penaikan taraf kad audio(bab 12)

25
PENAIKAN TARAF KAD AUDIO

Upload: fads

Post on 06-Jun-2015

686 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

PENAIKAN TARAF KAD AUDIO

Page 2: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

4. . ) Pengenalan

Kad audio juga merupakan satu aksesori penting bagi sebuah komputer. Jika kualiti kad audio amat lemah, ia bukan sahaja gagal memenuhi permintaan pengguna terhadap kualiti audio, malah turut mengakibatkan kegagalan komputer, konflik di antara perkakasan serta komputer tergendala. Bab ini membincangkan tentang kepentingan kad audio serta spesifikasinya.

4. .) Bunyi dan kesan khas

Peranan utama kad audio adalah membekalkan bunyi dan kesan khas. Teknologi kad audio telah berkembang pesat, kini terdapat pelbagai jenis spesifikasi kad audio. Berikut, menerangkan beberapa spesifikasi yang utama.

EAX

EAX merupakan singkatan bagi Electronic Automatic Exchange. Ia dihasilkan oleh syarikat Creative dan kini telah berkembang ke versi 3.0. Spesifikasi ini merupakan fungsi API yang berdasarkan fungsi DirectSound 3D API syarikat Microsoft. Ia telah dilengkapi dengan kesan khas audio dimensi ketiga, menjadi bunyi yang berlainan dalam keadaan yang berbeza. Secara ringkas, kesan khas EAX boleh dikatakan fungsi DirectSound 3D yang telah diperkuatkan. Siri kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat Creative, misalnya Sound Blanster, Sound Blaster Live! Turut menyokong spesikasi EAX.

Kad audio Sound Blaster

Page 3: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

A3D

Teknologi kesan khas audio A3D memounyai pangkalandata yang tersendiri, dan telah menggunakan DirectSound API syarikat Microsoft untuk menyelesaikan masalah kesepadanan permainan computer. Berbanding teknologi EAX, A3D mempunyai fungsi posisi bunyi yang lebih baik. Hanya menerusi sepasang pembesar suara atau fon telinga, anda akan dapat menikmatiefek audio yang amat benar dan nyata. Syarikat Aureal, iaitu pengeluar teknologi A3D kini telah diambil alih oleh syarikat Cretive. Bagaimanpun, teknologi ini masih digunakan secara meluas, misalnya kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat Diomand dapat menyokong teknologi ini

AC-3

AC-3, singkatan bagi Dobly Surround Audio Coding-3, merupakan satu teknologi kesan audio yang dihasilkan oleh syarikat Pioneer dan lab Dobly pada tahun 1994. Pada tahun 1997, lab Dobly telah menamakan teknologi ini sebagai DoblySurroundDigital. Pada permulaannya, teknologi ini hanya diaplikasikan pada tayangan gambar. Sejajar dengan perkembangan teknologi, kini ia juga telah diaplikasikan dalam bidang komputer. Mod out put AC-3 menggunakan enam saluran bunyi. Kelengkapan audio yang mengaplikasikan teknologi ini dapat membekalkan kesan bunyi yang lebih nyata, seolah-olah kita berada dalam keadaan sebenar.

Page 4: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Direct Sound 3D

Spesifikasi ini umumnya dapat disokong oleh kebanyakan kad audio yang terdapat dalam pasaran. Ini adalh kerana ia merupakan keluaran syarikat Microsoft, di mana kebanyakan permainan dan perisian telah dihasilkan bedasarkan teknologi ini.

4. . ) Penyahkod (Decoder)

Kapasiti simpanan yang besar diperlukan untuk menyimpan maklumat bunyi yang asal. Walaupun kapasiti semakin besar, ia tidak dapat memenuhi permintaan teknik simpanan bunyi yang semakin tinggi. Oleh itu, satu teknik pemampat maklumat bunyi telah digunakan (pengekod). Penyahkod merupakan proses menukar maklumat berkod keoada format asal. Sistem AC-3 dan DTS mempunyai system mengekod dan menyahkod yang tersendiri.

