pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

13
NUR AIN NASUHA BINTI ZAHAMAN 1 ITHAR (2013)

Upload: ainnasuha

Post on 13-Jun-2015

23.473 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

NUR AINNASUHA

BINTIZAHAMAN

1 ITHAR(2013)

Page 2: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia,jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida , klorofl orokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

PENCEMARAN UDARA

Page 3: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN  -Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.

KENDERAAN BERMOTOR -Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.

CONTOH BAHAN CEMAR UDARA

Page 4: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

PENJANAAN KUASA -Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba.

AKTIVITI HARIAN -Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofl uorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Page 5: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

1) Gas karbon monoksida, CO2) Gas-gas nitrogen oksida, NOx3) Gas hidrokarbon, CH4) Gas belerang oksida, SOx5) Partikulat-partikulat (padat dan cair)

SUMBER

Page 6: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

HUJAN ASID-Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

HAIWAN-Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.

KESAN PENCEMARAN UDARA

Page 7: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

TUMBUHAN-Mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi  kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.

KESIHATAN MANUSIA-Kesan utama pencemaran udara kepada manusia  adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Page 8: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

Penampalan ozonBahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon.

Memperkenalkan undang-undangPihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan.

Penggunaan teknologiDengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.

LANGKAH UNTUK MENGHALANG DAN MENGAWAL CARA MENGEKALKAN UDARA

SUPAYA BERSIH

Page 9: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

Kitar semulaMengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Mengurangkan penggunaan CFCPermusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Klorofl orokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.

Page 10: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:

Teknik Pengurangan Pencemaran

Pengurangan di punca (Source reduction) Aktivti mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses Guna semula (Recycling) Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna Rawatan (Treatment) diguna semula.

Kawalan sumber (Source control) Pertukaran bahan mentah (Input material alternation) . Guna bahan tulen. Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci Penukaran teknologi (Technology alteration) Ubah peralatan, saluran. Guna ‘automation Ubah keadaan operasi

Perubahan prosedur(Procedural changes) :Amalan ‘good house keeping’, Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan. Asingkan sisa. Kendalikan sisa dengan baik

MEMPRAKTIKKAN AMALAN YANG MENGEKALKAN UDARA BERSIH

Page 11: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

o Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, manakala pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu.

 o KEPENTINGAN : Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting

untuk mengelakkan kepupusan fl ora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi fl ora dan fauna. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan.

Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air yang tercemar.

Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.

 

MAKSUD DAN KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Page 12: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

Guna semula ialah penggunaan semula bahan terpakai, sama ada untuk tujuan yang sama atau yang lain manakala kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

  Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke

tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama

Antara amalan kitar semula yang boleh dilakukan:

1. Kitar semula mengikut jenis barang.Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.

AMALAN GUNA SEMULA DAN KITAR SEMULA BAHAN

Page 13: Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di bumi ^_^

2. Beli produk yang boleh dikitar semula Kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

3. Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

4. Tong kitar semula dan pusat pengumpulanKenal pasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula