pelepasan benih ikan talapia

Upload: norwirdah-jamal

Post on 13-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ikan

TRANSCRIPT

PELEPASAN BENIH IKAN TALAPIA1. Kadar pelepasan = 3,000 5,000 ekor/ ha.2. Biasanya benih ikan talapia yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan talapia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

PEMAKANAN

1. Ikan Talapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).2. Terdapat 3 punca utama iaitu :a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dllb. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, c. makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.3. Cara pemberian makanan :a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam talapia.b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa5. Ikan talapia perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam talapia biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas3. Memeriksa kualiti air.4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar5. Mengawal rumpair6. Mengawal pemangsa7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan talapia yang hendak dituai iaitu samada :a. Penuaian secara sebahagian menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.b. Penuaian keseluruhan dilakukan dengan mengeringkan kolam talapia sepenuhnya.2. Umumnya tidak semua ikan talapia yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam talapia khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.