Penyahkod AC-3

Sistem penyahkod AC-3 adalah berdasarkan pendengaran manusia. Ia akan membahagikan bunyi kepada beberapa frekuensi yang berbeza, kemudian membuang maklumat frekuensi bunyi yang tidak dapat didengar, dan hanya mengekalkan frekuensi yang dapat kita dengar. Dengan ini, kapasiti yang diperlukan untuk menyimpan maklumat bunyi akan dapat dikurangkan.Nisbah pemampatan yang dikendalikan menerusi proses ini dapat mencapai 12:1. Manakala penyahkod AC-3 akan mengubah maklumat berkod pada format asal. Disebabkan proses ini merupakan satu proses digital, maka kehilangan maklumat bunyi adalah lebih rendah, menjadikan efek bunyi lebih nyata dan jelas.

Page 5: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Penyahkod DTS

Sistem DTS mengaplikasikan teknologi penyahkod yang nisbah pemampatannya sebagai 4:1. Teknologi mempertingkatkan kadar penggunaan medium storan untuk mengurangkan kapasiti yang diperlukan untuk menyimpan maklumat bunyi. Disebabkan faktor ini, bunyi yang dikendalikan menerusi sistem ini adalah lebih nyata. Kadar pemisahan dan pemindahan maklumat bunyi bagi sistem DTS adalah lebih tinggi daripada AC-3, akan tetapi, kapasiti storan maklumat bunyi yang diperlukan juga meningkat.

4. . ) Bilangan saluran bunyi dan pengeluaran bunyi

Ketika menaik taraf kad audio, bilangan saluran bunyi dan pengeluaran bunyi maksimum merupakan factor penting. Bilangan saluran bunyi dan pengeluaran bunyi kepada jenis 5.1, 4.1 dan 2.1. Maklumat bunyi yang dihasilkan oleh setiap saluran bunyi adalah berbeza. Semakin banyak saluran bunyi, semakin banyak kesan bunyi yang diperolehi.

Page 6: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Berbunyi terdiri daripada nada suara yang berbeza, manakala pengeluaran bunyi maksimum pula merujuk kepada unit terkecil yang membentuk nada suara ini. Semakin tebal nada suara, semakin banyak pengeluaran bunyi yang diperlukan. Kini, pengeluaran bunyi telah mencapai 128 bit.

4. . ) Antara muka input dan output

Antara muka input dan output yang umum termasuk:

1. Antara muka output maklumat bunyi yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi.

2. Antara muka [Line in] yang digunakan untuk bersambung ke kelengkapan bunyi luaran.

3. Antara muka [Mic] yang digunakan untuk bersambung ke mikrofon.4. Antara muka [Gamr Port] yang digunakan untuk bersambung kea lat pengawal

permainan.

Selain daripada antara muka yang disenaraikan di atas, terdapat juga satu antara muka [CD IN] dan [AUX] pada kad bunyi yang berperanan sebagai antara muka input maklumat bunyi. Selain itu, pada sebilangan kad audio, terdapat juga antara muka output SPDIF atau gentian optic.

Antara muka gentian optic SPDIF yang terdapat pada kad audio

Page 7: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

4. . ) Teknologi MIDI Teknologi penggabungan bunyi yang diaplikasikan pada kad audio biasanya ada dua, iaitu penggabungan FM dan MIDI. Kad audio yang lama menggunakan teknologi penggabungan FM. Akan tetapi, kesan bunyi yang dihasilkan menerusi teknologi pengabungan FM adalah lemah. Kemunculan teknologi penggabungan FM disingkirkan dari pasaran. MIDI (Musical Instrumental Digital Interface) merupakan satu teknologi protocol yang digunakan oleh alatan muzik elektronik dan komputer untuk berkomunikasi. Penggabungan bunyi oleh MIDI sebenarnya dilakukan menerusi teknik Wave Table. Teknik ini mempunyai satu pangkalan nada suara yang terdiri daripada sample nada suara yang dihasilkan oleh alatan muzik sebenar (biasanya, pangkalan nada suara akan diintegrasi ke dalam kad audio, semakin besar pangkalan nada suara, semakin baik kualiti bunyi yang diperolehi). Kini, kebanyakan kad audiotelah mengaplikasikan teknologi MIDI, di mana teknologi MIDI juga sedang berkembang dengan pesat.

