pemodenan batik dalam pemakaian kebaya - · pdf filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam...

23
1 PENSYARAH : ENCIK SHAMSUDDIN BIN MAHMOOD Disediakan oleh : NUR HIDAYAH BINTI AHMAD @ CHE OSMAN (A161434) NUR SYAHIRAH BINTI CHE LAH (A161518) NORFARAHIN BINTI ZAKARIA (A153454) NUR SUHADAH BINTI JUMAAT (A153657) PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA SEMESTER 1 2016/2017

Upload: phunganh

Post on 31-Jan-2018

260 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

1

PENSYARAH :

ENCIK SHAMSUDDIN BIN MAHMOOD

Disediakan oleh :

NUR HIDAYAH BINTI AHMAD @ CHE OSMAN

(A161434)

NUR SYAHIRAH BINTI CHE LAH (A161518)

NORFARAHIN BINTI ZAKARIA (A153454)

NUR SUHADAH BINTI JUMAAT (A153657)

PEMODENAN BATIK DALAM

PEMAKAIAN KEBAYA

SEMESTER 1 2016/2017

Page 2: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,

nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

kami iaitu Encik Shamsuddin Bin Mahmood kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripada beliau membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Zila Mohd Farouq iaitu pemilik

butik ‘The Kebaya’ kerana sudi memberi kerjasama serta meluangkan masa untuk menjawab

soalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini.

Akhir sekali, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat secara

langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Terima kasih.

Page 3: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

3

PENGENALAN

PERMASALAHAN KAJIAN

Batik berasal dari perkataan Jawa

iaitu ‘amba’ yang bermakna menulis,dan

‘nitik’ yang bermakna membuat titik.

Batik merujuk kepada kain yang

mempunyai corak yang terang dan

menarik. Batik terdapat dalam pelbagai

bentuk antaranya adalah batik tulis,batik

skrin,batik celup,dan batik terap.

Seni pewarnaan kain dengan teknik

perintang pewarnaan menggunakan malam

adalah salah satu bentuk seni kuno.

Penemuan di Mesir menunjukkan bahawa

teknik ini telah dikenali semenjak abad ke-

4 SM, dengan diketemukannya kain

pembungkus mumi yang juga dilapisi

malam untuk membentuk pola. Di Asia,

teknik serupa batik juga diterapkan di

Tiongkok semasa Dinasti T'ang (618-907)

serta di India dan Jepang semasa Periode

Nara (645-794). Di Afrika, teknik seperti

batik dikenal oleh Suku Yoruba di Nigeria,

serta Suku Soninke dan Wolof di Senegal.

Di Indonesia, batik dipercayai sudah ada

semenjak zaman Majapahit, dan menjadi

sangat popular akhir abad XVIII atau awal

abad XIX. Batik yang dihasilkan ialah

semuanya batik tulis sampai awal

abad XX dan batik cap baru dikenal

setelah Perang Dunia I atau sekitar tahun

1920-an.

Walaupun kata "batik" berasal

daripada bahasa Jawa, kehadiran batik di

Jawa sendiri tidaklah tercatat. G.P.

Rouffaer berpendapat bahawa teknik batik

ini kemungkinan diperkenalkan dari India

atau Srilangka pada abad ke-6 atau ke-7.

Di sisi lain, J.L.A. Brandes (arkeolog

Belanda) dan F.A. Sutjipto (sejarawan

Indonesia) percaya bahawa tradisi batik

adalah asli dari daerah seperti Toraja,

Flores, Halmahera, dan Papua. Perlu

dicatat bahawa wilayah tersebut bukanlah

kawasan yang dipengaruhi oleh Hinduisme

tetapi diketahui memiliki tradisi kuna

membuat batik.

Pada masa kini, jarang kita melihat

kaum Melayu memakai pakaian batik tidak

kira lelaki atau perempuan untuk ke mana-

mana berbanding dengan zaman dulu.

