pembajaan getah

Upload: mohammad-aisamuddin

Post on 15-Mar-2016

156 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

getag

TRANSCRIPT

  • Muka Hadapan Panduan Pekebun Kecil Getah

    Kisah Kejayaan

    Klik pada image untukmelihat kisah kejayaanpekebun kecil dan link-linkdibawah.

    Negeri Kedah

    Negeri Perak

    Negeri Johor

    Negeri Kelantan

    Negeri Terengganu

    Komuniti RISDA

    Pembangunan KawasanPembersihan KawasanKaedah Pembersihan KawasanMembaris Lubang TanamanJarak Tanaman Getah

    Teknik Penanaman Benih GetahPolibeg

    Menyediakan Lubang TanamanMenanam Anak Getah

    Kaedah Kawalan RumpaiSecara Manual (Mencangkul)Menggunakan Racun RumpaiKawalan Rumpai Di Kawasan Getah MudaRacun Rumpai Untuk Kebun GetahPanduan Menggunakan Racun RumpaiSecara Berkesan

    Cantasan DahanTujuan Cantasan DahanKaedah MencantasCantasan PembetulanCantasan TerkawalProses Cantasan

    Pembajaan Getah MudaFaedah MembajaCara Membaja

    Pembajaan Getah MatangMasa Sesuai MembajaPembajaan Kawasan Kerosakan AnginPembajaan Kawasan Yang Ditoreh DanDirangsang

    Penyakit Utama Pokok GetahPenyakit DaunKesan Serangan Penyakit DaunPenyakit Akar

    Membuka Panel Torehan DanMemasang Peralatan

    Getah

    *Sila klik pada tajuk panduan yang dikehendaki

    Menu UtamaProgram & AktivitiPanduan Bagi Pekebun KecilKisah KejayaanRangkaianKomuniti RISDABerita TanjungHubungi Kami

    RISDA Pulau PinangRISDA Efektif Pekebun Kecil Produktif

    Muka Hadapan Dari Meja Pengarah RISDA Pulau Pinang Harga Komoditi Semasa Borang Hubungi

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    1 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Waktu

    Pembangunan Kawasan

    Pembersihan KawasanSebelum kerja penanaman dilaksanakan, kebun perlu dibersihkan daripada segala tanaman lainsupaya tiada naungan. Pemuliharaan tanah, pembinaan teres, parit serta jalan perlu diberiperhatian dalam pembangunan ladang.

    Kaedah Pembersihan KawasanPokok-pokok ditolak menggunakan jentolak sehingga tumbang dan terbungkas akarnya.Pokok-pokok yang ditolak direbahkan sehala dalam kawasan hendak ditanam semula atautanaman baru.

    1.

    Bagi kawasan yang tidak boleh dimasuki jentolak atau menebang secara manual sukar dilakukan,musnahkan pokok dengan racun pokok. Campuran 1 bahagian Garlon 250 dengan 8 bahagiandiesal disapu pada keliling pangkal pokok selebar 40 sm. Ulangi meracun bagi pokok yang tidakmati.

    2.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    2 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Membaris Lubang TanamanTujuan utama membaris lubang tanaman adalah untuk menggunakan tanah sepenuhnya danbagi mendapatkan tumbesaran pokok yang baik.

    Jarak Tanaman Getah

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Teknik Penanaman Benih Getah Polibeg

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    3 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Menyediakan Lubang TanamanSaiz lubang tanaman mempengaruhi tumbesaran pokok getah.

    Gali lubang dengan cangkul sekurang-kurangnya 45 sm x 45 sm x 45 sm.1. Lubang yang digali dengan jentera bentuknya bulat dengan garis pusat 45 sm.2. Tanah yang digali diletakkan di tepi lubang. Buat dua longgok serta asingkan tanah lapisan atasdan lapisan bawah.

    3.

    Gaul tanah dengan 113 gram baja debu fosfat asli seperti CIRP.4.

    Menanam Anak GetahTeknik penanaman yang betul akan menghasilkan peratus kejayaan pokok hidup yang tinggi danmengurangkan kerja penyulaman.

    Benih polibeg perlu ditanam hingga paras satu pusaran daun.1. Potong bahagian bawah polibeg untuk mendedahkan tanahnya. Dirikan polibeg di tengah-tengahlubang.

    2.

    Potong bahagian tepi polibeg secara menegak.3. Kambus separuh lubang dengan tanah lapisan atas. Tarik polibeg dengan cermat.4. Kambus lubang dengan tanah sehingga penuh dan padatkan tanah di bahagian tepi lubang sahajasupaya akar anak pokok tidak rosak.

    5.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    4 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Kembali ke Senarai Tajuk

    Kaedah Kawalan Rumpai

    Menggunakan Racun RumpaiGunakan racun rumpai apabila anak getah telah mempunyai kulit berwarna perang setinggi 30 smdari permukaan tanah.

    1.

    Gunakan alat pelindung semburan racun apabila menggunakan racun jenis serap supayakecederaan pokok dapat dikurangkan.

    2.

    Secara Manual (Mencangkul)Dilakukan pada peringkat awal selepas menanam kerana anak getah boleh dicederakan oleh racunkimia.

    1.

    Memerlukan tenaga buruh yang banyak.2.

    Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah MudaKawal rumpai di keliling pangkal pokok atau sepanjang lorong tanaman, dilakukan secara bulatansehingga 1 meter dari pangkal pokok.

    1.

    Kawal rumpai pada barisan tanaman selebar 2 meter dan bertambah secara beransur-ansurkepada 3 meter apabila kanopi pokok membesar.

    2.

    Kawalan rumpai antara barisan tanaman dilakukan dengan menebas atau meracun.3.

    Racun Rumpai Untuk Kebun GetahRacun yang selamat digunakan bagi tahun pertama adalah racun sentuh seperti paraquat.1. Racun jenis sentuh mengakibatkan pertumbuhan semula rumpai yang cepat dan perlu meracunsehingga 6 pusingan setahun.

    2.

    Racun jenis serap seperti Roundup dapat mengurangkan kekerapan meracun.3.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    5 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Panduan Menggunakan Racun Rumpai Secara BerkesanSebelum penyemburan racun rumpai:

    Mengetahui jenis rumpai.1. Menentukan jenis racun rumpai yang sesuai.2. Menggunakan dos atau kuantiti mengikut syor.3. Masa yang sesuai iaitu kebiasaannya pada waktu pagi dan cuaca baik.4. Merancang arah penyemburan bagi mengelakkan pertindihan semburan.5. Menggunakan air bersih.6. Menggunakan saiz muncung penyembur yang sesuai.7. Memastikan alat penyembur dalam keadaan baik.8.

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Cantasan Dahan

    Tujuan Cantasan DahanMemperbaiki bentuk dan keseimbangan jemala.1. Mengurangkan kerosakan angin.2. Meningkatkan tumbesaran batang.3. Memperoleh ketinggian batang yang cukup bagi tujuan penorehan dan hasil balak.4. Memendekkan tempoh muda supaya pokok cepat ditoreh.5.

    Kaedah MencantasGunakan alat yang khusus.1. Potong dahan sama paras dengan batang utama atau sampai ke pangkal dahan.2. Keratan dibuat menyerong bagi mengelakkan air hujan bertakung.3. Jangan tinggalkan tunggul dahan pada batang utama untuk mengelakkan dahan bertunas semula.4. Segera sapukan tar atau wound dressing pada permukaan luka.5.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    6 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Cantasan PembetulanDilakukan bagi membetulkan tabiat perdahanan yang tidak memuaskan. Tabiat perdahananyang perlu diperbetulkan:

    Cabangan berbentuk 'V' di hujung batang.1. Cantas dahan yang kurang subur dan tinggalkan satu dahan untuk jadi batang utama.2. Dahan sisi yang subur dan menyebabkan pokok condong.3. Potong dahan yang berat sedikit demi sedikit bermula di pertengahan dahan supaya dahan tidakterkopak.

    4.

    Potong dahan di bawah kelompok mata tunas.5. Pusaran dahan tumbuh di satu tempat tanpa dahan utama.6. Jika keadaan ini berlaku di bahagian batang yang rendah, tinggalkan satu dahan paling suburuntuk jadi batang utama.

