pembangunan 1malaysia; isu persaudaraan masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/seminar kemahiran...

10
Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat Islam dan Bukan Islam Melalui Aktiviti Kerja Sosial Dr. Nur Azuki bin Yusuff Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan Abstrak Penulisan ini bertujuan menyatakan kembali kedudukan dan peranan masyarakat bukan Islam di Malaysia menurut perspektif fikah Islam dari sudut sosio politik dan selainnya. Isu Persaudaraan Masyarakat Islam dan Bukan Islam perlu dinyatakan dengan mudah agar tanggapan buruk hubungan sebelum ini dapat dipulihkan. Selain itu konsep dan strategi kerja sosial yang menyatukan peranan masyarakat muslim dan bukan Islam turut diketengahkan. Usaha kerja sosial adalah satu mekanisme penting digerakkan dalam usaha merealisasikan konsep persaudaraan dalam Islam dan pembangunan 1Malaysia. 1.0 Pendahuluan Konsep 1Malaysia perlu didokong menjadi satu usaha berterusan setiap warga Malaysia berpaksikan proses integrasi kaum yang lebih padu, toleransi dan berkasih sayang. Persaudaraan dimaksudkan sebagai persaudaraan senegara, sehati sejiwa dengan masyarakat berlainan agama dari Islam. Justeru, persaudaraan tersebut perlu mengambilkira kedudukan masyarakat bukan Islam di Malaysia dan usaha terbaik perpaduan, antaranya melalui pendekatan konsep Kerja Sosial. Rakyat mempunyai hak menentukan halatuju dan matlamat keuntungan hidup masing-masing.Oleh itu, usaha kerja sosial dan persaudaraan rakyat dipengaruhi oleh nasib, pegangan politik, pemikiran, peradaban serta pegangan identiti penduduk Malaysia. 2.0 Persaudaraan Masyarakat Muslim dan Bukan Muslim Konsep ’Ummah’ adalah merujuk kepada penyatuan masyarakat dalam dominasi Islam. Masyarakat Islam bermaksud manusia yang menetap di suatu tempat yang didominasi oleh Islam samada dari sudut bilangan penduduknya yang ramai ataupun penguasaan politik, ekonomi ataupun budaya. Oleh itu, Malaysia diklasifikasikan negara bermasyarakat Islam kerana bilangan muslim adalah majoriti. Islam menitikberatkan adab pergaulan dengan saudara bukan Islam, contohnya Piagam Madinah. 1 1 Siti Shamsiah bt. Md. Sufi (2001), “Kedudukan Bukan Islam dalam perubahan sosio politik di Malaysia menurut Teori Fiqh; Analisis Pelaksanaannya”, APIUM, Kuala Lumpur: Universiti Malaya , h.190).

Upload: hakhuong

Post on 06-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat Islam dan Bukan Islam

Melalui Aktiviti Kerja Sosial

Dr. Nur Azuki bin Yusuff

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

Universiti Malaysia Kelantan

Abstrak

Penulisan ini bertujuan menyatakan kembali kedudukan dan peranan

masyarakat bukan Islam di Malaysia menurut perspektif fikah Islam dari

sudut sosio politik dan selainnya. Isu Persaudaraan Masyarakat Islam dan

Bukan Islam perlu dinyatakan dengan mudah agar tanggapan buruk

hubungan sebelum ini dapat dipulihkan. Selain itu konsep dan strategi

kerja sosial yang menyatukan peranan masyarakat muslim dan bukan

Islam turut diketengahkan. Usaha kerja sosial adalah satu mekanisme

penting digerakkan dalam usaha merealisasikan konsep persaudaraan

dalam Islam dan pembangunan 1Malaysia.

1.0 Pendahuluan

Konsep 1Malaysia perlu didokong menjadi satu usaha berterusan setiap warga Malaysia

berpaksikan proses integrasi kaum yang lebih padu, toleransi dan berkasih sayang.

Persaudaraan dimaksudkan sebagai persaudaraan senegara, sehati sejiwa dengan

masyarakat berlainan agama dari Islam. Justeru, persaudaraan tersebut perlu

mengambilkira kedudukan masyarakat bukan Islam di Malaysia dan usaha terbaik

perpaduan, antaranya melalui pendekatan konsep Kerja Sosial.

Rakyat mempunyai hak menentukan halatuju dan matlamat keuntungan hidup

masing-masing.Oleh itu, usaha kerja sosial dan persaudaraan rakyat dipengaruhi oleh

nasib, pegangan politik, pemikiran, peradaban serta pegangan identiti penduduk

Malaysia.

2.0 Persaudaraan Masyarakat Muslim dan Bukan Muslim

Konsep ’Ummah’ adalah merujuk kepada penyatuan masyarakat dalam dominasi Islam.

Masyarakat Islam bermaksud manusia yang menetap di suatu tempat yang didominasi

oleh Islam samada dari sudut bilangan penduduknya yang ramai ataupun penguasaan

politik, ekonomi ataupun budaya. Oleh itu, Malaysia diklasifikasikan negara

bermasyarakat Islam kerana bilangan muslim adalah majoriti. Islam menitikberatkan

adab pergaulan dengan saudara bukan Islam, contohnya Piagam Madinah. 1

1 Siti Shamsiah bt. Md. Sufi (2001), “Kedudukan Bukan Islam dalam perubahan sosio politik di Malaysia

menurut Teori Fiqh; Analisis Pelaksanaannya”, APIUM, Kuala Lumpur: Universiti Malaya , h.190).

Page 2: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

2.1 Kedudukan Masyarakat Bukan Islam Dalam Malaysia Berdasarkan Fikah

Islam

Amnya ada 3 pendapat berkaitan kedudukan masyarakat bukan Islam dalam Malaysia:

1. Tidak boleh ditentukan kerana negara ini bukan negara Islam.

2. Mereka bukan dhimmi dan tidak juga harbiy yang perlu dibunuh.

3. Dhimmi kerana mereka tidak memerangi orang Islam. 2

Status mereka ini perlu dilihat dalam dua aspek: latar belakang negara dan individu.

Kalau dilihat kepada sejarah negara, tidak munasabah dikatakan mereka sebagai harbiy

kerana mereka sanggup bersetuju dan taat setia kepada negara. Namun mereka tidak

membayar dhimmah, ekoran tiada peruntukan dalam perlembagaan, lebih-lebih kerana

Malaysia bukan negara Islam kerana negara ini bukanlah negara berpemerintahan yang

mengamalkan sistem Islam (demokrasi dan berunsurkan sekularisme). Oleh itu,

Masyarakat ini termasuk bukan Islam ‘hampir kepada dhimmah’ kerana mereka

menerima perlembagaan dan sistem negara yang diamalkan kini.

Jelasnya, kedudukan masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah sama taraf dengan

masyarakat Islam dari semua sudut, contohnya:

- Sosio budaya. Masyarakat bukan Islam memiliki hak kebebasan beragama,

pendidikan dan diri. Perlembagaan memperuntukkan penjagaan agama masing-

masing melalui jaminan kebebasan ini.

- Kewarganegaraan.

- Politik. penglibatan secara langsung dalam jentera pentadbiraan kerajaan dan

tidak langsung dalam parti-parti kompromi kaum. Inilah kemajmukan yang

berubah dari sistem feudal Melayu Islam kepada sistem Demokrasi Berparlimen

dan Raja Berperlembagaan.

- Sosio politik. kepartian masyarakat Cina dan India mampu mengubah dominasi

politik Melayu Islam yang memaksa mereka berkompromi dan menjaga sentimen

perkauman dan integrasi bangsa. Walaupun pelbagai fahaman wujud seperti

liberalisasi, sosialisme, Islam, nasionalisme, rasisme di Malaysia, namun

kompromi parti di bawah Barisan Nasional tetap memberi pengiktirafan kepada

Melayu Islam (UMNO) mendominasinya.

