pemahaman 2014

Upload: peter-lee

Post on 09-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemahaman

TRANSCRIPT

PENILAIAN SUMATIF PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 SEMESTER PERTAMA SESI 2014

NAMA : _____________________ TAHUN : 3 ( ) MARKAH : _______________

A. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A,B ,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.

1. Kami menyambut kedatangan datuk di _________________ . ----------------( )A. kolam renang B. gerai makanan C. lapangan terbang

D.kaunter pertanyaan

2. Kita mesti ___________ orang yang susah. -----------------------------------( )A. menjeritB. membantuC. memimpinD. mengarah

3. Budak itu __________ apabila dirotan oleh cikgu. -----------------------------( )A. menangisB. berbualC. tersenyumD. tertidur

4. Encik Long ____________ rumput yang tumbuh di batas pokok tomato . -- ( ) A. menaburB. membubuhC. mencabutD. menjaga

5. Emak memotong ayam ____________ menggunakan pisau. -------------------( )A. denganB. dan C. hingga D. lalu

6. Swee Ling tidak hadir ______________ demam. -----------------------------( )A. atau B. kecuali C. sambil D. kerana

7. Kim Ho suka melukis __________ adiknya suka menyanyi. ------------------ ( )A. dan B. sementara C.tetapi D. kerana

8. Amran membantu datuk _____________ tanaman di kebun. ----------------( )

A. membubuh B. menyiram C. menjahit D. membaca

9. Persembahan akan dimulakan ____________ pukul 8.30 pagi. ----------------( )A. pada B. kepada C. di D. daripada

10. Kami berlatih bola sepak dari pagi ___________ petang. --------------------( )

A. daripada B. sejak C. jika D. hingga

11. Cikgu Lee mengajar Bahasa Melayu ________ Pendidikan Jasmani ?--------( )A. tetapiB. atau C.dan D. untuk

12. Harga buah rambutan bukan sahaja murah ___________ mudah didapati. -( )A. sambil B. malahan C. lalu D. jika

13. Rashid dan keluarganya berkelah di ____________ pada hujung minggu. ---( )A. sekolah B. Zoo Mini C. Pantai Indah D. perpustakaan

14. Tolong bawakan cangkul itu ke _______ , kata Cikgu Chong kepada Ravid.-( )A. sini B. sana C. ini D. itu

Pilih jawapan yang paling tepat.15. Wei King seorang budak yang rajin. ________ mengulangkaji pelajaran setiap hari. ------------------------------------------------------------------------------( )A. sayaB. kamu C. Dia D. Mereka

16. Guru Besar sekolah saya berusia hampir 58 tahun. __________ akan bersara tidak lama lagi. ----------------------------------------------------------------------- ( )A. BeliauB. Ia C. Kamu D. Kita

17. Murid-murid Sekolah Tai Tong dipuji oleh guru disiplin kerana ____________ mematuhi peraturan sekolah. -------------------------------------------------- ( )A. diaB. kami C. Kamu D. mereka

18. _________ akan menyertai pertandingan itu, cikgu, jelas Kim Ho dan Kim Lin kepada guru mereka. ------------------------------------------------------------------ ( )A. Saya B. SaudaraC. Kamu D. Kami

19. Murid-murid dikehendaki _______ baju sukan sekolah ketika bersukan. --( )A. menyambutB. menggosokC. memeriksaD. memakai

20. Makanan seperti sayur-sayuran dapat _____________ penyakit. -----------( )A. menujuB. menambahC. mencegahD. memakan

21. _____________ itu bermain dengan gembira di padang permainan. ---------( )A. Guru-guruB. Budak-budakC. Bayi-bayiD. Guru besar

22. Swee Bee dan keluarganya ____________ ke Pulau Pinang pada masa cuti yang lalu. ------------------------------------------------------------------------------( ) A. berlawanB. berjayaC. berkunjung D. pelbagai

23. Suasana di majlis hari jadi May Ling sungguh ___________. ----------------( )A. meriahB. pelbagai C. tetamu D. jamuan

24. Pak Cik Goh menyuruh anak-anaknya membantu menghidangkan makanan dan minuman untuk para ____________. ----------------------------------------------------( )A. majlis B. berkunjungC. jamuan D. tetamu

25. ____________ di perpustakaan diperbuat daripada kayu. ----------------- ( )A. Rak-rakB. Pondok-pondokC. Bangku-bangkuD. Gerai-gerai

26. Mereka ______________ muzik sambil berbual. ----------------------------( )A. membaca B. mendengarC. menjadiD. melihat

27. Mei Fai ____________ terima kasih kepada rakan yang membantunya. ----( )A. mengucapkan B. meminta C. menolong D. menjerit

28. ___________ ternakan Encik Lee tinggal di dalam kandang. ----------------( )A. Ayam-ayam B. Lembu-lembu C. Kerbau-kerbau D. Kambing-kambing

