pemasangan sistem komputer - web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot...

11
PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) SMK SMK 1: PEMBANGUNAN RANGKAIAN L.A PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER KOD & NAMA LNP LNP 01.01 - LAKSANAKAN PEMASANGAN PERALATAN KOMPUTER TAJUK: LAKSANAKAN PEMASANGAN KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN TUJUAN: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai perkakasan- perkakasan yang terdapat pada komputer supaya dapat memasang perkakasan- perkakasan komputer dengan kaedah dan prosedur yang betul serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan. PENGENALAN Sebagai langkah permulaan, kita akan berbincang mengenai komponen- komponen yang terdapat di dalam sistem unit seperti papan induk utama, pemproses mikro, RAM dan sebagainya. Sebelum memasang segala perkakasan, terlebih dahulu anda mesti mengetahui jenis-jenis perkakasan tersebut dan memahami segala arahan yang diberikan di dalam manual yang disediakan. Antara perkakasan yang penting ialah CPU (Central Processing Unit), papan induk (motherboard), RAM (Random Access Memory), pemacu cakera liut (floppy disk drive), pemacu cakera keras (hard disk drive), kad input/output (I/O cards), kad bunyi, kotak komputer ( casing) dan pemacu CD- ROM perlu difahami terlebih dahulu supaya pemasangan perkakasan tersebut tidak mengalami masalah. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN LOT 148K-E, BANGUNAN MPK, KG DARAT KIJAL, 24100 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN. HELAIAN PENERANGAN

Upload: truongdiep

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK)

SMK SMK 1: PEMBANGUNAN RANGKAIAN

L.A PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER

KOD & NAMA LNP LNP 01.01 - LAKSANAKAN PEMASANGAN PERALATAN

KOMPUTER

TAJUK: LAKSANAKAN PEMASANGAN KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN

TUJUAN:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai perkakasan-perkakasan yang terdapat pada komputer supaya dapat memasang perkakasan-perkakasan komputer dengan kaedah dan prosedur yang betul serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

PENGENALAN

Sebagai langkah permulaan, kita akan berbincang mengenai komponen-komponen yang terdapat di dalam sistem unit seperti papan induk utama, pemproses mikro, RAM dan sebagainya.

Sebelum memasang segala perkakasan, terlebih dahulu anda mesti mengetahui jenis-jenis perkakasan tersebut dan memahami segala arahan yang diberikan di dalam manual yang disediakan. Antara perkakasan yang penting ialah CPU (Central Processing Unit), papan induk (motherboard), RAM (Random Access Memory), pemacu cakera liut (floppy disk drive), pemacu cakera keras (hard disk drive), kad input/output (I/O cards), kad bunyi, kotak komputer (casing) dan pemacu CD-ROM perlu difahami terlebih dahulu supaya pemasangan perkakasan tersebut tidak mengalami masalah.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIAKOLEJ KOMUNITI KEMAMAN LOT 148K-E, BANGUNAN MPK,KG DARAT KIJAL, 24100 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.

HELAIAN PENERANGAN

Page 2: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

RAM (Random Access Memory)

Terdapat pelbagai jenis RAM yang mempunyai fungsi dan keupayaan yang berbeza. Sehingga kini singkatan istilah RAM telah ditokok tambah dengan beberapa huruf tertentu di hadapannya sehingga muncul senarai singkatan seperti DRAM, SRAM, SDRAM serta DDR SDRAM.

Rajah 1: Contoh RAM yang biasa digunakan

RAM merupakan komponen yang berinteraksi dengan CPU sebagai sistem ingatan utama komputer. RAM dan CPU adalah teras komputer manakala komponen-komponen lain hanyalah pelengkap kepada aktiviti pusat.

SIMM (Single In-line Memory Module) dan DIMM (Dual In-line Memory Module)SIMM merupakan modul yang terdahulu dengan menawarkan laluan data sebanyak 32-bit. Oleh kerana pemproses Pentium telah direka bentuk untuk membenarkan laluan data yang lebih besar daripada itu, maka SIMM mesti digunakan secara berpasangan pada papan litar utama Pentium. Bagaimanapun SIMM masih boleh digunakan secara tunggal tetapi hanya di atas papan utama yang berasaskan pemproses 486 atau pemproses yang lebih perlahan. Manakala DIMM yang merupakan modul terbaru membenarkan laluan 64-bit dan menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan bersama pemproses terbaru yang lain seperti AMD dan Cyrix. DIMM terbukti berupaya mengendalikan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh dua unit SIMM. Tambahan pula ia boleh digunakan secara tunggal pada papan utama Pentium. Dari segi jangka masa panjang, ia lebih ekonomik kerana anda tidak perlu menambah satu lagi DIMM pada sistem ingatan komputer.

RAM (Random Access Memory)Ia merupakan istilah menyeluruh bagi semua ingatan yang boleh dibaca dan ditulis secara tidak sehala. Bagaimanapun ia merujuk secara khusus kepada ingatan berasaskan cip apabila kesemua ingatan berasaskan cip sebelum ini dikatakan bersifat capaian-rawak. RAM adalah berlainan daripada ROM kerana komputer hanya boleh membaca pada ROM tetapi boleh membaca dan menulis pada RAM.

DRAM (Dynamic RAM)DRAM merupakan sejenis ingatan piawaian utama dalam komputer hari ini dan ia dirujuk apabila memberitahu seseorang bahawa PC anda memiliki 32 Mbyte RAM. Di dalam DRAM, maklumat akan disimpan sebagai satu siri cas elektronik dalam kapasitor yang berasingan. Dalam setiap milisaat (milisecond) pengecasan secara elektronik pada DRAM akan dinyahcas dan perlu disegarkan semula (refreshed) untuk mengekalkan nilainya. Keadaan ini menyebabkan DRAM dikategorikan sebagai ingatan jenis meruap (volatile memory devices).

SRAM (Static RAM)Perbezaan di antara cip memori jenis SRAM dan DRAM ialah di mana cip DRAM mesti disegarkan secara berterusan sedangkan cip SRAM dapat melakukan secara automatik dan ia hanya berlaku apabila satu arahan bertulis dilaksanakan. Jika arahan bertulis tidak dilakukan maka tiada sebarang perubahan pada cip SRAM dan keadaan ini dikenali static. Kelebihan yang terdapat pada cip memori jenis SRAM berbanding dengan cip jenis DRAM ialah kepantasannya yang boleh mencapai 12 ns manakala 50 ns bagi cip memori jenis BEDO RAM (Burst Extended Data Out RAM). Kelemahan yang dimiliki oleh cip jenis SRAM terletak pada

Page 3: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

harganya yang lebih mahal daripada DRAM.

SDRAM (Synchronous Dynamic RAM)Terdapat dua kelebihan pada cip memori jenis SDRAM. Pertama, ia boleh

mengendalikan kelajuan bas sehingga 100 MHz dan kedua cip memori jenis SDRAM boleh

dihubungkan (synchronized)

dengan sistem jamnya sendiri. Teknologi yang terdapat pada cip ini

membolehkan dua halaman memori dibuka secara berterusan.

DDR SDRAM (Double Data Rate SDRAM)DDR SDRAM adalah teknologi terkini dalam kelas SDRAM. Semua jenis SDRAM menggunakan isyarat jam iaitu square wave. Ini bermakna jam sentiasa bertukar antara voltan rendah ke voltan tinggi dan sebaliknya, biasa berjuta-juta kali per saat. Kebiasaannya, SDRAM bertindak ke atas pertukaran jam dari rendah kepada tinggi dan mengabaikan pertukaran yang bertentangan manakala DDR SDRAM bertindak ke atas kedua-duanya.

Rajah 2: Contoh KABEL IDE yang biasa digunakan

KABEL IDE (Integrated Drive Electronics)

Kabel IDE berfungsi sebagai medium pengantaraan untuk pengaliran data diantara perkakasan dalaman komputer seperti hard disc

Page 4: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

dan optical drive

Rajah 3: Contoh KABEL SATA yang biasa digunakan

KABEL SATA

Serial ATA, atau kabel SATA, adalah sebuah antarmuka untuk menghubungkan host bus adapter untuk perkakasan penyimpanan data seperti hard disk drive dan optical drive.

Rajah 4: Contoh SOUND CARD yang biasa digunakan

SOUND CARD

Kad bunyi adalah kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.

Kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis fon telinga) di mana kabel penyambung kepada amplifier atau destinasi

Page 5: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

seumpamanya boleh dicucuk masuk.

Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam pita atau sumber bunyi seumpamanya boleh disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras) pada cakera keras komputer.)

Sambungan luar biasa pada kad bunyi biasa, digunakan untuk menyambung secara langsung kepada mikrofon. Bunyinya boleh dirakamkan kepada cakera keras atau di proses (sebagai contoh perisian pengecaman pertuturan atau untuk Suara melalui IP ( Voice over IP )).

Akhir 1990-an banyak pengeluar komputer mula menggantikan kad bunyi cucuk masuk dengan codec yang disertakan bersama papan induk. Kebanyakkannya menggunakan spesifikasi AC97 Intel.

Rajah 5: Contoh VGA CARD yang biasa digunakanVGA CARD

Kad video memainkan peranan penting dalam menghantar signal digital ke monitor. Kad video slot tambahan mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut.Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk. Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memerlukan kecanggihan paparan.Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra.

Page 6: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

Rajah 6: Contoh KABEL POWER SUPPLY yang biasa digunakan

Kabel power supplyPenyambung kuasaIanya terletak pada bahagian penjuru atas di sebelah kanan papan induk. Terdapat kabel berwarna yang fungsinya membawa bekalan kuasa elektrik dari unit bekalan kuasa dan disambungkan ke dalam soket yang tersedia pada papan induk ini untuk kegunaan seluruh papan induk dan komponen-komponen elektronik lain yang terletak di atasnya.

Rajah 7: Contoh KOMPUTER yang biasa digunakan

KOMPUTERPeranti Input dan output

Nama komputer diambil daripada perkataan ‘compute’ yang membawa makna melakukan pengiraan.

Peralatan yang melakukan 3 perkara ini iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil ‘computer’.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah iaitu:i. Peranti input – Tetikus, pengimbas, cam video.

Page 7: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

ii. Peranti output - Monitoriii. Peranti Storan – Cakera keras (hard disk) dan cakera liut.iv. Unit Sistem asas – Prosesor, RAM, Motherboard dan kad VGA

Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun Cuma berbentuk prom C akan disebut sebagai output.

Rajah 8:

Perkakasan dan Perisian Sebuah komputer dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

i. Perkakasan (hardware)ii. Perisian (software)

Perkakasan komputer terdiri daripada papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), monitor, papan induk (motherboard), RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya.

Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut (disket) untuk digunakan melaksanakan pelbabagai tugas.

Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program (PC) seperti Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya.

Komputer berjenama dan klon Apa itu klon – Klon (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru

sehingga menjadi serupa. Berjenama beerti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama & Klon – Komputer berjenama atau klon adalah sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi computer dibuat oleh berbagai syarikat computer seluruh dunia terutama di Asia. Bagi computer berjenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti COMPAQ, NEC, ACER, DELL dan sebagainya.

Kebanyakan syarikat-syarikat computer berjenama membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti Cuma perkakasannya sahaja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi digunakan dan diberikan jaminan oleh syarikat berkenaan.

Page 8: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

Langkah-langkah Keselamatan Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan

dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Langkah-langkah tersebut adalah:i. Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang

dapat menghindar dari kejutan elektrik.ii. Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah

dipasang.iii. Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik

Peralatan Kerja (Tools) – untuk permulaan pemasangan computer, screw driver dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan cara itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set computer tool kit, multimeter, kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

Meja Kerja (Work Bench) – meja tempat membuat kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai cirri-ciri keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.

GLOSARI AC - Alternating Current (Arus elektrik). Bekalan kuasa elektrik bervoltan 240V,

dibekalkan oleh Tenaga Nasional, Malaysia.

AGP - Port AGP untuk kelajuan data video dihantar ke monitor iaitu senayak 2 kali ganda berbanding kad video PCI. AGP bermaksud Accelerated Graphics Port terdapat dikebanyakan papan induk ATX.

AT - Teknologi masa depan (Advanced Technology) iaitu nama yang direka sejak awal komputer dibina pada tahun 80an.

Basic System – Komputer Sistem Asas, terdiri daripada komputeryang tidak ada bunyi dan tidak boleh berinternet.

BIOS – Basic Input-Output System ialah satu cara dimana sebuah cip digunakan bagi komputer beroperasi dengan sistem mengenai perkakasan.

Cache – Satu jenis memori yang terdapat pada sesetengah CPU dan papan litar. Ia digunakan bagi CPU menyimpan data baggi kepantasan pengambilan balik ke storan HDD. Dalam dunia internet, cache lebih merupakan sebuah direktori menyimpan fail-fail laman web yang dilawati.

CD-ROM – Compact disc bagi menyimpan data untuk dibaca oleh komputer samada program atau dalam bentuk lagu atau game. CD-ROM drive ialah pemacu CD-ROM yang

Page 9: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

cuma boleh membaca data dari CD atau VCD.

CMOS – Complementary metal-oxide semiconductor, cip yang menyimpan maklumat perkakasan komputer.

CPU – Central Processing Unit, pusat memproses data pada keseluruhan sistem komputer.

DC – Direct current iaitu sumber kuasa dari sebuah ateri.

DOS – Disk Operating System, sistem operasi untuk komputer sebelum windows 3.11, Win98.

EDO – Extended Data Out iaitu RAM jenis laju satu ketika dulu, biasanya digunakan untuk sistem Pentium lama (papan induk Socket 7)

FDD – Floppy disk drive (pemacu cakera liut). Digunakan untuk menulis dan memaca disket.

Hardware – Perkakasan komputer terdiri dari kad-kad litar, tetikus, papan kekunci, monitor dan lain-lain lagi.

HDD – Harddisk drive atau pemacu cakera keras iaitu storan untuk menyimpan data dan sistem operasi.

MB – megabyte iaitu dalam angka juta. 1 MB bersamaan sejuta byte atau sebenarnya 1048576 bait dalam kiraan binary.

Mb – Megabit iaitu yang berkenaan kelajuan penghantaran data seperti melalui perkakasan modem.

Motherboard – Papan induk dimana diletakkan berbagai-bagai jenis kad seperti kad bunyi, kad video, modem dan lain-lain lagi.

RAM – Random Access Memory (memori ingatan rawak). Memori sementara yang digunakan oleh komputer tersimpan dalam RAM dan akan hilang bila komputer ditutup.

SCSI – Singkatan Small Computer System Interface, antaramuka sambungan ke perkakasan jenis SCSI seperti cakera keras dan pencetak. Perkakasan menggunakan SCSI lebih laju dan mahal berbanding jenis IDE dan port bersiri (LPT1)

SVGA – Super video graphics adapter, kad video yang mempunyai resolusi yang baik.

PCI – Peripheral component interconnect, slot tambahan untuk perkakasan 32 bit.

USB – Universal serial bus, komponen yang dicipta untuk mempercepatkan pernghantaran data antara perkakasan yang disambungkan dengannya. Perkakasan-perkakasan jenis USB yang boleh disambungkan ke soket USB komputer seperti pencetak, modem, tetikus, papan kekunci dan sebagainya. USB 1.1 dan yang terbaru USB 2.0 pula selaju 480 Bbps. Cara pemindahan data yang terbaru ialah FireWire yang mampu beroperasi dengan kelajuan 400

Page 10: PEMASANGAN SISTEM KOMPUTER - Web viewkementerian pengajian tinggi malaysiakolej komuniti kemaman lot 148k-e, bangunan mpk,kg darat kijal, 24100 kemaman, terengganu darul iman.helaian

Mbps.

VGA – Video graphics adapter juga dipanggil kad VGA untuk disambungkan ke monitor. Paparan yang baik dan sempurna memerlukan kad video yang mempunyai RAM yang banyak.