Seperti yang kita lihat zaman sekarang

terutamanya dalam kalangan remaja

seperti pelajar, mereka seperti tidak

mengenal batik dan mereka lebih suka

mengenakan pakaian-pakaian barat

contohnya dress, tshirt dan lain-lain.

Page 4: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

4

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini termasuklah:

i. Mengkaji pemodenan batik dalam

pemakaian kebaya.

ii. Industri perniagaan batik bagi generasi

muda.

SKOP KAJIAN

Skop kajian menjerumus kepada

perniagaan usahawan muda di Bangi

Sentral dalam industri perniagaan batik

moden.

Page 5: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

5

KAJIAN LITERATUR

1) Definisi Batik

Membatik adalah satu daripada

kesinambungan-kesinambungan warisan

tradisi sehingga ke dewasa ini.

Kemunculannya penuh rahsia dan

sehingga hari ini ia masih dipertikaikan

oleh para sejarawan seni. Pernah para

arkeologi membuat kenyataan serta

memberi pendapat berdasarkan teori

bahawa ‘batik’ sebenarnya lahir di

negara-negara sebelah Timur. Konsep asal

dalam penghasilan batik adalah dari

tamadun besar dunia iaitu Mesir,

walaupun pada hakikatnya istilah

‘batik’ sebenarnya muncul dari

negeri-negeri di kepulauan Melayu.

Sementara itu, Abdullah Mohamed

(Nakula) pernah mencatatkan:

Perkataan “Batik” nampaknya berasal dari

Indonesia dari perkataan Melayu untuk

“titik” dan perkataan Jawa “Mba” ertinya

“menulis”.Oleh itu “batik” bererti

“menulis titik-titik” yang

dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-

titik dalam ertikata yang sebenarnya

atau berupa bunga-bunga dan lain-lain

motif kecil-kecil di atas permukaan kain

putih. Kemudian, teknik untuk

mewujudkan motif-motif itu bergantung

pada zaman dan ruang.

Dalam Kamus Dewan edisi ke tiga pula

mencatatkan definisi yang agak

ringkas iaitu ‘batik’ bermaksud

kain yang bercorak, (dilukis atau diterap

lilin dan dicelup). Perkataan ‘tik’

bermaksud ‘titik yang asalnya berbunyi

berdetik atau‘tik-tik’. Istilah batik juga

diambil daripada proses penggunaan lilin

dan dengan cara menitikkannya pada

permukaan kain putih melalui canting.

Menurut Sarah Arney:

“In Malaysia the meaning of batik is much

larger than a simple definition of the

physical batik process. For most

Malaysians batik connotes certain design

characteristics and particular motifs. The

process is secondary”.

Oleh yang demikian menurut Sarah Arney,

di Malaysia makna batik itu lebih besar

daripada definasi yang ringkas berkaitan

proses fizikal penghasilannya. Beliau

berpendapat bahawa istilah batik di

Malaysia itu merangkumi reka corak dan

Page 6: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

6

juga berkaitan motif yang tertentu.

Proses membatik itu adalah merupakan

perkara yang kedua penting. Penyataan

ini juga lahir berdasarkan beberapa laporan

yang dikaji dan direkodkan oleh

beliau iaitu:

1. In 1972 the customs and Excise

Department defined batik “as any kain

batek or any printed fabric so resembling

it”.

2. MARA (Majlis Amanah Rakyat), an

evolved form of the Rural and Industrial to

process:”…the cloth is subjected to 100%

wax printing using blocks or wax writing

after which the piece of cloth is 100% dyed

with various colors…”

Sementara itu pengertian batik dari

Wikipedia pula bermaksud bahawa batik

merupakan perkatan yang berasal dari

bahasa Melayu atau juga Indonesia. Ia

merujuk kepada kata nama hasil dari

penggunaan lilin pada teknik celupan

warna pada kain. Perkataan ini

asalnya dari perkataan bahasa Melayu iaitu

‘titik’ dan dalam bahasa Jawa disebut

sebagai ‘amba’ yang bermaksud menulis.

Oleh yang demikian dapat disimpulkan

bahawa makna batik itu adalah merupakan

hasil dari kata kerja membuat titik

menggunakan lilin pada permukaan kain

yang hendak di warnakan. Ini dapat

dibuktikan dengan sorotan petikan

dari wikipedia:

Batik or batique is an Indonesian-Malay

word and refers to a generic waxresist

dyeing technique used on fabric. The word

originates from Malay word for dot or

point, “titik” and the Javanese word

‘amba”, meaning “to write”.

Manakala Alfred Buhler juga memberi

pengertian batik yang berbeza iaitu dari

sudut penggunaan bahan yang dapat

menjadi penghalang pada permukaan kain

bagi proses mewarna. Menurut

beliau pendekatan teknik itu sendiri

sebagai sesuatu yang dinamakan

batik:

“Resist dyeing by covering a fabric with

paste or liquid material like mud, gum, or

wax, which when becomes hard, serves as

screen that resists the dye”.

Pandangan dan pendapat yang sama turut

dinyatakan oleh perintis catan batik

tanahair iaitu Tay Mo Leong. Menurut

beliau, penghasilan batik itu adalah

Page 7: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

7

merupakan satu proses menghalang

warna bagi menghasilkan reka corak pada

permukaan kain. Manakala menurut

IIa Keller pula: Istilah ‘Batik’ berasal dari

perkataan ‘ambatik’ bermaksud ‘hamba

titik’.24Saudara R.Soeprato pernah

menjelaskan bahawa Sultan

Hanjokrikusmo yang memerintah

dalam tahun-tahun 1613 hingga 1645,

amat berminat mencipta corak-corak

batik yang simbolik. Corak-corak ini pula

diusahakan menjadi batik oleh ‘hamba-

hamba titik atau taritik di istana-istana

Jawa. W.Kertcher dalam bukunya

Sejarah Batik Yogyarkata menyatakan

bahawa, secara etimologis istilah batik

berasal dari kata yang berakhiran ‘tik’,

berasal dari kata menitik yang

berarti menetes. Dalam bahasa

Jawa karma batik disebut seratan, dalam

bahasa Jawa ngoko disebut tulis, yang

dimaksudkan adalah menulis dengan lilin.

Dengan pelbagai pengertian batik yang

dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa

batik adalah merupakan satu hasil seni

yang dihasilkan dari kesan lilin melalui

teknik titik-titik atau juga bahan penebat

lain yang dapat menjadi penghalang bagi

pewarna kain meresap pada

permukaan kain yang dapat menimbulkan

atau melahirkan satu rekacorak tertentu

pada permukaan kain. Hasil dari kesan ini

yang dinamakan batik. Sementara

itu Pauziah Haji Abdullah turut juga

mencatatkan bahawa: Perkataan

‘Batek” mempunyai dua

pengertian. Perkataan batek yang berasal

dari Indonesia bererti rintik-rintik yang

putih yang ada pada kain-kain yang

diwarna dan dicorakkan. Pengertian

kedua ialah kain-kain putih yang diterap

diatasnya dengan menggunakan blok-

blok atau acuan-acuan tertentu yang

diperbuat daripada kayu, tembaga atau besi

dengan menggunakan lilin, damar

atau rosin.

Manakala bagi Mohamed Najib Ahmad

Dawa pula menjelaskan bahawa:

“the term ‘batik’ in Malaysia is a very

complicated that just a simple definition of

the physical process is awfully true. The

definition of batik for most Malaysian is

based on certain design characteristics

and particular motifs, and the process is

secondary. Therefore any fabric which

fulfill the characteristics of batik such as

the design with: twist and curls motifs,dots

(iseng), and crackle effect is totally

accepted as batik”

Page 8: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

8

Dengan ini jelaslah bahawa istilah

batik di Malaysia adalah satu istilah yang

berkaitan dengan karektor

rekacorak, motif-motif yang tertentu dan

juga proses menghalang bahan pewarna

yang menggunakan lilin sebagai bahan

perantara bagi melengkapkan istilah batik

itu.