Inilah hakikat Malaysia yang perlu dikekalkan. Ia menampakkan kedinamikan politik

negara terserlah dalam merelakan kepimpinan Melayu Islam menerajui negara.

Kebebasan berbentuk liberalisme dan sekuralisme menunjukkan demokrasi bukanlah

sistem yang sempurna. Namun Barisan Nasional dan parti dominannya UMNO secara

bijak telah membentuk kesatuan dengan pendekatan terbaik bagi manfaat semua kaum

dan agama rakyat Malaysia.

3.0 Kerja Sosial Merujuk Kepada Persaudaraan Islam Dalam Membina 1Malaysia

Kerja sosial adalah proses menolong bantu manusia mengatasi masalah kehidupan di

peringkat individu, kelompok, organisasi dan komuniti supaya manusia dapat menangani

2 Siti Shamsiah bt. Md. Sufi (2001), op.cit , h.192).

Page 3: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

segala masalah mereka secara berkesan. Ia melibatkan soal sukarelawan setiap individu

masyarakat membantu individu lain yang umumnya bukan kefardhuan asas bagi individu

tersebut. Ia melibatkan keseluruhan aspek bantuan dalam kehidupan manusia yang

memerlukan bantuan.3 Manusia dan masyarakat yang memerlukan khidmat kerja sosial

ialah yang bermasalah dengan dirinya, kelompok, organisasi dan institusi yang gagal

memenuhi keperluan atau fungsi sosial. Namun kebiasaannya, ia difahami secara sempit

dikhususkan kepada aktiviti sukarelawan membantu kerja kes dengan individu, kumpulan

dan organisasi komuniti.

Ia sepatutnya dilihat lebih umum dengan berpandukan kasih sayang dan

kemanusiaan. Kenyataan Dubois dan Miley (1996) menyatakan walau apapun definisi

keperluan ke atas kerja sosial, kerjaya ini akan menampakkan satu teras iaitu mereka

yang menceburinya adalah mereka yang ‘penyayang’ kepada manusia yang tidak

bernasib baik.4 Pekerja sosial berperanan sebagai pembela mengukuh dan memperbaiki

sumber keperluan sedia ada dalam komuniti bagi perubahan sosial terbaik.5

1Malaysia yang mengfokuskan teori kesatuan rakyat sebetulnya telah lama menerima

aktiviti kerja sosial, antaranya seperti penubuhan Jabatan Kerja Sosial Perubatan pada

1952 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 1964.6 Ianya berasaskan perhubungan

antara masyarakat yang paling releven dan mudah diambil dari fikah Islam seperti

melibatkan pengurusan bantuan aktiviti manusia sesama manusia dan Tuhan (muamalat,

munakahat, jenayah dan ibadat). Pelbagai istilah yang saling berkait soal kerja sosial

secara langsung atau tidak langsung jika dirujuk dalam amalan Islam. Antaranya

berkenaan aktiviti perdamaian, ini bertujuan menjadi resolusi dan garis panduan yang

lebih Islamik dan praktikal sebagai alternatif daripada asas sedia ada iaitu daripada

sekularisme, masyarakat majmuk kepada bangsa Malaysia berasaskan ukhuwah ummah

dan ukhuwwah Islamiyah.7

3 Abdul Rahman Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. (2002), Sosiologi Untuk Kerja Sosial, Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd. h. 3 4 DuBois, Brenda dan Miley, Karla Krogsrud (1996), Social Work An Empowering Profession. Ally and

Bacon. h. 5. Dipetik dari (Abdul Rahman Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. (2002), ibid.) 5 Skidmore, Rex A., Milton G. Thackeray, O William Farley (1997). Introduction To Social Work.

(Seventh Edition). Boston: Ally and Bacon. h. 9. Dipetik dari (Abdul Rahman Abdul Aziz, Prof. Madya Dr.

