Download - Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 1
Penafian Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat didalam buku ini
ketika penulisan, namun begitu maklumat berkaitan teknologi perkomputeran selalu bertukar dengan
pantas.Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat
ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan terdapat kesalahan tipografi dan kandungan. Gambar
adalah hakcipta masing-masing dan dikreditkan.Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa
maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang dengan
ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada
secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan
ini, secara langsung atau tidak langsung.
Hakcipta Hakcipta Terpelihara 2012, Shaiffulnizam bin Mohamad.
Anda dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini
dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis
• Anda dilarang menjual tutorial ini kepada mana-mana pihak sekalipun.
• Anda dilarang menjadikan tutorial ini sebagai bonus untuk produk anda.
• Anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah suai kandungan ebook ini
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 2
Kandungan Halaman 1. Kandungan
2. Pengenalan
3. Pemasangan Nginx dan Penggunaan Skrip dari Centminmod.com
4. Langkah Pemasangan dan Persediaan.
5. Log masuk ke pelayan web anda menggunakan SSH
6. Muat turun Skrip CentminMod, Setup dan mulakan pemasangan
7.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 3
Pemasangan Nginx menggunakan CentminMod Pengenalan
Nginx atau disebut Engine-X merupakan Pelayan web sumber terbuka yang dibina oleh Igor Sysoev,
ianya adalah pelayan web yang berprestasi tinggi dan merupakan reverse proxy, pelayan proxy dan
IMAP/POP3. Ia mula dibangunkan pada tahun 2002 dan dilepaskan kepada umum pada tahun
2004. Sehingga kini Nginx digunakan hampir 12.18% (22.2 Juta) tapak web aktif yang merentasi
semua jenis domain. Ia juga dikenali disebabkan prestasinya yang tinggi, konfigurasinya yang
mudah dan penggunaan sumber RAM yang rendah.
Nginx adalah antara pelayan yang dibina bagi mengatasi masalah C10K (Masalah C10k merujuk
kepada masalah mengoptimumkan perisian pelayan web yang mengendalikan sejumlah besar
pelanggan pada masa yang sama (dengan itu nama C10k - sepuluh ribu sambungan). Masalah
pengoptimuman pelayan web telah dikaji kerana beberapa faktor perlu dipertimbangkan untuk
membolehkan pelayan web untuk menyokong banyak pelanggan. Ini boleh melibatkan gabungan
kekangan sistem operasi dan had perisian pelayan web.)
Prestasi Nginx memang amat bagus dan berguna bagi mengendalikan beribu-ribu permintaan
serentak dengan kesan jejak penggunaan memorinya yang kecil dan sesuai untuk digunakan pada
server berprestasi tinggi dan yang berskala kecil. (dedicated server kepada VPS)
NginX telah menjana web berprestasi tinggi seperti WordPress, Hulu, Github, Ohloh, SourceForge,
CloudFlare dan TorrentReactor.
Pemasangan Nginx dan Penggunaan Skrip dari Centminmod.com
Ada beberapa cara untuk memasang NginX, tetapi dalam tutorial kali ini, saya lebih suka
menggunakan Skrip yang telah disediakan oleh CentMinMod.com. Sebab Utama kenapa saya
menggunakan Skrip CentMinMod.com ialah kerana ianya lebih mudah digunakan terutama untuk
pemasangan NginX, PHP, MySQL atau MariaDB dan bagaimana untuk mengemaskininya melalui
skrip yang disediakan, skrip ini juga membantu untuk pemasangan MemCached, Suhosin,
FFMPEG, CSF firewall dan perisian penting bagi pelayan web anda.
Skrip dari CentMinMod ini boleh dipasang pada pelayar web berasaskan Centos sahaja. Centmin
Mod adalah untuk pemasangan pada sistem operasi CentOS sahaja. Ia merupakan versi yang
diubah suai skrip Centmin asal yang memasang pelayan web Nginx secara automatic berserta
dengan putaran log dengan pelbagai perisian: PHP-fpm dengan putaran log, lebih baik melakukan
MySQL, MariaDB 5.2.x MySQL server, memcached v1.4.10, Memcache v3. 0.5, pilihan cachers
opcode PHP seperti Xcache v1.3.2 dan APC Cache v3.1.9, ImageMagick, Suhosin dan FFMPEG
pilihan PHP lanjutan, CSF Firewall, Pengepungan penanda aras serta CentOS dan versi terkini
Python v2.7.2. Baru-baru ini, versi Mod Centmin beralih ke menu penuh sokongan pemasangan
untuk sistem operasi CentOS.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 4
Langkah Pemasangan dan Persediaan.
