pemansan global

Upload: nur-farhanah-ahmad-tarmizi

Post on 17-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Punca, Kesan dan Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pemanasan Global.

Pemanasan global adalah adanya proses peningkatan suhu rata-rata atmosfera, laut, dan daratan Bumi. Suhu rata-rata global pada permukaan Bumi telah meningkat selama seratus tahun terakhir. Sebahagian besar peningkatan suhu ratarata global sejak pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui kesan rumah kaca. Peningkatan suhu global akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan permukaan air laut, meningkatnya fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan populasi. Akibat-akibat pemanasan global yang lain adalah kemusnahan hasil pertanian, hilangnya glester, dan pupusnya berbagai jenis hidupan. Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Pemanasan global juga merujuk kepada keadaan suhu bumi meningkat secara berterusan. Menurut kajian yang dibuat, purata suhu bumi akan meningkat 1.5 C hingga 4.0 C dalam abad ini. Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah berubah jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya lebih nyaman serta keadaan cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam balang kaca yang panas. Oleh hal yang demikian,

masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian kerana, perkara yang sering kita lihat yang melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah. Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang berbahaya secara tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar melakukan anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini. Masyarakat juga harus mengatasi masalah ini sebelum nasi menjadi bubur.

Di samping itu, kegiatan perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini demikian kerana, kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat

janganlah mengamalkan peribahasa Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Oleh hal yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkaraperkara negatif sebelum berlaku selaras dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undangundang agar mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini menjadi lebih melarat lagi.

Namun begitu, masih terdapat faktor lain yang menjadi penyebab kepada pemanasan global seperti pembinaan bangunan pencakar langit. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi yang tersergam indah itu juga sebenarnya memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini demikian kerana, pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan boleh menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Dengan cara ini, masyarakat seharusnya janganlah mengambil mudah seperti melepaskan batuk di tangga, dengan mengejar segala arus pembangunan tetapi menyebabkan kesan negatif kepada hidupan lain. Maka, jelaslah bahawa ketidakseimbangan manusia mengeksploitasi khazanah bumi merupakan faktor berlakunya pemanasan global.

Ahli-ahli sains dan geografi bersependapat bahawa punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya

klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi

disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Proses-proses yang menyebabkan pemanasan global ialah jerebu. Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udaraselain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatanyang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah. Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).

Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebihdari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujudsecara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapungdi udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkankadar penglihatan

Selain itu, klorofluorokarbon merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti kanser kulit dan katarak mata.

Klorofluorokarbon (CFC) ialah sejenis sebatian organik berbentuk gas yang mengandungi karbon, klorin dan fluorin. Ia juga dikenali dengan nama dagangan DuPont Freon. Kegunaan utamanya ialah sebagai bahan penyejuk, bahan dorong (kegunaan aerosol) dan pelarut, namun kini sedang dihentikan secara berperingkat melalui Protokol Montreal kerana meningkatkan kadar penipisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur lapisan ozon. Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 2025 km, kurang sinar ultraungu diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan sinar uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

Tambahan pula, kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

Di samping itu, pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

Hujan asid juga menjadi salah satu penyebab kepada pemanasan global. Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.

Pemanasan Global didorong oleh aktiviti manusia yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut di seluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau di dunia bakal tenggelam selamanya jika air laut terus meningkat. Selain itu, pemanasa global juga menyebabkan fenomena lain seperti kemarau, hujan lebat, taufan, banjir dan ombak besar berlaku di beberapa bahagian bumi.

Menurut Ahli kaji Iklim, menyatakan bahawa pemanasasn global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau. Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba atmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.

Aktiviti utama manusia yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku ialah pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli. Pembakaran ini kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana kuasa elekrik. Bahan api fosil ini membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera. Sebab yang kedua ialah pembersihan hutan dan tanah. Hal ini terjadi kerana tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah yang berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau kerana tumbuhan semakin kurang menggunakan karbon dioksida untuk proses fotosintesis. Proses semulajadi iaitu tenaga matahari yang berlebihan juga merupakan penyumbang kepada pemanasan global ini.

Pemanasan global turut berpunca daripada penerokaan kawasan hutan yang berleluasa. Banyak pokok akan ditebang untuk menjalankan penerokaan sumber galian seperti bijih timah, emas dan sebagainya. Maka, fungsi pokok sebagai penstabil ekosistem terjejas. Hal ini mengurangkan penghasilan gas oksigen daripada pokok dan sebaliknya menambahkan gas karbon dioksida dalam udara. Fenomena ini turut memperlihatkan proses fotosintesis tumbuhan terjejas. Kesannya, gas karbon dioksida yang semakin banyak akan mendorong pemanasan global.

Selain itu, pemanasan global turut berpunca daripada kegiatan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka banyak dilakukan oleh golongan petani yang tidak bertanggungjawab. Mereka membakar sisa - sisa pertanian sebagai langkah untuk pelupusan bahan buangan. Sebagai kesannya, pembakaran terbuka ini mendorong penghasilan gas karbon dioksida yang mampu meningkatkan suhu bumi. Selain itu, penggunaan kenderaan yang melibatkan pembakaran fosil turut meyumbangkan kepada pemanasan global. Jelasnya, segala kejadian yang melibatkan pembakaran akan mendorong pemanasan global.

Pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya antaranya ialah pencemaran hidupan laut, perubahan habitat, kerosakan cuaca,peningkatan paras laut, ancaman kepada kesihatan manusia dan perubahan tuaian makanan. Pemanasan global ini menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang dan sekaligus mengancam hidupan laut.

Selain daripada itu, perubahan cuaca daripada panas ke sejuk dan sebaliknya akan menyebabkan hidupan di muka bumi ini akan berpindah ke habitat atau ke lokasi yang lain dan akan membuatkan habitat tersebut tidak selesa dengan kehidupan mereka. Keadaan suhu yang terlampau panas akan membawa kemusnahan dan menyebabkan perubahan bentuk taburan hujan berubah sama sekali. Hal ini akan menyebabkan banjir, kemarau yang panjang, taufan dan ribut tropika.

Peningkatan paras laut juga merupakan kesan yang paling berbahaya. Hal ini terjadi kerana suhu yang panas secara berterusan akan memecahkan bongkahbongkah ais dann membawa kepada peningkatan suhu air laut serta akan menyebabkan kawasan pantai mengalami banjir, hakisan tanah, kehilangan tanah lembap dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

Apabila suhu dunia semakin meningkat dari hari ke hari, maka ianya turut mengancam kesihatan manusia secara sedikit demi sedikit. Antara penyakit yang dihidapi oleh manusia kesan daripada pemanasan ini ialah katarak mata, kanser kulit dan juga manusia terdedah kepada kematian. Pemanasan global akan mengakibatkan kesan seperti kenaikan aras laut. Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan menyebabkan pencairan glasier. Ekoran daripada itu, banjir kian berlaku dan menjejaskan kehidupan manusia. Malahan, banjir yang berlaku boleh menyebarkan pelbagai penyakit kepada manusia seperti penyakit kulit, cirit-birit dan seumpamanya. Malahan, banjir yang berlaku kemungkinan besar dapat meragut nyawa manusia. Oleh itu, pemanasan global menyebabkan pencairan glasier berikutan dengan kenaikan aras laut yang boleh mengakibatkan banjir melanda manusia.

Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.

Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.

Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.

Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasankawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.

Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.

Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.

Selain itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia. Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan mengakibatkan ketidakselesaan manusia. Malahan, fenomena ini turut mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berlaku mutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila manusia menghadapi Sindrom Down

dan Sindrom Turner akibat daripada mutasi kromosom. Tegasnya, pemanasan global akan menjejaskan kesihatan manusia.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Para-para saintis dan pengkaji iklim juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menghadkan penggunaan karbon dioksida dan menghalang karbon dioksida daripada memasuki ruang atmosfera. Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu diganti dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.

Oleh

yang

demikian

untuk

mengatasi

masalah

pemanasan

global,

pembangunan yang dijalankan seharusnya mesra alam dan penggunaan barangan yang menghasilkan gas berbahaya harus dikurangkan. Manakala kawasan hutan yang telah dibuka haruslah ditanami pokok-pokok yang baru supaya penghasilan oksigen dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama karbon dioksida dapat dikurangkan.

Di samping itu, pencemaran alam hendaklah diatasi. Pembuangan sampah sarap harus dikurangkan melalui kaedah kitar semula. Kitar semula bermakna barang terpakai diproses atau diubahsuai menjadi barangan yang baru. Dengan cara ini, sumber bahan tersebut tidak perlu diambil dari bumi ini. Sebagai contoh, aluminium atau besi tidak perlu dilombong lagi.

