2017
AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA
6/21/2017
Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan)
dan Paparan Elektronik Melalui Integrasi
Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan dan Cuaca
Lautan (MSI15007)
2
Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan
Elektronik Melalui Integrasi Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan
dan Cuaca Lautan (MSI15007)
Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM),
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
1. PENGENALAN
a. Maklumat Projek
Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan atau lebih dikenali sebagai
Sistem FSI telah beroperasi dengan jayanya pada tahun 2011 dan telah
memberi manfaat kepada komuniti nelayan di seluruh negara.
Sistem ini berasaskan teknologi remote sensing yang menggunakan data
satelit Aqua, Terra dan Soumi NPP dalam menentukan lokasi ikan yang
berkepadatan tinggi berdasarkan parameter biofizikal dan fizikal marin lautan.
Maklumat lokasi penangkapan ikan ini disebarkan kepada nelayan melalui
Gerbang SMS kerajaan (MySMS 15888) dan melalui portal di
http://ikan.remotesensing.gov.my.
Bagi memperluas dan mengoptimumkan lagi capaian pengguna berdaftar
(pemilik vesel) kepada maklumat lokasi penangkapan ikan dan cuaca lautan,
by product Sistem FSI yang terdiri daripada aplikasi mobile MyIkan dan
paparan elektronik telah dibangunkan. Paparan elektronik telah dipasang di
enam (6) PNK terpilih di seluruh negara.
Capaian maklumat lokasi ikan melalui aplikasi telefon pintar MyIkan
membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, cepat
dan mesra pengguna seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Manakala bagi pemasangan paparan elektronik pula disasarkan khususnya
kepada nelayan tradisional yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar.
Kedua-dua by product Sistem FSI ini ditambahbaik dengan maklumat daripada
MetMalaysia yang terdiri dari data semasa perairan arus, ketinggian ombak,
3
cuaca dan arah angin bagi membolehkan nelayan merancang operasi
penangkapan ikan dengan lebih cekap dan efisien.
2. LAPORAN INOVASI
a. Objektif Projek
Meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat lokasi penangkapan ikan
dan cuaca lautan secara lebih cepat dan mesra pengguna melalui Sistem
Aplikasi Mobile (MyIkan) dan Paparan Elektronik.
b. Proses Pelaksanaan Inovasi
i. Integrasi Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan dan Cuaca
Lautan.
ii. Pembangunan Sistem Penyebaran.
a. Pembangunan Sistem Aplikasi Mobile (MyIkan).
User requirement study
Perolehan perisian dan perkakasan
Pembangunan dan pengujian
User acceptance test
b. Pembangunan Sistem Paparan Elektronik.
Pembangunan Sistem Paparan Elektronik
Konfigurasi dan instalasi Sistem di enam (6) PNK
Pengujian sistem dan rangkaian
4
c. Proses Sebelum dan Selepas
Senarai maklumat berkaitan sebelum dan selepas proses pelaksanaan
inovasi adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Proses sebelum dan selepas pelaksanaan inovasi.
BIL. SEBELUM SELEPAS
1. Nelayan hanya berpandukan
kepada pengalaman sendiri dan
perkongsian maklumat dari rakan
rapat mereka dan mengambil
masa yang lama untuk
menentukan kawasan tangkapan
ikan.
Imej satelit remote sensing
berupaya menentukan lokasi
berpotensi penangkapan ikan
dengan cepat dan tepat, serta
dapat mengenalpasti kawasan
penangkapan berpotensi tinggi
yang baharu. Nelayan kini dengan
mudah dapat mengetahui lokasi-
lokasi yang berpotensi untuk
penangkapan ikan sebelum turun
ke laut dan boleh terus menuju ke
lokasi yang dikenalpasti.
2. Menggunakan dua kaedah
penyebaran maklumat lokasi
penangkapan ikan kepada nelayan
iaitu menerusi khidmat Sistem
Pesanan Ringkas (MySMS-15888)
dan capaian secara atas talian
menerusi portal
(http://ikan.remotesensing.gov.my)
Maklumat kini lebih cepat, tepat,
ringkas dan mesra pengguna
melalui aplikasi mobile MyIkan
dan paparan elektronik di enam
(6) Persatuan Nelayan Kawasan
terpilih diseluruh negara.