Saya mengandaikan anda tahu menggunakan Putty dan SSH serta memiliki asas pengendalian
pelayan Centos.
Pertama sekali, anda perlu memiliki Pelayan web sendiri yang mempunyai kawalan terhadap root
pelayan web tersebut. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan VPS atau Virtual Private Server
daripada ChicagoVPS.NET yang mempunyai spesifikasi seperti berikut:
i. 50GB Hardisk
ii. 2GB RAM
iii. 2TB Bandwith
iv. Dihoskan di Chicago US
v. Kawalan penuh kepada Root System
Dengan Harga lebih kurang RM 22 sebulan atau USD 7. Atau anda boleh gunakan VPS dengan
Spesifikasi lebih rendah dengan memilih seting lebih rendah semasa pemasangan dilakukan.
Kedua, anda perlu Log masuk ke system VPS anda menggunakan Putty, contohnya seperti
dibawah.
Dan log masuk ke sistem VPS anda sebagai root. Sila ambil perhatian, dalam tutorial ini, saya
menggunakan default User root dan saya hanya menggunakan Asas keselamatan sahaja untuk log
masuk ke server saya. Tetapi anda tidak perlu bimbang, diakhir tutorial ini dan proses pemasangan
Nginx menggunakan skrip CentMinMod ini, server anda akan turut dipasang dengan CSF Firewall
dan Suhosin sebagai alatan asas keselamatan pelayan web anda.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 5
Log masuk ke pelayan web anda menggunakan SSH
Berikut ialah gambar setelah anda log masuk ke Pelayan Web anda menggunakan SSH.
Untuk proses selanjutnya, sila kemaskinikan sistem Operasi Centos yang anda gunakan.
Baris arahan
yum –y update
Seperti gambar dibawah.
Muat turun Skrip CentminMod, Setup dan mulakan pemasangan
1. Memuat turun versi terbaru Mod Centmin dari (anda boleh mencari versi maklumat terkini di sini
http://www.centminmod.com) dan turun pada http://vbtechsupport.com/920/. Capaian download
kemudian akan bergerak ke domain centminmod.com.
cd /usr/local/src
wget http://vbtechsupport.com/centminmenu/centmin-v1.2.2-eva2000.11.zip
2. Ekstrak fail dan tukar kepada direktori centmin-v1.2.2mod dan selepas itu sila chmod +x
centmin.sh.
unzip centmin-v1.2.2-eva2000.11.zip
cd centmin-v1.2.2mod
chmod +x centmin.sh
3. Menu utama pemasang berasaskan centmin.sh dan jika ini adalah kali pertama memasang, pilih
pilihan # 1 untuk memasang Centmin. Jika anda menaik taraf pelayan yang telah sebelum ini telah
dipasang dengan Centmin Mod, anda TIDAK perlu untuk menjalankan pilihan # 1, sebaliknya
menjalankan pilihan # 4 dan # 5 untuk menaik taraf Nginx pelayan web dan menaik taraf PHP.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 6
./centmin.sh
Berikut ialah paparan cekupan skrin bagi skrip centmin.sh yang dilaksanakan.
Sila Pilih arahan/opsyen 1 dan Klik Enter untuk mula memasang Centmin, ketika pemasangan
Centmin ini, Pelayan web akan dipasangkan dengan NginX, PHP, MariaDB serta APC Cache,
Memcached server dan XCache. Paparan yang akan muncul setelah anda memilihOpsyen 1 adalah
seperti berikut,
Anda perlu menaip “ y “ untuk teruskan, seterusnya anda akan ditanya sama anda ingin
mengemaskini perisian dalam pelayan anda. Sila jawab “ y “ untuk kedua-dua soalan ini.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 7
Selepas ini, perisian-perisian dalam pelayan ini akan dinaiktaraf kepada Versi terkini secara
automatic.
