pembinaan prototaip alat penjimatan tenaga elektrik · pdf filependekatan yang digunakan...

19
PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK BAGI KEGUNAAN DOMESTIK DAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAANNYA ANIS SYAHIRAH BINTI RAJUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vocong

Post on 10-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK BAGI

KEGUNAAN DOMESTIK DAN PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP

PENGGUNAANNYA

ANIS SYAHIRAH BINTI RAJUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk merekacipta satu alat yang boleh

menjimatkan penggunaan tenaga elektrik bagi penggunaan domestik. Penggunaan

tenaga elektrik boleh dijimatkan dengan pelbagai cara namun dalam era teknologi ini,

segala perkara perlu dilakukan dengan mudah, cepat dan efisien. Atas sebab itu, pereka

mengambil inisiatif untuk merekacipta satu alat yang boleh menjimatkan tenaga elektrik

dengan mudah. Konsep segitiga kuasa digunakan bagi mencapai objektif ini.

Pendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor

kuasa aktif dengan mengaplikasikan litar bersepadu (IC) UC3854. Litar pembetulan

faktor kuasa aktif ini berfungsi untuk pra-pengatur faktor kuasa dengan pembetulan

faktor kuasa sehingga 0.98 pada sebarang voltan talian antara 80 Vrms dan 260 Vrms.

Seramai 30 orang penduduk Taman Sri Pulai, Skudai dipilih sebagai responden bagi

mendapatkan maklum balas terhadap penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik ini.

Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang

mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan profil responden dan

Bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

Data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical

Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil analisis data diterangkan dalam

bentuk peratusan, kekerapan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrument kajian ini

adalah α = 0.873. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan penduduk Taman

Sri Pulai, Skudai bersetuju bahawa alat penjimatan tenaga elektrik ini patut dibangunkan

dan seterusnya dikomersialkan. Sebagai cadangan untuk kajian dimasa hadapan, Alat

Penjimatan Tenaga Elektrik ini masih dapat diperbaiki prestasinya dengan

mempelbagaikan lagi kegunaannya supaya tidak hanya terhad untuk menjimatkan tenaga

elektrik sahaja.

Page 3: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

vi

ABSTRACT

The aim of this project is to built a prototype of electricity power saver for

domestic consumption. The electric usage can be saved in various ways. However in

this modern day technology everything must be done in the easiest, fastest and efficient

way. With this reason, the designer took the iniciative to design a device that can easily

save the electricity usage. Concept of power triangle is used to achieve this objective.

The approach used is by saving electricity using active power factor correction with

apply integrated circuit (IC) UC385. The function of this active power factor correction

circuit is for power factor pre regulator which will exhibit a power factor of 0.98 at any

line voltage between 80 Vrms and 260 Vrms. The study to seek feedback from

respondents towards the electricity power saver consumption is conducted in Taman Sri

Pulai, Skudai with the sample of the research constitute 30 residents. The instrument

used in this research is a set of questionnaires which consist of two sections. Section A

is about respondent’s profile and Section B contains items in the research. The analysis

of the findings, using the Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 12.0

software is illustrated in the form of percentage, frequency and mean. Reliability value

of the instrument was α = 0.873. As overall, result of this research shows that residents

of Taman Sri Pulai, Skudai agreed that this electricity power saver should be developed

and commercialized. As a suggestion, the performance of this electricity power saver

can still be improved by diversifying it’s application so that it is not limited to save

electricity only.

Page 4: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GAMBARAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 5: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Menjimatkan kos penggunaan elektrik 7

1.6.2 Mempelbagaikan produk penjimatan elektrik 7

1.6.3 Memastikan keselamatan pengguna 8

1.6.4 Memberi kemudahan kepada pengguna 8

1.7 Skop Projek 8

1.8 Definisi Terminologi 9

1.8.1 Kuasa 9

1.8.2 Faktor Kuasa 9

1.8.3 Tarif 10

1.8.4 Penjimatan 10

1.8.5 Alat 10

1.8.6 Tenaga Elektrik 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Tenaga Elektrik 12

2.3 Jenis-jenis Litar Arus Ulang-alik 13

2.3.1 Litar Perintang 14

2.3.2 Litar Pemuat 16

2.3.3 Litar Peraruh 18

2.4 Segitiga Kuasa 20

2.5 Faktor Kuasa 21

2.6 Pembetulan Faktor Kuasa 21

2.7 Litar Bersepadu (IC) UC3854 23

2.8 Kesimpulan 23

Page 6: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Proses Rekabentuk Kajian 24

