pembangunan sistem aplikasi mobile (myikan) dan paparan...

20
2017 AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA 6/21/2017 Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan Elektronik Melalui Integrasi Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan dan Cuaca Lautan (MSI15007)

Upload: others

Post on 16-Dec-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

2017

AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA

6/21/2017

Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan)

dan Paparan Elektronik Melalui Integrasi

Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan dan Cuaca

Lautan (MSI15007)

Page 2: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

2

Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan

Elektronik Melalui Integrasi Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan

dan Cuaca Lautan (MSI15007)

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM),

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

1. PENGENALAN

a. Maklumat Projek

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan atau lebih dikenali sebagai

Sistem FSI telah beroperasi dengan jayanya pada tahun 2011 dan telah

memberi manfaat kepada komuniti nelayan di seluruh negara.

Sistem ini berasaskan teknologi remote sensing yang menggunakan data

satelit Aqua, Terra dan Soumi NPP dalam menentukan lokasi ikan yang

berkepadatan tinggi berdasarkan parameter biofizikal dan fizikal marin lautan.

Maklumat lokasi penangkapan ikan ini disebarkan kepada nelayan melalui

Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal di

http://ikan.remotesensing.gov.my.

Bagi memperluas dan mengoptimumkan lagi capaian pengguna berdaftar

(pemilik vesel) kepada maklumat lokasi penangkapan ikan dan cuaca lautan,

by product Sistem FSI yang terdiri daripada aplikasi mobile MyIkan dan

paparan elektronik telah dibangunkan. Paparan elektronik telah dipasang di

enam (6) PNK terpilih di seluruh negara.

Capaian maklumat lokasi ikan melalui aplikasi telefon pintar MyIkan

membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, cepat

dan mesra pengguna seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Manakala bagi pemasangan paparan elektronik pula disasarkan khususnya

kepada nelayan tradisional yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.

Kedua-dua by product Sistem FSI ini ditambahbaik dengan maklumat daripada

MetMalaysia yang terdiri dari data semasa perairan arus, ketinggian ombak,

Page 3: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

3

cuaca dan arah angin bagi membolehkan nelayan merancang operasi

penangkapan ikan dengan lebih cekap dan efisien.

2. LAPORAN INOVASI

a. Objektif Projek

Meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat lokasi penangkapan ikan

dan cuaca lautan secara lebih cepat dan mesra pengguna melalui Sistem

Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan Elektronik.

b. Proses Pelaksanaan Inovasi

i. Integrasi Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan dan Cuaca

Lautan.

ii. Pembangunan Sistem Penyebaran.

a. Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan).

User requirement study

Perolehan perisian dan perkakasan

Pembangunan dan pengujian

User acceptance test

b. Pembangunan Sistem Paparan Elektronik.

Pembangunan Sistem Paparan Elektronik

Konfigurasi dan instalasi Sistem di enam (6) PNK

Pengujian sistem dan rangkaian

Page 4: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

4

c. Proses Sebelum dan Selepas

Senarai maklumat berkaitan sebelum dan selepas proses pelaksanaan

inovasi adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Proses sebelum dan selepas pelaksanaan inovasi.

BIL. SEBELUM SELEPAS

1. Nelayan hanya berpandukan

kepada pengalaman sendiri dan

perkongsian maklumat dari rakan

rapat mereka dan mengambil

masa yang lama untuk

menentukan kawasan tangkapan

ikan.

Imej satelit remote sensing

berupaya menentukan lokasi

berpotensi penangkapan ikan

dengan cepat dan tepat, serta

dapat mengenalpasti kawasan

penangkapan berpotensi tinggi

yang baharu. Nelayan kini dengan

mudah dapat mengetahui lokasi-

lokasi yang berpotensi untuk

penangkapan ikan sebelum turun

ke laut dan boleh terus menuju ke

lokasi yang dikenalpasti.

2. Menggunakan dua kaedah

penyebaran maklumat lokasi

penangkapan ikan kepada nelayan

iaitu menerusi khidmat Sistem

Pesanan Ringkas (MySMS-15888)

dan capaian secara atas talian

menerusi portal

(http://ikan.remotesensing.gov.my)

Maklumat kini lebih cepat, tepat,

ringkas dan mesra pengguna

melalui aplikasi mobile MyIkan

dan paparan elektronik di enam

(6) Persatuan Nelayan Kawasan

terpilih diseluruh negara.

3. Maklumat lokasi berpotensi

penangkapan ikan sahaja.

Integrasi secara bersepadu

maklumat lokasi berpotensi

penangkapan ikan dan cuaca

lautan.

4. Nelayan menggunakan

konvensional iaitu search and

catch

Nelayan telah dapat menjimatkan

masa operasi di laut melalui

koordinat lokasi berpotensi

penangkapan ikan yang

dibekalkan sekaligus dapat

meningkatkan hasil tangkapan

dan mengurangkan kos operasi

Page 5: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

5

d. Elemen Penurunan Kuasa (jika ada)

Tidak berkenaan.

e. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan/

Agensi/ Negara:

i. Elemen Inovatif/Kreativiti

1. Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

1.1. Kaedah penentuan lokasi penangkapan ikan berasaskan

imej satelit merupakan satu transformasi dalam bidang

perikanan tangkapan di Malaysia.

1.2. Kaedah tradisi yang diamalkan nelayan sebelum ini adalah

kurang efisyen dan melibatkan kos operasi yang tinggi.

1.3. Imej satelit remote sensing berupaya menentukan lokasi

berpotensi penangkapan ikan dengan cepat dan tepat,

serta menambahkan carian kawasan penangkapan

berpotensi tinggi yang baharu.

1.4. Menambahbaik dua (2) kaedah baharu dan terkini dalam

penyebaran maklumat lokasi penangkapan ikan dan

cuaca lautan kepada nelayan iaitu melalui aplikasi mobile

MyIkan dan paparan elektronik. Kaedah penyebaran

maklumat ini memudahkan penyampaian maklumat

kepada nelayan dan mengambil masa yang singkat

2. Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah

2.1 Nelayan kini dengan mudah dapat mengetahui lokasi-

lokasi yang berpotensi untuk penangkapan ikan dibantu

dengan maklumat keadaan cuaca lautan sebelum turun ke

laut dan boleh terus menuju ke lokasi yang dikenalpasti

untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang jauh lebih

tinggi daripada biasa.

2.2 Maklumat lokasi berpotensi penangkapan ikan dan cuaca

lautan boleh diakses oleh nelayan melalui kaedah

penyebaran baharu iaitu aplikasi mobile MyIkan dan

mendapatkan maklumat secara terus melalui paparan

Page 6: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

6

elektronik yang di paparkan di jeti pendaratan ikan dan

Persatuan Nelayan Kawasan.

2.3 Paparan maklumat lokasi berpotensi penangkapan ikan

dan cuaca lautan secara lebih interaktif.

2.4 MyIkan dibangunkan oleh tenaga kepakaran dalaman

ARSM, MetMalaysia dan agensi perikanan iaitu LKIM,

DOF dan NEKMAT, maka penyelenggaraan dan

penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan mudah dan

secara berterusan bagi memastikan sistem dapat

beroperasi dengan optimum.

2.5 Medium capaian maklumat MyIkan telah diperluas dengan

pembangunan dan pengoperasian aplikasi mobile MyIkan

yang boleh dimuat naik secara percuma melalui Play Store

dan App Store.

3. Lain-lain berkaitan

Capaian sistem ini telah diperluaskan melalui pembangunan dan

pengoperasian Mobile Apps MyIkan melalui integrasi maklumat

lokasi penangkapan ikan dan cuaca lautan.

ii. Elemen Keberkesanan

1. Gambaran faedah yang nyata diperolehi

1.1. Menyedia dan meningkatkan kaedah sistem sebaran

maklumat melalui aplikasi mobile MyIkan dan paparan

elektronik disamping dapat memupuk komuniti nelayan yang

celik IT dengan menggalakkan mereka menggunakan

kemudahan ICT bagi mendapatkan maklumat lokasi

penangkapan ikan secara online.

Page 7: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

7

2. Peningkatan produktiviti/kepuasan

2.1 Menjamin peningkatan hasil pendapatan dan menjimatkan

masa operasi penangkapan ikan melalui capaian informasi

yang lebih cepat, mudah dan efisien.