2) Perkembangan Batik Di

Malaysia

Bila berbicara tentang sejarah batik di

Malaysia, agak sukar untuk menggali

sejarah asal usul perkembangannya.

Kesukaran menemui artifak yang

berupa kain batik terawal menjadi satu

rintangan kepada pengkaji-pengkaji

terdahulu. Perkembangan batik di

Malaysia boleh disimpulkan kesan

akibat yang berakar umbi daripada

kemahiran perkembangan mencelup

kain sejajar dengan perkembangan

mencelup benang untuk tenunan

songket dan tenunan ikat. Sebelum

batik lilin dikenali dengan meluas,

telah wujud penciptaan kain batik

pelangi yang dihasilkan melalui teknik

mencelup kain dasar berikat. Corak

dihasilkan pada permukaan kain

dengan pelbagai kesan warna dari

proses pencelupan. Teknik ini

dikatakan mendapat pengaruh

langsung dari India dan China.

Seterusnya, Malaysia merupakan

sebuah negara yang mempunyai

kepelbagaian hasil kraf tempatan.

Majlis Kraf Dunia-Asia Pasifik

(WCC-APR) mengiktiraf batik

Malaysia sebagai salah satu kraf

tempatan yang terkenal di

peringkat global. Industri kraf di

Malaysia dikategorikan kepada

hasil logam, hasil tanah, hasil

hutan, tekstil dan aneka kraf

(Kraftangan Malaysia: Laporan

Tahunan 2012). Batik merupakan

Page 9: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

9

salah satu produk kraftangan

berasaskan tekstil (Amin, 2006).

Oleh itu, batik adalah satu teknik

untuk menghiasi kain dengan

rekaan corak yang menggunakan

lilin sebagai penahan untuk

menghalang warna menembusi

bahagian lain atas kain yang telah

dicorakkan (Kheng, 2002).

Perkembangan awal batik di

Malaysia dipercayai bermula di

Kelantan dan Terengganu

(Azmiet.al, 2009, Yunus, 2011).

Dalam kes Malaysia, kebanyakan

pengusaha batik menetap di

kawasan luarBandar.

Oleh yang demikian, batik telah

diiktiraf sebagai produk warisan

negara yang bernilai tinggi

(Hairuddin, Md.Noor dan

Ab.Malik, 2012; Mokhtar dan

Wan-Ismail, 2012). Sebagai produk

warisan negara, melalui konsep

1Malaysia, batik telah

diklasifikasikan sebagai pakaian

kebangsaan bagi setiap lapisan

masyarakat yang mampu menjadi

penyatu dalam sesebuah negara

berbilang kaum. Selanjutnya, batik

telah dijadikan sebagai pakaian

wajib kepada kakitangan awam

pada hari Khamis setiap minggu

(Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.

1 tahun 2008).

Selain itu, pengiktirafan batik oleh

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan

Kebudayaan PBB (United Nations

Educational, Scientific and Cultural

Organisation ) sebagai ‘warisan

kebudayaan kemanusiaan tidak

ketara’ dipercayai mampu menjadi

aktiviti sokongan kepada

pelancongan budaya yang akan

Page 10: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

10

menjadi daya tarikan kepada

pelancong dari seluruh dunia untuk

melawat Malaysia. Sebagai contoh,

industri batik di negeri Pantai

Timur mampu menjadi tarikan

kepada aktiviti pelancongan

berasaskan warisan kebudayaan di

Koridor Ekonomi Pantai Timur

(ECER) khususnya dan Malaysia

amnya (Abi Sofian & Azman,

2010; Ahmad et.al, 2011; Choy,

2013).

Dan yang terakhir, batik juga

menjadi fabrik pilihan dalam industri

fesyen tempatan melalui gabungan hasil

tangan tradisional dan moden yang

akhirnya menghasilkan produk

kontemporari yang esklusif (Yunus, 2011).

Situasi ini menjelaskan yang batik

mempunyai permintaan dalam pasaran

tempatan mahupun antarabangsa.

