pemikirandalamlinguistik-130110090918-phpapp01

17
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Oleh : Najihah Binti Isa, PISMP BM Semester 4

Upload: d-nes-wari-perumaly

Post on 02-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIKOleh :Najihah Binti Isa,PISMP BM Semester 4Ferdinand De SaussureMenurut beliau, bahasa ialah satu sistem isyarat yang memiliki bahagian terpenting, berupa gabungan daripada makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya itu dalam rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi. (Mangantar Simajuntak, 1982:3)

Dikenali sebagai pengaruh yang paling besar dalam perkembangan linguistik moden dalam kurun yang ke-20 dalam dua perkara.

Beliau telah berkecimpung dalam kajian linguistik perbandingan. Kemudian mendapat ilham baru dan memulakan kajian linguistik deskriptif struktur.

Beliau telah menjadi tersohor dengan hasil penelitiannya yang dikenali dengan Couse de Linguistique Generale. Pada tahun 1915, hasil pengkajiannya itu telah dibukukan dan diterbitkan dalam bahasa Perancis. Kemudiannya, pada tahun 1959, karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin.

Sebenarnya karya agung de Saussure bukan hasil usaha beliau sendiri. Sebaliknya karya itu merupakan sebuah karya hasil daripada daya usaha murid-muridnya juga kerana mereka telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau sehingga terhasil dalam bentuk buku.

Beliau ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden.

Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang pertama yang mengemukakan malahan yang menekankan peri pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu melalui kajian secara sinkronis dan kajian diakronis.

Antara lain, beliau telah mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistik historis kerana masing-masing menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya apabila menganalisis bahasa.

Penekanan ini tidak lain merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah.

Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu keadaan pada sesuatu masa yang tertentu.

Linguistik sinkronis bermaksud suatu kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu masa yang tertentu.Bidang linguistik diakronis ialah satu kajian bahasa dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang dilalui oleh bahasa melalui masa.

Linguistik diakronis bererti kajian tentang perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan bahasa dan sebagainya.

Ferdinand de Saussure orang pertama yang telah mengemukakan konsep langue dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan yang terdiri daripada dua aspek iaitu langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit).

Istilah langue pengertiannya agak sama dengan bahasa dan parole sama dengan loghat atau dialek.

Parole terdiri dari ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan individu yang memperlihatkan kebebasannya sendiri. Ringkasnya, parole bererti pertuturan sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat.

Bahasa merupakan keseluruhan pertuturan manusia yang berlaku bagi manusia yang dilahirkan oleh baka. Bahasa tidak lain ialah tingkah laku manusia yang universal.

Langue pula merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa, iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat bahasa.

Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole. Dengan kata lain, langue ialah sistem komunikasi yang dimiliki bersama oleh semua penutur yang akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi setiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, dan oleh yang demikian, langue ialah fenomena sosial.

Menurut Abdullah Hassan (1984:10-11) bahawa linguistik sinkronik ialah kajian mengenai item, manakala linguistik diakronik ialah kajian mengenai sistem.

Tegasnya, Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Misalnya bunyi-bunyi yang dituturkan adalah jirim, dan lambang huruf yang menggambarkan perkataan itu adalah bentuknya. Apa yang dikatakan oleh Saussure sebagai jirim itu agak rapat pengertiannya dalam kajian dikronik.

Edward SapirMendapat pengetahuan dasar dalam bidang Filologi di Jerman tetapi telah lama dipengaruhi oleh Franz Boas.

Oleh sebab itu, beliau turut mengkaji bahasa-bahasa orang asli Amerika.

Menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881). Buku ini bersifat agak umum dan ternyata berbeza sekali dengan buku language (1933) yang ditulis oleh Bloomfield.

Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang menggunakannya.Leornand BloomfieldMenurut Awang Sariyan (1978:497), Bloomfield hidup di antara tahun 1887-1949. Tegasnya, Bloomfield adalah ahli bahasa yang diberi nama American Structuralism.

Bloomfield dikatakan terpengaruh dengan dengan teori psikologi behaviorisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli-ahli psikologi dalam selok-belok menghuraikan bahasa.

Bloomfield beranggapan bahawa bahasa itu sebagai satu gudang data laku ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa.a language is a mass of regularized speech actdengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila teransang.

Menulis buku bertajuk Language (1933).

Bloomfield merupakan sarjana yang bertanggungjawab membuat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri.

Bloomfield sangat jelas memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisa dan ditentukan secara empirikal.

Bloomfield beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah-tingkah laku manusia yang lain. Sekiranya tingkah-tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada adanya ransangan (stimulus), maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas (respons) terhadap ransangan itu. Sekian, terima kasih