3.2.1 Analisis 25

3.2.2 Reka Bentuk 26

3.2.3 Pembangunan Prototaip 26

3.2.4 Pelaksanaan Prototaip 27

3.2.4.1 Sebelum Projek Dilakukan 27

3.2.4.2 Semasa Projek Dilakukan 27

3.2.4.3 Selepas Projek Disiapkan 28

3.2.5 Penilaian 28

3.3 Rekabentuk Litar 28

3.4 Pemilihan Bahan 30

3.4.1 Alatan Tangan Yang Digunakan 30

3.4.2 Bahan Projek 31

3.5 Pengiraan Kos 32

3.5.1 Kos Bahan 32

3.5.2 Kos Upah 33

3.5.3 Kos Sampingan 33

3.5.4 Kos Pengeluaran 34

3.5.5 Keuntungan 34

3.6 Kaedah Pembuatan 35

3.6.1 Pembinaan 35

3.6.2 Pemasangan 35

3.6.3 Pengujian 36

3.7 Populasi Kajian 36

3.8 Instrumen Kajian 36

3.9 Kesahan Soal Selidik 37

3.10 Kajian Rintis 37

3.11 Analisis Data 38

Page 7: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

x

3.12 Kesimpulan 40

BAB 4 PENGUJIAN REKA CIPTA DAN ANALISIS DATA 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Pengujian Alat Penjimatan Tenaga Elektrik

Sedia Ada Dipasaran 42

4.3 Analisis Pengujian Litar Kawalan 42

4.4 Perbandingan Analisis Alat Penjimatan Elektrik 43

4.5 Analisis dan Keputusan Soal Selidik 45

4.5.1 Analisis Bahagian A: Biodata Responden 45

4.5.1.1 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 45

4.5.1.2 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Umur 46

4.5.1.3 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Taraf Perkahwinan 47

4.5.1.4 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Tahap Pendidikan 47

4.5.1.5 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Kerjaya 48

4.5.1.6 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Pendapatan Bulanan 49

4.5.1.7 Taburan Mengikut Purata Bil

Elektrik Sebulan 49

4.5.1.8 Taburan Mengikut Pengguna

Yang Pernah Mencuba Alat Penjimatan

Elektrik Sedia Ada Dipasaran 50

Page 8: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

xi

4.5.2 Analisis Bahagian B: Analisa Setiap Item

Mengikut Aspek Pemasangan 51

4.5.2.1 Aspek Harga 51

4.5.2.2 Aspek Keselamatan 53

4.5.2.3 Aspek Keperluan 55

4.5.2.4 Aspek Mesra Pengguna 56

4.6 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 58

4.7 Kesimpulan 59

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan Kajian 61

5.2.1 Rumusan Pengujian 61

5.2.2 Rumusan Soalan Kajian 62

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Keputusan Kajian Rakacipta 63

5.3.2 Hasil Soal Selidik 64

5.4 Cadangan Dan Masa Depan Projek 64

5.5 Kesimpulan 65

RUJUKAN 67

LAMPIRAN A-C 68-79

Page 9: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Alatan tangan yang digunakan dalam

penghasilan prototaip. 30

3.2 Senarai bahan yang digunakan dalam

penghasilan prototaip. 31

3.3 Jadual Kos Bahan 32

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 39

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 1 39

3.6 Pemeringkatan Skala Likert 2 40

4.1 Dapatan pengujian alat penjimatan tenaga elektrik. 43

4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 45

4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur 46

4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Taraf Perkahwinan. 47

4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Tahap Pendidikan. 47

4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kerjaya 48

4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pendapatan Bulanan 49

4.8 Taburan Mengikut Purata Bil Elektrik Sebulan. 49

4.9 Taburan Mengikut Pengguna Yang Pernah Mencuba

Alat Penjimat Elektrik Sedia Ada Dipasaran 50

Page 10: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

xiii

4.10 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min

Responden yang menjawab item bagi persoalan

kajian pertama. 51

4.11 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden

yang menjawab item bagi persoalan kajian kedua. 53

4.12 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden

yang menjawab item bagi persoalan kajian ketiga. 55

4.13 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Responden

yang menjawab item bagi persoalan kajian keempat. 56

4.14 Analisis keseluruhan Purata Min Bagi

Keseluruhan Persoalan Kajian 58

Page 11: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

xiv

SENARAI GAMBARAJAH

NO. GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Harga Semasa Bagi Diesel dan

