tapak pembelajaran az

23
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN

Upload: xeri-ee

Post on 02-Jun-2015

755 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tapak pembelajaran az

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN

Page 2: Tapak pembelajaran az

RPH

SET INDUKSI

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LATIHAN PENGUKU

HAN

PENUTUP

TAJUK: TOKOH-TOKOH

NEGARA OBJEKTIF:i) Mendapatkan maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel yang dibaca.

ii) Murid dapat menceritakan perkara atau maklumat yang diperoleh dengan bahasa yang mudah difahami.

iii) murid dapat membina ayat tunggal berdasarkan apa yang telah dibaca.

Page 3: Tapak pembelajaran az

.

Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhMerdeka! Merdeka!Tetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarah

Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhHari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada MulaMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdekaMerdeka.. merdeka.. merdeka..MERDEKA!

Klik untuk mainkan

video lagu….

Page 4: Tapak pembelajaran az

LANGKAH 1

Teka gambar tokoh,Baca petikan ringkas tentang tokoh tersebut.

Page 5: Tapak pembelajaran az

Teka siapa dia?

1.) Digelar 2.) Digelar

Bapa Kemerdekaan Bapa Pemodenan

Klik pada mana-mana gambar tersebut untuk

mengetahui jawapan……

Page 6: Tapak pembelajaran az

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957) dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama selepas negara mencapai kemerdekaan (31 Ogos 1957 - 22 September 1970).

Dikenali oleh rakyat sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan Malaysia".

Tunku memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Di peringkat antarabangsa pula, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969 dan telah dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.

Page 7: Tapak pembelajaran az

Tun Dr Mahathir B. Mohamad

Beliau merupakan Perdana Menteri keempat (16 Julai 1981 - 30 Oktober 2003) dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara (selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun.

Dr Mahathir merupakan ikon negara di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal khususnya sebagai pembela negara-negara membangun dan mundur ke arah keadilan dan kesaksamaan di peringkat antarabangsa.

Pada Oktober 2003, Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun", darjah kebesaran tertinggi negara yang boleh dianugerahkan kepada rakyat yang telah menabur bakti kepada Malaysia. Selepas persaraan, beliau masih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia khususnya melalui Yayasan Kepimpinan Perdana dan pelbagai organisasi lain.

Page 8: Tapak pembelajaran az

langkah 2Lihat Gambar 1 dan gambar 2.Nyatakan perbezaan antara gambar

tersebut.Bandingkan sumbangan yang diberikan

daripada tokoh yang ditunjukkan mengikut kategori berikut.

Beri penjelasan daripada perbezaan gambar terseut.

Gambar

Page 9: Tapak pembelajaran az

Nyatakan perbezaan sumbagan antara tokoh berikut:Gambar 1 Gambar 2

Lee Chong Wei Nicol David

Page 10: Tapak pembelajaran az

1 32

45 6

Page 11: Tapak pembelajaran az

LANGKAH 3Berdasarkan petikan yang disediakan, baca

dengan kuat menggunakan intonasi dan tanda baca yang betul.

Nyatakan sumbangan tokoh berdasarkan petikan tersebut.

Bina ayat daripada kata kerja yang terdapat pada petikan artikel tersebut.

Page 12: Tapak pembelajaran az

LANGKAH 3Baca Petikan di bawah.Keistimewaan Tun Dr. Mahathir Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan

revolusiner. Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam

minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan.

Page 13: Tapak pembelajaran az

Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

Page 14: Tapak pembelajaran az

Aktiviti 1

Senaraikan sumbangan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berdasarkan petikan di atas.

Senaraikan kata nama am, kata nama khas dan kata kerja.

Page 15: Tapak pembelajaran az

LATIHAN PENGUKUHANAktiviti 1Siapakah tokoh-tokoh yang telah ditunjukkan

tadi?

a) Ketua Polis

b) Peguam Negarad) Sasterawan

Negara

c) Perdana Menteri

Page 16: Tapak pembelajaran az

YA.. BETUL……….Aktiviti 2Siapakah Perdana Menteri yang pertama?

a.) Tungku Abdul Rahman

b.) Tun Dr Mahathir Mohamad

d.) Tun Hussein Onn

c.) Tun Abdul Razak

Page 17: Tapak pembelajaran az

BETUL….Tun Dr.

Mahathir Bin Mohamad

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dato’ Seri Najib Tun

Razak

Tun Hussein Onn

Aktiviti 3

Siapakan perdana menteri yang digelar bapa pemodenan?

Page 18: Tapak pembelajaran az

BUAT KARANGAN TENTANG SUMBANGAN TOKOH YANG MENJADI IDOLA/DIMINATI

Page 19: Tapak pembelajaran az

PENUTUP…..Penutup (5 min)1. Murid diminta menyatakan perkara-perkara

yang telah dipelajari.2. Guru membuat rumusan tentang tajuk yang

dipelajari.3. Guru kemudianya menyentuh serba sedikit

tentang teknik perbentangan yang baik dan memuji kepada kumpulan yang telah membuat perbentangan dengan baik.

4. Guru mengucapkan terima kasih kerana murid memberikan perhatian.

Page 20: Tapak pembelajaran az

Harap maaf.. Jawapan anda salah.

Cuba lagi………….

Page 21: Tapak pembelajaran az

JAWAPAN ANDA SALAH....

CUBA LAGI……

Page 22: Tapak pembelajaran az

TAHNIAH…..

PERGI KE LATIHAN SETERUSNYA.

Page 23: Tapak pembelajaran az

MAAFCUBA LAGI…..