Page 11: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

11

METODOLOGI KAJIAN

Semasa proses menyempurnakan kajian

ini, kami telah menggunakan beberapa

kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat

yang berkaitan dengan tajuk kajian kami

iaitu ‘Pemodenan batik dalam pemakaian

kebaya’. Kaedah-kaedah yang digunakan

termasuklah kaedah temu bual, rujukan

dan lawatan.

1. KAEDAH TEMUBUAL

Dalam kajian ini kami telah

menggunakan kaedah temubual kerana

maklumat yang diperolehi melalui kaedah

ini merupakan salah satu sumber utama

dalam bentuk keterangan yang bersifat

asli. Untuk menjalankan kaedah ini, kami

telah menemubual seorang pengusaha

batik muda iaitu Cik Zila Binti Mohd

Farouq.

Cik Zila Binti Mohd Farouq

merupakan pemilik ‘The Kebaya

Boutique’ yang bertempat di 3A-57-03A

Bangi Sentral. Beliau telah memulakan

perusahaan kebaya batik ini pada usia yang

muda. Kami telah membuat satu temu janji

dengan Cik Zila untuk menemubual beliau

pada 18 November 2016.

Kami telah mengajukan beberapa

soalan kepada Cik Zila dan Wan Mohamed

Ariffin berkenaan dengan pengusahaan

batik. Soalan-soalan yang kami

kemukakan adalah seperti sejarah

permulaan pengusahaan batik, latar

belakang pekerjaan yang mereka jalankan,

sumber peralatan yang diperoleh,

sambutan daripada pelanggan dan

perancangan pada masa akan datang.

Page 12: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

12

2. KAEDAH RUJUKAN DAN

PENYELIDIKAN

Sebelum menemu bual, kami telah

membuat sedikit rujukan dan penyelidikan

berkaitan dengan pengusaha batik tersebut.

Kami telah memilih kaedah ini sebagai

salah satu kaedah untuk mengumpul

maklumat melalui sumber sekunder.

Melalui kaedah ini, kami memperolehi

banyak maklumat yang telah diolah dan

dikemaskini serta dipastikan kesahihannya

oleh pihak yang berkenaan.

Kami telah melayari beberapa

laman sesawang yang berkaitan, di

samping mengikuti facebook dan

instagram pengusaha-pengusaha batik

tersebut sebagai rujukan untuk

memperoleh maklumat. Kaedah ini telah

membantu kami untuk mengetahui banyak

maklumat menarik berkenaan tajuk kajian

kami.

3. KAEDAH LAWATAN

Kami telah memilih kaedah

lawatan kerana melalui kaedah ini, kami

dapat melihat sendiri produk batik yang

telah dihasilkan serta berpeluang untuk

mengambil gambar-gambar yang

diperlukan. Kami telah melawat ‘The

Kebaya Boutique’ di Bangi Sentral dan

mengumpulkan seberapa banyak

maklumat yang diperoleh melalui lawatan

tersebut untuk dimuatkan ke dalam kertas

kajian kami.

Page 13: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

13

HASIL KAJIAN

Kajian yang telah kami jalankan

adalah berkaitan dengan pemodenan batik

dalam pemakaian terutamanya pemakaian

kebaya. Batik adalah warisan turun

temurun dan sangat digemari oleh semua

lapisan masyarakat

Pada masa kini, melalui

pemodenan batik, pengusaha industri batik

kini telah mempelbagaikan rekaan mereka

bagi menghasilkan corak dan kegunaan

batik yang lebih menarik dan moden.

Rekaan baju kebaya dengan menggunakan

corak batik merupakan salah satu hasil

pemodenan yang dibuat oleh penggiat seni

batik

Menerusi kajian kami, salah

seorang penggiat seni batik yang telah

berjaya menghasilkan kebaya batik ini

ialah Cik Zila Binti Mohd Farouq. Cik Zila

boleh dikatakan sebagai seorang pereka

dan juga pengusaha pakaian batik kerana

beliau telah menghasilkan pelbagai corak

dan rekaan kebaya batik untuk dijual

kepada orang ramai. Rekaan yang

dihasilkan akan dijahit oleh tukang

jahitnya yang tersendiri bagi menghasilkan

pakaian yang berkualiti dan memberi

kepuasan kepada pelanggannya.

Kebaya batik dihasilkan di ‘The

Kebaya Boutique’ yang terletak di 3A-57-

03A Bangi Sentral. Butik ini merupakan

sebuah butik yang baru dibuka dan masih

belum dikenali oleh orang ramai. Menurut

Cik Zila, beliau mengambil masa lebih

kurang lima bulan untuk memulakan

perniagaan batik di butik tersebut. Cik Zila

mula menjinak dalam bidang batik ini

semenjak di alam universiti lagi kira-kira

enam tahun yang lalu iaitu tahun 2010.

Beliau tertarik dengan pemodenan batik

dalam pemakaian kebaya ini kerana pada

pandangan beiau, secantik mana pun baju

kurung, seseorang itu akan kelihatan lebih

menawan apabila memakai baju kebaya.

Oleh yang demikian, beliau telah mencipta

Page 14: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

14

rekaan baju kebaya dengan pelbagai corak

batik yang menarik.

Kebaya batik dihasilkan bertujuan

untuk mengekalkan budaya dan warisan

pemakaian kebaya sebelum ianya hilang

ditelan zaman serta memperkayakan

penggunaan corak batik dalam pemakaian.

Selain itu, produk tersebut juga bertujuan

untuk menggalakkan kaum wanita

terutamanya yang masih muda untuk

memakai pakaian kebaya dan batik agar

warisan Melayu ini dapat terus dikekalkan.

Kebaya batik ini mempunyai keunikan

yang tersendiri dari segi corak, rekaan dan

penghasilannya jika dibandingkan dengan

produk batik yang lain.

Kain yang digunakan untuk

menghasilkan produk ini adalah daripada

jenis cotton yang dibeli terus dari Korea.

Manakala, harga sepasang baju kebaya

batik tersebut adalah berbeza-beza

mengikut masa yang digunakan untuk

menghasilkan pakaian tersebut. Sehingga

ke hari ini, butik ‘The Kebaya’ belum

mempunyai cawangan lain, tetapi Cik Zila

telah membuat perancangan untuk

membuka cawangan di tempat lain yang

menjadi tumpuan orang ramai supaya

butik beliau akan dikenali pada masa akan

datang.

Berikut merupakan gambar-gambar yang

telah kami ambil semasa melawat ‘The

Kebaya Boutique’.

Page 15: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

15

Page 16: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

16

Page 17: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

17

BATASAN KAJIAN

Dalam proses menyempurnakan

kajian ini, kami menghadapi kesukaran

untuk menemubual pengusaha batik

disebabkan oleh kekangan masa dan

masalah pengangkutan. Sebagai pelajar,

kami terikat dengan waktu kuliah di pusat

pengajian yang sentiasa padat

menyebabkan masa kami terbatas untuk

menjalankan kajian ini. Kami perlu

membuat temu janji sebelum menemubual

pengusaha tersebut dan perlu

menyesuaikan masa temubual tersebut

dengan kelapangan masa yang kami miliki.

Di samping itu, kami juga tidak

mempunyai kenderaan yang mencukupi

untuk melawat dan menemubual

pengusaha batik tersebut di butiknya. Oleh

hal yang demikian, hanya dua orang

daripada ahli kumpulan kami yang

melawat tempat tersebut. Lokasi tempat

kajian juga terbatas di kawasan sekitar

Bangi yang berdekatan dengan tempat

pengajian kami.

Selain itu, kajian ini terbatas

dengan kaedah pengambilan data daripada

soal selidik masyarakat terhadap

pemodenan batik disebabkan oleh

kekangan masa yang tidak mencukupi.