(2002), ibid.) 6 Mair, L.P. (1944), Welfare in the British Colonies. Great Britain: The Broadwater Press dan Abdul

Rahman Abdul Aziz (2002). 7 1. Kebebasan beragama. Surah al-Baqarah (2): 256.

2. kebebasan diri. hak untuk hidup adalah hak yang paling asas yang mengiktiraf kemerdekaan

manusia. Surah Saba’ (34): 18

Page 4: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Kerja sosial perlu kepada ruang yang luas. Kebebasan hak asasi dalam Perlembagaan

Malaysia membuktikan sistem demokrasi yang ada menjamin sistem liberalisme bagi

masyarakat bukan Islam memilih dan membuat keputusan dalam kehidupan mereka. 8

Sistem liberalisme ini secara positifnya menjelaskan bahawa masyarakat bukan Islam

Malaysia boleh menerima syara’ Islam selagi ia tidak menjejaskan kedudukan mereka.

Aktiviti kerja sosialpun turut boleh dilihat dalam sosio politik Islam yang diamalkan

dalam Negara apabila ianya menerima kebanyakan ciri-ciri demokrasi seperti: rakyat

pilih pemimpin dan pemerintah, rakyat tidak boleh dipaksa menerima pemimpin yang

tidak disukainya, rakyat berhak tukar atau pecat pemimpin dan rakyat juga tidak boleh

dipaksa mengikut aliran dan dasar ekonomi, sosial, peradaban, politik yang mereka tidak

mahu.9 Ada dua syarat Maqasid supaya adaptasi dasar konvensional ini tidak ditegah

syara’ iaitu: apabila nampak maslahah hakiki lebih besar, maka unsur negatif sedikit

tidak jadi penghalang10

dan sistem politik itu diubah dan dikembangkan dari apa yang

diambil hingga ia sentiasa bertepatan dengan nilai agama dan akhlak, syariat dan adat.11

Perlu dijelaskan juga bahawa ulama al-Tabari menjelaskan ayat larangan orang bukan

Islam dari menjadi pemimpin masyarakat Islam dalam surah Ali Imran ayat 2812

ditujukan kepada masyarakat bukan Islam yang menentang dan berjiwa hasad kepada

orang Islam dengan menentang pengamalan agama Islam serta membuka rahsia orang

8 Contohnya Ketidakseimbangan dasar Kerajaan Dasar Ekonomi Baru, pemilikan hartanah, hak

istimewa/prerogatif masyarakat Melayu dan bumiputera yang menyumbang kepada berlakunya peristiwa

13hb. Mei 1969. 9 Yusof al-Qaradawi (1996), Min Fiqh al-Dawlat fi al-Islām, Kaherah, Dār al-Syurūq., h. 132; Siti

Shamsiah bt Md. Sufi (2001), op.cit., h. 207. 10

Al Quran, Surah al-Baqarah (2): 219.

11

Yusūff al-Qaradawi (1996), Min Fiqh al-Dawlat fi al-Islām, Kaherah: Dār al-Syurūq, h. 156. 12

Berasaskan ayat Al Quran, surah Ali ‘Imrān (3): 28

Page 5: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Islam.13

Oleh itu, sejauhmana penglibatan/kolaborasi masyarakat bukan Islam dalam

sistem bernegara yang menepati garis panduan Islam perlu dilihat dari sudut prinsip

toleransi dengan kerja sosial yang harmonis. Kompromi ini tidak menjurus kepada

kewujudan negara Islam hakikatnya kerana meletakkan keamanan dan kestabilan negara

sebagai priority berbanding mengembangkan syiar Islam. Namun strategi ini dikatakan

lebih berkesan berbanding melakukan tindakan penafian secara langsung dalam politik

terhadap perundangan dan sistem hidup selain Islam, kerana jika ianya dilakukan tergesa-

gesa, boleh dianggap sebagai perbuatan provokasi terhadap masyarakat bukan Islam. Ini

