pelbagai aspek kehidupan termasuk sains dan teknologi … clippings/2010/alam...“hasil kajian...

2
NEWSPAPER CLIPPING Date 22/12/2010 Title Alam Melayu Suatu Sorotan Publication Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AlamMelayusuatus orotan/Article/ Page N4 SEBAHAGIAN daripada sarjana yang terbabit pada Persidangan Antarabanngsa Sains dan Teknologi di Alam Melayu. Pelbagai aspek kehidupan termasuk sains dan teknologi hadir dalam masyarakat Melayu sejak dulu KEPENTINGAN masa, sumbangan agama kepada pembangunan bahasa dan sastera, kepentingan sains dana teknologi di alam Melayu serta kepentingan pembangunan prototaip perisian penyemakan bahasa Melayu dikongsi dengan peserta Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi di Alam Melayu (SALAM Pensyarah Hankuk University of Foreign Studies, Korea, Koh Young Hoon berkata, kepentingan masa dan apa yang ada di angkasa dapat dikesan dalam pantun, seloka dan puisi garapan masyarakat Melayu selain mempamerkan jalinan masyarakat dengan sains serta teknologi. “Masyarakat Melayu kini sedang melalui transformasi dalam persepsi masa dan angkasa yang membolehkan mereka berfikir secara terbuka serta mengguna pakai sains dan teknologi dalam kehidupan secara langsung,” katanya ketika memperkatakan Ruang dan Masa dalam Akal Budi Orang Melayu. Bagaimanapun, dalam meniti arus kemodenan, masyarakat Melayu perlu memahami dan keluar dari kepompong minda mereka yang bukan saja memerlukan mereka mengekalkan jati diri dan warisan sedia ada, bahkan perlu memahami budaya masyarakat lain bagi meningkatkan tahap intelektual mereka di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. “Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji sebagai tokoh atau wira Melayu sering memandang ke hadapan dan sangat progresif dalam usaha memperkasakan warisan serta sejarah bangsa Melayu. Kefahaman mereka terhadap dunia Melayu sangat luas hingga merangkumi pelbagai cabang ilmu dan itu yang perlu ditanamkan dalam diri masyarakat Melayu,” katanya kepada kira-kira 50 peserta persidangan. Persidangan anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan kerjasama Nusantara Technologies Sdn Bhd (NUSATEK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bank Muamalat Malaysia dan Pusat Pengajian Umum UKM, berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan UKM. Timbalan Pengarah ATMA, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, pula menyifatkan masyarakat Kedah Tua berjaya membuktikan sains dan teknologi sebagai bidang yang mampu memberi pulangan kepada ekonomi masyarakat secara tidak langsung. “Pembabitan Kerajaan Kedah Tua dalam sains dan teknologi tidak dapat disangkal berdasarkan penemuan hasil penggalian arkeologi dan kajian saintifik. Masyarakat Kedah Tua juga terbabit dalam perdagangan dan pelayaran antarabangsa sejak awal abad Masihi. Mereka juga menerima ilmu teknologi yang di bawa dari negara luar. “Penyelidikan juga mendapati hasil kesenian dalam seni ukir baru dan cara memotong bungkah batu granit menunjukkan bahawa orang Melayu pada zaman itu berkemahiran tinggi dalam seni pengukiran dan pemotongan batu,” jelasnya ketika melapah Kerajaan Kedah Tua: Pencapaian Dalam Sains dan Teknologi pada Awal Abad Masihi Sehingga 14 Masihi. Hasil kajian bersama dengan Pegawai Sains ATMA, Zuliskandar Ramli, turut mendapati penyelidikan arkeologi dan kajian saintifik di Sungai Mas dan Lmbah Bujang menunjukkan orang Melayu berupaya menguasai pelbagai

Upload: nguyenthien

Post on 02-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelbagai aspek kehidupan termasuk sains dan teknologi … Clippings/2010/Alam...“Hasil kajian menunjukkan semua aspek ini adalah antara bidang utama ilmu falak Alam Melayu yang diguna

NEWSPAPER CLIPPING

Date 22/12/2010

Title Alam Melayu Suatu Sorotan

Publication Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AlamMelayusuatusorotan/Article/

Page N4

SEBAHAGIAN daripada sarjana yang terbabit pada Persidangan Antarabanngsa Sains dan Teknologi di Alam Melayu.