29. ___________, sakitnya perutku! ----------------------------------------------( )A. WahB. Cis C. Oh D. Aduh

30. ___________, cantiknya rumah Pak Cik Goh! ---------------------------------( )A. Hai B. Eh C. Nah D. Wah

B. Baca petikan di bawah ini. Kemudian pilih jawapan yang sesuai bagi soalan 31-35.

Sayur-sayuran perlu diambil pada setiap hari kerana sayur-sayuran baik untuk kesihatan. Antara sayur yang mempunyai khasiat yang banyak adalah seperti sawi, lobak merah, bayam, kubis, timun, peria dan sebagainya.Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus Carota merupakan sayur yang mengandungi vitamin A. Penglihatan kita akan terang dan tidak mudah dijangkiti penyakit sekiranya kita mengambil sayur jenis ini. Lobak merah sering dijadikan hiasan dalam masakan.Timun adalah sejenis sayur yang boleh dimakan secara mentah atau dimasak. Timun mengandungi kalsium, zat besi, vitamin dan sebagainya. Orang ramai suka makan sayur ini kerana sayur ini dianggap dapat menyejukkan badan. Seperti lobak merah, timun juga dijadikan hiasan dalam masakan.Kesimpulannya, kita digalakkan makan sayur-sayuran pada setiap hari kerana khasiatnya amat tinggi.

31. Apakah nama saintifik bagi timun? ------------------------------------------------ ( ) A. Daucus carota C. Cucumis sativus

B. Amaranthus sp D. Wallgo attu

32. Lobak merah mempunyai khasiat untuk ------------------------------------------- ( ) A. mengubati penyakit kencing manis

B. menguatkan tulang dan gigi kita

C. menyembuhkan luka

D. memastikan mata manusia sihat

33. Berdasarkan petikan, __________ sering dijadikan hiasan dalam masakan.--- ( )A. sawi dan lobak merahC. timun dan peria

B. lobak merah dan timunD. lobak merah dan bayam

34. Mengapakah orang ramai sukan makan timun? ----------------------------------- ( ) A. Sayur ini dianggap dapat menyejukkan badan.

B. Sayur ini dapat didapati di mana-mana sahaja.

C. Harga sayur ini sangat murah.

D. Sayur ini sangat sedap.

35. Perkataan khasiat dalam petikan bermaksud ------------------------------------ ( )A. zat C. contoh

B. pilihan D. istimewa

C. Baca petikan di bawah ini. Kemudian pilih jawapan yang sesuai bagi soalan 36-40.

Encik Yusof:Yazid, kita mestilah berhati-hati setiap kali menggunakan barangan elektrik.Yazid :Guru Sains saya, Cikgu Lee juga berkata begitu.Encik Yusof :Sebagai contoh, kita dilarang menggunakan pen untuk mencucuk soket kerana perbuatan ini sangat berbahaya.Yazid :Benda-benda tajam lain juga tidak harus digunakan, bukankah begitu, ayah?Encik Yusof :Ya, Yazid. Kita juga harus menggantikan palam atau soket yang rosak dengan segera. Kalau tidak, kemalangan boleh berlaku.Yazid :Ayah, wayar yang rosak juga perlu diganti bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. Cikgu Lee juga menasihati murid-murid supaya tidak memegang soket ketika tangan basah.Encik Yusof :Betul kata cikgu kamu. Memegang soket ketika tangan basah boleh menyebabkan renjatan elektrik.

36. Apakah pesanan Encik Yusof kepada Yazid? ------------------------------------- ( ) A. Gantikan wayar rosak dengan segera.

B. Berhati-hati ketika menggunakan peralatan tajam.

C. Jangan menggunakan barangan elektrik.

D. Berhati-hati apabila menggunakan barangan elektrik.

37. Apakah yang mungkin berlaku jika memegang soket dengan tangan yang basah? ------------------------------------------------------------------------( ) A. Renjatan elektrik akan berlaku.

B. Soket akan rosak.

C. Semua soket lama di rumah perlu diganti dengan soket yang baharu.

D. Barangan elektrik akan rosak.

38. Apakah sikap yang perlu kita amalkan ketika menggunakan barangan elektrik? ---------------------------------------------------------------- ( )A. leka C. cuai

B. lalaiD. cermat

39. Pilih pernyataan yang betul berdasarkan petikan. ----------------------- ( ) A. Kita perlu sentiasa menukar barangan elektrik.

B. Kita boleh menggunakan pensel untuk mencucuk soket.

C. Litar pintas akan berlaku sekiranya kita menggunakan wayar yang rosak.

D. Cikgu Lee ialah guru Matematik Yazid.

40. Perkataan dilarang dalam petikan bermaksud ------------------------------------ ( )A. ditegah C. diajar

B. diminta D. disuruh

Disedia: LYLDisemak: NYM, WPE