Kami hanya berpeluang menemubual

pengusaha batik tetapi tidak

berkesempatan untuk membuat soal selidik

terhadap orang ramai berkaitan pemodenan

batik dalam pemakaian ini. Sekiranya

mempunyai masa yang mencukupi, usaha

untuk membuat soal selidik dapat

dilakukan bagi menghasilkan kajian yang

lebih berkualiti.

Page 18: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

18

PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah

dilakukan, dapatlah dirumuskan beberapa

perkara mengenai ‘The Kebaya Boutique’

yang merupakan salah satu pemodenan

batik yang terkini dalam pakaian kebaya.

Pelbagai inisiatif terkini yang telah

dijalankan bagi memastikan warisan batik

ini terus dihidupkan dan tidak luntur dek

arus globalisasi. ‘The Kebaya Boutique’

meneruskan legasi warisan budaya ini dari

sudut pemakaian kebaya dan membuktikan

bahawa seni batik masih mendapat

sambutan di pasaran. Pelbagai variasi

kebaya yang menarik dan berkualiti tinggi

dihasilkan bagi memenuhi permintaan

pasaran.

Di Malaysia terdapat badan-badan

kerajaan yang turut berusaha dalam

perkembangan warisan seni batik seperti

Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia. Malah negara Malaysia juga

merupakan salah satu negara pengeluar

utama batik di dunia yang mengiktiraf

kehalusan dan kemahiran kerja tangan

masyarakat tempatan. Pasaran seni batik di

Malaysia juga semakin berkembang

dengan variasi dan inovasi daripada

pengusaha tempatan seperti ‘The Kebaya

Boutique’ dan ‘Batik Boutique’. Daripada

pakaian hinggalah ke aksesori dan

perhiasan rumah seni batik amat menarik

disesuaikan dengan kehendak pengguna

masa kini.

Keterbatasan kajian menyebabkan

penyelidikan ini tidak dapat diselami

dengan lebih mendalam, tetapi masih

berguna sebagai informasi tambahan dan

rujukan terutama dari segi perkembangan

batik dalam pemakaian kebaya terkini.

Antara cadangan penambahbaikan adalah

dengan memberikan jangka masa kajian

yang lebih panjang bagi memudahkan para

pelajar merancang kajian terutama dari

segi pengangkutan. Dari sudut yang lebih

luas, seni batik ini juga boleh dikaji dari

segi sambutan pasaran Malaysia dan

Page 19: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

19

antarabangsa sekiranya sumber maklumat

dapat diperoleh. Kajian ini juga boleh

ditambahbaik dengan mendapatkan

maklum balas orang awam melalui borang

soal selidik untuk mengetahui sambutan

dan minat mereka terhadap batik pada

masa kini.

Dapat disimpulkan daripada kajian

ini bahawa perkembangan pemodenan

batik dalam pemakaian kebaya adalah

memberangsangkan. Inovasi dan kreativiti

dalam seni batik kebaya kian

membanggakan apatah lagi warisan ini

masih diusahakan oleh golongan belia

seperti Cik Zila. Pengusahaan batik

sewajarnya terus dipelbagaikan dan

dikembangkan sehingga ke peringkat

antarabangsa kerana ia adalah warisan

negara yang perlu dibanggakan serta

diperjuangkan agar tidak hilang dalam arus

kemajuan pembangunan.

Page 20: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

20

LAMPIRAN

TEMUBUAL BERSAMA CIK ZILA BINTI MOHD FAROUQ, PEMILIK

‘THE KEBAYA BOUTIQUE’.

Saya : Assalamualaikum, Cik Zila. Apa khabar?

Kak Zila : Waalaikumussalam. Khabar baik. Panggil saya kakak sahaja.

Saya : Oh, baiklah. Jika tidak keberatan, boleh akak kongsikan mengapa akak tertarik

dengan pemodenan batik dalam pemakaian kebaya?

Kak Zila : Sebenarnya saya tertarik dengan pemodenan batik dalam pemakaian kebaya

kerana bagi saya secantik mana pun baju kurung, baju kebaya tetap yang

paling menawan.