Pelbagai aspek kehidupan termasuk sains dan teknologi hadir dalam masyarakat Melayu sejak

dulu

KEPENTINGAN masa, sumbangan agama kepada pembangunan bahasa dan sastera, kepentingan sains dana teknologi di alam Melayu serta kepentingan pembangunan prototaip perisian penyemakan bahasa Melayu dikongsi dengan peserta Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi di Alam Melayu (SALAM Pensyarah Hankuk University of Foreign Studies, Korea, Koh Young Hoon berkata, kepentingan masa dan apa yang ada di angkasa dapat dikesan dalam pantun, seloka dan puisi garapan masyarakat Melayu selain mempamerkan jalinan masyarakat dengan sains serta teknologi. “Masyarakat Melayu kini sedang melalui transformasi dalam persepsi masa dan angkasa yang membolehkan mereka berfikir secara terbuka serta mengguna pakai sains dan teknologi dalam kehidupan secara langsung,” katanya ketika memperkatakan Ruang dan Masa dalam Akal Budi Orang Melayu. Bagaimanapun, dalam meniti arus kemodenan, masyarakat Melayu perlu memahami dan keluar dari kepompong minda mereka yang bukan saja memerlukan mereka mengekalkan jati diri dan warisan sedia ada, bahkan perlu memahami budaya masyarakat lain bagi meningkatkan tahap intelektual mereka di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. “Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji sebagai tokoh atau wira Melayu sering memandang ke hadapan dan sangat

progresif dalam usaha memperkasakan warisan serta sejarah bangsa Melayu. Kefahaman mereka terhadap dunia

Melayu sangat luas hingga merangkumi pelbagai cabang ilmu dan itu yang perlu ditanamkan dalam diri masyarakat

Melayu,” katanya kepada kira-kira 50 peserta persidangan.

Persidangan anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan kerjasama Nusantara Technologies

Sdn Bhd (NUSATEK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bank Muamalat Malaysia dan Pusat Pengajian Umum

UKM, berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan UKM.

Timbalan Pengarah ATMA, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, pula menyifatkan

masyarakat Kedah Tua berjaya membuktikan sains dan teknologi sebagai bidang yang mampu memberi pulangan

kepada ekonomi masyarakat secara tidak langsung.

“Pembabitan Kerajaan Kedah Tua dalam sains dan teknologi tidak dapat disangkal berdasarkan penemuan hasil

penggalian arkeologi dan kajian saintifik. Masyarakat Kedah Tua juga terbabit dalam perdagangan dan pelayaran

antarabangsa sejak awal abad Masihi. Mereka juga menerima ilmu teknologi yang di bawa dari negara luar.

“Penyelidikan juga mendapati hasil kesenian dalam seni ukir baru dan cara memotong bungkah batu granit

menunjukkan bahawa orang Melayu pada zaman itu berkemahiran tinggi dalam seni pengukiran dan pemotongan

batu,” jelasnya ketika melapah Kerajaan Kedah Tua: Pencapaian Dalam Sains dan Teknologi pada Awal Abad

Masihi Sehingga 14 Masihi.

Hasil kajian bersama dengan Pegawai Sains ATMA, Zuliskandar Ramli, turut mendapati penyelidikan arkeologi dan

kajian saintifik di Sungai Mas dan Lmbah Bujang menunjukkan orang Melayu berupaya menguasai pelbagai

Page 2: Pelbagai aspek kehidupan termasuk sains dan teknologi … Clippings/2010/Alam...“Hasil kajian menunjukkan semua aspek ini adalah antara bidang utama ilmu falak Alam Melayu yang diguna

NEWSPAPER CLIPPING

Date 22/12/2010

Title Alam Melayu Suatu Sorotan

Publication Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AlamMelayusuatusorotan/Article/

Page N4

kemahiran dalam sains dan teknologi sejak awal abad Masihi.