2.2 Aplikasi Mobile MyIkan ini menyediakan maklumat lokasi

berpotensi penangkapan ikan dan cuaca lautan yang

memudahkan navigasi nelayan ke kawasan berpotensi

yang dikenalpasti. Penggunaan aplikasi mudah alih ini

boleh meningkatkan kemudahan, kecekapan dan

ketelusan penyampaian maklumat dan secara real time.

3. Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)

Tidak berkaitan

iii. Elemen Signifikan

1. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan

1.1. Capaian mudah dan efisien secara online menggunakan

aplikasi mobile dan paparan secara terus di persatuan

nelayan kawasan dan jeti-jeti pendaratan ikan melalui

paparan elektronik.

1.2. Paparan maklumat yang mudah difahami dalam bentuk

grafik dan interaktif.

1.3. Kesan langsung dalam projek ini adalah dengan

penjimatan masa oleh nelayan semasa mencari lokasi

berpotensi penangkapan ikan.

1.4. Nelayan hanya perlu terus ke lokasi berdasarkan

koordinat lokasi berpotensi penangkapan ikan yang

diberikan.

2. Penjimatan masa/kos/sumber manusia

2.1 Di peringkat kerajaan:

Sistem ini telah dibangunkan secara in-house

menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan

Page 8: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

8

infrastruktur ICT sedia ada di ARSM, MetMalaysia, LKIM,

DOF dan juga NEKMAT. Oleh itu pembangunannya tidak

memberi implikasi kos tambahan kepada kerajaan.

Pendekatan ini juga telah menyumbang kepada

pembangunan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja

dalaman agensi.

2.2 Di peringkat pengguna:

Pengguna boleh menggunakan mana-mana peralatan

yang boleh mengakses internet (komputer, tablet, smart

phone dan lain-lain) untuk capaian maklumat dalam

MyIkan.

Masa dan kos operasi penangkapan ikan dapat

dikurangkan berbanding kaedah yang diamalkan nelayan

sebelum ini sekaligus dapat meningkatkan hasil

tangkapan.

3. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

Sistem ini akan memberi manfaat kepada 30,000 nelayan yang

menggunakan perkakasan pukat jerut dan pukat hanyut. Melalui

penggunaan sistem ini, nelayan telah dapat meningkatkan hasil

tangkapan dan menjimatkan masa operasi penangkapan ikan di

laut. Secara tidak langsung, ini dapat menyumbang kepada

peningkatan taraf hidup dan sosio-ekonomi komuniti nelayan,

mengurangkan import ikan negara dan seterusnya dapat

memacu industri perikanan negara menjadi lebih berdaya maju.

Peningkatan hasil tangkapan juga boleh menurunkan harga ikan

dipasaran selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan

kos sara hidup rakyat secara keseluruhannya.

Page 9: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

9

iv. Elemen Relevan

Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional

Industri perikanan di Malaysia menghadapi banyak cabaran semasa

dan persaingan yang hebat terutamanya dari segi penggunaan

tenaga kerja, peningkatan kos operasi dan sumber perikanan yang

semakin terjejas. Sebelum tahun 80-an nelayan menggunakan

pengalaman dan kaedah tradisional seperti panduan tanda darat,

bintang dan sebagainya untuk mengenalpasti lokasi ikan. Mulai

tahun 80-an teknologi baru telah berkembang dimana majoriti

daripada nelayan kini telah menggunakan peralatan seperti GPS,

sonar, echo sounder serta peralatan penangkapan yang lebih

moden dalam operasi penangkapan ikan.

Dalam usaha mewujudkan kaedah baharu yang lebih efisyen bagi

meningkatkan tangkapan ikan nelayan, satu sistem berkomputer

yang dikenali sebagai Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan

(Sistem FSI) telah dibangunkan pada tahun 2010 dan kini telah

ditambahbaik dengan mewujudkan kaedah penyampaian maklumat

yang lebih cepat dan mesra pengguna iaitu melalui aplikasi mobile

MyIkan dan paparan elektronik. Sistem ini dapat menjimatkan masa

pencarian lokasi populasi ikan yang tinggi, menjimatkan

penggunaan bahan api vesel dan meningkatkan hasil tangkapan.