memungkinkan timbulnya kekeliruan, seterusnya akan mewujudkan konflik dalam

masyarakat dan mencetuskan permusuhan agama dan kaum. Itulah sebabnya kenapa

kolaborasi dan kompromi bukan Islam dalam sosio politik yang masih di bawah dominasi

politik Melayu Islam ini perlu dipelihara.14

Kerja sosial amnya dan kepimpinan khasnya dari kalangan masyarakat bukan

Islam dalam Negara adalah perlu berdasarkan Maslahah ‘Ammah.15

Ia menepati objektif

syara’, selaras dengan prinsip kebebasan, keadilan dan kesamaan Islam, pertimbangan

politik yang luas dan tasāmuh (toleransi). Keperluan ini perlu dikekalkan selagi ianya

tidak mengugat kestabilan sistem pemerintahan dan terjamin dari pelbagai ancaman dan

selagi kerajaan didominasi oleh kepimpinan orang Islam yang faham Islam.16

4.0 Model Hubungan Kerja Sosial dengan Persaudaraan Masyarakat Islam dan

Bukan Islam Ke Arah Pembangunan 1Malaysia

Pada dasarnya topik perbincangan Kerja Sosial dan konsep Persaudaraan dalam Islam

dilihat sebagai suatu yang terpisah. Ini kerana kedua-duanya berpunca dari dua punca

ilmu yang berbeza, iaitu kerja sosial dilihat dari sudut ilmu konvensional manakala

konsep ’Ummah’ atau persaudaraan dalam Islam dilihat dari sudut ilmu-ilmu Islam.

Namun, sebagaimana yang dimaklumi kebanyakan inteletual Islam dan

intelektual konvensional yang percaya kepada Ketuhanan bahawa setiap ilmu itu

hakikatnya berpunca dari ilmu/pengetahuan Tuhan dan berdasarkan hukum alam. Justeru

penulis cuba membina satu Rajah yang menampakkan kerterkaitan antara kedua-duanya

serta signifikannya dalam membantu pembangunan 1Malaysia.

13

Abu Jaafar Muhammad bin Jarīr al-Tabari (Abu Ja’far Muhammad Ibnu Jarīr), (1957), Jamī’ al-Bayān

‘an Ta’wīl Ayati al-Qurān, jil. 6, Misr: Syarikat Maktabah al-Matba’at Mustafa al-Bābi al-Halabi wa

Aulāduhū, h. 313. 14

Siti Shamsiah bt Md. Sufi (2001), op.cit. 15

Mohd Hafiz Mohaiyadin (2001), h. 121-142. 16

Al Quran, surah al-Maidah (5): 49, berkenaan hukum dengan syariat Islam untuk orang kafir.

Page 6: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Rajah 1: Hubungan Kerja Sosial dan Persaudaraan Dalam Islam Ke arah 1Malaysia

1MALAYSIA

Rajah 1 di atas cuba menjelaskan sebahagian dari aspirasi terbaik menyatukan

kedua-dua topik besar dalam perbincangan hidup bermasyarakat untuk membina

matlamat bersama yang satu. Objektif kerja sosial dan persaudaraan sebetul nampak tidak

berbeza kerana kedua-duanya berkisar tentang manusia dan sifat kejadian manusia yang

terbaik. Elemen objektif dan penyatuannya boleh ditokok tambah atau dikurangkan,

namun ia tidak lari dari berpusatkan manusia yang dibantu dan yang kena bantu.

Apa yang menjadi aset kerja sosial penting biasanya dilihat kepada idea, material,

tenaga fizikal, kemahiran dan kepakaran, pengalaman, ilmu pengetahuan dan kelapangan

masa pihak pekerja sosial. Semua aset ini memerlukan pengorbanan dan pengorbanan

tidak berlaku tanpa adanya keikhlasan, rasa kebersamaan dan kasih sayang. Inilah

kekuatan yang ingin diketengahkan sebagai elemen penyatuan. Elemen penyatuan ini

perlu disepadukan di bawah prinsip-prinsip dan etika kerja sosial.17

Prinsip dan etika ini

tidak hanya melibatkan pihak pekerja sosial sahaja, bahkan kumpulan sasar yang dibantu

perlu lebih menerima dan bersedia dibantu tanpa wujud prasangka yang tiada konsep

syukur padanya. Rajah di sebelah cuba menjelaskan kaitan prinsip dan etika tersebut

mampu merealisasikan 1Malaysia.

17

Azizan Bahari, Dr. (2006), Menjadi Sukarelawan, Petaling Jaya, Qarya Sdn. Bhd. h. 3 dan 12

Objektif Persaudaraan dalam Islam

- Nilai kemanusiaan

- Kasih sayang

- Keadilan dan toleransi (tasamuh)

- Kepercayaan kepada Tuhan

- Kebahagiaan dunia dan akhirat

Objektif Kerja Sosial

- Pengupayaan individu dan masyarakat

- kerjasama dengan bakat dan kebolehan

berdasarkan keperluan

- Keperihatinan khidmat sosial

-Promosi keadilan sosial melalui

pembangunan dasar sosial

-Patriotisme

Penyatuan Elemen

- Masyarakat yang adil, makmur dan sejahtera tanpa

mengira perbezaan

- Peradaban bersifat ‘Kesatuan dalam Kepelbagaian’

- Minda kelas pertama yang mewujudkan keamanan

Page 7: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Rajah 2: Penyatuan Prinsip Dan Etika Pekerja Sosial dan Kumpulan Sasar Ke arah

1Malaysia

S

A

T

U

M

A

L

A

Y

S

I

A

Sumber: Dirujuk dan diubahsuai dari buku Azizan Bahari, Dr. (2006)

Rajah 2 yang dipaparkan tidak kedapatan unsur perkauman dan perbezaan ideologi serta

kepercayaan ditonjolkan. Ini kerana jelas ia merupakan satu etika menghormati privacy

dan kepentingan bersama bagi mengelakkan ketegangan. Kalaupun isu agama

dibincangkan antara pekerja sosial dan kumpulan sasar, pastikan ianya tidak

menimbulkan konflik dan ketegangan.

4.1 Pendekatan Islam Dalam Pengurusan Kerja Sosial; Satu Sorotan Kepada Isu

Perpaduan

Topik kecil ini diketengahkan untuk menguatkan model dan perbincangan sebelum ini

bagi menampakkan bahawa Islam menitikberatkan soal kerja sosial. Al-’amal ijtima ’i

adalah kalimah Arab yang dikaitkan dengan kerja sosial banyak diperkatakan dalam

ilmu-ilmu Islam. Begitulah juga perkataan al-’amal al-soleh, terdapat 125 perkataannya

KUMPULAN SASAR

PRINSIP

- Sedia berkongsi

- Tiada Prasangka

- Mengenang budi

- Mementingkan pekerja sosial

- Melibatkan pemimpin

/masyarakat

- Manusia sumber utama

- Setiap orang boleh

menyumbang.

ETIKA

- Menghormati privacy dan

kepentingan bersama

- Belajar daripada kesilapan

- Komitmen dalam kerja

- Menepati janji

- Telus

- Keluhuran aklak (integriti)

- Tatasusila dan bersopan

santun

- Menghormati orang

- Bersikap profesional

PEKERJA SOSIAL

PRINSIP

- Sedia berkongsi

- Tiada pilih kasih

- Tidak mengharapkan

balasan dan ganjaran

- Mementingkan pihak sasar

- Melibatkan pihak

sasar/masyarakat

- Manusia sumber utama

- Setiap orang boleh

menyumbang.