Selepas semua pemasangan atau kemaskini Berjaya dilakukan, anda akan ditanya sama ada ingin
menambah ciri keselamatan kepada folder /tmp dan /var/tmp
Untuk bahagian ini, Saya AMAT MENYARANKAN anda untuk menerima permintaan ini, dengan
mengklik huruf “ y “, kerana ini dapat membantu mengelakkan server anda dari hack dengan mudah.
Selepas ia selesai dilindungi / diperkuatkan, anda akan ditanya soalan bagi setiap penggunaan
aplikasi bagi membolehkannya, menggunakan memori dengan sepenuhnya. Anda perlu jawab
soalan yang ditanya sama ada pelayan anda mempunyai memori yang mencukupi atau tidak.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 8
Jika anda memiliki pelayan dengan memori yang besar, anda boleh menggunakan kelebihan
pelayan web anda dengan sepenuhnya.
Soalan diatas untuk mengoptimakan MySQL, jika pelayan web and memiliki memori yang agak
rendah, sila pilih Yes dengan menaip perkataan “ y “ jika lebih, sila klik “ n “, selepas ini. Begitu juga
dengan penggunaan/pemasangan bagi PHP. Seperti dibawah, sila pilih berdasarkan kemampuan
server anda. Begitu juga dengan XCache dan APC.
Selepas ini skrip akan memasang perisian pembangunan untuk kompil Nginx dan lain-lain. Sila
tunggu hingga ianya selesai. Ia juga akan menambah repo kepada system centos anda sekiranya
ianya belum ada didalam sistem anda.
Setelah selesai memasang Alatan Pembangunan (Development Tools) dan mengemaskini sistem
anda, anda akan ditanya untuk menetapkan Masa Lokal bagi server tersebut, sekiranya anda ingin
berbuat sedemikian
Bahagian ini terpulang kepada anda, untuk saya. Saya akan menjawab tidak “ n “ untuk
membolehkan saya menetapkan masa pelayan web tersebut kepada yang saya suka.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 9
Sistem akan secara auto memasang Nginx selepas mengenal pasti sistem yang anda gunakan.
Selepas selesai mengkompil NginX, anda akan ditanya sama ingin kompilkan Nginx untuk
menyokong IPV6, sekiranya hos anda menyokong IPV6, anda boleh menggunakannya.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 10
Jika anda memilih Ya, sila klik “ y “ dan Nginx akan dikompil supaya ia dapat menyokong protokol
tersebut. Sekiranya tidak, sila taipkan “ n “, sekiranya hos anda dan ISP anda tidak menyokong
IPV6, laman web tersebut tidak akan dapat dilawati. Kecuali mereka yang menggunakan ISP yang
disokong IPV6.
Selepas selesai proses Kompil. Apache akan dinyahaktifkan dan MySQL/MariaDB pula akan
dipasang. Apabila pemasangan MariaDB ini selesai, anda akan terus diminta untuk menambah ciri-
ciri keselamatan MariaDB dengan menambah katalalaluan ke MariaDb/MySQL, membuang
anonymous user, membuang pangkalan data ujian (test)
Ini semua boleh dilakukan secara manual menggunakan baris arahan
/usr/bin/mysql_secure_installation
Oleh kerana, MariaDB adalah berasal dari MySQL, maka baris arahan mereka adalah lebih kurang
sama sahaja.
Klik “ Enter “ sahaja pada kali ini, kerana Katalaluan memang tiada pada permulaannya,
selepas itu, sila tetapkan katalaluan root, Sila jawab “ y “ disini, anda boleh gunakan katalaluan
berbeza dengan katalaluan root pelayan web anda. Jika pelayan web MySQL atau sebaliknya
dicerobohi maka salah satu katalaluan akan lebih selamat, (Pastikan katalaluan anda
menggabungkan abjad dan nombor serta huruf istimewa, cthnya $#@ dan lain-lain.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 11
Dalam pemasangan default MySQL, terdapat pengguna anonymous, untuk keselamatan sila
pastikan anda Klik “ n “ untuk buang pengguna ini dari pangkalan data.
Untuk keselamatan juga, anda harus menyahaktif sambungan root dari luar pangkalan data anda,
supaya katalaluan anda tidak diteka dari rangkaian. Oleh yang demikian, sila pastikan anda
menjawab “ Y “ sekiranya anda menggunakan server ini sebagai server keluaran dan bukan server
ujian.