Tindakan

kerjasama

awal

yang

boleh

dilakukan

oleh

masyarakat

antarabangsa ialah kajian-kajian saintifik boleh diusahakan untuk memperoleh data yang tepat tentang pemanasan global ini. Kewujudan data yang tepat seperti kadar pencairan ais di kutub dan sebagainya ini membolehkan masyarakat dunia membuat tindakan susulan untuk mengatasi perubahan iklim yang dikatakan berlaku itu. Perkongsian data kajian ini juga boleh memberikan gambaran sebenar tentang impak yang bakal dialami oleh dunia dengan lebih jelas. Maka, kerjasama melaksanakan kajian-kajian saintifik merupakan tindakan awal yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat antarabangsa.

Selain itu, masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan kempen kesedaran tentang isu pemanasan global ini untuk memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat dunia. Kempen kesedaran ini pasti lebih efektif kerana dilakukan di seluruh dunia lalu membawa perubahan yang serupa kepada penduduk dunia dengan lebih pantas. Perubahan yang berlaku itulah mampu dijelmakan dalam tindakan bersepandu masyarakat dunia untuk sama-sama mengatasi fenomena yang mula mengancam perubahan cuaca dunia ini. Sesungguhnya, kempen kesedaran yang bersepandu di seluruh dunia akan membawa perubahan yang lebih nyata terhadap semua tindakan yang dilaksanakan secara bersama-sama itu kelak.

Malah,

masyarakat

dunia

terutama

negara-negara

maju

perlulah

menandatangani Perjanjian Kyoto yang berkaitan dengan pengawalan kesan rumah hijau. Semua negara sedar bahawa salah satu punca pemanasan global ialah kadar perlepasan pelbagai gas akibat kemajuan manusia seperti kereta, bas, kilang dan sebagainya tetapi masih banyak negara maju yang enggan mengawal kadar perlepasan gas sebegini sebab bimbang kadar pertumbuha ekonomi mereka akan terjejas pula jika bertindak sedemikian. Semua negara perlu sedar bahawa jika perlepasan gas ini tidak dikawal dunia akan musnah termasuklah negara mereka sendiri. Jelaslah, semua negara perlu menandatangani perjanjian yang mengawal perlepasan gas yang mampu memusnahkan dunia itu dengan segera supaya proses pemanasan global tidak menjadi begitu pantas lagi.

Masyarakat dunia juga boleh mewujudkan satu dana khas untuk membiayai semua projek sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan mengatasi masalah pemanasan global ini. Dana ini hendaklah disumbangkan oleh semua negara tanpa banyak alasan lagi kerana semakin cepat wang ini dikumpulkan semakin cepat pula projek penyelidikan dijalankan untuk mencari jalan

penyelesaiannya. Semua projek penyelidikan itu hendaklah meliputi semua kemungkinan yang dijangka akan berlaku dan disertai oleh ahli-ahli saintis seluruh dunia untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Sesungguhnya, usaha mengumpul dana sebegini mampu memupuk semangat kerjasama yang tinggi selain mampu mewujudkan pelbagai projek penyelidikan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat.

Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Pemanasan global berlaku adalah disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau yang berterusan seperti gas karbon dioksida ke dalam atmosfera bumi. Banyak perbualan dan aktiviti yang berkait-rapat dengan hijau juga berkaitan dengan satu perkataan, iaitu karbon. Salah satu perkataan yang selalu diperbualkan masa kini ialah carbon footprint (CF) atau dikenali sebagai tapak kaki karbon.

Pengasas Maleki GmbH dan juga pemenang anugerah sebagai orang yang paling hijau di dunia pada tahun 2008, Matthias Gelber menerangkan bahawa, tapak kaki karbon diterjemahkan kepada semua aktiviti kita yang memberi kesan kepada alam sekitar dan tukarkannya ke dalam satu bentuk kiraan untuk gas karbon dioksida yang kita hasilkan. Sebagai contoh, pada waktu pagi semasa memasak air dan elektrik digunakan. Elektrik yang digunakan akan muncul di dalam meter bulanan rumah dan boleh dikira.

Jadi kita cuba bertanggungjawab sebagai individu dengan mengira jumlah gas karbon dioksida yang kita sendiri hasilkan. Apabila kita memandu, gas karbon dioksida dan gas-gas lain yang dihasilkan juga diambilkira. Dengan mengambil kira semua kiraan ini, kita akan mendapat satu bentuk mata wang. Semasa kita cakap tentang duit, we cakap mengenai Ringgit Malaysia. Semasa kita cakap tentang kesan alam sekitar dan pemanasan global, kita cuba dan guna gas karbon dioksida sebagai mata wang kilogram ataupun ton gas karbon dioksida. Jadi, tapak kaki karbon adalah jumlah gabungan gas karbon dioksida dalam kilogram ataupun ton dan kita perlu memikul tanggungjawab ini secara individu jelas Gelber.

Pada masa kini, nombor 40 merupakan nombor yang berkaitan dengan beberapa statistik hijau. Semasa Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Copenhagen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengurangkan

pembebasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020 berbanding dengan tahap gas karbon dioksida tahun 2005.

Cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk mengatasi perubahan iklim. Banyak orang telah berhenti menggunakan beg plastik dan tukar kepada bag yang mesra alam. Ini merupakan cara yang positif, tetapi mengikut pakar alam sekitar, mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, petrol dan juga gas asli adalah lebih penting. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini tidak boleh dihasilkan semula dan kesannya kepada alam sekitar adalah memudaratkan. Pada masa yang sama, sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, hidro, ombak dan juga angina merupakan sumber yang boleh diguna semula dan mesra alam.

Masa kini, penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Penjanaan elektrik oleh sumber tenaga yang boleh diperbaharui hanya 1 peratus. Mengikut penasihat sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Ahmad Hadri Haris, tujuan kementerian adalah untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sebanyak 9 peratus daripada jumlah penjanaan elektrik di Malaysia menjelang tahun 2020.

Pengerusi Institusi Arkitek Malaysia Ar Dr Tan Loke Mun menerangkan bagaimana sektor hartanah boleh memainkan peranan. Kita perlu mengambil tindakan yang cepat sedangkan kita masih mempunyai sumber tenaga seperti minyak dan juga gas asli untuk mengembangkan teknologi hijau dan juga mengaplikasikan lebih banyak sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Dengan petumbuhan populasi dan juga pembangunan, ia adalah penting untuk pembangun fikir dan bertindak untuk memastikan konsumer boleh menikmati kehidupan yang lestari dan berwawasan di era hidup yang berkos tinggi. Ujar Tan.

Kerajaan telah memperkenalkan insentif cukai untuk Bangunan Hijau dalam bajet 2009, di mana cukai akan dikecualikan untuk bangunan yang memperoleh pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Pengarah Kanan PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd (PwC) Margaret Lee berkongsi, Sekarang, insentif cukai tidak diberi kepada orang umum yang membeli dan menggunakan asset-aset yang jimat tenaga. Kerajaan patut mendorong rumah tangga untuk membeli peralatan yang jimat tenaga seperti panel solar dan memberi insentif cukai kepada mereka. Membina rumah yang hijau ataupun menghijaukan rumah-rumah dan bangunan yang sedia ada mungin akan membabitkan kos yang lebih tinggi, tapi kita perlu memikirkan penjimatan jangka panjang. Dalam temu ramah dengan Datuk Ken Yeang, beliau memberitahu bahawa projek Solaris beliau yang bertapak di Singapura merupakan bangunan yang memperoleh pengiktirafan Green Mark Platinum di Singapura. Dalam bangunan Solaris, Yeang berkata bahawa penjimatan tenaga dan air ialah SGD700,000 setahun. Green Mark dilancarkan oleh Singapores Building and Construction Authority (BCA). Ia adalah sistem penilaian untuk menilai bangunan dari segi kesan kepada alam sekitar dan juga prestasi. Di Malaysia, Indeks Bangunan Hijau (GBI) digunakan.

Pemanasan global telah menjadi permasalahan yang menjadi sorotan utama umat manusia. Fenomena ini bukan lain diakibatkan oleh perbuatan manusia sendiri dan dampaknya diderita oleh manusia itu juga. Untuk mengatasi pemanasan global diperlukan usaha yang sangat keras karena hampir mustahil untuk diselesaikan saat ini. Pemanasan global memang sulit diatasi, namun kita bisa mengurangi efeknya.Penangguangan hal ini adalah kesadaran kita terhadap kehidupan bumi di masa depan. Apabila kita telah menanamkan kecintaan terhadap bumi ini maka pemanasan global hanyalah sejarah kelam yang pernah menimpa bumi

ini.Kesimpulannya, pemanasan global yang berlaku akan memberi kesan negatif kepada manusia. Maka, usaha untuk membendung masalah pemanasan global wajar dilaksanakan.