pembelajaran bestari

Upload: sampoernahijau

Post on 25-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 PEMBELAJARAN BESTARI

    1/4

    SUMBER PEMBELAJARAN

    Pengenalan

    Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber

    pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yangbijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya

    mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari.

    Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber

    pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya.

    Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara

    langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai

    perkembangan maksimum mengikut potensinya.

    Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan

    pembelajaran ialah;

    i Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah

    bestari

    ii Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang

    dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk

    digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

    Jenis Sumber Pembelajaran

    A. Sumber berasaskan

    manusia

    1. rakan sebaya

    2. guru

    3. pakar bidang

    4. pegawai sumber.

    B. Bahan bercetak

    1. buku

    2. majalah

    3. jurnal

    4. ensiklopedia

    5. surat khabar

    6. kad katalog

    7. kamus

    8. buku teks

    C. Bahan pandang

    dengar

    1. mikrofic

    2. radio

    3. televisyen

    4. video

    D. Sumber berasaskan

    komputer

    1. disket

    2. cakra padat

    3. cakra laser

    4. disket video

    5. internet

  • 7/25/2019 PEMBELAJARAN BESTARI

    2/4

    Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

    SUMBER KELEBIHAN KELEMAHAN

    A.Sumberberasaskan

    manusia

    - fleksibel- interaktif

    - secara lansung

    - mudah akses

    - tidak terjamin kualiti- sukar mendapatkan pakar

    yang berkewibawaan.

    B.Sumber bercetak - murah

    - kekal

    - senang dirujuk

    - mudah alih

    - mudah akses

    - tebal

    - berat

    - tidak boleh disunting

    - tidak terkini

    C. Sumber pandang

    dengar (audio-

    visual)

    - murah

    - menarik

    - pelbagai pancaindera

    - mudah akses

    - boleh berulang

    tayangan/siaran

    - boleh digunakan di mana-

    mana dan pada bila-bila

    masa

    - tidak tahan lasak

    - susah menyunting

    - tidak terkini

    D.Sumber

    berkomputer

    - amat fleksibel

    - mudah dimaskinikan

    - multi-media

    - jaringan tidak terhad- canggih

    - user friendly

    - mahal

    - menimbulkan tekanan

    - perisian terhad,

    - bergantung kepada bekalaneletrik

    - perlu mahir mengoperasikan

    komputer

    Kriteria memilih bahan atau sumber

    - selaras dengan falsafah pendidikan negara

    - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

    - releven dengan kurikulum

    - selaras dengan prinsip pedagogi

    - memberi maklumat terkini- cost effective

    - mudah diperolehi

    - mudah digunakan

    - mudah alih

    - mudah senggara

    - pelbagai rangsangan

    - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

    - fleksibel

  • 7/25/2019 PEMBELAJARAN BESTARI

    3/4

    Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran

    1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan

    penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang

    lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat bolehdikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang

    demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan

    komputer.

    2.

    Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet.

    Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh

    yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh

    meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.

    3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada

    kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus.

    Strategi Mengoptimumkan Sumber

    Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak,

    kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu

    menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum

    supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.

    Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh

    digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat

    keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik

    darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang

    dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.

    Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting

    bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh

    diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang

    didapati dalam sebuah sekolah bestari.

    Strategi Pengoptimuman sumber

    1. CantumanPelbagai Jenis Sumber

    Guru boleh menggunakan authorwareuntuk mencantumkan bahan daripada sumber

    audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word

    prosessor atau electronic presentation untuk dihasilkan bahan pengajaran

    pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.

    2 Penggunaan SerentakBeberapa Jenis Sumber

    Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera

    murid. Aktiviti hand on serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan

    mengoptimukan proses pembelajarannya.

  • 7/25/2019 PEMBELAJARAN BESTARI

    4/4

    Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan

    menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan

    penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya.

    Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada

    internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula,

    murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputerdan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang

    dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing

    melalui classnetdalam bilik darjah bestari itu.

    3. Perkongsian melalui internet

    Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus

    dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama.

    Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk

    berkongsi bahan pembelajaran melalui edunet. Melalui internet seseorang guru

    boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapaikejayaan yang boleh dibanggakan.

    4 Penyelidikan dan Pembangunan

    Guru digalak menjalankan kajian tindakan mengumpul maklumat tentangpengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan

    pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara

    mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain.