men 4 2008_final_011208.doc · web viewmelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu...

28
LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2008 SEJARAH ISLAM Tarikh: Ahad, 7 Disember 2008 Masa: 2 jam _________________________________________________________ ____________ ARAHAN KEPADA PARA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi 18 muka surat (tidak termasuk muka depan) dan empat bahagian: A, B, C dan D. Semua soalan perlu dijawab. 2. Bahagian A mengandungi 25 soalan objektif. 3. Bahagian B mengandungi 25 soalan isi tempat kosong. 4. Bahagian C mengandungi 3 soalan respons terhad. 5. Bahagian D mengandungi 2 soalan esei. 6. Semua jawapan mesti ditulis di dalam kertas soalan ini. MARKAH A 25 B 25 C 30 D 20 100 Tanda Tangan Pemeriksa __________________ Kod Pemeriksa:

Upload: nguyenduong

Post on 09-Apr-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM

PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMAMENENGAH 4 TAHUN 2008

SEJARAH ISLAM

Tarikh: Ahad, 7 Disember 2008 Masa: 2 jam _____________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PARA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi 18 muka surat (tidak termasuk muka depan) dan empat bahagian: A, B, C dan D. Semua soalan perlu dijawab.

2. Bahagian A mengandungi 25 soalan objektif.

3. Bahagian B mengandungi 25 soalan isi tempat kosong.

4. Bahagian C mengandungi 3 soalan respons

terhad.

5. Bahagian D mengandungi 2 soalan esei.

6. Semua jawapan mesti ditulis di dalam kertas soalan ini.

MARKAH

A 25

B 25

C 30

D 20

100Tanda Tangan

Pemeriksa

__________________

Kod Pemeriksa:

NAMA MADRASAH KOD

NAMA CALON INDEKS

PERINGATAN: Pastikan bahawa kamu telah mengisi nama madrasah, nombor kod madrasah, nama dan nombor indeks kamu pada kertas jawapan ini.

Page 2: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

Bahagian A (25 markah)

Bagi setiap soalan di bawah ini, pilih jawapan yang betul dan tuliskan abjad A, B, C atau D dalam kurungan yang disediakan.

1. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a. beliau telah melantik Muawiyah Bin Abu Sufyan r.a. menjadi gabenornya di Syam kerana Muawiyah _____________.

A. dari keturunan bangsawan yang berpengaruhB. seorang yang masyhur dikalangan umat Islam C. membuktikan kewibawaan dan kepimpinannyaD. boleh meyumbang kekayaannya kepada umat Islam ( )

2. Khalifah Ali r.a. dan Khalifah Muawiyah r.a. adalah di antara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah berjasa kepada Islam. Pertelingkahan antara mereka berdua berpunca dari _____________.

A. salah faham dalam usaha menegakkan keadilanB. sifat berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan C. kesungguhan untuk merebut jawatan ketua negaraD. semangat untuk menabur bakti kepada masyarakat ( )

3. Al-Quran dan al-Sunnah adalah pedoman umat Islam. Di antara ajarannya ialah mereka dituntut supaya bersatu padu dan ditegah dari berpecah belah. Kesatuan umat dapat dicapai dengan _____________.

A. meningkatkan keupayaan semua orang agar dapat berfikir secara kreatif dan kritikal

B. menggiatkan usaha agar semua orang mempunyai satu pendapat dalam setiap hal dan keadaan

C. mewujudkan kerjasama dalam usaha-usaha kebajikan dan peningkatan ilmu pengetahuan

D. memperbanyakkan perdebatan dalam isu-isu yang dipertelingkahkan walaupun ianya remeh ( )

4. Setelah kewafatan Ali r.a., anaknya Hasan r.a telah bersetuju dengan perlantikan Muawiyah sebagai khalifah untuk menyatupadukan umat Islam. Peristiwa ini mengajar kita bahawa orang yang _____________.

A. baik mesti sentiasa mengalah dan merendah diriB. ingin melakukan kebaikan perlu sedia berkorbanC. lebih banyak berjasa dan berbudi harus diutamakanD. lebih dewasa dan pengalaman lebih layak memimpin ( )

1LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 3: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

5. Ketika pemerintahan Abbasiyyah, Khalifah al-Makmun menggalakkan budaya berfikir dan kebebasan menyuarakan pandangan dengan berdebat. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan _____________.

A. perkembangan dan kemajuan pelbagai bidang ilmu pengetahuanB. ramai penganut agama Kristian di Baghdad memeluk agama

IslamC. sebahagian orang Islam murtad kerana meragui kebenaran ajaran

Islam D. kejatuhan Daulah Abbasiyyah kerana khalifah tidak cekap

berhujah ( )

6. Semenjak zaman pemerintahan Yazid bin Abdul Malik, dalam tempoh 30 tahun kerajaan Bani Umayyah mula menjadi lemah sehingga ia runtuh dengan berakhirnya pemerintahan Marwan bin Muhammad. Di antara faktor kelemahan yang menyebabkan keruntuhannya ialah sebahagian khalifah _____________.

A. mementingkan pembangunan aspek-aspek fizikal sahajaB. terpengaruh dengan kemewahan dan hiburan yang melalaikanC. hanya memberi tumpuan kepada aspek-aspek kerohanian sahajaD. mementingkan perkembangan ilmu-ilmu selain dari ilmu agama ( )

7. Antara punca kebencian dan sikap tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan Bani Umayyah ialah kerana sebahagian Khalifahnya memberi _____________.

A. jawatan pembesar negara hanya kepada orang-orang kayaB. layanan istimewa kepada orang Arab lebih dari bangsa-bangsa

lain C. jawatan pembesar negara hanya kepada orang yang mengampu

mereka D. layanan istimewa kepada bangsa Parsi lebih dari golongan

Mawali( )

8. Pada zaman pemerintahan Abbasiyyah, perpustakaan Tripoli di Syria mengandungi berjuta buah buku rujukan. Buku-buku ini ialah _____________.

A. hadiah yang diperolehi khalifah-khalifah dari orang-orang Parsi dan Yunan

B. terjemahan dari kitab-kitab pelbagai agama dan budaya orang-orang bukan Islam

C. hasil dari perkembangan pesat budaya membaca, mengkaji dan menulis dikalangan umat Islam

D. harta rampasan peperangan yang diperolehi umat Islam semenjak zaman pemerintahan Bani Umayyah ( )

2LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 4: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

9. Muawiyah r.a. dikatakan mempelopori sistem monarki dalam pemerintahan Bani Umayyah kerana perlantikan Khalifah selepasnya; iaitu anaknya Yazid _____________.

A. diserahkan kepada umat Islam di DamsyikB. berlaku dengan Yazid mencalonkan dirinya sendiriC. berlaku melalui syura dikalangan sekumpulan pembesar negara D. dilakukan oleh beliau sendiri dengan cadangan dari al-Mughirah ( )

10. Pada zaman Abbasiyyah, gerakan menterjemah buku-buku ilmiah ke bahasa Arab telah _____________ umat Islam.

A. melemahkan semangat intelek dan daya kreativiti penulisan B. meransang pertumbuhan ekonomi dan merancakkan perniagaan C. menambah keluasan dan kepelbagaian bidang ilmu pengetahuan D. merendahkan martabat buku-buku bahasa Arab yang ditulis oleh ( )

11. Hulagu Khan pemimpin Monggol yang menakluki Baghdad memeluk Islam kerana terkesan dengan keindahan _____________.

A. nilai-nilai kepribadian dan kecantikan salah seorang wanita Islam

B. ajaran-ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh umat Islam

C. dan kehebatan perpustakaan Islam yang mengandungi berjuta buah buku

D. bangunan-bangunan yang melambangkan kehebatan seni bina dan tamadun Islam ( )

12. Pada masa lampau, umat Islam dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat dunia. Kewujudan institusi-institusi pengajian tinggi yang terkenal seperti al-Nizamiyyah dan Baitul Hikmah adalah cerminan dari kegemilangan tamadun Islam. Pada zaman ini, kemuliaan umat Islam di mata masyarakat dunia akan dapat dikembalikan dengan _____________.

A. membina pusat-pusat pengajian Islam yang canggih dan indah dengan seni bina yang menarik dan menakjubkan

B. mengumpulkan wang yang banyak untuk membina sebanyak mungkin institusi-institusi pengajian tinggi bagi pendidikan Islam

C. menitik beratkan penyebaran ilmu dan pendidikan agar lahir dikalangan umat Islam ramai pakar-pakar ilmu pelbagai bidang

D. mengundang cendikiawan-cendikiawan barat yang bukan Islam untuk bercakap tentang kehebatan sejarah dan tamadun Islam ( )

3LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 5: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

Soalan 13 hingga Soalan 15 berdasarkan petikan di bawah:

Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Monggol India dan Kesultanan Melaka adalah di antara empayar-empayar yang terkuat dan terbesar di dunia.

13. Sebab utama pengaruh pemerintahan Islam dan ketamadunannya berkembang luas pada awal Islam adalah kerana _____________.

A. umat Islam manfaatkan keluasan ilmu yang tersebar luas di negara barat

B. kekayaan yang dimiliki oleh Khilafah Islamiah ketika itu melimpah-ruah

C. kepimpinan yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan dan penyebaran agama Islam

D. kepimpinan tertinggi Khilafah Islamiah oleh kaum Arab sebagaimana Rasulullah s.a.w. juga berketurunan Arab ( )

14. Ramai cendikiawan Islam seperti Ibn Sina yang hidup pada zaman kegemilangan Islam memiliki keupayaan ilmuan yang tinggi dan menguasai lebih dari satu disiplin ilmu. Tamadun ilmu ini dapat bertahan agak lama selama beberapa kurun kerana _____________.

A. ilmu diberi keutamaan dan para ilmuan mendapat penghormatan yang tinggi

B. ramai mahasiswa yang tidak berkemampuan diberi biasiswa oleh pemerintah Islam

C. rakyat melihat peluang pekerjaan yang baik bagi mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi

D. pemerintah Islam mengambil ramai pensyarah dari luar negara komited membina banyak masjid di serata negara ( )

15. Menurut sebilangan sejarahwan Islam, ketamadunan Islam dibina atas beberapa dasar utama. Masyarakat Islam hari ini penting untuk mencontohi kejayaan mereka itu. Dasar-dasar utama tersebut adalah _____________.

A. keutuhan aqidah terhadap ketauhidan Allah s.w.t., akhlak mulia dan ilmu pengetahuan

B. kekayaan hasil jizyah dan perniagaan antarabangsa antara Daulah Islamiah dan Barat

C. kekuatan ketenteraan sehingga berjaya menguasai dua pertiga dunia dan mendapat hasil cukai yang banyak

D. kehalusan kesenian terutama yang terdapat pada bangunan-bangunannya yang dibina sangat indah dan menakjubkan ( )

4LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 6: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

16. Islam mula berkembang ke Eropah melalui Andalusia atau sekarang dikenali sebagai Sepanyol. Penyebaran luas pengaruh Islam di sana sehingga ramai memeluk Islam ialah kerana _____________.

A. pemerintah Islam mewajibkan setiap rakyat Andalusia untuk menganut Islam

B. golongan ini ingin mengambil hati pemerintah Islam supaya tidak dipinggirkan

C. rakyat Andalusia yang bertukar agama kepada Islam diberi bayaran saguhati yang lumayan

D. rakyat agama lain terpengaruh dengan kebudayaan dan peradaban golongan yang memerintah ( )

17. Perang Salib berlangsung selama lebih kurang 200 tahun lamanya. Di antara kesan-kesan yang berlaku akibat perang ini adalah _____________.

A. pembangunan senjata-senjata yang lebih canggih di kedua belah pihak yang bertelagah

B. pengaliran ilmu pengetahuan dari negara Islam kepada Eropah sehingga membangkitkan Eropah dari kemunduran

C. banyak raja-raja Kristian di Eropah yang memeluk agama Islam kerana terpegun dengan ketamadunan Islam

D. perjanjian damai antara Salehuddin al-Ayyubi dan Raja Kristian dengan kesediaan pihak Kristian berada di bawah pemerintahan Khilafah Islamiah ( )

18. Pengajaran yang boleh kita pelajari apabila menganalisa kebangkitan dan kemajuan Kerajaan Fatimiyyah di Benua Afrika adalah _____________.

A. memberi banyak peluang kepada kaum wanita untuk duduk dalam tampuk pemerintahan

B. perjanjian damai dengan negara-negara luar agar tumpuan dapat diberikan bagi pembangunan ilmu dan intelek

C. perkongsian tampuk pemerintahan dengan kaum pelbagai agama untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

D. memiliki kepimpinan yang baik di samping pembangunan kekuatan tentera dan memberi keutamaan kepada budaya ilmu ( )

5LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 7: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

19. Kerajaan Ghaznawi diasaskan di India oleh Sultan Mahmud sebagai pemimpin yang cekap. Seperti banyak kerajaan Islam yang lain, kejatuhan Kerajaan Ghaznawi berlaku apabila _____________.

A. berlaku perebutan kuasa di antara anak-anak Sultan MahmudB. puak Kristian menyerang berikutan kemangkatan Sultan

Mahmud C. terjadinya perbalahan dan perpecahan di antara para pemimpin

Kerajaan GhaznahD. rakyat mula tidak mementingkan ilmu pengetahuan sebaliknya

hanya memberi tumpuan kepada pengibadatan ( )

20. Pepatah Melayu mengatakan,”Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan”. Raja Jalaluddin Muhammad Akbar adalah di antara pemimpin dalam Dinasti Mongol. Satu kesilapan besar yang dilakukan semasa pemerintahannya adalah _____________.

A. mengutamakan perpaduan rakyat berbilang agama sehingga menampakkan kelemahan Islam

B. membina banyak kuil dan gereja menggunakan wang dari Baitul Mal untuk memupuk toleransi agama

C. menghalang pembinaan rumah ibadah agama lain sehingga menimbulkan rasa marah penganut agama berkenaan

D. mewujudkan suatu fahaman baru iaitu Din Ilahi untuk menyatukan kaum pelbagai agama seperti Islam, Kristian dan Hindu ( )

21. Kejayaan terpenting yang diperolehi berkaitan sejarah kedatangan awal Islam di Cina adalah _____________.

A. orang Arab berjaya menguasai bahasa dan memahami budaya orang Cina

B. orang Arab berjaya mengatasi kebolehan bangsa Cina tempatan dalam bidang perniagaan

C. para pendakwah Arab berjaya mempengaruhi ramai penduduk tempatan Cina agar memeluk agama Islam

D. para pedagang Arab berjaya memperkenalkan batu permata, kain sutera dan teh Cina ke negara-negara Islam di Timur Tengah

( )

6LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 8: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

22. Sebelum abad ke-13 Masehi, penduduk Nusantara yang merangkumi kepulauan Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Mindanoa dan beberapa yang lain secara umum asalnya beragama Hindu. Ramai di antara mereka yang kemudiannya menganut agama Islam kerana _____________.

A. mereka mendapat ganjaran yang lumayan bila masuk Islam dari pedagang Arab yang beragama Islam

B. mereka tertarik dengan konsep beragama yang mudah difahami termasuk aspek ketauhidan serta penolakan sistem kasta

C. pembesar-pembesar Negara mereka ditawarkan untuk mengahwini perempuan-perempuan Arab jika mereka memeluk Islam

D. kerajaan mereka ditumpaskan oleh para saudagar Arab yang membentuk kumpulan tentera dari kalangan orang Melayu sendiri ( )

23. Setelah kamu mempelajari tentang kemasukan Islam di Melaka pada awal abad ke 15 Masehi, berikut adalah dapatan berkaitan pengaruh kerajaan Melaka ketika itu: _____________.

A. Melaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya

B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan kepada banyak negara dengan mendapat bayaran ufti

C. Melaka sebagai sebuah negara yang stabil dari sudut politik, ekonomi, sosial sehingga menjadi pusat penyebaran Islam

D. banyak negara Islam dan bukan Islam menghantar perwakilan untuk belajar tentang sistem ekonomi dan kehakiman di Melaka ( )

24. Berikut adalah kenyataan yang bertepatan berkaitan pengaruh Islam di awal kemasukannya ke Melaka: _____________.

A. pemimpin masyarakat Melayu merasa tercabar dengan kehadiran pedagang Arab

B. orang Arab akhirnya mengambil tampuk kekuasaan di Melaka kerana orang Melayu tidak mampu menyaingi mereka

C. penduduk Melayu berpegang teguh dengan fahaman dan kebudayaan sediaada kerana mereka berpendirian tegas

D. secara umum masyarakat Melayu merubah cara pemikiran dan amalan mereka bersesuaian dengan Aqidah Islam dan menerapkan akhlak Islam dalam kehidupan ( )

7LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 9: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

25. Sebagai salah seorang anggota masyarakat beragama Islam di Singapura, berikut adalah prinsip kita sebagai seorang muslim: _____________.

A. amalan agama diubahsuai secara bebas untuk memenuhi keperluan hidup yang serba mencabar

B. tugas menasihati masyarakat Islam hanya terletak kepada MUIS sebagai badan tertinggi atau wakil yang dilantiknya

C. sejajar dengan konsep sekular negara Singapura, usaha dakwah tidak sesuai untuk dijalankan oleh individu Muslim

D. meningkatkan keupayaan keilmuan dalam diri di samping menyumbang untuk masyarakat dalam pelbagai segi mengikut kadar yang termampu ( )

8LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 10: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

Bahagian B (25 markah)

Bagi setiap soalan di bawah ini, isikan tempat kosong dengan satu perkataan yang sesuai.

1. Rasulullah s.a.w. memberi penghormatan kepada Muawiyah r.a. dengan melantiknya sebagai salah seorang penulis ________________.

2. Rasulullah s.a.w. memerintahkan umat Islam supaya menghormati sahabat-sahabatnya kerana jasa-jasa mereka terhadap agama Islam. Atas dasar ini Umar bin Abdul Aziz menghentikan ________________ terhadap Ali bin Abi Talib r.a. di dalam khutbah pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.

3. Pada zaman pemerintahan Abbasiyyah, kota ________________ menjadi pusat pendidikan yang masyhur di Iraq.

4. Islam menyuruh kita menghormati dan mentaati suruhan ketua melainkan jika dia menyuruh kita melakukan perkara-perkara yang di________________ oleh agama.

5. Umat Islam mula bersatupadu di bawah pemerintahan Khalifah Muawiyah r.a. setelah Hasan bin Ali r.a. menyerahkan kepimpinan kepadanya dengan bersyarat. Tahun berlakunya peristiwa tersebut dinamakan sebagai tahun ________________.

6. Keadaan aman dan sejahtera pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik iaitu seorang Khalifah Bani Umayyah telah memberi peluang kepadanya untuk memberi tumpuan kepada ehwal ________________.

7. Orang yang berakhlak mulia dan berjasa sentiasa dikenang. Hisham bin Abdul Malik merupakan di antara khalifah yang terbaik pada zaman pemerintahan Bani Umayyah. Di sisi Allah s.w.t. ukuran utama kemuliaan seseorang ialah ________________nya.

8. Faktor utama yang menyebabkan kelemahan pada masa tertentu pada zaman pemerintahan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah ialah para ________________nya tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya

9. Umat Islam adalah bersaudara walaupun berbeza keturunan, bangsa dan warna kulit. Antara sebab kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah ialah semangat ________________ kerana ia kerap mengakibatkan perselisihan faham.

10. Dalam menjaga hak dan kebajikan rakyat, prinsip ________________ merupakan teras utama pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

9LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 11: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

11. Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah dari keturunan salah seorang Khulafa al-Rashidin yang masyhur iaitu ______________________.

12. Pada zaman pemerintahannya, Al-Walid bin Abdul Malik telah membaik-pulih tiga masjid yang paling agung dalam Islam iaitu Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid ________________ di Baitul Maqdis.

13. Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. merupakan salah seorang sahabat yang mempunyai peranan penting dalam sejarah awal Islam. Beliau telah memerangi golongan ________________ yang menggugat kestabilan pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a.

14. Ketika pemerintahan Abbasiyyah, Imam ________________ telah menyusun kitabnya yang masyhur iaitu al-Muwatta yang menjadi salah satu sumber ilmu yang penting bagi umat Islam sepanjang zaman.

15. Umat Islam di serata dunia walaupun terdiri dari berbilang kaum dan negara, disatukan dengan ikatan kalimah ________________.

16. Pemerintahan Islam di Andalusia telah berhasil mencerminkan Islam sebagai agama yang syumul yang bererti ________________.

17. Hampir kesemua pemerintahan Islam yang bertahan lama memerintah memberi keutamaan kepada ________________. Ini terbukti dengan banyaknya hasil penulisan yang wujud pada zaman tersebut.

18. Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, interaksi antara Dunia Barat dan Dunia Islam telah membantu Dunia Barat keluar dari lingkaran kemunduran mereka yang dikenali sebagai Zaman ________________.

19. Di antara panglima perang Islam yang berpengaruh dan telah memainkan peranan penting dalam zaman Perang Salib adalah _____________________.

20. Imam ________________ adalah seorang tokoh agama yang menguasai pelbagai disiplin agama seperti Usuluddin, Usul Fiqh, Falsafah dan Ilmu Mantik. Beliau adalah pengarang kitab yang terkenal iaitu Ihya’ Ulumuddin.

