pembuktian
TRANSCRIPT
HHHC 9301
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
NUR’ AMIRA BINTI AMINULLAH
A146272
TEAM BUILDING & STRATEGIC PLANNING (NUMOSS)
Dr. NOORAZEAN BINTI MOHD ALI
PENGENALAN
Pada hari Ahad bersamaan 21 Disember 2014 Persatuan NUMOSS (KST) telah
mengadakan satu program yang diberi nama sebagai NUMOSS Strategic Planning and Team
Building bertempat di sekitar kawasan Dewan Kuliah Fakulti Teknologi Sains & Maklumat
(FTSM). Program ini telah melibatkan seramai 20 orang AJK serta 30 orang peserta yang terdiri
daripada ahli kelab tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada
pukul 4.00 petang.
Antara tujuan program ini berlangsung adalah untuk melahirkan ahli KST yang proaktif
dan progresif. Di samping itu, dapat membina serta merapatkan hubungan silaturrahim antara
ahli KST. Sepanjang program ini berlangsung, saya telah diamanahkan untuk menjadi sebagai
AJK Dokumentasi. Tugas yang perlu dilakukan sebagai AJK Dokumentasi adalah seperti
mengambil gambar, merakam video dan membuat video sepanjang program dijalankan
untuk pembuktian kokurikulum.
Aktiviti yang telah diadakan selepas senaman pagi dan “Ice Breaking” adalah seperti
berikut:
AKTIVITI DAN TUJUAN AKTIVITI
1. Mengangkat tin menggunakan getah
Tujuan: Untuk memperlihatkan kerjasama dan cara berkomunikasi di antara ahli kumpulan.
2. Si buta
Tujuan: Dalam aktiviti ini, ketua memainkan peranan penting kerana ketua dikehendaki
memberi arahan yang telah diberitahu oleh para fasilitator dan ahli-ahlinya perlu
mempercayai setiap kata arahan yang telah dikeluarkan oleh ketua.
3. Baling belon air sambil tutup mata
Tujuan: Setiap ahli haruslah mempunyai pendengaran yang baik ketika bermain aktiviti ini
kerana ahli dikehendaki membaling belon yang berisi air sambil mata
tertutup dan pada masa yang sama mendengar arahan dari
ketua. Fasilitator memainkan peranan untuk mengganggu setiap kumpulan.
HASIL DAN IMPLIKASI
Dengan adanya program sebegini, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru seperti
cara untuk menguruskan maklumat dengan lebih efisien. Secara tidak langsung, saya tahu
cara-cara untuk mendokumentasikan sesebuah maklumat agar maklumat tersebut sah dan
boleh dijadikan bahan bukti. Segala maklumat, perbincangan, dan sebagainya dapat disimpan
dengan teratur untuk tujuan dokumentasi.
Manakala dari segi pembelajaran sepanjang hayat pula, saya dapat mengakses
maklumat dan sumber dengan cekap dan berkesan. saya juga berkebolehan dalam
mengenalpasti maklumat iaitu mencari maklumat berkaitan dengan program, keperluan
maklumat dan menilai sumber-sumber maklumat.
KESIMPULAN
Akhir sekali, semua aktiviti dapat dijalnkan dengan lancar walaupun mempunyai
bilangan ahli peserta yang kurang serta terdapat beberapa masalah yang dapat diatasi oleh
AJK-AJK program. Selain itu, program ini juga dapat membantu mengubah sifat pasif ahli
program dan ahli-ahli kelab NUMOSS agar lebih banyak menglibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti yang akan diadakan kemudian.
PENUTUP
Melalui program ini, sebahagian ahli KST dapat bersua muka serta berkenalan antara
satu sama lain dengan lebih rapat. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim sesama ahli KST. Selain itu juga, ahli KST juga dapat merancang suatu
perancangan serta dapat menyumbangkan sesuatu idea kepada kelab terhadap program kelab
yang bakal dijalankan pada semester akan datang. Pada masa yang sama ahli KST secara tidak
langsungnya akan dilatih cara-cara dalam menguruskan maklumat dengan lebih efektif serta
dapat pembelajaran sepanjang hayat yang mana mereka juga dapat mengaplikasikan keadaan
tersebut di dunia luar.
GAMBAR-GAMBAR SEBELUM DAN KETIKA PROGRAM BERLANGSUNG
GAMBAR KETIKA MESYUARAT PERTAMA
GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEDUA
GAMBAR KETIKA MESYUARAT KETIGA
GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEEMPAT
GAMBAR PERSIAPAN UNTUK HARI KEJADIAN PROGRAM BERLANGSUNG
GAMBAR SENAMROBIK BERSAMA PARA PESERTA (SELEPAS PENDAFTARAN)
GAMBAR KETIKA ICE-BREAKING
AKTIVITI 1:
AKTIVITI 2:
AKTIVITI 3: