pemuliharaan haiwan liar

7
• Sebanyak 116 kes jenayah hidupan liar telah direkodkan sejak penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tersebut pada 28 Disember 2010. • Akta tersebut telah diluluskan oleh Parlimen pada 2 Ogos 2010 dan digunapakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada jumlah ini, sebanyak 10 kes dibawa ke mahkamah sementara 106 kes masih dalam siasatan seperti di Lampiran I.

Upload: lee-chee

Post on 12-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pemuliharaan Haiwan Liar

TRANSCRIPT

Page 1: Pemuliharaan Haiwan Liar

• Sebanyak 116 kes jenayah hidupan liar telah direkodkan sejak penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tersebut pada 28 Disember 2010.

• Akta tersebut telah diluluskan oleh Parlimen pada 2 Ogos 2010 dan digunapakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada jumlah ini, sebanyak 10 kes dibawa ke mahkamah sementara 106 kes masih dalam siasatan seperti di Lampiran I.

Page 2: Pemuliharaan Haiwan Liar

• Bagi membolehkan Akta ini dikuatkuasakan dengan lebih berkesan, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilakukan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Jabatan PERHILITAN untuk meningkatkan penguatkuasaan di peringkat Jabatan dengan sumber yang sedia ada.

Page 3: Pemuliharaan Haiwan Liar

1. pengukuhan dari segi pengawalan dan pemantauan di pintu-pintu keluar/ masuk negara dengan mewujudkan dan menempatkan kakitangan di tempat-tempat yang berkaitan. Sehingga kini terdapat 14 pejabat PERHILITAN yang telah diwujudkan di pintu keluar/masuk Negara

Page 4: Pemuliharaan Haiwan Liar

2. Jabatan PERHILITAN juga sedang meningkatkan usaha kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Unit Pencegahan Penyeludupan, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui operasi bersepadu yang dijalankan antara lain bagi membenteras penyeludupan dan eksploitasi hidupan liar secara haram.

3. Kerjasama juga diwujudkan dengan pihak-pihak Pertubuhan Konservasi Bukan Kerajaan (NGO) seperti WWF- Malaysia, Wildlife Conservation Society (WCS), Malaysian Nature Society (MNS) Malaysian Conservation Alliance for Tiger (MYCAT) dan TRAFFIC.

Page 5: Pemuliharaan Haiwan Liar

• Mulai 1 Mac 2012, semua pusat perlindungan (zoo), pusat pembiak baka dalam kurungan komersial, pusat penyelidikan, pemilik sarkas atau penganjur pameran hidupan liar di Semenanjung dan Labuan wajib memohon lesen khas dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi membolehkan mereka menyimpan organ, anggota badan dan binatang hidup yang dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Page 6: Pemuliharaan Haiwan Liar

• Jabatan PERHILITAN telah menjalankan audit ke atas 17 Taman Zoologi dalam memastikan operator Taman Zoologi mematuhi Peraturan Pengendalian Zoo yang akan dikuatkuasakan.

Page 7: Pemuliharaan Haiwan Liar

• Kementerian ingin menegaskan bahawa kerjasama holistik dan berterusan daripada semua pihak termasuk orang ramai adalah diperlukan dalam usaha Jabatan membenteras aktiviti penyeludupan dan eksploitasi hidupan liar secara haram. Justeru, Jabatan PERHILITAN telah menyediakan talian telefon yang boleh dihubungi 24 jam bagi membolehkan orang ramai memberikan maklumat kepada Jabatan untuk tindakan diambil seperti di Lampiran III dan sebarang aduan berhubung hidupan liar, orang ramai juga boleh menghubungi 03-9086 6800 atau emelkan kepada [email protected].