“Dengan kemahiran itu juga, masyarakat Melayu ketika itu berjaya mencapai kegemilangan pada abad ke-6 Masihi

dan teknologi awal yang dikuasai mereka ialah menghasilkan kapal layar dan kemudian belayar hingga ke

Madagaskar,” katanya.

Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman pula berkata, dalam sejarah rantau ini,

agama menyumbang dalam membangunkan bahasa, sastera dan jati diri bangsa, manakala sains mahupun

teknologi sebagai alat pembangunan perlu dikuasai, tetapi tidak boleh mengambil fungsi pembina budaya mahupun

sastera.

“Benar seperti kata pepatah ‘sains tanpa agama, bahasa, budaya dan sastera akan menjadi buta. Begitu juga

agama, bahasa, budaya dan sastera tanpa sains akan tempang.” katanya kepada kira-kira 50 peserta persidangan

ketika menyampaikan ucaptama Bahasa dan Sastera Dalam Sains dan Teknologi di Alam Melayu.

Pengarah Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat UKM, Prof Dr Che Husna Azhari, melihat seni reka dalam

lingkungan masyarakat Melayu sejak dulu berkait rapat dengan bidang sains dan teknologi seperti dapat dilihat

dalam seni reka Melayu.

“Ada beberapa nilai penting bangsa Melayu sangat membantu kepada penghasilan rekaan unik dan kreatif yang membabitkan pelbagai unsur sains dan teknologi. Dalam pembangunan ragam hias Melayu, ia bukan saja didorong oleh pengetahuan seni, tetapi juga berasaskan kefahaman asas sains dalam diri pembuatnya seperti ukiran wau dan batik,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Reka Melayu: Suatu Tafsiran. Pensyarah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Suhaimi Ab Rahman, berkata kekurangan iltizam dan kerjasama pelbagai pihak akan membantutkan kemajuan penyelidikan serta pembangunan prototaip perisian penyemakan bahasa Melayu untuk diguna pakai dalam internet seperti bahasa lain di dunia. “Tindakan dan usaha positif bagi membangunkan perisian tatabahasa bahasa Melayu dalam menghadapi cabaran global penting kerana ia berada pada tahap kedudukan lebih baik berbanding bahasa lain yang seakan-akan dengannya,” katanya ketika melapah Isu-isu dan Cabaran dalam Pembangunan Prototaip Perisian Penyemakan Tatabahasa Melayu menjelaskan. Beliau yakin bahawa tindakan positif itu secara tidak langsung dapat memastikan bahasa Melayu terus berkembang dari segi jumlah perkataan, pertuturan dan penulisan serta mampu menyaingi kedudukan terbaik sebagai bahasa yang ada keunikannya. Pensyarah Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Dr Baharuddin Zainal, mengetengahkan empat aspek sains rakyat berkenaan ilmu falak iaitu aspek pengukuran waktu, unit takwim, buruj dan bintang dua belas serta parameter geografi. “Hasil kajian menunjukkan semua aspek ini adalah antara bidang utama ilmu falak Alam Melayu yang diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka dan ia memberi kesan besar terhadap hubungan sosial dan budaya kehidupan masyarakat itu sejak dulu. “Proses mengukur, membaca dan menanda waktu contohnya adalah antara aktiviti utama manusia sejak zaman purba sehingga kini. Menerusinya masyarakat dapat menggunakan waktu piawai dan tepat bagi memenuhi keperluan dalam ibadat serta ikhtiar kehidupan mereka,” katanya ketika melapah Ilmu Falak Alam Melayu daripada Sains Rakyat kepada Sains Bermatematik.