Minyak Mentah Bagi 2003 hingga

2008 (Sumber: http://www.eia.doe.gov) 4

2.1 Litar perintang 15

2.2 Gelombang I dan VR sefasa 16

2.3 Rajah Vektor I dan VR 16

2.4 Litar Pemuat 17

2.5 Gelombang I dan VC 17

2.6 Rajah Vektor I dan VC 18

2.7 Litar Pemuat 19

2.8 Bentuk Gelombang I dan VL 19

2.9 Gambar Rajah Vektor VL dan I 20

3.1 Model reka bentuk ADDIE (Sumber:

http://www.engineering-ed.org/isd_model.htm) 25

3.2 Litar pembetulan faktor kuasa aktif 29

4.1 (a) Litar pembetulan faktor kuasa bank

kapasitor dan (b) Alat sebenar. 42

4.2 (a) Litar kawalan pembetulan faktor kuasa

aktif dan (b) Litar sebenar 43

Page 12: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

SPSS - Statistical Package For Social Science

V - Voltan

I - Arus

VC - Voltan Pemuat

VL - Voltan Peraruh

% - Peratus

Ω - Ohm

m - Mili

k - Kilo

µ - Mikro

n - Nano

p - Piko

P - Power

A - Ampere

F - Farad

H - Henry

kWj - Kilowatt jam

IC - Integrated Circuit

Page 13: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Kesahan Soal Selidik 68

B Borang Soal Selidik Responden 70

C Bahan Rujukan 77

Page 14: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Semenjak dua tahun kebelakangan ini, harga minyak di pasaran antarabangsa

telah meningkat secara mendadak dan negara kita juga tidak terkecuali daripada

mengalami kesan kenaikan ini. Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa ini

turut memberi kesan kepada harga gas di pasaran tempatan memandangkan harga gas

tempatan disandarkan kepada harga minyak.

Berikutan itu, kenaikan ini turut mempengaruhi harga arang batu di pasaran

dunia. Oleh kerana gas dan arang batu merupakan bahan api utama bagi penjanaan

elektrik di negara ini, sebarang kenaikan dalam harga kedua-dua bahan api ini akan

memberi kesan kepada kos penjanaan elektrik. Dengan mengambil kira dari segala

aspek, pihak kerajaan terpaksa menyemak semula tarif elektrik di negara ini bagi

menampung sebahagian daripada kesan kenaikan harga kedua-dua bahan api tersebut.

Berdasarkan kepada harga minyak pada masa ini telah mencecah USD135 setong, harga

pasaran bagi gas ialah dalam lingkunganRM41.30/mmBtu manakala harga arang batu

pula mencecah USD125/tan metrik berbanding dengan USD45/tan metrik semasa tarif

elektrik dinaikkan pada tahun 2006. (Laman Web Rasmi Kementerian Tenaga, Air dan

Komunikasi).

Page 15: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

2

Menurut B.M. Weedy (1996) terdapat tiga ciri utama yang mempengaruhi

penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik iaitu:

i) Ciri tenaga elektrik itu sendiri dimana ia tidak boleh disimpan dan

pengeluarannya perlu dikawal agar keluaran tenaga daripada penjana sama

dengan tenaga yang sampai ke beban.

ii) Pertambahan permintaan yang berterusan terhadap kuasa. Dengan ini jumlah

tenaga yang dijana perlu ditingkatkan agar dapat memenuhi keperluan pengguna.

iii) Taburan dan bentuk bahan api yang ada. Masalah kedudukan stesen dan jarak

penghantaran diambil kira dari segi ekonomi.

Daripada ciri pertama yang dinyatakan di atas, kawalan yang rapi dan perkiraan

yang tepat adalah amat penting memandangkan penjanaan tenaga perlu seiring dengan

keperluan yang perlu dipenuhi. Sekiranya tenaga yang dijana melebihi penggunaan,

Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menanggung kerugian yang besar. Namun,

jika penjanaan tidak dapat memenuhi keperluan pengguna, pihak yang terbabit akan

hilang kepercayaan daripada pengguna.

Dalam ciri kedua pula membawa maksud, kemajuan semasa telah meningkatkan

lagi permintaan terhadap penjanaan tenaga elektrik. Oleh itu, teknologi sedia ada yang

digunakan bagi menjana tenaga elektrik perlu dinaik taraf untuk memenuhi permintaan

yang semakin meningkat.

Page 16: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

3

Faktor yang ketiga jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan api dalam

menjana tenaga elektrik sangat mempengaruhi proses penjanaan. Ini kerana, segala kos

yang telah dikeluarkan dalam proses penjanaan ini merupakan kos yang perlu dibayar

oleh pengguna.

Walaupun tarif yang baru ini dikatakan tidak membebankan pengguna kerana

tiada kenaikan untuk pengguna domestik atau kediaman yang penggunaan bulanannya

sehingga 200kWj, namun dalam keadaan ekonomi seperti sekarang ini setiap wang

ringgit yang dibelanjakan dirasakan amat bernilai.