3. Maklumat lokasi berpotensi
penangkapan ikan sahaja.
Integrasi secara bersepadu
maklumat lokasi berpotensi
penangkapan ikan dan cuaca
lautan.
4. Nelayan menggunakan
konvensional iaitu search and
catch
Nelayan telah dapat menjimatkan
masa operasi di laut melalui
koordinat lokasi berpotensi
penangkapan ikan yang
dibekalkan sekaligus dapat
meningkatkan hasil tangkapan
dan mengurangkan kos operasi
5
d. Elemen Penurunan Kuasa (jika ada)
Tidak berkenaan.
e. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan/
Agensi/ Negara:
i. Elemen Inovatif/Kreativiti
1. Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik
1.1. Kaedah penentuan lokasi penangkapan ikan berasaskan
imej satelit merupakan satu transformasi dalam bidang
perikanan tangkapan di Malaysia.
1.2. Kaedah tradisi yang diamalkan nelayan sebelum ini adalah
kurang efisyen dan melibatkan kos operasi yang tinggi.
1.3. Imej satelit remote sensing berupaya menentukan lokasi
berpotensi penangkapan ikan dengan cepat dan tepat,
serta menambahkan carian kawasan penangkapan
berpotensi tinggi yang baharu.
1.4. Menambahbaik dua (2) kaedah baharu dan terkini dalam
penyebaran maklumat lokasi penangkapan ikan dan
cuaca lautan kepada nelayan iaitu melalui aplikasi mobile
MyIkan dan paparan elektronik. Kaedah penyebaran
maklumat ini memudahkan penyampaian maklumat
kepada nelayan dan mengambil masa yang singkat
2. Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
2.1 Nelayan kini dengan mudah dapat mengetahui lokasi-
lokasi yang berpotensi untuk penangkapan ikan dibantu
dengan maklumat keadaan cuaca lautan sebelum turun ke
laut dan boleh terus menuju ke lokasi yang dikenalpasti
untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang jauh lebih
tinggi daripada biasa.
2.2 Maklumat lokasi berpotensi penangkapan ikan dan cuaca
lautan boleh diakses oleh nelayan melalui kaedah
penyebaran baharu iaitu aplikasi mobile MyIkan dan
mendapatkan maklumat secara terus melalui paparan
6
elektronik yang di paparkan di jeti pendaratan ikan dan
Persatuan Nelayan Kawasan.
2.3 Paparan maklumat lokasi berpotensi penangkapan ikan
dan cuaca lautan secara lebih interaktif.
2.4 MyIkan dibangunkan oleh tenaga kepakaran dalaman
ARSM, MetMalaysia dan agensi perikanan iaitu LKIM,
DOF dan NEKMAT, maka penyelenggaraan dan
penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan mudah dan
secara berterusan bagi memastikan sistem dapat
beroperasi dengan optimum.
2.5 Medium capaian maklumat MyIkan telah diperluas dengan
pembangunan dan pengoperasian aplikasi mobile MyIkan
yang boleh dimuat naik secara percuma melalui Play Store
dan App Store.
3. Lain-lain berkaitan
Capaian sistem ini telah diperluaskan melalui pembangunan dan
pengoperasian Mobile Apps MyIkan melalui integrasi maklumat
lokasi penangkapan ikan dan cuaca lautan.
ii. Elemen Keberkesanan
1. Gambaran faedah yang nyata diperolehi
1.1. Menyedia dan meningkatkan kaedah sistem sebaran
maklumat melalui aplikasi mobile MyIkan dan paparan
elektronik disamping dapat memupuk komuniti nelayan yang
celik IT dengan menggalakkan mereka menggunakan
kemudahan ICT bagi mendapatkan maklumat lokasi
penangkapan ikan secara online.
7
2. Peningkatan produktiviti/kepuasan
2.1 Menjamin peningkatan hasil pendapatan dan menjimatkan
masa operasi penangkapan ikan melalui capaian informasi
yang lebih cepat, mudah dan efisien.