Saya : Sejak bilakah akak berminat dengan batik?

Kak Zila : Sejak saya masih menuntut di universiti lagi, kira-kira enam tahun yang lepas.

Saya : Boleh akak ceritakan macam mana akak boleh berminat dengan batik?

Kak Zila : Boleh. Saya mempunyai sedikit pengalaman dan saya mempunyai minat

yang mendalam dalam bidang perniagaan. Kemudian, saya meletak jawatan

untuk menceburi perniagaan ini.

Saya : Di mana bermulanya tempat akak melakukan operasi batik?

Kak Zila : Sebenarnya butik ini baru sahaja dibuka. Akak mengambil masa lebih kurang

Page 21: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

21

Lima bulan untuk mulakan perniagaan batik di butik ini.

Saya : Adakah ‘The Kebaya’ mempunyai tukang jahit yang tersendiri?

Kak Zila : Ya. Ada, kerana kami amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan.

Jadi amat penting untuk memilik tukang jahit yang tersendiri kerana akak

lebih yakin dan percaya dengan kebolehan tukang jahit sendiri berbanding

dengan tukang jahit daripada luar.

Saya : Boleh saya tahu dari mana akak membeli kain-kain untuk membuat batik ini?

Kak Zila : Boleh, apa salahnya. Akak beli kain ini semua terus dari Korea.

Saya : Bagaimanakah pula dengan sambutan para pelanggan setakat ini?

Kak Zila : Alhamdulillah, mereka sangat berpuas hati dengan produk batik yang kami

hasilkan.

Saya : Adakah ‘The Kebaya’ mempunyai cawangan?

Kak Zila : Masih belum ada, tetapi kami sudah mempunyai perancangan ke arah itu.

Saya : Boleh saya tahu. Apakah keunikan kain batik ‘The Kebaya’

berbanding dengan batik- batik lain?

Kak Zila : Keunikan batik ‘The Kebaya’ adalah dari segi corak, rekaan dan

pembuatannya.

Saya : Apakah jenis material batik yang akak gunakan?

Kak Zila : Saya menggunakan material jenis cotton.

Page 22: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

22

Saya : Adakah ‘The Kebaya’ membuat penghantran melalui pos ?

Kak Zila : Ya, ada.

Saya : Mengapa harga batik berbeza-beza walaupun menggunakan jenis produk

dan material yang sama?

Kak Zila : Sebab penggunaan masa yang panjang utk menyiapkan sehelai kain

adalah berbeza.

Saya : Apakah perancangan akak untuk ‘The Kebaya’ pada masa akan

datang?

Kak Zila : Perancangan saya untuk ‘The Kebaya’ adalah untuk menambah lagi cawangan

di dalam dan luar negeri.

Page 23: PEMODENAN BATIK DALAM PEMAKAIAN KEBAYA - · PDF filesoalan-soalan yang kami ajukan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, ... tempatan yang terkenal di peringkat global

23

RUJUKAN

1. Abi Sofian, M.A.H & Azman C.M. (2010). The Contribution of Heritage Product

Toward Malaysian Tourism Industry: A Case of Eastern Costal Peninsular Malaysia.

International Journal Of Human Sciences. Vol.7, Issue:2, 346-357

2. Ahmad, H., Jusoh, H., Siwar, C., Buang, A., Noor, M.S.H., Ismail, S.M., dan

Zolkapli, Z.A. (2011). Pelancongan Budaya Di Koridor Ekonomi Wilayah Pantai

Timur (ECER): Isu Dan Cabaran. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and

Space 7. Special Issue: Social and Spatial Challenges of Malaysian Development, 180

– 189.

3. Hj. Abdullah, Pauziah. (1983). Sejarah Perusahaan Batik. Dalam Warisan

Terengganu II. Terengganu: Perbadanan Muzium Negeri Terengganu.

4. Seni Batik. www.batikcooleststsetia.blogspot.com/2010/12/batik-canting_8255.html