Berikutan kenaikan ini, rakyat Malaysia disaran untuk menjimatkan penggunaan

tenaga elektrik mereka tetapi dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi kini telah

berupaya memberikan alternatif kepada pengguna dengan penciptaan alat yang lebih

praktikal bagi tujuan yang sama iaitu alat penjimatan tenaga elektrik.

Walaubagaimanapun, pendedahan mengenai alat penjimatan tenaga elektrik kepada

pengguna ini masih kurang meluas kerana maklumat mengenainya amat terhad.

Fungsinya dalam menjimatkan tenaga elektrik juga masih ditahap yang rendah.

Kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik di pasaran hanya mampu menawarkan dari

15% hingga 30% pengurangan bil elektrik sebulan.

Sehubungan dengan itu, satu alternatif di ambil bagi menambahbaik kelemahan

ini dengan pembetulan faktor kuasa bagi mengurangkan kehilangan kuasa dan

seterusnya menjimatkan tenaga elektrik.

Page 17: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

4

1.2 Latarbelakang Masalah

Kenaikan tarif elektrik dijangka berterusan berikutan harga bahan api yang

sentiasa meningkat. Begitu juga dengan dua tahun yang lalu, tarif elektrik dinaikkan

atas alasan yang sama. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia naskhah 24 Mei 2006,

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pada masa itu, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik

berkata harga bahan api yang meningkat antara 69% hingga 244% sejak 1997

merupakan antara komponen utama yang menyebabkan kos pembekalan TNB melonjak

tinggi.

Jika dilihat daripada Graf 1.1 di bawah ini, dapat disimpulkan bahawa harga

bahan api akan terus meningkat dan seterusnya memungkinkan kadar tarif juga akan

terus meningkat. Oleh itu, kajian bagi tujuan penambahbaikan alat ini dirasakan sangat

perlu agar alat ini dapat berfungsi secara optimum.

Graf 1.1 : Harga Semasa Bagi Diesel dan Minyak Mentah Bagi 2003 hingga 2008

(Sumber: http://www.eia.doe.gov)

Page 18: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

5

1.3 Penyataan Masalah

Berikutan kenaikan tarif elektrik, para perekacipta mencuba pelbagai cara untuk

mencari jalan penyelesaian bagi mengurang dan menjimatkan penggunaan tenaga

elektrik. Terdapat banyak cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tetapi

penciptaan secara ‘segera’ ini tidak menjadikan peralatan itu lebih ekonomi tetapi ia

hanya meningkatkan kecekapan pada sistem grid elektrik tempatan seperti litar elektrik

sesebuah rumah atau bangunan.

Mutakhir ini terdapat pelbagai jenis alat penjimatan tenaga elektrik.

Kebiasaannya alat ini diiklankan didalam internet dan juga di dalam akhbar-akhbar

utama. Ini menunjukkan alat ini semakin mendapat sambutan dan perhatian pengguna.

Namun, keberkesanan alat ini masih tidak dapat dipastikan lagi. Ciri-ciri serta

maklumat tentang bagaimana alat ini berfungsi juga tidak dinyatakan oleh pengeluar.

Selain itu, tahap keselamatan pengguna juga diragui kejaminannya.

Oleh itu, projek ini akan mengkaji sejauh mana alat ini mampu berfungsi seperti

yang diiklankan di media massa. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menambah baik

agar alat ini sesuai dengan keperluan pengguna. Sistem keselamatan juga perlu diambil

kira agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini jika alat ini digunakan.

1.4 Objektif Kajian

Projek alat penjimatan tenaga elektrik ini dibangunkan untuk mencapai objektif berikut :

1.4.1 Merekacipta alat yang dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik pada

harga mampu milik.

Page 19: PEMBINAAN PROTOTAIP ALAT PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK · PDF filePendekatan yang digunakan adalah penjimatan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan

6

1.4.2 Mengkaji tahap keselamatan pengguna pada alat penjimatan tenaga elektrik ini.

1.4.3 Menghasilkan alat penjimatan tenaga elektrik yang dapat memenuhi keperluan

pengguna.

1.4.4 Menghasilkan alat penjimatan tenaga elektrik yang memenuhi ciri-ciri mesra

pengguna.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif yang telah dinyatakan, maka persoalan kajian yang

diperolehi adalah seperti berikut:

1.5.1 Adakah alat ini dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik pada harga

mampu milik?

1.5.2 Adakah alat penjimatan tenaga elektrik ini memenuhi tahap keselamatan

pengguna?

1.5.3 Adakah alat penjimatan tenaga elektrik ini memenuhi keperluan pengguna?

1.5.3 Adakah alat penjimatan tenaga elektrik ini memenuhi ciri-ciri mesra pengguna?