2.2 Aplikasi Mobile MyIkan ini menyediakan maklumat lokasi
berpotensi penangkapan ikan dan cuaca lautan yang
memudahkan navigasi nelayan ke kawasan berpotensi
yang dikenalpasti. Penggunaan aplikasi mudah alih ini
boleh meningkatkan kemudahan, kecekapan dan
ketelusan penyampaian maklumat dan secara real time.
3. Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)
Tidak berkaitan
iii. Elemen Signifikan
1. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
1.1. Capaian mudah dan efisien secara online menggunakan
aplikasi mobile dan paparan secara terus di persatuan
nelayan kawasan dan jeti-jeti pendaratan ikan melalui
paparan elektronik.
1.2. Paparan maklumat yang mudah difahami dalam bentuk
grafik dan interaktif.
1.3. Kesan langsung dalam projek ini adalah dengan
penjimatan masa oleh nelayan semasa mencari lokasi
berpotensi penangkapan ikan.
1.4. Nelayan hanya perlu terus ke lokasi berdasarkan
koordinat lokasi berpotensi penangkapan ikan yang
diberikan.
2. Penjimatan masa/kos/sumber manusia
2.1 Di peringkat kerajaan:
Sistem ini telah dibangunkan secara in-house
menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan
8
infrastruktur ICT sedia ada di ARSM, MetMalaysia, LKIM,
DOF dan juga NEKMAT. Oleh itu pembangunannya tidak
memberi implikasi kos tambahan kepada kerajaan.
Pendekatan ini juga telah menyumbang kepada
pembangunan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja
dalaman agensi.
2.2 Di peringkat pengguna:
Pengguna boleh menggunakan mana-mana peralatan
yang boleh mengakses internet (komputer, tablet, smart
phone dan lain-lain) untuk capaian maklumat dalam
MyIkan.
Masa dan kos operasi penangkapan ikan dapat
dikurangkan berbanding kaedah yang diamalkan nelayan
sebelum ini sekaligus dapat meningkatkan hasil
tangkapan.
3. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
Sistem ini akan memberi manfaat kepada 30,000 nelayan yang
menggunakan perkakasan pukat jerut dan pukat hanyut. Melalui
penggunaan sistem ini, nelayan telah dapat meningkatkan hasil
tangkapan dan menjimatkan masa operasi penangkapan ikan di
laut. Secara tidak langsung, ini dapat menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup dan sosio-ekonomi komuniti nelayan,
mengurangkan import ikan negara dan seterusnya dapat
memacu industri perikanan negara menjadi lebih berdaya maju.
Peningkatan hasil tangkapan juga boleh menurunkan harga ikan
dipasaran selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan
kos sara hidup rakyat secara keseluruhannya.
9
iv. Elemen Relevan
Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
Industri perikanan di Malaysia menghadapi banyak cabaran semasa
dan persaingan yang hebat terutamanya dari segi penggunaan
tenaga kerja, peningkatan kos operasi dan sumber perikanan yang
semakin terjejas. Sebelum tahun 80-an nelayan menggunakan
pengalaman dan kaedah tradisional seperti panduan tanda darat,
bintang dan sebagainya untuk mengenalpasti lokasi ikan. Mulai
tahun 80-an teknologi baru telah berkembang dimana majoriti
daripada nelayan kini telah menggunakan peralatan seperti GPS,
sonar, echo sounder serta peralatan penangkapan yang lebih
moden dalam operasi penangkapan ikan.
Dalam usaha mewujudkan kaedah baharu yang lebih efisyen bagi
meningkatkan tangkapan ikan nelayan, satu sistem berkomputer
yang dikenali sebagai Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan
(Sistem FSI) telah dibangunkan pada tahun 2010 dan kini telah
ditambahbaik dengan mewujudkan kaedah penyampaian maklumat
yang lebih cepat dan mesra pengguna iaitu melalui aplikasi mobile
MyIkan dan paparan elektronik. Sistem ini dapat menjimatkan masa
pencarian lokasi populasi ikan yang tinggi, menjimatkan
penggunaan bahan api vesel dan meningkatkan hasil tangkapan.
