pelayaran yg penuh peristiwa

17
Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Upload: mohd-fithri-bin-jemari

Post on 01-Dec-2014

2.964 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

SMK MOHD KHALID 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Pelayaran yg penuh peristiwa

Pelayaran yang Penuh

Peristiwa

Page 2: Pelayaran yg penuh peristiwa

Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang ingin pulang ke Tanah Jawa. Dalam pelayaaran itu, kebanyakan penghuni geliung itu mabuk dan tidak sedarkan diri. Hanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung yang tidak mabuk. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memujuk Awang Sulung Merah Muda untuk menjaga kemudi geliung panjang itu. Setelah tiga hari, mereka berlabuh di Pulai Tapai. Di Pulai Tapai, Awang Sulung menenangkan air laut yang bergelora dengan mencampakkan tulang pelanduk putih ke dalam laut. Apabila penghuni geliung yang lain tersedar, jurumudi segera menemui Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua mempercayainya.

SINOPSIS

Page 3: Pelayaran yg penuh peristiwa

Tuanku Nakhoda Tua berjanji akan mengahwinkan puteri baginda, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayaran itu hingga ke Tanah Jawa. Pelayaran mereka kemudiannya meredah Laut Sekona Lingga yang terdapat banyak lanun. Ketika melintasi Pulau Salah Nama, geliung mereka diserang lanun. Anak-anak kapal itu masing-masing lari dan menyembunyikan diri. Sekali lagi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memujuk Awang Sulung untuk membantu menyelamatkan geliung itu. Selepas mandi dan menggosokkan badanya dengan limau selimpat pagar yang diberi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jaw, Awang Sulung berseru kepada lanun-lanun itu. Lanun-lanun itu mengecam suara Awang Sulung. Mereka ketakutan dan segera menyembah. Lanun berjianji akan memenuhkan kapal itu dengan

Page 4: Pelayaran yg penuh peristiwa

rial batu dan emas bagi melangsaikan hutang Awang Sulung terhadap Datuk Batin Alam.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terpikat akan ketampanan wajah Awang Sulung. Apabila Awang Sulung menyatakan hasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut. Apabila dihalang, dia tidak sedarkan diri. Dia tersedar apabila mendengar pantun daripada Awang Sulung. Sementara itu, jurumudi pula tealh mengambil kesempatan memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua. Kononnya, dialah yang mengalahkan lanun-lanun tersebut. Tuanku Nakhoda Tua ingin mengahwinkan jurumudi dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa bagi mengotakan janji baginda. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membantah tindakan itu dan menyatakan bahawa Awang Sulung Merah Muda yang sebenarnya berjaya menumpaskan serangan lanun. Nakhoda Tua mengahwinkan puteri baginda itu dengan

Page 5: Pelayaran yg penuh peristiwa

Awang Sulung.Kapal mereka kemudiannya berlabuh di perairan Negeri Pati Talak Terengganu. Sultan di Negeri Pati Talak Terengganu menjemput penghuni geliung itu naik ke darat, setelah mendengar cadangan puterinya, iaitu Tuan Puteri Pinang Masak. Awang Sulung , jurubatu, dan Bujang Senang turun ke darat dengan mambawa ayam sabungan, Kinantan Suci. Sebelum naik ke balairung seri, Kinatan Suci bersabung dengan ayam tempatan. Kinatan Suci menang.

Page 6: Pelayaran yg penuh peristiwa

TEMA Kelebihan dan kesakitan yang ada pada Awang Sulung Merah Muda dan kemampuannya menghadapi pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.

Page 7: Pelayaran yg penuh peristiwa

PERSOALAN-Dugaan semasa pelayaran-Pembohongan yang bertujuan mendapatkan ganjaran dan pujian -Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya.

Page 8: Pelayaran yg penuh peristiwa

WATAK & PERWATAKAN Awang Sulung Merah Muda-Memiliki keris dan pedang sakti

-Memiliki pelbagai kesaktianContoh: Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, tidak perlu memegang kemudi semasa berlayar,menukarkan air masin menjadi air manis,dan sebagainya.

-Merendah diriContoh: Baginda tidak menunjuk-nunjukkan kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.

Page 9: Pelayaran yg penuh peristiwa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

-jatuh hati kepada Awang Sulung

-terlalu mengikut perasaanContoh:Beliau sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih

-Tegas dalam menegakkan kebenaranContoh:Apabila menyanggah pendapat ayahandanya yang terpengaruh oleh tipu daya jurumudi

Page 10: Pelayaran yg penuh peristiwa

Si Kembang Cina-Taat akan perintah Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa-Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa-Pandai memujuk Awang Sulung

Tuanku Nakhoda Tua

-Mudah percaya akan percakapan orang

-Menepati janjiContohnya: Beliau mengahwinkan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puterinya

Page 11: Pelayaran yg penuh peristiwa

PLOTPermulaan

Perkembangan

Perumitan

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedang mengemudi geliung panjangnya dengan laju. Dia kemudiannya meminta bantuan Awang Sulung yang ketika itu berkeadaan hitam dan comot kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak sedarkan diri.Kelebihan dan kesaktian Awang Sulung semasa dalam pelayaran.Kumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu. Apabila Awang Sulung telah berjaya menyelamatkan geliung itu,

Page 12: Pelayaran yg penuh peristiwa

Puncak/ Klimaks

Peleraian

Apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi ayahandanya kerana terlalu mempercayai jurumudi. Tuan Puteri menyatakan bahawa Awang Sulunglah yang bertanggungjawab menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun.Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak Terengganu dan singgah di sana.

Page 13: Pelayaran yg penuh peristiwa

LATAR TEMPAT

~Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa~Di Pulau Tapai~Di Pulau Salah Nama~Di Negeri Pati Talak Terengganu

Page 14: Pelayaran yg penuh peristiwa

LATAR MASA

Siang dan malam-Sepanjang pelayaran menuju ke Tanah Jawa

Page 15: Pelayaran yg penuh peristiwa

LATAR MASYARAKAT-Masyarakat golongan bangsawan yang menjadi pemerintah Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu yang memerintah di situ.

-Masyarakat yang taat akan pemerintahSeperti Si Kembang Cina dan Bujang Selamat.

-Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resamContohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu mempunyai adat menyambut tetamu asing dan Awang Sulung pula berminat untuk mengetahui adat di negeri itu.

Page 16: Pelayaran yg penuh peristiwa

NILAI &PENGAJARAN-BeraniKita mestilah berani menghadapi menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayaarannya

-Merendah diriKita hendaklah memiliki sikap merendah diri kerana sikap ini tidak akan merendahkan darjat atau kelebihan seseorangContohnya, Awang Sulung yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.

-RasionalKita perlulah berfikir dan bertindak secara rasionalContohnya, Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.

Page 17: Pelayaran yg penuh peristiwa