    7.

    Jika berlaku pada bahagian batang yang tinggi, tinggalkan 3 hingga 4 dahan yang subur dengankedudukan berjauhan antara satu sama lain.

    8.

    Cantasan TerkawalBertujuan untuk mendapatkan pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan kuat sertatidak berdahan pada paras 8 hingga 12 kaki.

    1.

    Pokok akan mempunyai perdahanan seimbang, semua dahan sisi lebih kecil daripada batang dandahan keluar pada sudut yang lebar.

    2.

    Proses CantasanLakukan cantasan apabila pokok mempunyai empat pusaran dahan.1. Cantas dahan paling rendah supaya pokok kekal dengan tiga pusaran dahan.2. Ulangi cantasan setiap enam bulan.3.

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    7 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Pembajaan Getah Muda

    Faedah MembajaPokok cepat besar dan membolehkan ditoreh lebih awal.1. Meningkatkan hasil lateks dan kayu.2. Mempercepatkan kanopi antara pokok bertemu seterusnya mengurangkan pertumbuhan rumpai.3. Mengelakkan serangan beberapa penyakit daun.4.

    Cara MembajaKebun hendaklah bersih daripada rumpai sebelum baja ditabur.1. Baja dalam kawasan bulatan di keliling pangkal pokok sehingga pokok berumur 15 bulan selepasditanam di ladang.

    2.

    Jejari bulatan antara 15 orang 60 sm mengikut umur pokok selepas ditanam di ladang.3. Cakar sedikit tanah supaya baja cepat meresap dan mengurangkan ruapan.4. Elakkan membaja semasa daun berpucuk muda.5. Selepas 15 bulan ditanam di ladang tabur baja di sepanjang lorong tanaman selebar dua meter.6.

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Pembajaan Getah Matang

    Bagi kawasan rata, beralun dan bersih daripada rumpai, tabur baja rata-rata di seluruh kawasan,kecuali 60 sm dari pangkal pokok. Jika terdapat rumpai di antara barisan tanaman, tabur bajasepanjang lorong tanaman sahaja selebar 3 hingga 3.5 meter.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    8 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Masa Sesuai MembajaTempoh penyerapan nutrien paling berkesan oleh pokok getah ialah 100 hari dalam tempohranggasan daun. Kadar pengambilan nutrien berhubung terus dengan pengeluaran daun baru.Dalam tempoh tersebut pertumbuhan daun akan berlaku paling aktif untuk mencapai saiz daunyang optimum. Proses membuat makanan (fotosintesis) berlaku setelah mencapai saiz daunyang optimum dan cukup matang akan memberi kesan maksimum terhadap pertumbuhanbatang pokok getah dan pengeluaran hasil torehan.

    Pembajaan untuk getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun mula terbentuk dalammusim daun luruh. Jika ranggasan sekunder dan pendaunan semula kali kedua berlakupembajaan dengan kualiti baja yang lebih banyak iaitu melebihi 1 kg/pokok adalah diperlukan.Pembajaan dilakukan dua kali setahun dengan pembajaan kedua tidak lewat dari bulan Jun.

    Pembajaan Kawasan Kerosakan AnginDi kawasan berlaku kerosakkan angin, kepadatan daun perlu dikurangkan bagi mengelakkanpatah dahan. Kadar baja terutama nitrogen tidak perlu dikurangkan tetapi penggunaannyadibahagi dua iaitu pada bulan Februari/Mac dan Mei/Jun. Pembajaan dilakukan semasa musimdaun luruh.

    Nota:

    Jika menggunakan baja SOA dan baja MOP, hanya baja SOA yang dibahagi dua bukan baja MOP.1. Jika menggunakan baja campuran atau baja sebatian kadar baja dibahagi dua iaitu untukpembajaan pada bulan Februari/Mac dan pembajaan pada bulan Mei/Jun.

    2.

    Pembajaan Kawasan Yang Ditoreh Dan DirangsangBagi kawasan yang ditoreh dan pokok-pokok dirangsang sama ada dengan etefon atau gasetelina, baja tambahan perlu diberi bagi mengimbangi lebihan nutrien yang telah hilang akibatpengeluaran lateks yang bertambah.

