

    terjadi sekiranya salah guna kuasa berlaku dalam pentadbiran dan pemerintahan. Salah

    guna kuasa atau rasuah politik merupakan jenayah dalam perundangan. Pemimpin yang

    terlibat dalam rasuah dibicarakan dan didakwa di mahkamah. Oleh itu, pemimpin mesti

    menjauhi rasuah. Dalam perundangan islam juga menyebut hal rasuah serta menegah

    perbuatan rasuah. Islam sangat melarang rasuah dan mengenakan hukuman di dunia dan

    akhirat. Dalam al-quran dan hadis ada memerihal mengenai rasuah. Pemimpin yang

    mengamalkan rasuah politik akan menyebabkan keruntuhan pemerintahan. Akhlak yang

    terpuji dan mulia boleh menghalang berlaku rasuah dalam pemerintahan dan pentadbiran

    serta dapat menyelamatkan masyarakat, negeri, Negara, bangsa dan maruah diri.

    Penutupnya, hikayat ini menceritakan mengenai hikayat Iskandar Zul-karnain yang

    menakluki beberapa buah negeri, bertujuan untuk menyebarkan islam ke seluruh dunia.

    Penyeberan islam berlaku melalui pengislaman pemimpin negeri tersebut dan melalui

    perkahwinan supaya islam tersebar meluas. Iskandar Zul-karnain menyebarkan islam

    berpandukan nabi-nabi Allah.

    6

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    9/10

    Iskandar Zul-karnain adalah tokoh yang menjadi kebanggaan rakyat melayu kerana

    dikatakan raja melayu berasal daripada keturunan jurai Iskandar Zul-karnain. Hikayat

    penaklukan Iskandar Zul-karnain mempunyai banyak falsafah yang menarik dan

    bermanfaat untuk diterokai oleh penkaji masa ini.

    7

  • 8/14/2019 Penaklukan Iskandar Zulkarnain

    10/10

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Samad Ahmad.1979. Sulalatus Salatin,m.s 4-5.

    Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Awang Sariyan. Falsafah dan Logikal

    Melayu. Selangor:Synergate Sdn Bhd.

    Hashim bin Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu.Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

    Tun Seri Lanang.1997. Sejarah Melayu.Kuala Lumpur:Yayasan dan Dewan Bahasa dan

    . Pustaka.

    Http://www.Malaysia.Net / Lists.

    Http://ms.wilkipedia. Org/wiki/Falsafah.

    http://www.malaysia.net/http://ms.wilkipedia/http://www.malaysia.net/http://ms.wilkipedia/