21. Suatu pengajaran penting yang dapat kita pelajari dari sejarah Islam adalah agama Islam itu tidak akan berkembang luas sekiranya penganutnya ketika itu tidak mempunyai semangat keislaman dan ________________ yang tinggi iaitu ingin menyampaikan risalah Islam kepada seluruh umat di dunia.

22. Ramai ilmuan Islam wujud pada zaman kegemilangan Islam. Di antaranya adalah al-Biruni yang telah menghasilkan sebuah karya agung dikenali sebagai ________________ al-Biruni yang menyentuh aspek astronomi dan matematik.

10LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 12: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

23. Laksamana Cheng Ho adalah seorang panglima Islam dari Cina yang terkenal. Beliau telah memberi komitmen mempertahankan negeri ________________ dari ancaman negara Siam.

24. Kekuatan dari segi ________________ adalah penting dalam penyebaran agama Islam oleh sesebuah pemerintahan Islam. Ini terbukti dengan kemajuan pelabuhan di negeri Aceh yang menyumbang kepada penyebaran agama Islam.

25. Akta yang melihat ehwal masyarakat Islam Singapura telah diwujudkan sebagai undang-undang pada 1966 yang dikenali dengan singkatan nama ________________.

11LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 13: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

Bahagian C (30 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan.

1. Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan zaman kegemilangan pemerintahan Bani Umayyah. Corak pemerintahannya sangat mirip dengan cara pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Pada zaman pemerintahannya, rakyat menikmati kehidupan aman dan makmur.

(a) Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuat banyak usaha-usaha pembaikan dan pembangunan semasa zaman pemerintahannya. Nyatakan dua daripadanya.

[4 markah]

(b) Di antara faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz ialah budaya mengkaji dan membaca. Dari pengalaman kamu sebagai pelajar, nyatakan faedah atau manfaat yang kamu perolehi melalui budaya mengkaji dan membaca.

[2 markah]

(c) Sebagai orang Islam yang hidup di Singapura dalam masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama, apakah sumbangan yang dapat kamu berikan kepada masyarakat? Nyatakan dua perkara sahaja.

[4 markah]

12LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 14: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

2. Masyarakat Islam di Singapura merupakan salah sebuah masyarakat minoriti. Walaupun demikian ia dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan agama dan negara. Kemajuan masyarakat Islam di Singapura dirasai juga oleh negara-negara jiran kita.

(a) Jelaskan perkara-perkara berikut sepertimana yang telah kamu pelajari.

i. Pengurusan zakat harta dan fitrah di Singapura.

[3 markah]

ii. Pengurusan haji dan umrah di Singapura.

[3 markah]

(b) Terangkan secara ringkas kegiatan dua sahaja badan sosial atau dakwah yang dikendalikan oleh masyarakat Islam yang bergerak dewasa ini di Singapura.

[4 markah]

13LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 15: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

3. Islam adalah agama yang mementingkan hubungan dengan manusia, alam semesta dan tidak lupa pula dengan Pencipta. Tamadun Islam berkembang maju dengan nilai-nilai Islami yang wujud di dalam pentadbiran wilayah-wilayah yang diperintah.

(a) Jelaskan makna ayat pertama di atas dengan memberikan contoh yang relevan

[5 markah]

(b) Jelaskan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalusia semasa pemerintahan Islam di sana.

[5 markah]

14LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 16: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

Bahagian D (20 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan.

1. Cendikiawan-cendikiawan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan pemimpin-pemimpin yang berwibawa lahir dari kalangan umat Islam sejak berzaman. Kejayaan ini dicapai melalui penghayatan dan pengamalan ajaran Islam yang sebenar.

Berdasarkan pengajian kamu dalam sejarah Islam, bincangkan lima ciri-ciri penting dari penghayatan dan pengamalan Islam yang perlu dihayati dan diamalkan oleh seorang muslim untuk maju dan berjaya dalam kehidupannya.

[10 markah]

15LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 17: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

16LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 18: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

2. Bincangkan peranan persatuan-persatuan Islam dan juga MUIS sebagai badan berkanun tertinggi berkaitan ehwal masyarakat Islam dalam menjana masyarakat berwibawa di Singapura. [10 markah]

17LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam

Page 19: Men 4 2008_final_011208.doc · Web viewMelaka sebagai pusat ilmu yang hebat menandingi pusat ilmu di Andalusia semasa zaman kemuncaknya B. kerajaan Melaka memberi perlindungan ketenteraan

SELESAI

18LPPI 2008 Menengah 4 Sejarah Islam