pemerolehan bahasa

20
Tajuk 2 Pemerolehan Bahasa 5 JAM SINOPSIS Tajuk ini memberi fokus terhadap bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa. Ia juga memberi pengetahuan mengenai lima komponen dalam bahasa, iaitu fonologi, sintaksis, morfologi, semantik dan pragmatik. Asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif dibincangkan. Empat teori perkembangan bahasa dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Menjelaskan lima komponen dalam bahasa. 2. Menghuraikan asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko- sosial dan kognitif. 3. Membincangkan unsur-unsur penting dalam teori-teori perkembangan bahasa. 4. Membanding beza antara teori-teori perkembangan bahasa. KERANGKA TAJUK BAHASA

Upload: fiona-yong

Post on 18-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pemerolehan Bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerolehan Bahasa

Tajuk 2 Pemerolehan Bahasa 5 JAM

SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa. Ia juga memberi

pengetahuan mengenai lima komponen dalam bahasa, iaitu fonologi, sintaksis, morfologi,

semantik dan pragmatik. Asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif

dibincangkan. Empat teori perkembangan bahasa dihuraikan dalam aspek elemen-elemen asas

setiap teori dan implikasinya terhadap intervensi. Perbandingan antara empat teori tersebut dari

segi kekurangan dan kelebihan juga diterangkan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan lima komponen dalam bahasa.

2. Menghuraikan asas pemerolehan bahasa dari segi fisiologi, psiko-sosial dan kognitif.

3. Membincangkan unsur-unsur penting dalam teori-teori perkembangan bahasa.

4. Membanding beza antara teori-teori perkembangan bahasa.

KERANGKA TAJUK

BAHASA

ELEMEN-ELEMENBAHASA

ASAS PEMEROLEHANBAHASA

TEORI-TEORIBAHASA

FonologiMorfologiSintaksisSemantikPragmatik

Faktor FisiologikalFaktor kognitifFaktor sosial

Teori BehaviorisTeori Psiko-linguistikTeori Semantik-kognitifTeori Pragmatik- interaksionis

Page 2: Pemerolehan Bahasa

KANDUNGAN

2.0 Peranan Bahasa dalam kehidupan

Selepas membaca Tajuk 1, anda telah mengetahui bahawa peranan utama menggunakan bahasa

adalah untuk berkomunikasi. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kehidupan anda jika anda tiada

kemahiran berbahasa dan hanya boleh berkongsi maklumat, pendapat dan perasaan anda melalui

gestur tangan atau mimik muka sahaja ? Dalam Tajuk 2, anda akan mempelajari secara terperinci

unsur-unsur yang penting mengenai bahasa serta bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa.

2.1 Model Bahasa

Bahasa yang diguna oleh setiap individu adalah sangat kompleks. Untuk memahami bahasa secara

lebih mendalam, ahli-ahli linguistik telah membina beberapa model untuk membahagi bahasa

kepada beberapa elemen. Kebanyakan ahli linguistik telah mengenal pasti lima elemen utama –

iaitua fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Bloom & Lahey (1978) pula

menggambarkan bahasa sebagai mempunyai tiga komponen iaitu bentuk (form), kandungan

(content) dan penggunaan (use). Model bahasa yang diperkenalkan oleh Bloom & Lahey memberi

penekanan terhadap hubungkait antara elemen-elemen bahasa. Dalam komponen bentuk, adalah

termasuk fonologi, morfologi dan sintaksis manakala semantik merupakan komponen kandungan

bahasa dan pragmatik merupakan penggunaan bahasa. Model-model bahasa tradisional dan model

bahasa yang dikemukakan oleh Bloom & Lahey dirumuskan oleh Rajah 2.1 dan Rajah 2.2.

MODEL TRADISIONAL MODEL BLOOM & LAHEY

Phonology

Morfologi Bentuk

Sintaksis

Semantik Kandungan

Pragmatik Penggunaan

Rajah 2.1 : Dua Model Elemen-elemen Bahasa