4. . ) Cip set kad audio

Berikut merupakan pengenalan ringkas tentang beberapa jenis cip set kad audio yang umum.

YMF-724 Cip set ini merupakan produk YAMAHA. Ia telah menggunakan teknologi penggabungan SYXG MIDI, dan teknologi penggabungan fizik Soundius-XG. Selain daripada itu, ia juga mempunyai pangkalan nada MIDI yang sebesar 2 MB. K elebihan ini menjadikannya kad audio yang amat hebat. Namun begitu, walaupun YMF-724 adalah amat cemerlang dari segi MIDI, tetapi ia hanya mempunyai dua saluran bunyi. Kelemahan ini menjadikannya tidak mendapat sambutan dalam permainan 3D.

Page 8: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Siri CAO100-1AF

Cip set kad audio ini dikeluarkan oleh syarikat Creative. Ia mempunyai fungsi operasi MIPS yang amat cemerlang, oleh itu dapat mengendalikan kesan audio 3D yang kompleks dengan mudah. Syarikat Creative juga telah menghasilkan antara muka EAX yang khas untuk cep set ini, malah turut dapat menyokong kesan audio DS3D, A3D dan lain-lain lagi.

Cip Set CAO100-1AF

CMI-8738

Cip set ini dihasilkan oleh syarikat C-MEDIA yang berasal dari Taiwan. Ia mempunyai fungsi khas seperti pengintergrasian perisian model maya, kadar pemindahan maklumat setinggi 44 MHz dan lain-lain lagi. Kualiti bunyi cip set ini adalah sederhana, tetapi kaya dengan fungsi khas.

Cip set CMI-8738

Page 9: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

4. . .) Kad audio barantara muka USB Kini, ke;lengkapan computer yang menggunakan antara muka USB semakin banyak, di mana terdapat juga kad audio yang menggunakan antara muka USB. Apakah kelebihan penggunaan antara muka USB pada kad audio?

Terlebih dahulu, penggunaan antara muka USB membolehkan kad audio menyokong lebih banyak jenis kelengkapan, misalnya PC, Xbox, Mac dan lain-lain lafi. Selain itu, kemudahan dan fleksibiliti USB juga merupakan salah satu factor pentimg. Dengan adanya antara muka USB, kita dapat menyambungkan kad audio ke sebuah komputer laptop atau pemain MD. Dan menikmati lagu dan muzik berkualiti pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Antara muka USB juga menyelesaikan masalah kesepadanan, meringkaskan cara sambungan antara kad audio dan computer, serta menyenangkan lagi operasi pemasangan dan penangalan.

Page 10: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

4. . ) Proses pemasangan kad audio

Berikut merupakan proses pemasangan kad audio. Keterangan yang seterusnya akan berdasarkan kad audio CMI-7838.

Masuki sistem operasi

Singkirkan driver

Hidupkan semula komputer

Tutupkan fungsi audio AC97 menerusi penetapan BIOS

Matikan computer

Tanggalkan casing

Pasangkan kad audio

Sambungkan talian dan kabel

Pasangkan semula casing

Hidupkan komputer

Pasangkan driver

Hidupkan semula komputer

Page 11: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Berikut merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan sebelum mula menaik taraf kad audio:

1. Sebelum menaik taraf, kita perlu menyingkirkan driver kad audio yang sedia ada. Ini adalah untuk mengelakkan konflik setelah kad audio baru dipasang.

2. Ketika menutup fungsi audio AC97, tutupkan fungsi [Game Port] juga. Jika tidak, akan menyebabkan konflik di antara [Game Port] pada kad audio baru dengan yang lama.