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Penyakit Utama Pokok Getah

    Penyakit DaunPenyakit Luruhan Daun Oidium disebabkan kulat Oidium heveae.1. Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum disebabkan kulat Colletotrichum gloeosporiodes.2. Penyakit Luruhan Daun Phytophthora disebabkan kulat Phytophthora botryosa atau P.palmivora.3. Penyakit Luruhan Daun Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola.4.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    9 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Kesan Serangan Penyakit DaunDaun rosak disebabkan bintik, tompok dan bahagian daun yang mati.1. Daun yang teruk dijangkiti akan gugur.2. Pucuk dan ranting akan mati.3. Pertumbuhan pokok terencat yang melambatkan tempoh matang.4. Mengurangkan hasil lateks.5. Pokok muda boleh mati.6.

    Penyakit AkarPenyakit Akar Putih merupakan penyakit paling sering berlaku dan disebabkan oleh kulatRigidoporus lignosus.

    1.

    Penyakit Akar Merah disebabkan oleh kulat Ganoderma philippi.2. Penyakit Akar Perang disebabkan oleh kulat Phellinus noxious.3.

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Membuka Panel Torehan Dan Memasang PeralatanPokok getah dikatakan dewasa atau matang apabila batangnya mencapai lilitan 45sm. Bagi pokokklon ukuran ini diambil 150sm dari paras tanah. Penorehan boleh dimulakan apabial 75% daripadabilangan pokok dalam satu-satu kawasan mencapai lilitan 45sm atau lebih.

    1.

    Lilitan pokok boleh ditentukan dangan menggunakan peralatan terdiri daripada beroti kecil(150sm tinggi) dengan hujungnya dilekatkan dawai sepanjang 45sm. Dirikan beroti pada batangpokok dengan pangkalnya terletak pada paras tanah. Belitkan dawai di keliling batang pokok. Jikahujung dawai tidak bertemu ini menunjukkan lilitan batang pokok melebihi 45sm.

    2.

    Bagi pokok klon curam alur torehan ialah 30 darjah dibentuk dari atas kiri ke bawah kanan.3.

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    10 of 11 28/5/2015 4:07 PM

  • Gunakan beroti kecil dengan ketinggian 150sm dan dihujungnya dipakukan sekeping zink 40smpanjang dan 5sm lebar dengan kecuraman 30 darjah. Dirikan beroti pada batang pokok denganpangkalnya di atas tanah dan belitkan zink ke kiri.Tandakan kecuraman alur torehan di sepanjang bahagian atas zink dengan kapur tulis. Tandakansempadan hadapan di sepanjang bahagian tepi hadapan beroti.

    4.

    Gunakan tali bagi mengukur lilitan batang bermula pada bahagian bawah alur torehan. Lipatkantali kepada dua bahagian bagi memperoleh lilitan batang.

    5.

    Lintangkan tali yang telah dilipat dua dengan hujung sebelah kanan terletak di hujung curam alurtorehan yang paling rendah. Tandakan hujung tali sebelah kiri.

    6.

    Dengan menggunakan kapur tulis dan beroti tandakan sempadan belakang panel.7. Toreh cetek alur torehan separuh lilitan dan sempadan yang ditandakan dengan kapur. Torehanperlu berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada kayu.

    8.

    Pasang pancur 20sm dari bahagian terendah alur torehan diikuti dengan pemasangan spring dandawai penyangkut 20sm di bawah pancur.

    9.

    Buat torehan cetek beberapa kali sehingga memperoleh kedalaman yang sesuai.10.

    Kembali ke Senarai Tajuk

    Copyright 2011 Pejabat RISDA Pulau Pinang| All Rights ReservedOriginal design by G. Wolfgang | Adapted by RISDA Pulau Pinang | W3C XHTML 1.0 | W3C CSS 2.0

    Laman Web Rasmi RISDA Pulau Pinang - Panduan Pekebun Kecil (G... http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan Pekebun Kecil - Getah...

    11 of 11 28/5/2015 4:07 PM