ETIKA

- Menghormati privacy dan

kerahsiaan

- Belajar daripada kesilapan

- Komitmen dalam kerja

- Menepati janji

- Telus

- Keluhuran aklak (integriti)

- Tatasusila dan bersopan

santun

- Menghormati orang

- Bersikap profesional

Page 8: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

dalam al-Quranul Karim .18

Sepanjang penelitian ringkas yang dibuat penulis, tidak terdapat secara ketara

perbincangan sebelum ini yang dibuat oleh para cendikiawan secara khusus soal kerja

sosial boleh membantu perpaduan antara masyarakat muslim dengan bukan muslim.19

Namun tidak dinafikan kesemua cendikiawan muslim dan bukan muslim mengakui

perkembangan positif ke arah tersebut mampu menjadi realiti dengan usaha kerja sosial.

Tambahan lagi kerana Islam telah meletakkan strategi yang begitu ampuh terhadap

perkara tersebut. Islam adalah agama perpaduan. Antara strategi yang diadakan seperti

membina dimensi rancangan kerja sosial iaitu 3 penjuru; niat, kaedah dan matlamat.

Rajah 3: Gabungan elemen niat, kaedah dan matlamat.

Sumber: Dipetik Md. Zawawi Abu Bakar (2008) yang diubah suai dari artikel Munif

(2001).

Jelasnya dalam rajah 3 menyatakan bahawa usaha kerja sosial sebagai amalan

kebajikan. Ia dikategorikan sebagai bercirikan ihsan. Sesuai dengan dimensi rancangan

kerja sosial, prinsip asas Islam dalam kerja sosial pastinya mesti berpaksikan Aqidah,

Syariah dan Akhlak.20

Oleh kerana ianya berpaksikan Akidah, Syariat dan Akhlak,

maka perbincangan selebihnya akan melatakan kepada semua perkara yang dikaitkan soal

ibadah, sejauhmana pertolongan diperlukan oleh individu manusia dari manusia yang lain

dalam segenap aspek kehidupan.

18

Munif Zariruddin Fikri Nordin (2001), “Konsep Kerja Sosialdari Perspektif Islam” dlm. Fuziah Shafie,

Abdul Razak Abdul Manaf (ed.), Pengenalan Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors. h.182. Dipetik dalam Md. Zawawi Abu Bakar, Kaedah Islam Dalam Pengurusan Kerja Sosial,

dalam buku Pentadbiran dan Amalan Kerja Sosial (2008) Sabitha Marican dkk. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka. h. 256. 19

Antara penulisan yang dirujuk seperti Isu-Isu dan Pendidikan Kerja Sosial (2006) selenggaraan Azlin

Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof, Koleksi Rencana, terbitan Universiti Utara

Malaysia. 20

Perbincangan lanjut boleh dirujuk kepada beberapa penulisan, antaranya oleh Munif (2001), Md. Zawawi

Abu Bakar, Sabitha Marican (2008),

Kaedah:

Menurut

Syariat Islam

Niat: Ikhlaskan

amalan

sebagai ibadah

Matlamat:

Redha Allah

s.w.t

Page 9: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Inilah cara Islam melihat kerja sosial, ia tidak hanya berpusat kepada isu

kemanusiaan, tetapi bermatlamat kehidupan beragama itu sendiri. Ianya melibatkan

hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan

makhluk lain. Soalnya apa yang perlu difahami ialah Islam agama sejagat yang

membawa ketenteraman semua makhlukNya. Justeru masyarakat bukan Islam harus

menerima nikmat Islam yang sama sebagai haknya walaupun bentuk kepercayaan

keimanan tidak wujud dalam jiwa mereka. Tuntutan dan keterbatasan itu jelas dalam

syariat Islam. Realiti inilah membawa kepada masyarakat Islam disegani dan dihormati.

Model 5-1 yang diperkenalkan oleh Ridzuan Mohd Sagir dan Sanep Ahmad

dalam membentuk keperibadian pekerja sosial iaitu Iman, Ibadah, Ihtisab, Ihsan dan

Ikhlas pasti menjadi aset penting pembentukan manusia pendamai dan penyatu

masyarakat.21

Inilah pusat utama melahirkan pekerja sosial dan kumpulan sasar Islam dan

bukan Islam yang saling menerima dan bersatu hati yang mampu membina 1Malaysia.