Pelaksanaan sistem ini telah juga memenuhi hasrat salah satu

daripada 6 teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara atau

NKRA (National Key Result Areas) iaitu untuk meningkatkan taraf

hidup isi rumah berpendapatan rendah melalui peningkatan

pendapatan nelayan (faedah tidak langsung dari peningkatan jumlah

penangkapan ikan).

Page 10: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

10

f. Pengiktirafan Diterima

Sistem FSI yang digunakan oleh nelayan telah berjaya meningkatkan hasil

pendaratan ikan pelagik negara dan mengurangkan import ikan tersebut

sebanyak 24 peratus dengan nilaian RM350 juta. Kemuncak kejayaan

Sistem FSI dalam memberi manfaat kepada negara telah diiktiraf dengan

dinobatkan sebagai johan bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam 2014 (AISA

2014) bagi kategori ICT.

Keberkesanan penggunaan Sistem FSI untuk meningkatkan jumlah

tangkapan dan pendaratan ikan oleh nelayan telah diakui oleh Y.Bhg. Dato’

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Pemandu Projek FSI 2014 pada 10 Mac 2014 yang lalu. DOF turut

menyenaraikan Sistem FSI di bawah KPI Jabatan pada tahun 2014 untuk

memastikan pelaksanaannya adalah secara holistik kepada nelayan

diseluruh Malaysia disertai dengan konsep pengurusan sumber perikanan

secara mapan.

Page 11: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

11

g. Gambar-gambar berkaitan

OUTPUT PROJEK

1. Aplikasi Mobile MyIkan

Paparan Login Pengguna Paparan Koordinat Lokasi Ikan

Paparan Maklumat Cuaca

Page 12: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

12

2. Paparan Elektronik Di Persatuan Nelayan Kawasan

Paparan Maklumat Ombak dan Carta Angin

Paparan Imej Radar

Paparan Maklumat Air Pasang Surut Paparan Keadaan Cuaca Perairan

Page 13: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

13

Perbincangan Dengan Pihak Persatuan Nelayan Kawasan dan Agensi Perikanan

Pengujian Talian Jalur Lebar di PNK

Page 14: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

14

Pengujian dan Konfigurasi Paparan Elektronik

Pengujian dan Konfigurasi Aplikasi Mobile

Page 15: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

15

Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Kuantan, Pahang

Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Semerak, Kelantan

Page 16: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

16

Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Kuala Kedah

Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Sri Muara, Sarawak

Page 17: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

17

Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Belawai, Sarawak

Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Kudat, Sabah

Page 18: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

18

Penerangan Sistem MyIkan Kepada Nelayan Kudat, Sabah

Penerangan Sistem MyIkan Kepada Nelayan Kuantan, Pahang

Page 19: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

19

Lawatan Oleh Pasukan PMT MOSTI ke Jeti Pendaratan Ikan LKIM Kuantan

Pada 1 Mac 2016

Lawatan Kerja Ketua Pengarah ARSM ke Kompleks LKIM Kuantan , Pahang

Pada 29 April 2016

Page 20: Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2208-myikan.pdf · 2017. 7. 5. · Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal

20

h. Implikasi Kewangan (jika ada)

Tiada implikasi kewangan yang besar kerana MyIkan telah dibangunkan

secara in-house menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan

infrastruktur ICT sedia ada di ARSM, MetMalaysia dan agensi perikanan.

3. PENUTUP

Inisiatif pembangunan sistem MyIkan ini telah memberi kesedaran kepada

nelayan berkaitan dengan penggunaan teknologi baharu dalam membantu

meningkatkan hasil tangkapan disamping meningkatkan taraf sosio ekonomi

komuniti nelayan khususnya kepada nelayan pesisir pantai.

Melalui penggunaan aplikasi mobile dan paparan elektronik ini, nelayan

berupaya meningkatkan hasil tangkapan dan menjimatkan masa operasi

penangkapan ikan di laut. Jika sebelum ini, nelayan menggunakan cara

konvensional iaitu search and catch, dengan adanya aplikasi ini nelayan hanya

perlu terus ke lokasi berdasarkan koordinat lokasi berpotensi penangkapan

ikan dan dibantu maklumat keadaan cuaca yang diberikan.