pemintallidah_2015

5

Upload: bieyah

Post on 15-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

Page 1: pemintallidah_2015

1.0PENGENALAN

Persatuan Bahasa Melayu memberi fokus kepada kemahiran bertutur dalam aktiviti

stesen sempena Minggu Kokurikulum. Hal ini bukan sahaja dapat memberi kelainan

malah dapat menjadikan murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Pemintal lidah

ialah satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut dengan jelas atau

Page 2: pemintallidah_2015

tepat. Ia juga boleh dikatakan sebagai ungkapan yang direka bentuk mengandungi

kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada

kaitan ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas. Pemintal lidah

juga digunakan sebagai bahan latih tubi supaya fasih bertutur atau terapi kepada murid

yang bermasalah dalam pertuturan.

2.0OBJEKTIF

Antara objektif aktiviti Pemintal Lidah ialah ;

1. Melatih murid untuk bercakap dengan baik

2. Memberikan keyakinan tinggi kepada murid semasa bercakap

3. Berfikir secara kritis dan kreatif

4. Mengelakkan perasaan malu.

5. Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid.

3.0BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh : 14 Mac 2015

Tempat : Kelas 6 Merah

Masa : 3.30 petang – 4.30petang

Sasaran : Ahli Kelab Bahasa Malaysia

4.0LAPORAN AKTIVITI

Secara amnya, aktiviti ini murid-murid dikehendaki untuk membaca satu ayat yang

mempunyai suku kata yang hampir sama dengan sebutan yang betul dan lancar.

Contohnya, Pak Bilal bela binatang belang-belang nama Si Belang banyak belang-

belang makan belalang dalam lalang belakang longkang.

Page 3: pemintallidah_2015

Setiap murid dikehendaki untuk membaca satu ayat yang ditulis oleh guru penasihat

di papan hitam. Kemudian, guru meminta mereka untuk membaca ayat berkenaan

dengan kadar kelajuan yang semakin meningkat. Setiap murid akan diuji, murid yang

dapat membaca tanpa tersasul dan dengan sebutan yang betul akan diberi markah

penuh.

Semasa aktiviti berlangsung, murid berasa seronok kerana rima seakan-akan sama

serta urutan cerita yang menarik. Bukan itu sahaja, kesungguhan murid terserlah

apabila mereka berusaha untuk menyebut ayat berkenaan tanpa dengan lancar.

5.0 PENUTUP

Aktiviti ini telah meningkatkan tahap kefahaman murid-murid dalam mengenalpasti

kepentingan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang betul Malah,

kerjasama antara setiap murid yang terlibat amatlah baik walaupun berlainan kelab dan

persatuan. Secara keseluruhannya, objektif aktiviti ini tercapai dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………............ ………..……………………………..

(Fatin Hamamah Binti Mohd Razali) (MIKEM ANAK LONGIOK)

Guru Penasihat Kelab Bahasa Melayu, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

SK Nanga Machan. SK Nanga Machan.

Lampiran

Laporan Bergambar

Page 4: pemintallidah_2015

Murid membaca ayat Pemintal Lidah