5.0 Kesimpulan

1Malaysia adalah harapan dan impian semua rakyat Malaysia kerana di dalamnya wujud

kedamaian dan kedinamikan negara. Masyarakat majmuk adalah identiti negara yang

perlu diintegrasikan walau dengan apa carapun. Yang pasti, Islam ada penyelesaian ke

atas isu pengintegrasian, kebenaran wujud di sini. Persaudaraan dalam Islam perlu

difahami secara praktikal kerana tiada kecacatan ke atas konsep ini. Salah tanggapan

hanya wujud di kalangan manusia sahaja yang perlu ditangani.

Aktiviti kerja sosial adalah sebahagian amalan hidup bermasyarakat. Justeru ia

mampu menjadi mekanisme penyatuan masyarakat berbilang kaum dan agama di

Malaysia dengan syarat jadikanlah ia sebagai satu ibadah dan amalan ketuhanan kerana di

dalam ada keberkatan, hidayah dan inayah Allah s.w.t. baik kepada pekerja sosial dan

kumpulan sasar muslim mahupun bukan muslim.

21

Ridzuan Mohd Sagir dan Sanep Ahmad (2000), ”Paradigma Islam dalam Strategi Pengurusan” dlm

Abdul Ghafar Don, Berhanuddin Abdullah, Zulkiple Abd. Ghani (ed.) 2000. Dakwah dan Pengurusan

Islam di Malaysia: Konsep dan Perlaksanaan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Dipetik dalam Md.

Zawawi Abu Bakar, Sabitha Marican (2008), op.cit.h. 279.

Page 10: Pembangunan 1Malaysia; Isu Persaudaraan Masyarakat …umkeprints.umk.edu.my/6115/1/Seminar Kemahiran Insaniah Dan Kerja... · Kalau dilihat kepada sejarah negara, ... sekularisme,

Rujukan Utama

1. Siti Shamsiah bt. Md. Sufi (2001), “Kedudukan Bukan Islam dalam perubahan

sosio politik di Malaysia menurut Teori Fiqh; Analisis Pelaksanaannya”, APIUM,

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

2. Abdul Rahman Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. (2002), Sosiologi Untuk Kerja

Sosial, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3. Mair, L.P. (1944), Welfare in the British Colonies. Great Britain: The Broadwater

Press.

4. Yusof al-Qaradawi (1996), Min Fiqh al-Dawlat fi al-Islām, Kaherah: Dār al-

Syurūq

5. Abu Jaafar Muhammad bin Jarīr al-Tabari (Abu Ja’far Muhammad Ibnu Jarīr),

(1957), Jamī’ al-Bayān ‘an Ta’wīl Ayati al-Qurān, jil. 6, Misr: Syarikat Maktabah

al-Matba’at Mustafa al-Bābi al-Halabi wa Aulāduhū

6. Azizan Bahari, Dr. (2006), Menjadi Sukarelawan, Petaling Jaya, Qarya Sdn. Bhd.

7. Fuziah Shafie, Abdul Razak Abdul Manaf (ed.), (2001) Pengenalan Kerja Sosial.

Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. Antara yang dirujuk: Munif

Zariruddin Fikri Nordin, “Konsep Kerja Sosial dari Perspektif Islam”.

8. Sabitha Marican dkk. (2008) Pentadbiran dan Amalan Kerja Sosial, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Antara dirujuk ialah: Md. Zawawi Abu

Bakar, “Kaedah Islam Dalam Pengurusan Kerja Sosial”

9. Azlin Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof (2006)

“Isu-Isu dan Pendidikan Kerja Sosial”, penyelenggara Koleksi Rencana, Sintok:

Universiti Utara Malaysia.

10. Abdul Ghafar Don, Berhanuddin Abdullah, Zulkiple Abd. Ghani (ed.) (2000),

Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia: Konsep dan Perlaksanaan. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara penulisan dirujuk: Ridzuan Mohd Sagir

dan Sanep Ahmad”Paradigma Islam dalam Strategi Pengurusan”