3. Matikan bekalan kuasa sebelum menanggalkan casing.4. Jika terdapat kad antara muka yang lain (misalnya kad rangkaian, kad modem

dan lain-lain) pada soket PCI, maka pasangkkan kad audio pada slot asing yang terletak di satu slot yang jauh dari kad antara muka tersebut. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan konflik di antara perkakasan.

5. Berhati-hati ketika memasang kad audio agar tudak merosakkannya.

4. . ) Menyedikan peralatan pemasangan

Peralatan yang diperlukan ketika pemasangan dilakukan termasuk pemutar skru berhujung T dan playar muncung tirus.

Page 12: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

4. . ) Pemasangan Kad Audio

Setelah persediaan siap dilakukan, mari kita mulakan penaikan taraf kad audio.

Langkah 1

Laksanakan [Start – Control Panel] untuk memulakan tetingkap [Control Panel].

Langkah 2

Dwiklik pada ikon [System] unutk memulakan tetingkap [System Propeties].

Langkah 3

Tukar ke tab [Hardware] dan klik pada butang [Divice Manager] untuk memulakan tetingkap [Divice Manager].

Page 13: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Langkah 4

Dwiklik pada [Sound, vedio and game controllers] untuk memulakan direktorinya. Pilih kelengkapan kad audio yang hendak disingkirkan dan klik pada butang [Uninstall].

Langkah 5

Klik pada butang [OK] untuk menyingkirkan kelengkapan kad audio yang dipilih.

Langkah 6

Setelah menyingkirkannya, hidupkan semula komputer.

Page 14: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Langkah 7

Ketika computer sedang but, tekan kekunci [Del] untuk memasuki BIOS.

Langkah 8

Masuk ke senarai fungsi [ Integrated Peripherals], tetapkan fungsi [AC97 Audio] sebagai [Disabled].

Langkah 9

Tetapkan [Game Port] sebagai [Disabled].

Page 15: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Langkah 10

Tekan kekunci [F10] untuk menyimpan penetapan yang dilakukan. Keluar dari paparan penetapan BIOS dan matikan komputer.

Langkah 11

Matikan bekalan kuasa dan tanggalkan talian bekalan kuasa komputer.

Langkah 12

Tanggalkan casing.

Page 16: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Langkah 13

Longgarkan skru pengetat pada penutup slot kosong unutk menanggalkan penutup tersebut.

Langkah 14

Pasangkan kad audio baru ke soket PCI yang tepat, kemudian gunakan skru untuk mengetatkan kedudukannya.

Langkah 15

Sambungkan talian output maklumat bunyi CD-ROM ke [CD-IN] yang terdapat pada kad audio.

Page 17: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Langkah 16

Sambungkan talian isyarat pembesar suara ke antara muka output isyarat bunyi pada kad audio. Kemudian, sambungkan talian Mic ke antara muka [Mic in] yang terdapat kad audio.

Langkah 17

Pasangkan semula casing.

Page 18: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

4. . ) Pemasangan Driver Kad Audio

Pemasangan driver kad audio boleh dilakukan menerusi dua cara. Cara pertama adalah menerusi wizard pemasangan Windows XP, manakal cara kedua pula menerusi CD pemasangan driver kad audio. Contoh berikut akan menerangkan cara pemasangan driver menerusi CD pemasangan.

Langkah 1

Mulakan tetingkap [My Computer] dan dwiklik pada ikon [CD Driver].

Langkah 2

Dwiklik pada ikon [Setup.exe] untuk memulakan aturcara pemasangan.

Page 19: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)

Langkah 3

Aturcara pemasangan sedang dilaksanakan.

Langkah 4

Pilih opsyen [Yes, I want to restart my computer now.], dan klik pada butang [OK] unutk menghidupkan semula komputer.

Langkah 5

Setelah komputer dihidupkan, mulakan tetingkap [Divice Manager] dan periksa adakah pemasangan kad audio tepat atau tidak.

Page 20: PENAIKAN TARAF KAD AUDIO(bab 12)