Pelaksanaan sistem ini telah juga memenuhi hasrat salah satu
daripada 6 teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara atau
NKRA (National Key Result Areas) iaitu untuk meningkatkan taraf
hidup isi rumah berpendapatan rendah melalui peningkatan
pendapatan nelayan (faedah tidak langsung dari peningkatan jumlah
penangkapan ikan).
10
f. Pengiktirafan Diterima
Sistem FSI yang digunakan oleh nelayan telah berjaya meningkatkan hasil
pendaratan ikan pelagik negara dan mengurangkan import ikan tersebut
sebanyak 24 peratus dengan nilaian RM350 juta. Kemuncak kejayaan
Sistem FSI dalam memberi manfaat kepada negara telah diiktiraf dengan
dinobatkan sebagai johan bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam 2014 (AISA
2014) bagi kategori ICT.
Keberkesanan penggunaan Sistem FSI untuk meningkatkan jumlah
tangkapan dan pendaratan ikan oleh nelayan telah diakui oleh Y.Bhg. Dato’
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu Projek FSI 2014 pada 10 Mac 2014 yang lalu. DOF turut
menyenaraikan Sistem FSI di bawah KPI Jabatan pada tahun 2014 untuk
memastikan pelaksanaannya adalah secara holistik kepada nelayan
diseluruh Malaysia disertai dengan konsep pengurusan sumber perikanan
secara mapan.
11
g. Gambar-gambar berkaitan
OUTPUT PROJEK
1. Aplikasi Mobile MyIkan
Paparan Login Pengguna Paparan Koordinat Lokasi Ikan
Paparan Maklumat Cuaca
12
2. Paparan Elektronik Di Persatuan Nelayan Kawasan
Paparan Maklumat Ombak dan Carta Angin
Paparan Imej Radar
Paparan Maklumat Air Pasang Surut Paparan Keadaan Cuaca Perairan
13
Perbincangan Dengan Pihak Persatuan Nelayan Kawasan dan Agensi Perikanan
Pengujian Talian Jalur Lebar di PNK
14
Pengujian dan Konfigurasi Paparan Elektronik
Pengujian dan Konfigurasi Aplikasi Mobile
15
Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Kuantan, Pahang
Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Semerak, Kelantan
16
Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Kuala Kedah
Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Sri Muara, Sarawak
17
Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Belawai, Sarawak
Pemasangan Paparan Elektronik di PNK Kudat, Sabah
18
Penerangan Sistem MyIkan Kepada Nelayan Kudat, Sabah
Penerangan Sistem MyIkan Kepada Nelayan Kuantan, Pahang
19
Lawatan Oleh Pasukan PMT MOSTI ke Jeti Pendaratan Ikan LKIM Kuantan
Pada 1 Mac 2016
Lawatan Kerja Ketua Pengarah ARSM ke Kompleks LKIM Kuantan , Pahang
Pada 29 April 2016
20
h. Implikasi Kewangan (jika ada)
Tiada implikasi kewangan yang besar kerana MyIkan telah dibangunkan
secara in-house menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan
infrastruktur ICT sedia ada di ARSM, MetMalaysia dan agensi perikanan.
3. PENUTUP
Inisiatif pembangunan sistem MyIkan ini telah memberi kesedaran kepada
nelayan berkaitan dengan penggunaan teknologi baharu dalam membantu
meningkatkan hasil tangkapan disamping meningkatkan taraf sosio ekonomi
komuniti nelayan khususnya kepada nelayan pesisir pantai.
Melalui penggunaan aplikasi mobile dan paparan elektronik ini, nelayan
berupaya meningkatkan hasil tangkapan dan menjimatkan masa operasi
penangkapan ikan di laut. Jika sebelum ini, nelayan menggunakan cara
konvensional iaitu search and catch, dengan adanya aplikasi ini nelayan hanya
perlu terus ke lokasi berdasarkan koordinat lokasi berpotensi penangkapan
ikan dan dibantu maklumat keadaan cuaca yang diberikan.