pelan tindakan kumpulan az,amar,aizat

Upload: amar-safwan

Post on 04-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Pelan Tindakan

Tujuan: Aktiviti Pembelajaran bagi kaum Orang Asli ( "Drop-out")Langkah TindakanTanggungjawabWho Will Do It?

Resos Resources Available Resources Needed Potensi Halangan What individuals might resist? How?Pelan KomunikasiWho is involved? What methods?How often?

Aktiviti 1 ( Serlahkan Kreativitimu)-Membina beberapa stesyen berlainan yang mewakili kerjaya berbeza (bakat berbeza )- Setiap stesyen akan disertakan dengan alatan yang bersesuaian dengan tema stesyen terbabit beserta dengan info bagi pendedahan tentang bagaimana kerjaya tersebut boleh diperkembangkan dan dapat menjamin masa depan mereka-Para pelajar diberi pendedahan kepada bakat atau kebolehan tertentu yang dipunyai oleh mereka di samping diberi pendedahan tentang bagaimana kebolehan mereka dapat diadaptasi kepada persekitaran untuk digunakan sebagai kerjaya membina masa depan

(1) Guru-Mencungkil bakat dan potensi para murid-Memberi galakan dan motivasi ekstrinsik di samping merangsang motivasi intrinsik serta meningkatkankeyakinan kepada pelajar-Menyediakan peralatan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sarat dengan maklumat secara interaktif dan ilmiah-Memastikan keberlangsungan pembelajaran dan hasil pembelajaran

(2) Guru Kaunselor- Membimbing pelajar untuk membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan pelajar- Memberi galakan dan motivasi kepada para pelajar

(3) Pihak sekolah- Menyediakan prasarana, peralatan dan kemudahan yang mencukupi- Menentukan beberapa orang sukarelawan untuk membantu guru di dalam membuat aktiviti- Menyalurkan bantuan berbentuk kewangan dan nasihat

(4) Ibu-Bapa / Penjaga :- Memberi galakan - Memberi dorongan untuk menyertai aktiviti yang diadakan-Merangsang pemikiran pelajar agar positif dengan kebolehan diri dan masa depan mereka.

(5) Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan : - Memberi galakan dan kata-kata semangat di samping menyediakan ruang untuk peluang pekerjaan

(1)Aktiviti boleh diadakan di sekitar kawasan sekolah dan diluar bilik darjah bagi menjamin kepada trafik yang lebih baik dan meningkatkan fleksibiliti pembelajaran

(2) Aktiviti memerlukan beberapa jenis stesyen yang juga memerlukan bahan-bahan tertentu khusus keada profesion atau kerjaya yang ingin diketengahkanSebagai contoh :

Stesyen 1 ( Nelayan )Bahan -Bahan Perahu, jala, pukat, papan kenyataan( info - info berkenaan bagaimana nelayan ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan ditampal di sini) dan lain-lain.

Stesyen 2 ( Anyaman )Tikar atau bahan-bahan dengan teknik anyaman yang berbeza disediakan. Info berkenaan bagaimana setiap anyaman ini dan bagaimana industri ini boleh dikormesilkan akan ditampal di papan kenyataan.

Stesyen 3 ( Jurutera ) Menyediakan alatan-alatan berkaitan ilmu kejuruteraan dan info pendedahan tentang bagaimana mereka masih boleh menyambung kerjaya mereka sebagai jurutera walaupun telah tersingkir. Halangan Individu (1) Golongan yang tegas dengan pendirian keluarga iaitu bekerja secara tradisional dan menganggap perkembangan teknologi terkini sebagai suatu perkara yang leceh, tidak sesuai dan golongan ini lebih selesa dengan perkara yang mereka lakukan secara turun temurun.Golongan seperti ini biasanya terdiri daripada pelajar yang berasal daripada latar belakang keluarga yang kurang dari segi pendidikan.

(2) Golongan berpemikiran negatif di mana setiap pembaharuan adalah hanya akan memberi kemudaratan kepada mereka dan mereka ini enggan menerima pengetahuan baharu.

(3)Golongan muda yang kurang yakin kepada kebolehan diri dan lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang lebih mudah mendatangkan sumber kewangan kepada mereka tanpa usaha yang tinggiPihak terlibat : (1) Guru dan Pihak Sekolah(2) Pelajar yang tersingkir - "Drop-out "(3) Ibu -bapa penjaga

Kaedah Digunakan :(1) Kaedah pembelajaran secara induktif(2) Kaedah pembelajaran secara kontekstual

Kekerapan : - Aktiviti seumpama ini boleh diadakan sebanyak 1 atau 2 kali dalam setahun

Bukti Keberkesanan Aktiviti(How will you know that you are making progress? What are your benchmarks?)- Menyediakan senarai semak nama dan kerjaya yang dipilih oleh setiap pelajar- Menetapkan pelajar untuk membuat refleksi setelah aktiviti dijalankan- Menetapkan pelajar untuk membuat refleksi secara bulanan atau mingguan berkenaan progres masing-masing di dalamkerjaya yang ingin diceburi- Menyediakan panduan kepada pelajar tentang bagaimana dan apa yang harus dilakukan dalam tempoh masa tertentu untukmencapai matlamat mereka- Keberkesanan aktiviti akan dapat diukur sekiranya dalam tempoh masa yang ditetapkan, pelajar dapat memberikan refleksi kendiri yang berkesan dan dapat meneruskan kerjaya yang diceburi.

Proses Penilaian (How will you determine that your goal has been reached? What are your measures)- Menyediakan borang senarai semak penghantaran refleksi dan progres kendiri- Setiap refleksi kendiri akan diberikan markah- Pelajar-pelajar yang mengumpul markah keseluruhan refleksi yang tinggi akan diberi pengiktirafan ( hadiah, sijil dsb. )- Matlamat tercapai sekiranya pelajar-pelajar sasaran dapat memenuhi kehendak pasca- aktiviti iaitu penghantaran refleksi kendiridalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan dan pelajar dapat memberikan respons yang baik di samping dapat meneruskankerjaya mereka dengan cemerlang.