Untuk seterusnya, dalam pemasangan default. Ada satu pangkalan data bertajuk TEST yang boleh
diakses oleh semua orang, sila buang sebelum pelayan web anda digunakan untuk online
sepenuhnya. Sila pastikan pangkalan data test dan akses kepadanya dibuang. Klik “ Y “ untuk
membuangnya.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 12
Selepas selesai memasang MySQL/MariaDB, pemasangan PHP pula akan dimulakan, ianya
bermula dengan pengemaskini sistem Server anda, dan selepas itu, skrip centminmod akan mula
mengambil fail-fail pemasangan PHP yang terkini dan akan dikompilkan berdasarkan jumlah memori
yang anda tetapkan sebelum ini,
Dengan menggunakan Skrip dari CentminMod ini, yang menariknya ialah PHP bukan dipasang
secara sedia ada, tetapi ianya dikompil menggunakan kod sumber dan berdasarkan Input anda
mengenai memori yang dimiliki oleh pelayan anda.
Skrip ini juga akan memasang PHP SAPI (Server API) modul FPM dan juga Binari CLI bagi PHP
(Command line Interface)
Mengenai PHP-fpm?
PHP-fpm (FastCGI Proses Pengurus) adalah pelaksanaan alternatif PHP FastCGI dengan beberapa
ciri-ciri tambahan yang berguna untuk laman sebarang saiz, terutamanya tapak yang sibuk.
Ciri-ciri ini termasuk:
Proses penyesuaian spawning (BARU!) Adaptive process spawning
Statistik asas (mod_status ala Apache) (BARU!)
Proses pengurusan canggih dengan berhenti / bermula dengan lembut (graceful)
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 13
Kebolehan untuk memulakan pekerja dengan uid / gid / chroot / persekitaran yang berbeza dan
php.ini berbeza (menggantikan safe_mode)
merekod Stdout &stderr
Kecemasan mula semula dalam kes kemusnahan cache opcode sengaja
Mempercepatkan sokongan muat naik
Sokongan untuk "slowlog"
Tambahan kepada FastCGI, seperti fastcgi_finish_request () - fungsi khas untuk menyelesaikan
permintaan & flush semua data di samping terus melakukan sesuatu yang memakan masa (video
penukaran yang, statistik pemprosesan, dll)
Seterusnya, ia juga akan memasang fail logrotate dan mulakan kembali php-fpm dan pemasangan
selesai.
dan Wow! Php Berjaya dipasang ke server anda. Sekarang, Skrip akan cuba memasang XCache,
APC dan Memcached yang bertujuan membantu mempercepatkan muat turun atau memory caching
atau data caching (simpan memori atau data sementara untuk diguna semula bagi mempercepatkan
akses kepada fail2 tersebut)
Pilihannya, anda tidak boleh memasang Xcache bersama-sama APC, anda hanya boleh pilih salah
satu darinya.dan keduanya menggunakan 32MB RAM. Untuk tutorial ini saya hanya memasang
APC dan bukan XCache seperti gambar dibawah.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 14
Anda akan ditanya sama ada ingin memasang XCache atau tidak? Saya tidak memasang XCache
tetapi APC, ini terpulang kepada anda, dan sebaiknya anda membuat sedikit kajian mengenai
kelebihan dan kekurangan antara APC dan XCache, tetapi dalam tutorial ini, saya hanya
memfokuskan kepada pemasangan asas Nginx.
Jika anda ingin gunakan APC, sila jawab “ y “
APC akan dipasang dari permulaan sekiranya pelayan web yang anda gunakan tidak disokong.
Contohnya pelayan web yang saya gunakan dalam tutorial ini tidak disokong oleh pemasangan
normal, maka ia akan dikompil bagi kesesuaian server saya,
Setelah selesai dipasang, PHP-FPM akan dimulakan kembali, dan selepas itu sendmail akan
dipasang secara automatik.
Setelah sendmail dipasang, skrip ini akan memasang pelayan Memcached yang akan
menggunakan 8MB RAM bagi setiap satu pelayan. Konfigurasi sendmail boleh dibuat selepas
semua proses pemasangan selesai dilakukan, mengikut pengalaman saya selepas menggunakan
skrip dari centminmod ini, saya Berjaya menggunakan sendmail dengan sedikit ubahsuaian melalui
webmin. (Akan diterangkan dalam tajuk akan datang)
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 15
Selepas pemasangan Sendmail, pemasangan seterusnya ialah server memcached. Selepas selesai
proses pemasangan tersebut anda ditanya sama ada ingin memasang 1 atau 2 pelayan
memcached yang menggunakan 8MB RAM setiap satu. Jika server/pelayan web anda mempunyai
memori RAM yang agak besar, anda boleh memasang dua pelayan memcached sekaligus.
Selepas itu. Ektension php-memcached akan dikompil dan dipasang ke direktori yang sepatutnya.
Pelayan akan mulakan semula php-fpm dan selepas itu pula akan memasang halaman log masuk
admin memcached.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 16
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 17
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 18
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 19
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 20
Untuk membolehkan anda menggunakan ciri Search Engine Friendly pada Joomla!, SEF
Apa yang anda harus lakukan terlebih dahulu ialah dengan membuat ubahsuai kepada konfigurasi
Virtual Host Nginx web anda. Pada kebiasaannya Absolute pathnya adalah seperti berikut :
/usr/local/nginx/conf/conf.d/
Oleh yang sedemikian, sila ke folder tersebut dan lihat Virtual Host yang mana perlu diubahsuai dengan menyenaraikan fail yang ada. cd /usr/local/nginx/conf/conf.d/
ls
Sebagai contoh,
Untuk mengedit konfigurasi SEF bagi web http://backup.joomla.my, anda perlu edit fail backup.joomla.my.conf sama ada menggunakan nano atau vi, untuk saya, saya lebih biasa menggunakan arahan berikut : Nano backup.joomla.my.conf
Seperti gambarajah berikutnya.
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 21
Untuk menambah ciri SEF, anda perlu mencari baris location / {
Selepas itu, sila tambahkan kod berikut try_files $uri $uri/ /index.php?q=$request_uri;
Contoh seperti kod yang diberikan dibawah ini
location / {
# Enables directory listings when index file not found
#autoindex on;
# Shows file listing times as local time
#autoindex_localtime on;
# Enable for vBulletin usage WITHOUT vbSEO installed
#try_files / /index.php;
try_files $uri $uri/ /index.php?q=$request_uri; Masukkan Kod berikut }
Keselamatan Sila masukkan kod dibawah bagi menghalang skrip dari dijalankan dari dalam direktori yang dichmod 777 atau writable seperti direktori images, cache, media, logs dan tmp.
# deny running scripts inside writable directories
location ~* /(images|cache|media|logs|tmp)/.*\.(php|pl|py|jsp|asp|sh|cg$
return 403;
error_page 403 http://backup.joomla.my/403;
}
Masukkan kod dibawah untuk membenarkan Nginx menyimpan fail-fail berikut sementara dalam cache bagi tempoh satu tahun / 14 hari mengikut kesesuaian anda.
# caching of files
location ~* \.(ico|pdf|flv)$ {
expires 1y;
}
S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y
P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 22
location ~* \.(js|css|png|jpg|jpeg|gif|swf|xml|txt)$ {
expires 14d;
}
Kod dibawah adalah pilihan, sekiranya anda ingin hasilkan halaman 404 atau 403 anda sendiri, Laman 404 ialah untuk fail atau halaman tidak ditemui, manakala laman 403 merupakan Direktori tidak boleh dicapai @ larangan atau forbidden directory, ini hanya valid atau sah, sekiranya anda menggunakan override dan bukan halaman ralat asal NginX.
error_page 404 http://backup.joomla.my/404;
location http://backup.joomla.my/404 {
internal;
}
error_page 403 http://backup.joomla.my/403;
location http://backup.joomla.my/403 {
internal;
}
Selepas anda menyimpan fail tersebut, sila mulakan kembali pelayan web NginX anda untuk dapatkan perubahan yang telah anda lakukan sebentar tadi. Berikan arahan berikut : ngxrestart
Sekiranya tiada sebarang masalah, paparan arahan tadi akan kelihatan seperti berikut.